Pages

Monday, May 7, 2012

Tolong Hormati Majlis Fatwa !





                                                 FATWA MUFTI VS FATWA ULAMA PAS


1.Nampaknya ada dikalangan orang Islam mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana fatwa haram demontrasi yang mencetuskan huru-hara dan melanggar undang-undang yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

2.Hairan dan pelik juga saya, apabila YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz keluar "fatwa" WAJIB menyertai demontrasi BERSIH 3.0 tiada pulak mana-mana orang mengkritik kenyataan beliau, akan tetapi kalau beliau di Mesir, Orang Mesir dan BERLAKU DI MESIR, pasti Mufti Mesir dan Syeikhul Azhar akan mengkritik beliau.

3.Tok Guru agak selamat kerana ianya TIDAK BERLAKU di Mesir dan beliau bukan orang Mesir.

4.Ketika Syeikh Prof Dr yusuf AL QARADHAWI menyeru rakyat Mesir keluar ke Medan Tahrir selepas 28 Januari 2011, Syeikhul Azhar dan Mufti Mesir lantang mengkritik secara terbuka.Rakan2  boleh dengar sendiri kritikan Mufti Mesir, Fadhilatul Syeikh Prof Dr Ali Gom'ah, begitu juga Syeikhul Azhar berkenaan saranan Syeikh AL QARADHAWI.

5.Ada juga yang mengulas ulasan buku Syeikh AL QARADHAWI yang bertajuk "Risalah al-Azhar Baina al-Ams Wa al-Yaym Wa al-Ghad" berkaitan isu demontrasi menjatuhkan KHURSYID BASHA yang diketuai oleh Syeikhul Azhar pada ketika itu, Syeikh AL SYARQAWI.

6.Kebetulan, saya memang mengkaji zaman tersebut yang mana Syeikh AL BAIJURI hidup di zaman tersebut dan Syeikh Al Syarqawi itu adalah antara gurunya.

7.Dalam isu penglibatan syeikhul azhar zaman berkenaan, kita perlu lihat DUA PERKARA.

8.Pertama, Peranan Syeikhul Azhar dalam susunan masyarakat di Mesir.

9.Syeikhul Azhar merupakan Penasihat kepada Khalifah Uthmaniah di Mesir bahkan jawatan syeikhul Azhar ini mula diwujudkan apabila Sultan AS SALIM AL AWWAL yang merupakan Sultan atau Khalifah empayar Uthmaniah menawab Mesir pada 22 Januari 1517.rujuk : (المجتمع المصري تحت الحكم العثماني - مكتبة الإسكندرية)

10.Sewajarnya, kezaliman Khursyid Basha ini dihentikan dengan pemecatan beliau dan bagaimanakah cara pemecatan beliau ketika itu kerana beliau bukan dilantik oleh rakyat akan tetapi melalui lantikan oleh Sultan.

11.Khursyid Basha tidak membayar gaji para tenteranya,membiarkan pembunuhan sesama muslim dan lain2.Syeikhul Azhar ketika itu menjalankan tugasnya sebagai ketua para ulama Mesir dengan menyertai demontrasi berkenaan, BAHKAN, beliau MASIH LAGI TIDAK KELUAR DARI KERAJAAN kerana pemerintah sebenar ketika itu ialah KHALIFAH dan bukannya GABENOR.Gabenor atau WALI adalah wakil sultan atau khalifah.

12.Kedua, REALITI. Zaman tersebut ialah zaman huru-hara dan tiada undang2 atau perlembagaan yang menetapkan cara perhimpunan dan sebagainya.

13.Ketika KHURSYID BASHA memerintah Mesir,Mesir disebut oleh sejarawan sebagai zaman huru-hara (1801 - 1805) kerana Fransic baru sahaja tamat menjajah Mesir dimana pada saat itu,terdapat 3 buah kuasa yang berebut kuasa utk memerintah. Mereka ialah :

13.1 Empayar Uthmaniah
13.2 Mamalik
13.3 Orang yang berpengaruh di akar umbi (Muhammad Ali Basha)

Rujuk : (مصر المجاهدة في العصر الحديث)

14.Sudah tentulah Khalifah Utmaniah kembali berkuasa di Mesir berdasarkan faktor sebelum penjajahan francis.Maka, Khursyid Basha memegang tampuk pemerintahan Mesir setelah Mesir menyaksikan 4 org pemerintah dalam masa 2 tahun.Ada pemerintah yang dibunuh dan ada juga yang dipecat. Rujuk : (تاريخ مصر والودان الحديث والمعاصر)

15.Tiada undang2 yang mengawal perhimpunan atau demontrasi sebaliknya, ianya adalah salah cara mendesak Khalifah atau Sultan mengeluarkan titah perintah melantik pemimpin yang baru.

16.Selepas beliau dipecat, Mesir diperintah oleh Muhammad Ali Basha yang berketurunan ALBANI kerana mandat yang diberikan oleh Ulama yang diketuai oleh Syeikhul Azhar sebagai penasihat Sultan yang akhirnya, Sultan atau Khalifah bersetuju melantik beliau atas sokongan padu para ulama berkenaan.Sistem pemerintahan berbeza dan tujuan demontrasi antara zaman beliau dan zaman ini berbeza disamping faktor undang2 itu sendiri.

17.Oleh yang demikian, di hadapan kita, ada DUA Syeikhul Azhar dalam isu demontrasi.Realiti di zaman Syeikhul Azhar awal 1800 an, tidak sama dengan Syeikhul Azhar zaman hari ini.

18.Justeru, REALITI hari ini lebih sesuai diambil kira berbanding realiti dan keadaan zaman dulu.Maka, fatwa syeikhul Azhar sekarang, AL IMAM AL AKBAR Prof Dr AHmad Tayyib, Mufti Mesir, Fadhilatul Syeikh Prof Dr Ali Gom'ah dan fatwa majlis fatwa kebangsaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Emiratus adalah bertepatan dan sesuai dengan REALITI zaman hari ini kerana mana-mana perhimpunan pasti akan berakhir dengan huru-hara dan ini dibuktikan di Mesir saat ini walaupun ianya pasca revolusi.Bahkan, perhimpunan atau demontrasi hari ini terikat dengan undang2 dan perlembagaan yang mana ianya TIDAK BERCANGGAH dengan syarak dan ianya lebih menjaga MASLAHAH AMMAH.

19.Majlis FATWA memang perlu menyatakan pandangannya bagi membetulkan semula fahaman sebahagian masyarakat yg percaya dengan "fatwa" WAJIB menyertai perhimpunan atau demontrasi.

20.Hormatilah institusi ulama dan majlis fatwa kebangsaan ialah institusi ulama yang wajar dihormati.Jangan kerana POLITIK kepartian, kita HILANG HORMAT terhadap mereka dan hanya menganggap ULAMA PAS itu benar manakala ulama yang RASMI dianggap TIDAK BENAR, ULAMA JAHAT, dan sebagainya hanya kerana fatwa mereka TIDAK SELARI dengan "fatwa" ulama parti.



Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment