Showing posts with label Kabbalah. Show all posts
Showing posts with label Kabbalah. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Kenapa mereka Takut dengan ISLAM ?



"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"

"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)


(At-Thaariq, 86:15-17)



....Pejuangmelaka merasakan ada sesuatu rahsia penting di dalam ayat-ayat itu.Siapakah mereka yang merancang itu?Mengapa Tuhan begitu baik membiarkan mereka dengan memberi tangguh?Apakah perancangan Tuhan?Kemudian soalan-soalan itu berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari apabila berpeluang menghadiri satu perjumpaan sebuah kelab.Kelab tersebut didanai oleh satu pertubuhan sulit LuciferianCraft,dan hadir di sana bukanlah sebagai tetamu tetapi salah seorang konsultan utiliti yang menjaga fasiliti-fasiliti tertentu,dan  perlu berada di dalam premis mereka untuk memastikan semua kelengkapan dalam keadaan baik.Tidak tahu mengapa boleh terlepas,dan ini mungkin ada hikmahnya.Di dalam perjumpaan sulit itu begitu terkejut bahawa agenda utama mereka adalah membincangkan untuk menghadapi satu perkara yang selama ini  tidak peduli sama sekali.


"Islam"


Ahli-ahli Luciferian yang membaca AlQuran untuk mengorek rahsia masa hadapan dan dimensi-dimensi ghaib malah ada yang menghafalnya,sedangkan seorang Islam pun masih merangkak-rangkak membaca AlQuran.

Pejuangmelaka ingin tanya kepada anda semua wahai umat Islam,adakah kamu tahu apa yang dibincangkan dalam Perjumpaan Bilderberg?Apa yang dibincangkan di dalam Bohemian Groove?Di dalam Round Table?




Pejuangmelaka namakan bidang ini sebagai 'Seni Perancangan Musuh-musuh Allah'.Media memanggilnya 'Teori Konspirasi'.Orang-orang yang dungu memanggilnya 'karut' dan 'paranoid'.

'Goyyim' menganggapnya sebagai filem National Treasure dan hiburan masa lapang.

Sesungguhnya manusia adalah menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak ketahui.Musuh kepada apa yang mereka tidak fahami.Sehinggalah apabila Kebenaran itu berada di depan mata barulah mereka sedar.Namun malangnya,kesedaran mereka itu seringkali tidak berguna.APA YANG PENTING MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENAPIS SEGALA MAKLUMAT.Memang terdapat maklumat yang salah,tetapi tidak seharusnya kita menolak semua maklumat.Orang yang mampu menapis semua maklumat ialah kerana dia banyak membaca semua maklumat.Maksud saya,berpengetahuan luas.Sebagai contoh,orang yang dari kecil asyik membaca pasal matematik dan pakar matematik berpotensi untuk menolak maklumat mengenai agama yang abstrak,subjektif dan mistik,sementara matematik adalah konkrit,objektif dan realiti.Sepanjang pengalaman ,orang yang berlatarbelakangkan akademik yang hebat-hebat mahupun orang yang memiliki kelayakan dalam bidang agama sekalipun tidak terlepas menjadi 'goyyim' dan 'haiwan ternakan'.Ada dua kategori orang dalam mempelajari ilmu agama.Pertama,mereka yang mempelajari agama hanya untuk tujuan keduniaan,sebagai contoh untuk mencari pekerjaan,mencari rezeki.Mereka belajar agama hanya untuk menjawat jawatan ustaz atau ustazah.Sama juga ada orang menghafal AlQuran hanya untuk jadi hafiz dan hafizah,namun kadangkala mereka sendiri pun tak memahami maksud AlQuran itu sendiri.Komputer dan mesin pun boleh menghafal dan membacakan AlQuran untuk anda.Tetapi bezanya,komputer TIDAK FAHAM ISI ALQURAN.

Kita belajar agama UNTUK AMAL AGAMA ITU.Bukan untuk mempergunakan AGAMA !

Kita belajar agama untuk memahami apakah sebenarnya  kita berdiam ini dan mengenal siapakah pencipta  Namun ada orang yang menjadikan agama sebahagian ,maka dia masih kekal ditipu .Orang yang bijak ialah orang yang mengamalkan agama untuk bebas  menuju kepada Pencipta dan dirinya.

Sebab itu dalam isu Hudud,masih ada orang yang rela dirinya ditipu.Hukum Hudud adalah hukum Allah s.w.t yang menciptakan anda dan saya.Ada orang yang mengatakan Hudud hanya 0.01% (kalau tak silap saya) dari Islam,maka tidaklah wajib dilaksanakan.Sebenarnya kepada para pemimpin yang memegang kuasa politik,tanggungjawab menjalankan hukum Allah adalah 100% terletak dibahu mereka,bukan 0.01% lagi.Tanggungjawab saya dan anda ialah untuk menyokong dan menyenangkan hukum Allah ini tertegak.Hudud jangan dipolitikkan.Perbalahan Datuk Zulkifli Noordin dan PAS mengenai HUdud amat dungu dan memalukan.Jika kita tidak tahu jangan bercakap seolah-olah kita tahu,TERUTAMANYA DALAM SOAL AGAMA.Datuk Zulkifli Noordin sepatutnya datang menziarahi pemimpin PAS dan berbincang mengenai perlaksanaan hukum Hudud,bukannya berkokok dari luar sehingga memberi imej bahawa,sesama Islam pun berbalah mengenai hukum Hudud.Melicinkan,bukan menserabutkan.Kita semua ada ego masing-masing tetapi jangan libatkan agama.Sebab bila anda mencapai sakaratul maut,Pencipta hukum Hudud akan mengadili anda,kenapa di dunia kamu tidak ikhlas menegakkan hukum Aku?

Saya melihat hukum Hudud (sebenarnya Hudud hanyalah sebahagian dari Fiqh Jinayah) adalah sebagai 'test' kepada individu-individu tertentu,juga kepada saya dan anda.Jika saya mengaku muslim,solat dan berpuasa sebagai contoh tetapi dalam soal politik,saya tidak mampu menuruti apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan.Jika anda tidak mampu menegakkan hukum-Nya,janganlah pula menghalang orang lain yang berusaha mahu menegakkannya.Di akhirat,Hudud Allah PASTI MENANG.Bar Council tidak lagi bermakna apa-apa.

Orang yang paling tahu mengenai kebenaran Islam ialah ya...sudah tentu orang pilihan-Nya seperti nabi-nabi dan rasul-rasul.Bagi tingkatan orang awam seperti saya dan anda,orang yang paling sedar kebenaran Islam ialah orang yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.Orang yang belajar tentang Islam belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.Pernah dengar tentang 'ustaz' yang meliwat,atau bakal ustazah yang bersekedudukan?Ini manusia yang belajar agama tetapi tidak faham agama,seterusnya tidak AMAL AGAMA.Namun orang yang mempelajari seni perancangan musuh-musuh Allah akan sedar,BETAPA BERNILAINYA AGAMA ISLAM ini.

Para elit Luciferian amat menghormati Holy Scriptures.Apakah itu Holy Scriptures adik-adik,kakak-kakak,abang-abang?IA ADALAH HIMPUNAN APA YANG DINAMAKAN WAHYU DARI 'GOD'.Dan AlQuran adalah salah satu rujukan para elit Luciferian untuk menafsir pergerakan masa depan dan dimensi alam semesta.

Siapakah orang yang paling kaya di dalam dunia?Doktor?Jurutera?Presiden?Raja-raja?Korporat?

Orang yang paling kaya dalam dunia ialah PARA PENYEMBAH IBLIS.

Itulah dia para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.Dari mana ilmu ini datang?Dari kata-kata Rasulullah s.a.w:

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”

Kata-kata Nabi memang selalunya benar.Tetapi kita selalunya mula percaya bila doktor,saintis ataupun orang yang kita hormati membenarkan hadis-hadis nabi.Jika tidak,kita akan merasa ragu-ragu atau menolak hadis nabi.

Namun malangnya,ada lagi manusia yang lebih kaya dari para elit Luciferian.Siapa?

Iaitu mereka yang bersifat qanaah,yakni merasa cukup dengan nikmat yang ada.Ini orang paling kaya.Orang yang miskin ialah orang hidupnya tak pernah merasa cukup walaupun mangkuk tandasnya diperbuat dari emas.

Elit Luciferian mengadakan seminar atau perbincangan semata-mata mahu 'mengawal' Islam.Kami mahu mengajak anda keluar dari penyakit 'goyyim'.Goyyim ialah orang yang tidak peduli.Goyyim ialah orang yang dungu yang terkongkong dalam logiknya sendiri.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI GOYYIM.Saya berada di kalangan mereka dan saya tahu mengapa Islam ini adalah BENAR.Sesungguhnya Iblis penuh dengan perancangannya ke atas anak Adam.Saya tidak kagum jika anda berada di dalam Freemasonry,Rotary atau Lion Club,tetapi saya sudah bergaul dengan mereka yang berada di dalam organisasi yang menguruskan 'puppet-puppet' mereka seperti Lion Club dan Freemasonry malah Jesuit dan Zionis Antarabangsa.

 

 

pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Monday, August 22, 2011

Kesesatan hasil dari tangan-tangan Yahudi dan Nasrani 2


Rahsia Ya Huwa








Selamat datang ke perjalanan seterusnya.

Keinginan untuk mengetahui kebenaran dari balik pintu-pintu.Keinginan untuk mengintai bayang-bayang bidadari.Keinginan untuk menghindarkan diri dari kebingungan dan kesesatan Yahuda wa Nasara.Keinginan untuk mengetahui rahsia Ya Huwa.

Pergi semula ke pintu tadi.Baca kembali daun pintu yang anda bersihkan tadi.


The Gate of Ya Huwa.


Tahniah.Anda mengetahui nama sebenar dari tiga nama dari tiga daun pintu.


Ya Huwa...

Ya Huwa...

Ya Huwa...



Wahai dia...

Wahai dia...

Wahai dia...

Siapakah si 'Dia' itu?

Beratus tahun lamanya 'Nama yang dirahsiakan' itu tersimpan di dalam tabut rahsia.Kononnya para pendeta dari Bani Israel tidak mahu mendedahkan nama Tuhan Yang Agung.Lantas kononnya atas sifat menghormati Nama-Nya yang Agung,mereka hanya memanggil-Nya sebagai 'Dia'.Selepas kematian orang-orang alim dalam agama yang dibawa oleh nabi-nabi,muncullah golongan Yahuda,iaitu golongan yang menyeleweng dalam agama TUhan Musa a.s.Golongan ini makin berani menindas pengikut-pengikut Nabi malah mereka berani membunuh nabi-nabi sendiri.Inilah golongan dari Bani Israel yang amat jahat dan kejam.Mereka menyuburkan lagi segala bidaah dan kesesatan sehinggalah muncul agama baru yang dipanggil 'AGAMA YAHUDI',yang berteraskan kitab Talmud iaitu kompilasi karangan,ulasan,syarah dan pendapat para rabbi.

Golongan yang mengamalkan penyembahan syaitan warisan dari agama sihir Firaun pun memunculkan diri,inilah dia para Kabbalis dan agama mereka,Kabbalah.Inilah dia sisi gelap dari para rabbi syaitan yang menentang Tuhan Musa,Isa,Ishak,Yaakub dan Zakaria.

Nama yang dirahsiakan menjadi 'Yahuwa' atau 'Yahweh' kemudian disebut 'Jehova' oleh orang-orang Caucasian dari dataran Eropah yang menganut faham Yahudi-Kabbalis.Orang-orang Yahudi dengan segala sinagog,kuil dan rumah berhala mereka makin lupa akan 'Nama yang Agung' itu.Tuhan mereka adalah 'Yahweh',tuhan misteri yang tersembunyi lantas dikalahkan oleh Lucifer,yang lebih aktif dan nampak hebat.Tuhan yang tersembunyi ibarat berada dalam kegelapan,dan Lucifer kononnya menjadi Dewa Cahaya.Para rabbi pun menganut Kabbalis,satu 'tarikat' tersembunyi yang hanya dketahui oleh para rabbi dan orang-orang terpilih.Inilah dia intipati 'AGAMA YAHUDI' yang sesat lagi menyesatkan.

Sebenarnya zaman bagi umat Bani Israel menjadi umat pilihan Tuhan sudah lama berakhir,semua itu menjadi kenangan sahaja pada hari ini.HARI INI HANYA UMAT ISLAM SAHAJA YANG MENJADI UMAT PILIHAN TUHAN.Mengapa?

Ingat,untuk memahami rahsia StarGate,kita perlu memahami apa yang Azazel cari-cari dan dan untuk memahami apakah dia yang di cari oleh Azazel (Izzazil, homo matrix:Iblis),kita perlu memahamiSISTEM TUHAN DI BUMI.



Sistem Tuhan


Kita perlu memahami sistem Tuhan dalam setiap penciptaan-Nya.Ini juga berkait dengan situasi atau 'pattern' perjalanan sejarah manusia.Dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad,terdapat DUA PERKARA PENTING yang perlu kita fahami.Terdapat dua perkara penting yang dibawa oleh nabi-nabi:

1-Akidah

2-Syariat


Pelajaran pertama,sistem akidah ADALAH SAMA BAGI SETIAP AJARAN NABI-NABI DAN SAMA SEPANJANG MASA.Tidak pula Nabi Adam mengajarkan menyembah Tuhan Air kemudian Nabi Idris mengajak menyembah Tuhan Api dan akhirnya Nabi Muhammad mengajak menyembah Tuhan Bumi.TIDAK SAMA SEKALI.

Semua nabi-nabi mengajak manusia MENYEMBAH ALLAH S.W.T.Tiada Tuhan selain Allah s.w.t.Allah lah yang mencipta langit dan bumi.Allah lah yang mencipta segala makhluk.Ini adalah sistem Tauhid yang universal.Kebanyakan manusia senang memahami jika dikatakan ada Tuhan yang menciptakan semua ini.Tuhan lah yang mencipta diri mereka sendiri.Fitrah semulajadi manusia juga memahami bahawa sudah pasti ada kuasa yang amat berkuasa mencipta semua ini.

Tetapi masalah terjadi kepada perkara kedua iaitu SYARIAT.Syariat dalam bahasa mudahnya ialah tatacara kehidupan atau CARA HIDUP berdasarkan KEHENDAK TUHAN tadi.Tuhan telah mencipta manusia,kemudian Tuhan juga mahu manusia berhidup mengikut cara atau kehendak yang digariskan untuknya.Tuhan mahu manusia menyembah-Nya.Tuhan juga mahu manusia melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.TUHAN MAHU MANUSIA MENGIKUT CARA HIDUP BERDASARKAN KEHENDAK-NYA.


Katakuncinya ialah:Tuhan telah mencipta manusia namun manusia tidak boleh berhidup dengan sistem ciptaan sendiri atau makhluk lain.Manusia mesti berhidup dengan sistem Tuhan.

DENGAN KATA LAIN MANUSIA DICIPTA UNTUK BERHIDUP MENGIKUT KEHENDAK ALLAH AZZA WA JALLA.

Manusia bukan dicipta untuk mengikut sistem Komunis.Manusia bukan dicipta untuk mengikut sistem Yahudi.Manusia bukan dicipta untuk mengikut telunjuk Nasara (Kristian).MANUSIA DICIPTA UNTUK MENGIKUT AGAMA ALLAH AZZA WA JALLA.Namun dalam hal ini manusia amat payah untuk memahami atau menurut perkara kedua ini yakni SYARIAT.Manusia percaya Allah yang mencipta langit dan bumi,manusia percaya Allah lah yang mencipta diri mereka TETAPI MANUSIA TIDAK PERCAYA ALLAH TELAH MENETAPKAN CARA HIDUP UNTUK MANUSIA.

Manusia lebih percaya cara hidup mereka ditentukan oleh NAFSU SERAKAH sendiri.Manusia lebih percaya cara hidup mereka ditentukan oleh manusia yang lain.Namun yang paling malang ialah manusia percaya CARA HIDUP MEREKA DITENTUKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN.

Pilihlah,cara hidup mana yang kita mahukan.Pilihlah.Cara Yahudi,cara Kristian,cara hippies yang berfoya-foya,cara Komunis,Kapitalis atau Liberal.Pilihlah.Tuhan telah memberikan JANGKA MASA kepada kita.Satu jangka masa yang amat sukar kita tentukan.

Terdapat dua jangka masa.Ini dinamakan jangkamasa MAJOR dan jangkamasa MINOR.


1-Major:Jangkamasa dari alam semesta ini tercipta sehingga kiamat.

2-Minor:Jangkamasa dari lahir manusia hingalah saat kematiannya.


Berita buruknya,kita tidak tahu tempoh kedua-dua jenis jangkamasa ini.Kita tidak tahu berapa lamakah tempoh alam semesta ini dari penciptaannya hinggalah waktu kemusnahannya.Kita juga tidak tahu berapa umur kita;bilakah kita akan mati.

Istilah untuk saat kemusnahan MAJOR dan MINOR ialah KIAMAT BESAR dan KIAMAT KECIL.

Tuhan telah memberikan kita kedua-dua jangkamasa ini.Sekiranya umur kita sehingga tahun depan misalnya namun tiba-tiba Tuhan mahu kiamat terjadi hari Jumaat minggu ini,maka TEMPOH kita sudah tamat.Sekiranya kiamat terjadi pada Disember 2012 (misalnya) namun ajal kita sampai pada hujung minggu ini,MAKA TEMPOH KITA JUGA TAMAT pada tarikh itu.Tiada kompromi.Tiada lagi surat-menyurat.KITA TERPERANGKAP ANTARA DUA JANGKAMASA INI.

Selagi kita masih hidup,kita masih ada peluang untuk mencari THE HEAVENGATE.Kita masih ada peluang untuk mencari jalan kepada sumber kepada segala cerita ini;MAHA PENCIPTA.



Perubahan Syariat




Terdapat dua istilah kenabian.Pertamanya ialah Nabi.Nabi ialah seseorang yang diberikan wahyu supaya memikul tugas kenabian di mana dia harus menyebarkan ajaran agama Allah bukan dengan syariat yang baru,tetapi MENERUSKAN syariat rasul sebelumnya.Rasul pula adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk memikul tugas kenabian di mana dia harus menyebarkan ajaran agama Allah.Bezanya ialah dia MEMBAWA SYARIAT BARU SERTA MEMANSUHKAN SYARIAT RASUL SEBELUMNYA.

Katakan terdapat 4 orang nabi dan 3 orang rasul.Nabi A,Nabi B,Nabi C,Nabi D,Rasul A,Rasul B dan Rasul C.

Mula-mula Rasul A diutuskan.Kemudian Nabi A.Setelah beberapa lama Rasul B pula hidup.Kemudian Nabi B seterusnya Nabi C.Kemudian Rasul C pula diutuskan.Akhirnya Nabi D pula diutuskan.

Dalam kes ini Nabi A mesti mengikut syariat Rasul A.Nabi B dan Nabi C pula mesti mengikut syariat Rasul B dan pada masa yang sama syariat RASUL A TERMANSUH.Kemudian dengan kemunculan RAsul C,syariat Rasul A dan RAsul B termansuh serta nabi-nabi selepasnya mesti mengikut syariat RAsul C,contohnya Nabi D dalam kes ini.

Sebab itu TIADA SIAPA BOLEH MEMANDAI-MANDAI MENGATAKAN DIA MENGIKUT SYARIAT NABI IBRAHIM misalnya.Syariat Nabi Ibrahim (Nabi Ibrahim juga seorang Rasul) sudah lama mansuh dengan kehadiran rasul-rasul seperti Ishak,Yaakub dan yang penting sekali telah ditutup dengan Rasul terakhir,Nabi Muhammad s.a.w.

DALAM HAL INI YANG MEMBEZAKAN ANTARA NABI DAN RASUL IALAH PERUBAHAN SYARIAT ITU.Adakah syariat baru atau syariat lama.Kalau seseorang itu mendapat syariat lama,dia ialah seorang Nabi.Jika mendapat syariat baru,dia adalah seorang RAsul.Apakah hikmah Allah Azza wa Jalla menukar-nukar syariat?Mengapa tidak dibiarkan syariat Nabi Adam a.s (Nabi Adam juga seorang Rasul) terus wujud sehingga ke hari ini?



ANTARA HIKMAH ALLAH S.W.T MENUKAR-NUKAR SYARIAT IALAH SUPAYA SETIAP MANUSIA MEMATUHI SETIAP UTUSAN-NYA.MEMATUHI UTUSAN-NYA SAMALAH SEPERTI MEMATUHI KEHENDAK-NYA.

Jika Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad misalnya dengan menggunakan syariat Nabi Ibrahim,sudah tentu ramai manusia yang menolak kerasulan Nabi Muhammad.Kata-kata Nabi Muhammad tidak akan dipatuhi.Malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri akan diadili oleh manusia sama ada benarkah cara hidupnya sama dengan syariat Nabi Ibrahim.Jika semua nabi-nabi membawa syariat yang sama maka sudah tentu pada hari ini terdapat 124000 ribu aliran agama Allah di mana jumlah itu adalah jumlah nabi-nabi.

Dari Abi Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312)"

(Hadits riwayat At-Turmuzy) 


Setiap orang akan mendakwa memilih ajaran nabi masing-masing.Dan sudah pasti kitab AlQuran tidak lagi terpandang.Setiap aliran mempunyai kitab atau suhufnya sendiri.INI ADALAH KECELARUAN YANG DASYAT.

Namun terdapat satu lagi hikmah mengapa syariat ini bertukar-tukar.



Perubahan di Dalam Matrix




Allah s.w.t adalah pencipta manusia.Allah Maha Tahu apakah kelemahan atau kelebihan manusia.Allah Maha Tahu apa yang baik atau apa yang buruk buat manusia.SEBENARNYA BUMI DAN ALAM SEMESTA INI DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA.Istilah alam semesta yang dapat diketahui oleh semua deria manusia ini ialah MATRIX MANUSIA.

Berita buruknya,Matrix Manusia ini sifatnya ialah akan berubah dalam kitaran tertentu.Setiap perubahan akan meninggalkan kesan secara fizikal,secara elektromagnetik,elektrik,kimia,biologi dan seterusnya.Akhirnya semua perubahan ini mempengaruhi SPIRITUAL MANUSIA.Hanyutan benua,perubahan iklim,perubahan daya graviti,perubahan aktiviti geo-kimia dan sebagainya adalah kesan fizikal dan kesan perubahan daya-daya yang berinteraksi.Setiap perubahan akan membuka kod-kod tertentu dalam minda manusia.Dan ini ada kaitan DENGAN PERUBAHAN SYARIAT INI!

PERUBAHAN SYARIAT ADALAH SALAH SATU CARA ALLAH S.W.T MENGUJI MANUSIA SUPAYA PATUH KEPADA PERINTAHNYA.

Adakah apabila Allah s.w.t memerintahkan kita patuh kepada syariat Nabi Muhammad s.a.w,kita memandai-mandai berkata bahawa kita hanya patuh kepada Nabi Ibrahim,Nabi Musa atau Nabi Isa sahaja?INILAH YANG MEMBEZAKAN SAMA ADA KITA PATUH DENGAN PERINTAH ALLAH S.W.T ATAU KITA PATUH DENGAN MANUSIA.
Bagaimana dengan manusia yang hanya mengambil AlQuran sahaja yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w namun menolak panduan syariat dari nabi tersebut?

INI ADALAH MEREKA YANG MENGIKUT HAWA NAFSU DAN AKAL SEMATA-MATA.NOKTAH.

Bagaimana mereka mahu percaya kepada AlQuran sahaja namun tidak percaya kepada kata-kata Nabi Muhammad yang dipilih sebagai tempat diturunkan wahyu yakni AlQuran itu?Adakah AlQuran diturunkan kepada seorang pendusta?Fikirkan semula.

Setiap zaman terdapat perubahan tertentu yang tidak disedari oleh manusia.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu rahsia perubahan ini.Bagaimana?Mudah saja,INI KERANA ALLAH LAH YANG MERANCANG PERUBAHAN INI.Jadi bagaimanakah caranya Allah s.w.t menyampaikan berita-berita perubahan ini?

MELALUI PARA UTUSAN-NYA.

Sebab itu perkataan 'nabi' berasal dari kata 'naba' iaitu 'khabar berita'.Dalam kes ini,manusia mesti mengikuti perkembangan rahsia yang tidak diketahui mereka ini dengan mematuhi perintah Allah melalui mulut utusan-Nya.Setiap perubahan ini mempunyai kesan tertentu.Dan ini akan menyebabkan perlunya manusia menyesuaikan diri kepada perubahan ini.Orang yang mengamalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w akan meninggalkan satu tanda khas yang akan dikenal oleh Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak.Inilah dia 'barcode' yang tercetak pada rohani setiap manusia yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengamalkan sunnah-sunnah yang 'expired' seperti syariat Nabi Musa atau Nabi Yaakub pada masa KINI adalah mereka yang sesat,walaupun mengaku menyembah Allah s.w.t.Ini kerana DI DALAM SYARIAT MUHAMMAD ITU TERSEMBUNYI PERINTAH DAN KEHENDAK ALLAH.Bagaimana dia dikatakan menyembah Allah padahal Allah memerintahkan manusia menyembahnya dengan bersolat mengikut cara Nabi Muhammad namun orang tadi berdegil mahu menyembah Allah mengikut NAFSU SERAKAH DAN AKAL SENDIRI?

Syariat Nabi Muhammad menyimpan rahsia bagaimana manusia mampu mencapai tahap Heavengate.Namun Azazel menjanjikan kepada para pengikutnya satu jalan pintas yang lain,yang kononnya mampu menyampaikan mereka kepada HeavenGate.


STARGATE











Ya Huwa...wahai 'Dia'...namun sang Iblis tidak mahu memberitahu siapakah si Dia...Iblis memesongkan Yahudi dan Nasrani dengan menggantikan 'Dia' itu kepada dirinya atau objek-objek lain.Iblis menggunakan sedikit rahsia si 'Dia' untuk membohongi manusia.Kita tahu siapa si 'Dia' namun malangnya ada di antara kita mahu murtad dengan segera supaya mahu cara hidupnya dipilihkan oleh Yahudi,Nasrani dan Iblis.



Adakah kita mahu hidup kita ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla,

atau Yahudi?

atau Nasrani? 

atau Iblis dan Syaitan?

Kesesatan hasil dari tangan-tangan Yahudi dan Nasrani


The Gate of Y H W






Selamat datang ke The Gate of Yehova.Keinginan untuk mengetahui kebenaran dari pintu langit.Keinginan untuk membersihkan kebusukan dan kesesatan hasil dari tangan-tangan Yahudi dan Nasrani.Keinginan untuk memadamkan api yang menyala di altar penyembahan Iblis.Keinginan untuk mengetahui rahsia dari Nama-Nama.

Welcome to The Gate.

Ini adalah Pintu Pembelajaran anda.Jika anda melihat tulisan pada pintu ini,anda akan membaca



"The Gate of Y E H O V A"



Apakah Yehova?Siapakah Yehova?Sila masuk.

Ok,anda sudah melepasi pintu ini.Apa yang ada dihadapan?Tiada apa-apa bukan.Kita belajar dahulu tentang Yehova.

Yehova adalah nama panggilan bagi 'Tuhan' dalam manuskrip-manuskrip Ibrani Kuno.Dari Yehova,muncul lah pelbagai variasinya seperti Yahweh dan Jehova.Ingin tahu rahsia di sebalik nama ini?Kami beritahu pembayangnya.Ibrani dan Arab adalah bahasa-bahasa Semitik.Jadi kita boleh katakan dua bahasa ini sama seperti bahasa Minang dengan bahasa Melayu;bahasa dalam kelompok Malayo-Polinesian.Siapa yang tahu bentuk-bentuk bahasa Semitik akan dapat menghidu rahsianya.

Bani Israel adalah satu keturunan bangsa yang diidentifikasikan dari susur galur Nabi Yaakub.Dari bangsa ini telah lahir ramai nabi-nabi.Dari bangsa inilah banyak pula penderhakaan dan pembunuhan ke atas nabi-nabi tersebut.Nabi-nabi silih berganti diutuskan ke atas bangsa ini,namun masih ada satu golongan yang menjadi duri dalam daging yang menyeleweng hukum Allah s.w.t di dalam Bani Israel.Kelompok ini dinamakan 'Yahudi'.

Jika kita perasan,terma 'Yahudi' popular digunakan ketika era Nabi Muhammad s.a.w dan selepasnya.Ketika zaman Nabi Musa,Isa dan lain-lain,AlQuran sering menggunakan istilah 'Bani Israel'.Begitu juga pengikut ajaran Nabi Isa.Pengikut-pengikut Nabi Isa ketika Nabi Isa masih hidup tidak disebut 'Nasara' atau 'Nasrani'.Istilah 'Nasara' digunakan kepada pengikut ajaran yang dikononnya diidentifikasikan terhadap ajaran Nabi Isa.Yahudi dan Nasrani adalah kelompok-kelompok yang telah menyimpang jauh dari ajaran Allah.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120).

Kita mesti mengenal siapakah dua kelompok ini untuk mengetahui sejarah StarGate dan setelah itu,kita mampu mencapai...

The HeavenGate.


Mengapa kita perlu mengetahui segala kebusukan mereka?Mengapa kita perlu tahu segala kesesatan mereka?KITA PERLU MENGETAHUI SEMUA INI SUPAYA DAPAT MEMBEZAKAN APA KEBUSUKAN KESESATAN MEREKA DENGAN KEHARUMAN HIDAYAH ILAHI.Hari ini manusia sudah tidak mampu membezakan segala kebusukan Yahudi dan Nasrani.Mereka menyanjung-nyanjung budaya syaitan dua kelompok sesat ini dan menghina para ulama yang menyambung tugas para nabi.Kehidupan harian disandarkan kepada budaya Yahudi dan Nasrani tanpa mahu belajar sedikit pun cara hidup Rasullullah s.a.w.Solat lima waktu ditinggalkan,apatah lagi solat berjemaah.AlQuran seminggu sekali pun amat payah mahu dibuka,padahal apabila berhujah tentang agama,MEREKALAH YANG MENDABIK DADA MAHU MENGIKUT ALQURAN.

Mereka mengaku mahu ikut AlQuran,padahal merekalah musuh AlQuran,menafsirkan AlQuran dengan NAFSU DAN AKAL SENDIRI tanpa mahu mengikut bimbingan Rasulullah s.a.w.Apabila menjadi mayat kelak,jangan haraplah mahu mendapat pembelaan AlQuran di ALAM BARZAH.Orang yang membaca AlQuran dan mengamalkan isinya,di alam kubur kelak akan dibela oleh AlQuran sendiri.Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bacalah Al Quran,sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya“

Cara hidup orang-orang Islam hanya satu sahaja.CARA HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W.Apabila Nabi Muhammad diutuskan ke dunia,semua syariat nabi-nabi lain terbatal,dan semua yang berakidah menyembah Allah Azza Wa Jalla MESTI mengikut SYARIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.Mesti mengikut cara Nabi s.a.w.Bukan cara Sekular,Komunis mahu pun Antihadis.Cara hidup Islam adalah cara hidup Nabi Muhammad s.a.w.Islam dan cara Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dipisahkan.Adakah boleh seseorang itu mengaku Islam namun mengikut syariat Nabi Ibrahim?

SEBAB ITU KENA FAHAM BAHAWA ISLAM DAN CARA HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH SATU.Syariat Islam adalah syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad.Syariat Nabi Musa misalnya menghukumkan orang yang melakukan dosa-dosa besar harus dihukum berbunuhan sesama sendiri.Namun syariat Nabi Muhammad tidak begitu.

Sebab itu salah satu taktik Yahudi dan Nasrani ini adalah untuk MEMBUANG CARA HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W dari dada-dada orang Islam hari ini.Apabila cara hidup Nabi dibuang dari amalan hidup seharian seorang manusia,maka langkah seterusnya adalah amat mudah;MEMASUKKAN CARA HIDUP SESAT,KAFIR DAN IBLIS ke dalam dada-dada manusia.

Mengapa cara hidup Nabi Muhammad s.a.w ini diusahakan supaya dibuang jauh-jauh dari hidup manusia?Ini kerana cara hidup Nabi Muhammad lah JALAN YANG SEBENAR yang menuju ke arah insan kamil,dunia dan akhirat.Iblis laknatullah tidak gemar jika manusia dapat mengikut jalan nabi,cara nabi.Jadi Iblis dan tenteranya menggunakan pelbagai cara untuk menjauhkan umat manusia dari mendapat hidayah Allah.

Sebelum kita masuk ke dalam pusaran StarGate,mari kita lihat dahulu apakah kebusukan golongan Yahudi yang namanya sahaja telah 'established' di dalam AlQuran yang mulia sebagai kaum yang punya ciptaan agama sendiri,iaitu agama selain Islam yang sudah pasti sesat lagi menyesatkan.Penjelasan di bawah berpandukan hujah seorang yang mengaku Yahudi Mizraim,menggunakan nama samaran Migdal_Bavel (Menara Babil),beliau kerap menyertai perbincangan forum yang menyentuh tentang Yahudi dan Israel.Fasih menggunakan bahasa Melayu,beliau berforum sambil menyelitkan dakyah bahawa golongan "Yahudi dan Zionis itu adalah baik".Adakah benar dakwaan beliau?

Kita akan jawab hujah-hujahnya satu persatu,di mana sambil kita menjawab hujahnya,kita akan semakin mencium segala kebusukan yang dibawa oleh pencacai Yahudi ini,yang cuba mempengaruhi pemikiran para forumer yang rata-ratanya masih mentah umurnya dan amat kurang berpengetahuan dalam sejarah Yahudi dan Israel.Sebagai permulaan,kita menimba ilmu dahulu secara santai sebelum memasuki persoalan yang lebih berat berkenaan StarGate dan rahsia-rahsianya.Kita akan belajar bagaimana untuk menghadapi hujah-hujah pencacai The Hidden Hand yang cuba mengalih perhatian sebentar dari PERKARA ASAS YANG SEBENAR:


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

(Al-Baqarah: 120).



Mencium Segala Kebusukan Yahudi Zionis.


Migdal_Bavel (MB) adalah nama yang digunakan oleh seorang forumer yang pekat dengan unsur-unsur Yahudinya.Kita akan belajar bagaimana beliau menggunakan hujah-hujahnya untuk menggambarkan 'kejahatan' Islam dan orang Islam secara halus,disamping memesongkan isu sebenar di Palestin.Contoh beliau diambil kerana ia memiliki bentuk yang sama dengan tabiat dan modus operandi para Zionisme dalam mengalihkan sesuatu isu sehingga masyarakat Eropah sendiri bersimpati dengan Zionisme Antarabangsa walaupun terang-terang mereka melakukan kekejaman dan penindasan.Dalam kes ini,beberapa forumer Melayu telah 'cair' dan terpengaruh dengan MB sehingga mereka terkinja-kinja dan menari-nari secara automatik tanpa disuruh-suruh mempersoalkan perjuangan rakyat Palestin dan memakihamun orang Islam dan bangsa Arab.Antaranya yang menggunakan 'nickname' genot,acong dan lain-lain.Forumer yang menggunakan 'nickname' genot misalnya mengaku dari keturunan Arab Yaman namun menari-nari bersama-sama MB yang secara halus menyelitkan penghinaan juga terhadap bangsa Arab (keturunan genot) sebagai 'sekular','pembohong' dan 'kejam'.Genot telah mencium tangan malah kaki MB yang penuh cagu kebusukan Yahudi Kabbalah dan rela dihina dan dipijak-pijak maruahnya asalkan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan talibarut Yahudi.Ini samalah dengan tabiat tipikal para pemimpin Arab yang dungu sama di Yaman (tempat asal moyang genot),Arab Saudi mahu pun di lain-lain tempat yang tunduk patuh dengan Amerika dan Israel.


Dalam satu postingnya,MB menjelaskan tentang 'kekeliruan' orang Islam berkenaan Yahudi:

"Ramai orang Muslim tak tahu, yang versi agama umat Yahudi di Israel ialah Orthodoks (iaitu Modern-Orthodoxy). Yang membezakan kami dengan Yahudi Charedim (Ultra-Orthodoxy) ialah fahaman Zionism saja. Yang lelain semuanya sama. Kami beriman kepada Talmud dan Torah. Satu kejahilan yang nyata, satu ironi apabila kita kata, kita sokong Yahudi Orthodoks kerana mereka bukan Zionis, tapi dalam masa yang sama, kita mencaci dan memfitnah kitab Talmud yang diimani oleh Yahudi Orthodoks dengan pelbagai dakwaan. Lepas tu kita nisbahkan Talmud kepada Zionis. Tahukah korang bahawa kerana Talmud lah yang menyebabkan Yahudi Orthodoks ni tidak menjadi Zionis. Belajarlah dulu agama Yahudi sebelum kita menyebarkan salah faham ni kepada orang lain yer,bukannya apa. Kalau orang belajar tentang Islam dari kaca mata musuh Islam, adakah ko akan jamin ia 100% betul? :D 

Taurat Lisan = Talmud/Mishnah+Gemarah/Hadis
 

Taurat Bertulis = Hebrew Bible/TeNa"CH/Old Testament
 

Dalam agama Yahudi, kesemua di atas tu namanya Taurat. Taurat dalam konteks ni bukannya kitab nabi Musa saja, tapi ia bersifat umum untuk seluruh di atas kerana secara harafiahnya, Torah tu bermaksud The Law. Bila orang Yahudi Orthodoks kata "Menurut Taurat...", "Dalam Taurat ada mengatakan..." "Kami mengikut Taurat yang mengatakan sekian-sekian...", itu tak bermaksud mereka quote dari kitab Torah nabi Musa saja, tapi juga membawa kemungkinan bahawa mereka quote dari Talmud, mungkin dari bahagian Nevi'im (Nabi-Nabi), mungkin dari bahagian Ketuvim (Penulisan2) atau mana-mana kitab para Rabbi. Kesemua ini dipanggil Taurat."
Perkara yang perlu diketahui oleh umat Islam ialah bahawa,Talmud adalah koleksi karangan dan pendapat para rabbi Yahudi.MB selalu membandingkan Talmud dengan kitab-kitab Hadis.Ini salah sama sekali.Hadis Nabi adalah kata-kata Rasulullah s.a.w,manakala Talmud adalah tulisan para rabbi yang dikumpulkan.Rabbi adalah pendeta-pendeta Yahudi.Di dalam Talmud penuh dengan penyelewengan terhadap ajaran Taurat.Di dalamnya bercampur aduk antara pendapat rabbi yang jujur dengan pandangan rabbi yang menyeleweng,korup dan berniat jahat.Pembahagian dari MB,tidak kira apa pun tentang Yahudi Israel,sebenarnya mereka terbahagi kepada dua:

*Ortodoks
*Zionisme/Ultra





Ortodoks adalah lebih kepada usaha para rabbi yang cuba membawa masyarakat yang menganut agama Yahudi kembali kepada hukum Taurat,mengambil berat tentang Talmud dan mempelajari kebaikan darinya.Golongan Ortodoks ini lebih kepada isu-isu budaya dan agama dalam tradisi Yahudi.Zionisme adalah satu aliran dari sekelompok Yahudi yang pada awalnya bergerak untuk menubuhkan negara Israel di tanah orang Islam di Palestin secara paksa dan kekerasan.Untuk itu,para rabbi yang menyertai gerakan Zionis ini telah mencetuskan satu aliran baru yang menggunakan agama sebagai cara untuk meyakinkan 'kesucian' cita-cita Zionisme.Mereka telah mengubah mana-mana yang perlu untuk menghalalkan darah 'goyyim' (gentile,non-jews) bagi menegakkan cita-cita Zionisme.

Apabila kita bercakap soal golongan Ortodoks Yahudi,ia adalah mencakupi isu-isu mencakupi sekitar agama Yahudi,Taurat dan Talmud.Golongan Ortodoks juga terbahagi kepada 3 aliran atau cabang pemahaman:

*Orthodox
*Ultra Orthodox
*Modern Orthodox

Zionisme pula adalah gerakan politik.Tujuannya ialah menubuhkan negara Israel.Noktah.



 'Mengapa Yahudi Ortodoks tidak menjadi Zionis'.Ini adalah salah sama sekali,malah pengaruh Talmud yang menyeleweng itulah sumber utama pemikiran para Elit Zionisme seperti Theodor Herzl.Pemikiran karut seperti "bangsa pilihan Tuhan' atau 'Tanah yang dijanjikan' (Promised Land) adalah terma yang dipilih dan diputarbelit dari Talmud yang diputarbelit pula dari Taurat.SEBENARNYA TERMA 'BANGSA PILIHAN TUHAN' ATAU 'TANAH YANG DIJANJIKAN' ke atas Bani Israel adalah bersifat sementara dan 'tamat tempoh.Ini kerana kaum-kaum Bani Israel telah mengingkari perintah Allah yang memerintahkan mereka supaya berperang dengan satu kaum yang ganas dan memasuki Palestin.Akibatnya kaum-kaum Bani Israel dihukum sesat di Padang Pasir Sinai selama 40 tahun.

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain.
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.

Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya.

Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja. 

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.


Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu." 

(Al-Maidah ayat 20-26)



Dalam ayat 20 hingga 26,surah Al-Maidah diterangkan bahawa ketika itu terdapat beberapa kelebihan ke atas Bani Israel berbanding umat-umat sebelum itu.Kemudian diseru kepada Bani Israel memasuki 'Tanah Suci'.Kemudian mereka mengingkarinya dengan pelbagai alasan.Akhirnya NABI MUSA A.S BERDOA SUPAYA MEMISAHKAN KAUMNYA YANG FASIK ITU DARI KELOMPOKNYA.

Kemudian 'Tanah Suci' itu diharamkan kepada Bani Israel selama 40 tahun dan selama itu mereka sesat kebingungan di padang pasir.

Pertama sekali kita kena faham,bahawa Bani Israel sendiri ingkar untuk memasuki 'Tanah Suci'.Kemudian Nabi Musa sendiri berdoa supaya dipisahkan golongan yang ingkar ini dari umatnya.

Palestin merupakan tanah suci yang diberkati dan memang telah ditetapkan untuk Bani Israel.Akan tetapi,siapakah Bani Israel yang dijanjikan tanah suci ini oleh Allah?Adakah janji ini berlanjutan dan abadi selamanya? Adakah tanah ini juga untuk semua orang Yahudi sampai hari kiamat? Sesungguhnya orang orang yang ditetapkan-Nya untuk menempati tanah suci adalah orang orang Bani Israel yang datang setelah masa Nabi Musa as.,dan yang mengikuti serta beriman kepada para nabi,seperti Nabi Daud as. Dan Nabi Sulaiman as.

Pada waktu itu mereka merupakan kelompok mukmin di tengah-tengah komuniti orang orang kafir di negeri Mesir serta tanah suci Palestin dan Allah S.W.T. mengutamakan orang mukmin atas orang kafir.Kerana itulah Allah S.W.T menjadikan tanah suci untuk Bani Israel yang beriman dan menetapkan hal itu karena faktor keimanan mereka. Setelah itu orang orang Yahudi (kelompok Bani Israel fasik yang mencipta agama baru) berubah dan mereka mendustakan Rasulullah SAW. Mereka kafir terhadap 'Deenul-Haq' (agama yang benar) yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w . Atas dasar demikian, mereka dikategorikan sebagai orang orang kafir,zalim dan melampaui batas. Secara automatik mereka kehilangan semua hak mereka atas tanah suci kerana Allah s.w.t. telah mencabutnya dari mereka dan menjadikannya untuk hamba hamba-Nya yang soleh dan beriman. Hal ini sesuai dengan sunnatullah (hukum Allah di alam dan kehidupan) yang tidak berubah, iaitu ketentuan-Nya dalam pewarisan bumi hanya bagi hamba hamba-Nya yang soleh.




Masalahnya sekarang,orang yang mengaku kononnya Bani Israel pada hari ini adalah BUKAN DARI 12 SUKU BANI ISRAEL yang BENAR-BENAR BERIMAN seperti yang disebutkan dalam AlQuran.Mereka adalah YAHUDI campuran Eropah yang terbahagi kepada 3:

*Sephardi-Yahudi Eropah berasal dari penempatan di Sepanyol (Spaniard).
*Askenazi-Yahudi Eropah berasal dari wilayah-wilayah Jerman.
*Khazar-Kaum Asia Tengah yang pernah berkerajaan yang menganut agama Yahudi.

Mereka inilah TUNJANG KEPADA FAHAMAN SESAT ZIONISME ANTARABANGSA dokongan Theodor Herzl,seorang wartawan yang dijadikan 'frontman' oleh Kabbalis dan Christian Zionist.Jadi mereka bukan warisan golongan umat Nabi Musa.Malah mereka mencipta agama baru iaitu AGAMA YAHUDI yang berpaksikan TALMUD yang sesat hasil karangan para pendeta mereka sendiri.Fikirkan,mengapa diutus lagi seorang nabi kepada kaum Yahudi ini iaitu Nabi Isa a.s?Perhatikan semua rabbi-rabbi Yahudi menggugut,menghina,mengancam dan menentang NABI MEREKA SENDIRI!

Adakah Bani Israel adalah umat pilihan selama-lamanya?TIDAK SAMA SEKALI.


"Kamu adalah sebaik-baik umat (khayr aummah) yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Surah Ali ‘Imran: ayat 110)

"Demikian juga Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (syuhada ‘ala al-nas) dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu" (Surah al-Baqarah: ayat 143)

Orang yang menganut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah UMAT TERBAIK kini dan sekaligus memansuhkan mana-mana 'title' umat terbaik sebelum itu untuk dipakai pada hari ini.JIka orang Yahudi pada hari ini mahu tergolong dalam kelompok umat terbaik,dia MESTI memeluk agama Islam.Ini kerana syariat Nabi Musa dan Isa telah termansuh digantikan dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.



MB membuat kesalahan tafsiran antara Taurat dan Talmud mengikut kaca mata Zionis yang dianutnya:

"Dalam agama Yahudi, kesemua di atas tu namanya Taurat. Taurat dalam konteks ni bukannya kitab nabi Musa saja, tapi ia bersifat umum untuk seluruh di atas kerana secara harafiahnya, Torah tu bermaksud The Law. Bila orang Yahudi Orthodoks kata "Menurut Taurat...", "Dalam Taurat ada mengatakan..." "Kami mengikut Taurat yang mengatakan sekian-sekian...", itu tak bermaksud mereka quote dari kitab Torah nabi Musa saja, tapi juga membawa kemungkinan bahawa mereka quote dari Talmud, mungkin dari bahagian Nevi'im (Nabi-Nabi), mungkin dari bahagian Ketuvim (Penulisan2) atau mana-mana kitab para Rabbi. Kesemua ini dipanggil Taurat."

Bagi kita umat Islam,realitinya Taurat hanya satu,iaitu apa yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Musa.Talmud bukan Taurat.Talmud adalah kompilasi karangan pendeta Yahudi.Karangan manusia yang tidak lepas dari kesalahan.Ini berbeza dengan Taurat (yang asli) yang suci dari kesalahan.Namun kita pun tahu apa yang dinamakan Taurat (Old Testament) pada hari ini telah tercemar oleh tangan-tangan manusia,siapa lagi kalau tidak para rabbi yang dungu ini.

Lihat lagi hujah MB:

"Sangat tidak adil bagi Yahudi untuk orang dari agama lain menghakimi kami (Zionis Yahudi) sebagai sesat atau kafir di sisi Judaism. Ini adalah soal Halachah yang agak kompleks. Kalau Talmud pun tak diketahui sebagai kitab Yahudi Ultra-Orthodoks anti-Zionis, jangan mimpilah untuk menyebarkan khabar angin versi konspirasi kepada orang lain. Pertama-tama sekali untuk korang berhujah mengenai kedudukan Zionism di sisi Judaism ini, sila mempelajari terlebih dahulu konsep Taurat, sila mempelajari Midrash (Tafsiran) daripada Ma'amar Shalosh Shevu'os (The 3 Binding Oaths) dan komentar oleh Gedolim kami (Ulama Muktabar); baik golongan Rishonim (Salafi) dan juga Acharonim (Khalafi). Dan cubalah menghubungkaitkannya dengan penjelasan antara dua hujah (sokongan atau kritikan terhadap Zionism menurut Modern Orthodoxy atau Ultra-Orthodoxy)."

Ini bukan masalah mahu mengadili sama ada Zionis anutan MB ini sesat atau kafir di dalam agama Yahudi.Agama Yahudi itu sendiri sesat dan kafir dari petunjuk Allah s.w.t apatah lagi Zionisme yang merupakan aliran baru dari Judaism.Sesat di dalam kesesatan.Talmud bukan 'sebagai kitab Yahudi Ultra-Orthodoks anti-Zionis',TALMUD ADALAH KITAB MILIK SEMUA YAHUDI YANG INGKAR DAN KAFIR TERHADAP PERINTAH ALLAH AZZA WA JALLA.Tidak perlu belajar konsep Taurat seperti saranan Migdal_Bavel,pencacai Yahudi ini,kerana taktiknya ialah mendesak pemikiran forumer-forumer Melayu-Islam dengan mengemukan hujah-hujah dari pengetahuannya dalam selok-belok Keyahudian dan Zionisme,di mana pada masa yang sama membuatkan para forumer yang rata-ratanya cetek ilmu dalam bidang itu hanya terkedu,terganga dan hanya menganguk-angguk sahaja termasuklah genot dari Arab Yaman yang masih tidak sedar keturunannya dikutuk sebagai pembohong,kejam dan sekular.Semua saranan pencacai Yahudi ini adalah sekitar Talmud yang direka-reka oleh keturunan Samiri,siapa lagi kalau bukan para rabbi yahudi.Mengapa mahu memahami konsep Taurat dari mulut Zionisme yang menghalalkan darah umat muslimin?CUKUPLAH ALQURAN DAN BIMBINGAN RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PELAJARAN BAGI KITA.

Lihat cara pencacai Yahudi yang berbapakan Muslim beribukan Yahudi namun memilih agama Yahudi ini memesongkan pemikiran sebahagian forumer tentang isu Palestin:

"Korang ni tak tahu suara sebenar orang Arab "Palestin". Palestin ni satu payung saja untuk kaum Arab di Tebing Barat dan Gaza. Tetapi mereka dari kaum yang berlainan. Ada pelbagai kabilah di sini, dan mereka bukannya satu keturunan. Ada yang keturunan asal kaum Levant (Arab Tanah Sham) dan ada juga keturunan pendatang dari Mesir dan Hijaz semasa zaman Khilafah Islamiyah. Keturunan asal kaum Levant tiada masalahpun dengan kaum Yahudi kerana mereka tahu keturunan mereka juga adalah dari Yahudi asalnya (Yahudi yang masih remain dalam zaman penjajahan Roma dan juga Yahudi yang pulang menetap semasa Khilafah Islamiyah merampas kembali Yerusalem daripada Romawi Timur). Arab di Israel ni yang berjumlah satu juta setengah itu ramai dari keturunan yang sama dengan Yahudi. Begitu juga beberapa kabilah Arab di tanah-tanah tinggi Tebing Barat yang korang gelarkan Palestin tu. Sebab itu kami kaum Yahudi berasa marah sangat dengan perekrutan Hamas dan sekutu pejuangan keganasan mereka (keturunan pendatang semasa zaman Khilafah yakni mereka yang menetap di tanah-tanah rendah di sekitar tebing sungai Jordan) terhadap remaja "Palestin". Merekalah tiada belas kasihan terhadap keturunan "Palestin" dari suku lain yang mana dijadikan sebagai alat mereka saja untuk merealisasikan cita-cita kebangsaan Arab"

Pertamanya MB percaya bahawa HAMAS dan pejuang-pejuang pembebasan Palestin 'membunuh' kanak-kanak.MB mendakwa Zionis membela kanak-kanak dan remaja Palestin dan MB juga ada memnceritakan kisah askar Zionis cuba menyelamatkan kanak-kanak Palestin.INI ADALAH CERITA JENAKA DI ZAMAN INTERNET.Padahal kita pun sudak muak dengan foto-foto beratus-ratus wajah kanak-kanak Palestin yang mati dibunuh oleh rejim Zionis.Bagaimana boleh dikatakan bahawa Zionis menyayangi kanak-kanak dan remaja Palestin padahal kanak-kanak dan remaja Palestinlah sasaran utama Zionis keturunan Migdal_Bavel ini kerana dikhuatiri mereka akan tumbuh dewasa sebagai pejuang Palestin.Mahu foto?JIka dikumpulkan foto kanak-kanak dan remaja Palestin yang mati dibunuh Zionis dengan foto 'askar Zionis sedang menyelamatkan kanak-kanak Palestin',agak-agak,siapa menang?

Keduanya,MB memusingkan-musingkan cerita tentang kompisisi keturunan Arab Palestin,padahal ini bukan masalah perjuangan sukukaum Arab,ini masalah kekejaman Yahudi Zionis merampas tanah dan menindas UMAT ISLAM PALESTIN.Isu Palestin bukan berpayung di bawah nama 'Palestin' TETAPI ATAS NAMA KESUCIAN ISLAM DAN MASJIDIL AQSA.




Mengapa Yahudi Eropah terhegeh-hegeh mahu datang ke Palestin?Tinggal sahajalah di Eropah.Mengapa mahu merampas tanah orang-orang Islam Palestin?.Migdal_Bavel tidak faham perasaan seorang ibu kaum Muslimin yang kematian anak-anaknya dibunuh rejim Zionis dengan menggunakan BOM FOSFORUS.Apa yang MB tahu ialah berforum mempertahankan kekejaman Zionis tanpa mahu belajar sejarah umat Islam Palestin,pembunuhan beramai-ramai Sabra & Shatilla dan berpuluh-puluh lagi tragedi yang dimulakan oleh Zionis Yahudi.





Lihat putarbelit dari pencacai Yahudi ini:

"Golongan inilah yang diciptakan oleh negara-negara Arab kebangsaan moden agar Yahudi diusir daripada dunia Arab. Ia hanyalah masalah kebangsaan yang penuh taksub saja, bukannya agama. Pejuang nasionalis dan keagamaan di "Palestin" ini hanyalah terhasil apabila negara Jordan (yakni negara sebenar mereka) dan negara-negara Arab lain kalah dalam perang 6 hari sehingga Tebing Barat (Cis-Jordan) jatuh ke tangan Israel. Sejak hari itu, misi penubuhan negara "Palestin" diada-adakan. Padahal sebelum itu, ketika Tebing Barat adalah sebahagian Jordan, mengapa tidak pernah diwujudkan negara Palestin di Tebing Barat apatah lagi di Gaza (yang mana adalah sebahagian Mesir)? Mengapa mesti selepas jatuh ke tangan Israel Moden, baharulah terhegeh-hegeh meniup semboyan bernama Palestin? Mengapa ketika British memerdekakan dulu bangsa Arab di Tanah Suci Israel ini (yakni merangkumi Israel Moden dan Jordan Moden), mereka tidak menamakan negara mereka sebagai Palestin? Padahal namanya pun British Mandate of Palestine. Kenapa Jordan pula? Yarden itu adalah nama yang wujud dalam Taurat kami, yang diberikan kepada sungai suci yang mengaliri tanah suci ini. Begitu juga Levanon, merupakan nama gunung menurut kitab. Suatu persoalan yang tidak pernah mampu dijawab oleh mereka"

Lagi hujah putarbelit MB yang menganggap perjuangan pembebasan Palestin adalah perjuangan RASIS LAGI SEKULAR:

"Korang tak tahu sedikitpun tentang apa yang sebenarnya berlaku di Timur Tengah lebih-lebih lagi di Israel. Korang membabi buta menyokong orang-orang Arab yang rasis lagi sekular, yang menggunakan ajaran Islam, menggunakan tiket Jihad sebagai alat kepentingan peribadi mereka menentang kami, tanpa korang mengetahui bahawa mereka mengeksploitasi sokongan korang yang bukan Arab ni agar merestui mereka demi kepentingan nasionalis Arab"

Adakah kita sebagai umat Islam boleh melupakan segala penderitaan saudara seagama kita di Palestin semata-mata percaya bahawa para pejuang Arab di sana berjuang semata-mata atas dasar kebangsaan,bukan agama,seperti yang dibohongi oleh Yahudi Zionis?Adakah kita boleh melupakan wajah-wajah kanak-kanak Palestin,orang tua dan wanita yang dibunuh,diperkosa atau dicederakan oleh Zionisme yang disokong oleh pencacai Yahudi bernama Migdal_Bavel ini semata-mata terkeliru dengan kekeliruan MB sendiri tentang sentimen perjuangan di Palestin?

SEBENARNYA INI BUKAN MASALAH UNTUK TERHEGEH-HEGEH MENUBUHKAN NEGARA PALESTIN,INI ADALAH MASALAH BAGAIMANA UNTUK MEMBEBASKAN TANAHAIR UMAT ISLAM PALESTIN DARI REJIM ZIONIS LAKNATULLAH.

Tidak kiralah apa nama sekalipun.TUJUAN UTAMANYA UNTUK MENGEMBALIKAN TANAHAIR PALESTIN KE PANGKUAN UMAT ISLAM.

MB sebenarnya menggunakan taktik yang sama cuba digunakan oleh Zionisme iaitu MENGALIHKAN ISU PALESTIN SEBAGAI ISU KEBANGSAAN ARAB SEMATA-MATA,BUKAN ISU SELURUH UMAT ISLAM.

MB pula mendakwa nama Jordan dan Lebanon itu berasal dari Taurat dia,padahal bahasa Arab dan Yahudi adalah berkongsi langgam bahasa sebagai bahasa-bahasa Semit.Nampaknya MB belum habis khatam lagi keturunan sebelah ibunya,malah membabi buta mengikut agama sesat Yahudi berserta menganut fahaman Zionisme sekali.Palestin bukan untuk YAHUDI SESAT PEMBUNUH PARA ANBIYA.Palestin adalah tanahair pengikut AGAMA ALLAH S.W.T.Ini dijelaskan oleh doa Nabi Musa a.s yang meminta dipisahkan golongan fasik dari umat Nabi Musa ketika itu.

Ketika ini forumer genot (Arab Yaman+Siam) terkinja-kinja melompat-lompat seronok apabila bangsanya iaitu Arab dihina sebagai pengganas,pembunuh kanak-kanak,taksub,bersikap asobiyah (kebangsaan) dan tetap berada dipihak yang salah.Yang benar,baik,beriman,pilihan Tuhan dan tidak bersalah ialah YAHUDI ZIONIS.Sikap ini samalah seperti pemimpin-pemimpin Arab yang tercium-cium tangan Amerika dan Israel.Genot tidak kisah kanak-kanak Arab Palestin dibunuh bagaikan anjing kurap ditepi jalan.Genot tidak peduli remaja Arab Palestin bergelimpangan akibat terkena bom berangkai atau fosforus.Genot yang bangga berketurunan Arab Yaman tidak mengerti tangisan warga Arab Palestin yang kehilangan tanah dan rumah.Sepatutnya Genot ini dicampak ke Yaman kembali atau setepatnya di Palestin,bercampur dengan 'seketurunannya' iaitu orang Arab.Biar dia merasa dihina oleh Yahudi Zionis yang menganggap orang Arab sebagai musuh dan sampah sahaja.

Mungkin Genot ini mengatakan dia Arab Yaman bukan Palestin.Inilah dia sikap tipikal bangsa Arab yang amat gemar berkabilah dan berpuak-puak.SESUNGGUHNYA ORANG MELAYU MEMBENCI YAHUDI BUKAN KERANA DIA YAHUDI TETAPI ATAS SEBAB-SEBAB YANG DITUNJUKKAN DI DALAM ALQURAN.Yahudi yang dibenci bukanlah kerana dia dilahirkan sebagai Yahudi tetapi kerana sikapnya masih mahu mengikut perangai Yahudi Fasik yang menentang agama Allah.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120).


Adakah Genot tidak membaca AlQuran?Mengapa Allah mengancam orang yang MENGIKUT AGAMA YAHUDI?.


Lihat pencacai Yahudi meluahkan kemarahan:

"Ak tidak benci Islam atau muslim, tetapi terlebi dahulu, kebanyakan umat Islam kini telah diajar bahawa Yahudi itu adalah musuh mereka yang terbesar dan pada akhir zaman nanti, umat Islam akan berperang dengan kami dan membantai kami, menyembeli kami sehabis-habisan. Bawalah kemari hadis pegangan korang yang meramalkan hatta pokok dan batu pun akan menolong korang untuk membongkarkan di mana kami bersembunyi. Inilah penyebab utama yang akan menghalang kita daripada mencapai perdamaian mutlak sejak dulu lagi. Korang sendiri keliru dengan agama korang yang telah bercampur aduk dengan agenda Arab nasionalis yang sebenarnya sekular, tapi pandai pula mengatakan Zionism itu bertentangan dengan Judaism"

Ini dia hadisnya jika itu yang diminta oleh MB:

Daripada Hadist riwayat Abu Hurairah ra: Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu kaum muslimin dapat mengalahkan (membunuh) mereka, sampai-sampai seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon lalu batu dan pohon itu berseru: Hai orang muslim, hai hamba Allah, ini seorang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! Kecuali Pohon gharqad (sejenis pohon cemara atau pohon berduri), kerana pohon itu adalah pohon orang Yahudi."
Perlu diingat,bukanlah bermakna seseorang dilahirkan sebagai Yahudi maka dia akan dicela oleh Islam.Yang dicela ialah mereka yang mengikut telunjuk kesesatan dari golongan Yahudi yang menentang agama Allah dan tidak mengakui kerasulan Muhammad s.a.w.Ini samalah seperti jika seseorang itu lahir dari kalangan Kristian.Inilah yang terjadi kepada Migdal_Bavel yang memilih agama Yahudi dari agama Islam yang dianut bapanya.DIA SENGAJA MERELAKAN DIRI MENGIKUT KEMAHUAN GOLONGAN YAHUDI.Tidaklah menghairankan dia berasa gembira dan selesa dengan agama itu kerana ALLAH SUDAH MENARIK HIDAYAH DAN PERTOLONGAN KEPADANYA.

"...Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120).

Ini berbeza jika MB masih berasa resah gelisah berada di dalam agama Yahudi.Ini bermakna masih ada tanda-tanda hidayah Allah itu di dalam hatinya.Ini tidak,MB amat berbangga menjadi Yahudi malah berbangga menganut fahaman Zionis dan sanggup menghabiskan masa berforum di internet demi mempertahankan kekejaman Zionis dan melupakan tangisan dan darah yang tumpah di Sabra dan Shatilla.MALANGNYA,seorang Arab Yaman yang darahnya bercampur antara Siam dan Melayu celup dengan megah sanggup menjadi pencacai kepada pencacai Yahudi.Pencacai mencacai pencacai.Akhirnya,sama-sama jatuh ke dalam lubang kebusukan agama Yahudi dan Zionis.


quote:
"Korang sendiri keliru dengan agama korang yang telah bercampur aduk dengan agenda Arab nasionalis yang sebenarnya sekular, tapi pandai pula mengatakan Zionism itu bertentangan dengan Judaism"
MB mengatakan forumer Islam keliru dengan agama mereka sendiri yang dikatakan "telah bercampur aduk dengan agenda Arab nasionalis yang sebenarnya sekular".

Adakah agama Islam ini adalah agenda Arab sekular?Adakah agenda Nabi Muhammad?

ISLAM ADALAH AGENDA ALLAH YANG MAHA PERKASA.NOKTAH.

ISLAM ADALAH PENUTUP SEMUA AJARAN NABI-NABI ALLAH AZZA WA JALLA.Yahudi dan Judaism lah agenda para rabbi yang menyeleweng dan berfikiran jahat.Yahudi Kabbalis Rabbanikal ini benar-benar tidak puas hati bila mengetahui nabi terakhir akan dibangkitkan dikalangan bangsa Arab.Mengapa?KERANA MEREKA MENGANGGAP BANGSA ARAB BANGSA MURAHAN DAN RENDAH BERBANDING MEREKA YANG KONONNYA BANGSA PILIHAN TUHAN.

Sekali lagi Genot ketawa tersengih-sengih apabila keturunannya dihina secara senyap-senyap dan bermuslihat oleh pencacai Yahudi.

Lihat apa jawaban Genot mewakili sikap para pemimpin Arab yang rela dicaci oleh Yahudi asalkan dapat menjilat punggung mereka:

"Aku pelik kat orang Melayu, dorang nak musuh2 dengan Yahudi atas sebab agama ka? Aku yang bangsa Arab pon xnah rasa papa kat orang Yahudi. Aku anggap Yahudi sbgai sepupu senenek moyang gak n sbenarnya x ada beza pon dgn kami. Ni la jadiknya bila hubungan sejarah diceritakan sekerat2 saja"
Genot menjawab bagaikan jawapan mat rempit yang tidak pernah baca berita.Dia masih tidak dapat membezakan Yahudi dengan Yahudi yang mengganas terhadap umat Islam.


Renungkan gambar ini.Budak kecil ini berketurunan Arab muslim.Dia dibunuh oleh Yahudi Zionis.




Lepas merenung gambar ini,Genot berkata:"Aku yang bangsa Arab pon xnah rasa papa kat orang Yahudi. Aku anggap Yahudi sbgai sepupu senenek moyang..."

Inilah contoh orang Islam yang telah tercium malah terpalit kebusukan Yahudi,dia tidak berusaha untuk membersihkan najis Yahudi tadi,malah terus bermain-main dengan najis kesesatan Yahudi tadi dengan riang gembira.Sebab itu sebelum anda melangkah lebih jauh,lebih baik anda belajar menghidu segala kebusukan Yahudi ini,tidaklah nanti anda akan menjadi beberapa orang forumer dalam forum itu yang sudah buta untuk membezakan antara harum dan busuk.Antara kebenaran dan pembohongan.

satu lagi lawak jenaka dari pencacai Zionis:

"Israel membina tembok adalah untuk kebaikan rakyat Israel dan juga rakyat Arab "Palestin" khususnya kanak-kanak, remaja dan wanita. Tanpa tembok yang dibina, kaedah pengeboman berani mati akan berlanjutan sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Bayangkan dalam 3-4 tahun, sudah 1000 (majoriti orang awam) dibunuhnya sedangkan Israel yang membunuh mereka dikatakan membunuh orang awam"
Satu dunia sudah tahu fungsi tembok ini.Jangan tanya Migdal_Bavel atau Genot,tanyalah warga Palestin yang dikurung di dalam tembok ini,ADAKAH MEREKA DAPAT HIDUP RIANG GEMBIRA DAN BAHAGIA di sebalik tembok tinggi itu?Inilah jawapan tipikal yang selalu diberikan oleh jeneral-jeneral perang Yahudi Zionis dalam menghalalkan tindakan tidak berperikemanusiaan mereka terhadap orang Islam Palestin.




Saudara dan saudari,

Jika kita mengaku muslim yang bersaudara antara satu sama lain,maka jika kita tidak mampu membantu muslim Palestin dengan kekuatan,bantulah mereka dengan cara lain,sekurang-kurangnya membenci perbuatan Yahudi Zionis menindas dan membunuh orang Islam.Inilah IMAN PALING LEMAH.Bukannya mengiyakan apa sahaja alasan Yahudi Zionis yang membela perbuatan mereka.Ini tidak,bukan sahaja mengangguk,malah tumpang sekaki menyokong Yahudi Zionis dan menyalahkan muslim Palestin.Di mana iman kita,di manakah kasih sayang kita sesama Islam jika masih tidak mampu mengecam warna merah darah yang mengalir panas dari tubuh muslim Palestin.





Cukuplah para pemimpin Arab sendiri yang dijadikan lembu dicucuk hidung oleh Zionis,adakah kita di sini masih buta warna lagi dengan darah kanak-kanak Palestin yang ditembak Yahudi Zionis.Adakah apabila negara kita diserang musuh,keluarga kita disembelih,rumah kita dibom atau dirobohkan,maka apabila kita bangkit menentang,maka APAKAH PERASAAN KITA JIKA PERJUANGAN KITA INI DIANGGAP PERJUANGAN NASIONALIS MELAYU?Jawablah wahai pencacai Yahudi,tidak kira dari Arab Yaman yang tidak tahu diuntung atau golongan Melayu Mudah Lupa.

Rasanya cukup di sini sesi pembelajaran kita.

Kembali ke pintu tadi.

Anda nampak perkataan di belakangnya?Adakah tertulis The Gate of Yehova?

Mari kita bersihkan kekotoran yang dipalit oleh para Rabbi di pintu ini supaya kita boleh menyingkap apa yang ada di sebalik perkataan "Yehova"....










.................





...........






......






...




..





..





..









.











Jika anda tidak berupaya untuk mencerna segala kebaikan dari Islam ketika di dunia,adakah anda berupaya melihat kebenaran Islam di dalam Jahannam? Salam Perjuangan

Rahsia Bangsa Melayu II


Rahsia Bangsa Melayu II



Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.


The Lost Fragrance in The Promised Land





"But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis 25:6 New International Version)

Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.



Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Pintu Rahsia

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:

-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.

Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.




RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH

Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.

Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)


Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?




'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.



Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus.

Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia 'Semenanjung Emas'.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.





Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia

1:1 Adam, Sheth, Enosh,
1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered,
1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth.
1:5 The sons of Japheth; Gomer, and Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and Tiras.

1:27 Abram; the same is Abraham. 
1:28 The sons of Abraham; Isaac, and Ishmael. 
1:29 These are their generations: The firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and Mibsam, 
1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad, and Tema, 
1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These are the sons of Ishmael. 
1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan. 
1:33 And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the sons of Keturah. 
1:34 And Abraham begat Isaac. The sons of Isaac; Esau and Israel. 
1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel, and Jeush, and Jaalam, and Korah. 
1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek. 
1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah, Shammah, and Mizzah.

(1 Chronicles 1 New International Version)


Petikan di atas adalah dari Kitab Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari Nabi Adam a.s hingga kepada anak keturunannya yang membentuk bangsa-bangsa di dunia.Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada yang merupakan gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di mana menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa Kaukasian-Eropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada Nabi Yaakub (Jaacob).

"Dan sesudah Ishak (lahir pula) Ya'qub." (QS. Hud: 71)


Perhatikan ada di antara nama-nama disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75)

Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan Keturah.Keturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam upacara ritual.Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada Nabi Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'.Nabi Ibrahim amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah selepas kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan nyaris dianggap mandul.

"Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)

Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi Ibrahim setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti Hajar dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Ibrahim ketika usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.

Namun perintah Tuhan Yang Esa menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia, melakukan tugas penting seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran dan tanggungjawab dan nama baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda dengan tabah dan bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah s.w.t menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api besar,pertelingkahan dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah pengorbanan anaknya Ismail.

"Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benar-benar termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)
Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa perpindahan Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban.

"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " (QS. ash-Shaffat: 102)

Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini.Satu misi TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari,yang tersembunyi.

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah." (Genesis 25:1-4)

Nabi Ibrahim pun memanggil anak-anaknya dari Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan tumbuh sebagai anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka serta sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur.Nabi Ibrahim berpesan sesuatu kepada mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup lama lagi di dunia ini.Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan dirinya.Kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya.Episod pilu berulang kembali.Tiba-tiba baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang yang terasing.Saat Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia terus saja menunggang unta bersama istri keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat menyengat dan mereka berada ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang. Sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Ibrahim. Dikuatkan hatinya untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada akan menganiaya hamba-hamba Nya,Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ditengan padang pasir.

Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim A.S meninggalkan mereka.
Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya;

" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.

Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah ini memang perintah dari Allah SWT ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah memerintahkan hal itu, bukankah padang pasir itu kering ditambah lagi, saat ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum keluar.Tapi Nabi Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya. Setelah 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta disebatang pohon kurma.

Siang itu matahari begitu panasnya membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit tenggorokannya tak ia hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana caranya memberitahukan kepada isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar diturunkan, Ibrahim bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa aku akan ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang ini".

"Tidak istriku, bukan karena dosamu,"jawab Ibrahim”
"Kalau bukan karena dosaku, bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apa-apa,tegakah kau tinggalkannya?" balas Siti Hajar

Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya." Bukan itu maksudku.Tapi apa dayaku ketahuilah ini semua perintah Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar terdiam.Terbayang penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya apa Hikmah dibalik semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah tinggalkanlah kami disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela kami ..satu pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar Allah menolong kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi terharu. Isterinya Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a sebagaimana ditulis dalam AlQur'an,surat Ibrahim (14) Ayat 37;

"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS. Ibrahim: 37)

Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang jaraknya enam bulan perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada Allah, perintah itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan anak dan istrinya kepada Allah SWT.


Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri


"Jika itu yang Tuhan perintahkan kepada ayahanda,kami sanggup melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya"

Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala seorang anaknya bersuara demikian.Lega hati Nabi Ibrahim mendengar kata-kata anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya.Baginda kelihatan mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama sendiri.Apa yang ingin dilakukan oleh ayahanda mereka?


"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)


Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang amat berharga kepada anak-anaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan Keturah.Kunci-kunci rahsia.Atau permata.

Emas.

Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau tanda menunjukkan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf Rasul yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-cari,diburu dan didam-idamkan kawan dan musuh.

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Maka mereka pun bergerak ke arah Timur.

Merentasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon.

Di satu tempat mereka pun berhenti dan merancang sesuatu.Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu.Mereka pun berbincang.

Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua kumpulan.





bersambung...



----------------------------------------





Epik Pengembaraan Bangsa Misteri

-Perbatasan Parsi hingga ke pergunungan Himalaya
-Bangsa Mala dan Mada
-Madayu,saudara kandung yang memerintah Tanah Parsi 
-Empayar Median dan Parsi Kuno
-Midian,Madyan,bangsa Mada dan 'Mada-yu'
-Angra Mainyu,Spenta Mainyu dan budaya Veda-Parsi Kuno
-Bangsa Mala dan 'Mala-yu'
-Ke manakah saudaraku,Jukshan,Zimran dan lainnya?
-Mencari Shangri-la bangsa misteri
-Kaum Sakya dari kaki gunung Himalaya
-Para Rishi dan Tanah Indus
-Tanah Besar China dan tulisan pada cengkerang kura-kura
-Pulau Taiwan yang damai
-Di negara Matahari Terbit dan Keris dalam Kuil Okinawa
-Pesisir Afrika dan lautan biru
-Ribut di lautan Hindi
-Raja Mus dan Palembang
-Khmer,Mon dan Campa
-Funan,Sailendra dan Nam
-Bangsa Gunung
-Bangsa Gunung dan Mahameru
-Borobudur dan Angkor Wat
-Kambuja
-Tanah Siam dan petunjuk ke 'Promised Land'
-Pintu Rahsia dan Kunci Rahsia
-Jalan sempit ke 'Promised Land'
-Bumi Mala
-Tanah Mala-yu dan Bumi Mala yang tenang-damai
-Pertemuan antara dua beradik di Selat Melaka
-Wangian yang Hilang di Timur Jauh