Wednesday, October 19, 2011

Langkah Mayatku Jika Ingin Agama Lain agama RASMI !


http://media1-cdn.malaysiakini.com/362/ca77b88f7497c7a9b9602dad3d02ce12.jpg

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar menyaman Utusan Malaysia jika beliau yakin laporan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini pada Mei lalu sebagai tidak betul.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika membuat cabaran itu berkata, Ooi boleh berbuat demikian jika dia merasakan pendedahan Utusan Malaysia itu adalah salah.

“Bukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak ambil tindakan, kita siasat tetapi Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak mencukupi untuk tujuan pendakwaan.

“Tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang saya katakan di Parlimen semalam bukan bermakna tidak ada tindakan langsung kerana siasatan telah kita buat.

“Dia (Ooi) bolehlah saman Utusan Malaysia dan saya tidak nampak ada apa-apa silap dalam jawapan bertulis yang dibuat di Parlimen,” katanya di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.




pejuangmelaka - Selagi hayat di kandung badan daku akan terus menjunjung perjuangan Islam dan Melayu walaupun jika tidak pihak dari PAS atau UMNO tidak ingin memperjuangkannya .. Kita sama-sama MELAYU , ISLAM sahabat2ku !


Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment