Pages

Monday, November 19, 2012

Virus liberalisme dan pluralisme



Media khususnya di laman sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter umat Islam Malaysia membicarakan tentang kata-kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan bahawa kebebasan beragama patut diberi kepada masyarakat Melayu. Dalam kata lain, beliau berpandangan bahawa orang Melayu mesti diberi kebebasan untuk memilih sama ada beragama Islam atau MURTAD!
Kata-kata Nurul Izzah ini jelas tersebar di akhbar online MalaysiaKini, dan turut dipetik oleh blog 1Christian.
Blog rasmi Nurul Izzah dan mendapati beliau telah menulis sedikit catatan berkaitan kata-katanya tempoh hari. 








Ternyata, Nurul Izzah sendiri tidak memahami Islam sekalipun sudah berpuluh tahun beragama Islam. Ternyata juga beliau yang merupakan zuriat keturunan pendukung pluralisme dan liberalisme agama, Datuk Seri Anwar bin  Ibrahim turut membawa bersama dakyah fahaman Liberal seperti mana bapanya.
Ini jelas apabila beliau memetik ayat 256 surah al-Baqarah pada perenggan berikut :-
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Untuk pengetahuan pembaca, ayat di atas bukanlah bermaksud sesiapa sahaja boleh bebas memilih agamanya sepertimana dikatakan oleh Nurul Izzah. Sebaliknya ayat tersebut membawa pengertian bahawa bagi mereka yang bukan Islam, adalah tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam. Bagaimanapun, bagi seseorang yang telah memeluk agama Islam atau telah lahir sebagai seorang Islam, maka tiada kebebasan baginya untuk memilih agama lain atau keluar dari Islam. (para pembaca boleh merujuk kepada semua kitab-kitab tafsir para ulama’ dan meneliti asbabun nuzul ayat tersebut yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a)
Menurut para ulama, kebebasan di dalam Islam wajib tertakluk pada hukum syarak, undang-undang dan akhlak. Oleh demikian, seorang muslim tidak bebas untuk memilih agama lain selain dari agama Islam, dan kerana itulah berdasarkan kepada hukum hudud yang termaktub dalam perundangan Islam, sesiapa yang murtad dijatuhi hukuman bunuh. (rujuk Mu’jam Nuruddin al-Wasit, Dr. ‘Isam Nuruddin, Darul Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan – 2005)
Nurul Izzah sebenarnya tidak memahami lantas sengaja mengelirukan masyarakat berkaitan ayat surah al-Baqarah itu tadi disamping menyembunyikan firman ALLAH pada ayat 217 surah yang sama, yang bermaksud :
“..Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”
Beliau (Nurul Izzah) juga sebenarnya menafikan sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, bermaksud :
“Sesiapa yang menukar agamanya (yakni keluar dari Islam), maka hendaklah kamu membunuhnya” ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282).
Maksud firman ALLAH dalam surah Ali-Imran ayat 85 :
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Saidina Uthman ibn. Affan r.a meriwayatkan satu hadis dari Nabi s.a.w, mafhumnya :
” Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang” (Riwayat At-Tirmidzi)
Nurul Izzah sepatutnya faham bahawa definisi Melayu dalam Perlembagaan negara merupakan salah satu kaedah bagi menjaga akidah umat Islam-Melayu dari ancaman atau perlakuan murtad. Secara tidak langsung, dapat kita ketahui, adanya ruh Islam dalam Perlembagaan. Ia bertujuan untuk menjaga umat Islam-Melayu dari menjadi kafir dan berpaling dari akidah tauhid ini.
Sebagai umat Islam, menjadi kewajipan bagi kita untuk sama-sama mendukung tujuan baik ini, bukan menentangnya. Lebih hina lagi apabila penentangan tersebut disebabkan politik kepartian, demi meraih undi, mendapat pangkat, jawatan dan takhta dunia semata.
Kata-kata Nurul Izzah itu jelas menunjukkan bahawa beliau pro-murtad, kerana kita sama ketahui bahawa orang melayu masani dilahir dan dibesarkan sebagai seorang muslim. Jika kebebasan diberikan kepada mereka untuk memilih agamanya, ia bermaksud KEBEBASAN UNTUK MURTAD!!
Kini sudah amat terang dan nyata kepada kita bahawa para pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) menyeru kepada pemurtadan ummah, kekafiran!!
Maka tiada menghairankan bila kita dapati gerakan kristianisasi amat kuat di kawasan parlimen mereka.
Lupakah kita pada sejarah di zaman Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a, di mana beliau memerangi golongan riddah (murtad) dan mereka dijatuhi hukuman bunuh.
Dari segi klasifikasi akidah, apakah individu sebegini masih boleh di anggap sebagai seorang Islam yang beriman kepada ALLAH s.w.t? Atau apakah secara automatis kata-kata beliau itu membawa diri kepada munafik, fasiq dan kufur?
Soalan yang amat ingin saya kemukakan :
  1. Nurul Izzah sebagai seorang Melayu dan ibu kepada 2 orang anak yang juga merupakan Melayu, maka apakah anda akan membenarkan anak-anak anda untuk memilih agamanya sendiri?
  2. Sekiranya mereka (anak-anak Nurul Izzah) memilih untuk murtad, keluar dari agama Islam dan menganut agama Kristian atau Yahudi atau Hindu, Buddha, Sikh mahupun menjadi seorang atheis, apakah anda akan membenarkannya, berbangga dan gembira untuknya?
pejuangmelaka-Buat umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan i’tiqad ahli sunnah wal jamaah, mari kita sama-sama berdoa memohon perlindungan dari menjadi sebahagian dari mereka yang berlaku syirik dan mendustakan keesaan ALLAH Azza Wa Jalla.

No comments:

Post a Comment