Showing posts with label pejuangmelaka. Show all posts
Showing posts with label pejuangmelaka. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Kembalikan Kekuatan Orang Melayu !

Kembalikan Kekuatan Orang Melayu !



Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilema yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?

Kalau tidakpun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayusudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Pada 11 Mei, 68 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.

Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.

Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Yang menyedihkan apabila selepas 68 tahun ia ditubuhkan dan setelah 57 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan. Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?

Bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani mengambil kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu. Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai untuk digunakan? Malah terbaru dan lebih memeranjatkan apabila penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.

Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR? IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila berjaya memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri. Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP.

Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Terbaru apabila pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.



Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam.

Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia. Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama Allah yang maha esa.

Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa.

Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah”.


Salam Perjuangan !!!

Thursday, March 21, 2013

Kematangan Kepimpinan Melayu




Dahulu kita sering dengar, jika BN letakkan calon tunggul kayu sekalipun pasti akan menang. Kini, tidak lagi. Jika calon tunggul kayu dipertaruhkan, akan hilanglah wang deposit. Peredaran masa telah menyebabkan rakyat sudah pandai menilai antara kaca dengan permata.

Cuma orang politik sahaja kadang kala tidak pernah sedar. Mahu terus bertanding atau kekal menjadi wakil rakyat sampai mati. Faktor usia yang semakin meningkat dan tenaga semakin merosot, tidak diambil kira. Bila bertanding, menang, tidak lama selepas menjadi wakil rakyat, dia pun mati. Maka berlakulah pilihan raya kecil. Wang habis lagi. Bukankah merugikan.

Tetapi, tidak kepada rakyat. Rakyat gembira, kerana dengan adanya pilihan raya kecil, mereka akan dapat jalan baharu dan lain-lain kemudahan. Pendek kata, semakin banyak pilihan raya kecil, makin berubahlah keadaan dan prasana sesebuah kawasan terlibat. Inilah budaya politik kita. Keadaan akan berubah apabila ada pilihan raya. Jika tidak, puas menjerit baru ada perubahan. Calon yang bertanding pula akan terhegeh-hegeh, tersengih-sengih dan senyum selalu untuk meraikan undi. Sebelum itu, batang hidungpun tidak nampak.

Kadangkala ada juga logiknya orang berkata, ada kalangan rakyat berdoa agar wakil rakyatnya mati cepat. Bila mati, ada pilihan raya kecil, ketika itu berpusu-pusu peruntukan dan berbagai kemudahan masuk. Bukankah bantuan terhadap rakyat dan kawasan tidak kenal musim?

Namun, lawak jenaka ini tidak menginsafkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat. Semua terus berebut-rebut mahu jadi wakil rakyat. Wakil rakyat ada kuasa, apatah lagi jika ada jawatan dalam kerajaan. Pendek kata, mereka ingin terus jadi wakil rakyat, walaupun mereka tahu rakyat doakan cepat mati, tetapi dia tetap tidak mahu mati. Mereka mahu mati di atas takhta.

Paling tidak pun jika sudah tidak dapat bertahan lagi, dia akan memastikan kepada ahli keluarga, kroni dan kerabat naik menggantikannya. Jika kepimpinan tertinggi memutuskan ada calon yang lebih lanyak, jawapannya, boikot. Akhirnya calon tersebut kalah. Kejadian ini sudah banyak kali berlaku.

Begitulah takutnya seseorang itu akan kehilangan kuasa. Takut tidak dipedulikan. Duduk di masjid tiada yang menyapa. Inilah akibat apabila berkuasa tidak tinggalkan jasa, terutama kepada agama, bangsa dan negara. Pendek kata, kuasa itu bukan segala-galanya.

Sebab itu, saya cukup menghormati wakil rakyat yang sanggup mengundurkan diri bila tiba masanya. Dia tahu jawatan itu amanah. Jawatan ada perkiraan dosa dan pahala, dunia dan akhirat. Inilah baru namanya wakil rakyat. Tahu, ketika diperlukan. Sedar diri, bila tidak berkemampuan. Keadaan biasa dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada yang menawarkan diri, tetapi ditolak, kerana Rasulullah SAW tahu siapa yang lebih layak. Hari ini, sudahlah tidak layak, cari jalan untuk jadi layak. Jika tidak berjaya. Boikot.

Sepatutnya, kita memberi laluan kepada orang lain yang berwibawa. Persoalan timbul, apabila calon yang muda dan berwibawa tidak mendapat sokongan akar umbi. Mereka bukan ketua bahagian, mahupun cawangan. Pencalonan mahupun kemenangan mereka akan menimbulkan masalah kerana, ketua bahagian atau cawangan tidak akan memberikan laluan. Kedudukannya terawang-awang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat. Mempunyai kedudukan dan kuasa dalam kerajaan, tetapi tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi. Menang pun tiada erti. Hidup dalam dilema.

Lebih serius lagi, mutakhir ini, seringkali kedengaran ugutan untuk tidak mengundi parti-parti tertentu dalam PRU 13 jika tuntutan dan desakan mereka tidak dituruti atau dipenuhi. Semua mahu jadi calon, tidak kira dirinya kuat atau tidak. Yang penting mesti bertanding. Kuota yang sedia ada mesti dipenuhi. Kalau boleh ditambah lagi. Sehingga ke peringkat jawatan dalam kabinet.

Sampai bilakah kita boleh sampai ke tahap kematangan dalam berpolitik? Sepatutnya yang dibincangkan adalah soal strategi, ciri-ciri calon yang boleh menang dalam PRU 13, bertangungjawab, ada agenda agama, bangsa dan negara. Boleh menjadi contoh kepada orang lain atau rakyat. Mempunyai latar belakang dan keluarga yang baik-baik. Bukan sekadar memenuhi kuota. Apa guna kuota, jika kalah pilihan raya.

Justeru, menjelang PRU 13 akan datang, penegasan perlu segera dilakukan. Mereka yang menjadi parasit hendaklah digugurkan. Patuhi arahan ketua atau risikan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, bukan untuk keselesaan atau mengumpul harta. Sekarang bukan masa untuk boikot atau membalas dendam.

Selain itu, kawasan yang menjadi majoriti sesuatu kaum hendaklah diwakili oleh kaum tersebut. Jika tidak ada majoriti, maka fikirkanlah cara lain untuk mewakilinya. Bukan apa, kadangkala kita terlampau baik dan bertolak ansur. Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti. Pembangkang membaca strategi tersebut, mereka meletakkan calon bangsa majoriti di kawasan bangsa majoriti. Akhirnya, mereka menang. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap.

Kesimpulan, apapun yang kita lakukan, ingatlah di situ ada perkiraan dosa pahala, kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana menjadi wakil itu adalah amanah.


Salam Perjuangan !!!

Bersatulah Melayu !!!

Saturday, March 16, 2013

Pejuang atau Penghancur Islam !


Pejuang atau Penghancur Islam !



Seorang rakan yang juga seorang pengkaji pernah memberitahu pejuangmelaka, orang Melayu mudah lembut hati dan bersimpati kepada bangsa Asing (bukan Islam) yang menunjukkan minat terhadap Islam. Perkara itu tidaklah menghairankan kerana rata-ratanya orang Melayu sememangnya dikenali sebagai kaum yang mengutamakan agama. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan aspek psikologi Melayu ini sebagai satu titik kelemahan dan senjata untuk mengugat kesucian Islam. Justeru itu, jangan dihairankan jika diteliti kepada sesetengah kes Melayu murtad (terutamanya di kalangan wanita) bermula dengan pasangan bukan Islamnya berpura-pura berminat untuk mengenali Islam sebelum meracuni kembali pemikiran pasangan Islamnya.

 
Dewasa ini juga, dapat kita lihat sesetengah politikus bukan Islam di hadapan hadirin beragama Islam, ghairah untuk menunjukkan kononnya mereka mesra-Islam. Maka sesetengah umat Melayu-Islam juga mudah terpesona apabila ada dikalangan politikus bukan-Islam ini dihadapan mereka ini tampil berbaju kurung dan berselendang, berbaju Melayu dan bersongkok, berceramah sambil memetik satu dua ayat Al-Quran (walaupun salah dan tunggang langgang), walaupun niat mereka sebenarnya hanya untuk memancing undi umat Islam semata-mata.


Kemuncaknya adalah apabila Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan bahawa parti DAP pimpinannya turut memperjuangkan Islam di Negara ini, sedangkan hakikatnya, belum reda lagi isu dia mendesak supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Kepada Melayu-Islam yang terlalu lurus dan naïf, mereka boleh pula berbangga dengan saranan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah satu kaedah untuk berdakwah kepada orang Kristian untuk mengenal tuhan yang sebenar. Kepada Melayu-Islam yang celik dan tidak terkongkong dengan politik kepartian sempit, mereka sedar bahawa tindakan tersebut merupakan satu jarum halus untuk mengelirukan orang Melayu-Islam dalam hal ketuhanan khususnya kepada anak-anak muda kita yang cetek pengetahuan agama.


Pejuangmelaka menafikan bahawa sememangnya umat Kristian terutamanya di Sabah telah lama menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible mereka. Tetapi tidakkah para pembaca sekalian merasa pelik apabila parti chauvinis yang sering memperlekehkan dan mengabaikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tiba-tiba sahaja beriya-iya mendesak supaya nama Allah dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu yang mereka sendiri tidak gunakan? Sedangkan para pemimpin politik Kristian dari Sabah dan Sarawak sendiri tidak mempolitikkan isu ini kerana ia telah diselesaikan secara berhemah demi menjaga keamanan Negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.


Kepara para pembaca Melayu-Islam yang terlalu 'sayangkan' DAP dan masih beriya-iya ingin mempertahankan mereka kononnya 'mesra Islam', cubalah teliti tindakan-tindakan anti-Islam mereka seperti di bawah ini setelah mendapat kuasa pasca PRU-12 sebelum ini :


1) Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan cuba menghalang perarakan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pada 13 Februari 2010 namun akhirnya dibatalkan setelah mendapat kecaman ramai.


2) Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP telah menyelar dan memarahi Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, kerana menggesa Pihak Berkuasa Agama di empat buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menguatkuasakan dan mengadakan operasi cegah khalwat dan zina sempena Hari Valentine pada 14 Februari.


3) Ronnie Liu Tian Khiew, EXCO DAP Selangor telah memarahi dan mengecam Dato’ Dr. Hassan Ali, EXO PAS Selangor dan mengarahkan supaya bekalan arak yang dirampas daripada Kedai 7-11 di Shah Alam, yang merupakan sebuah kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam, dipulangkan semula.


4) Teresa Kok Suh Sim, EXCO DAP Selangor berdolak dalik tentang isu petisyen memperlahankan bunyi azan bagi surau di Puchong dengan akhirnya mengakui penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabatnya dan minta bekas pembantunya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabatnya dalam surat mereka;


5) Teo Nee Ching, Ahli Parlimen Serdang dari DAP menghina rumah ibadat umat Islam apabila memasuki Surau Al-Huda di Kajang dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan menampakkan susuk badan serta memijak tempat sujud umat Islam untuk bersolat kepada Allah. Perkara ini telah mendatangkan murka Sultan Selangor sebagai pemimpin Islam negeri dan baginda telah memberi teguran.


6) David Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang mengaku dirinya seorang Kristian mempermainkan kesucian Al-Quran dengan membaca Surah Al-Aura yang tidak pernah wujud di dalam al-Quran.


7) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang disiarkan di dalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 2 Ogos 2009 di mukasurat N.12 menuduh Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR sebagai "Muslim extremist" hanya kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang merupakan sebuah NGO Islam. Jeff Ooi telah diarah membayar denda RM150,000 kepada Mohd. Razali Abdullah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 Mei 2011 atas tuduhan tersebut termasuk mendakwa Mohd. Razali Abdullah sebagai “Mad Man”.


8) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang menggelabah dan berdolak dalik dalam isu Majlis ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dan melantik Perdana Menteri Malaysia dari kalangan Kristian. Dia kemudian mendesak seorang saksi ahli DAP beragama Islam, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang turut berada dalam majlis tersebut supaya mendedahkan kandungan laporan polis yang telah dibuat. Mohamed Razali Abdul Rahman kemudian sekali lagi membuat laporan Polis apabila menerima ugutan yang mengancam nyawanya sebelum dipecat terus keanggotaannya tanpa bicara dari DAP.


9) Ronnie Liew, EXCO Kerajaan DAP Selangor telah membekukan arahan Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan di dalam pawagam.


10) James Ngeh Koo Ham dalam twitternya telah memperlekehkan umat Islam apabila menyatakan umat Islam telah membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk membantah penayangan filem yang menghina Islam oleh Sam Basile.


11) DAP Kedah menegaskan mereka akan menentang pelaksanaan Garis Panduan papan iklan yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam.


Selepas ini, tidak mustahil mungkin DAP akan mengaku pula mempertahankan hak Istimewa orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum-kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak! Maka pada waktu itu bolehlah para Melayu-Islam yang lurus bendul ini bersujud syukur beramai-ramai dan mendoakan lagi para pemimpin kuffar ini dalam khutbah Solat Jumaat mereka.



Salam Perjuangan !!!

Sunday, January 27, 2013

HALATUJU MELAYU-ISLAM


MANA HALATUJU MELAYU-ISLAM 


“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Ibrahim ayat 4).
 Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu seolah-olah semakin menggambarkan satu kaum yang sedang menderita sakit barah dan menunggu saat maut. Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kita ingin jujur dan tidak berselindung.
 Walaupun berulang kali disahkan bahawa sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan  namun yang nyata pada tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang masih belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang tinggal hanyalah beberapa bahagian dari tubuh itu yang masih tidak berkesan dengan kudis yang kian merebak.
 Demikianlah kita merenung dengan mendalam nasib bangsa Melayu ini. Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang diubati.
 Kita mengutarakan anologi ini kerana jika tidak ada proses pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan tamat usianya. Akhirnya Melayu itu sendiri akan pupus, atau menjadi bangsa yang “minoriti”, bukan dari segi jumlahnya, tetapi dari segi kualiti dan keberkesanan pengaruh dan kekuatannya sebagai satu bangsa.
 Melayu kini sudah melahirkan generasi muda yang hilang jati diri, Melayu yang lupa akan budaya dan tamadunnya selain hanya saki baki peninggalan datuk moyangnya yang bersifat kosmetik untuk kajian para ahli antropologi.
 Sebahagian besar generasi Melayu muda kini dilihat sudah hilang akar budaya dan pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim. Melayu yang sudah tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan tanah airnya sendiri.

 Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu itu dari dalam dan luar dirinya. Cara berfikir dan nilai dirinya sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya sedang  lerai sama sekali.
 Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai kemerdekaan dari penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing ternyata tidak dapat dinagikan bahawa manusia Melayu perlu kepaa agenda pemulihan yang menyeluruh.
 Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya Melayu yang memegang  tapak bangunan bangsa sudah lemah mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian bangsa itu  menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah runtuh yang berlaku di mana-mana.
 Bukan sahaja soal akhlaknya yang telah luntur malah terdapat juga kelunturan dalam jati diri masyarakat Melayu itu sendiri. Sesiapa yang masih menyatakan bahawa jati diri bangsa ini tetap utuh dan ketahanan dirinya masih kuat sebenarnya hanyalah membohongi diri sendiri.

Realiti bangsa Melayu kini ibarat wajah yang dilukis dengan coretan kabur yang serba kontradiktori. Sementara Melayu dikatakan sinonim dengan Islam namun berlaku juga perilaku Melayu yang amat berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri. Pada satu masa kita nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan budi akan tetapi  Melayu semakin dijangkiti budaya biadab dan liar.
 Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama. Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu yang eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga menjadi bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan meniru.
 Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai hidup orang Melayu. Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-tanda lunturnya pegangan hidup Islam yang selama ini menjadi tunjang kekuatannya.
Sepintas lalu kita ingin mencatat secara ringkas beberapa penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan untuk mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh setiap tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat Melayu.

Berfikirlah Bangsaku !

Salam Perjuangan !!!

Friday, January 25, 2013

Mana Hala Tuju MELAYU ?




Para pemimpin, intelektual dan setiap individu Melayu, seharusnya, membuat renungan tajam ke arah diri sendiri dan bertanya ke arah manakah hala tuju perjuangan mereka.
Angka-angka kejayaan makin berkurangan dan angka-angka yang menunjukkan kepincangan makin bertambah. Dalam keadaan ini, wajah sebenar perjuangan orang-orang Melayu tidak kelihatan. Wajah tersebut telah dikaburi oleh pelbagai tindakan dan langkah yang membosankan, sehingga orang Melayu yang memiliki keinsafan dan kesedaran berada dalam keadaan terpinga-pinga.
Pencapaian dalam pemilikan kekayaan negara menurun daripada 20 peratus kepada 19.7 petarus. Tetapi jumlah kadar jenayah di kalangan masyarakat Melayu bertambah. Adakah secara kebetulan berlaku daripada 10,000 orang mak nyah, 80 peratus daripadanya terdiri daripada orang-orang Melayu. Adakah kelahiran semulajadi mereka terjadi sedemikian, atau ada kesan psikologi yang membentuk keadaan mereka demikian?
Harapan untuk orang Melayu berkecimpung aktif dalam lapangan perdagangan masih dalam keadaan “jauh panggang dari api.”  Lagi sekali, terulang pertanyaan orang-orang tua yang pernah merasa jerih perih perjuangan sebenar” hala mana perjuangan orang Melayu ini?
Orang Melayu masih memegang kuasa politik. Dato’ Seri MohdNajib bin Tun Haji Abdul Razak dan Tan Sri Mahyudin Yasin mendapat sokongan padu daripada orang-orang UMNO. Mereka bersatu memberi sokongan seperti yang dapat dibuktikan dalam proses pemilihan kepimpinan UMNO. Tetapi selesakah mereka menjadi kemudi kapal yang sedang bocor, walaupun seluruh anak kapal memberi sokongan dan kerjasama? Sebagai pemimpin orang-orang Melayu, selesakah mereka berada di tempat yang tinggi dalam keadaan masyarakat Melayu berhadapan dengan pelbagai ancaman kelemahan dan keruntuhan?
Belia-belia di kalangan orang Melayu berhadapan dengan masalah pekerjaan yang serius. Yang gagal di dalam pelajaran, sudah tentu. Yang lulus universiti juga banyak yang menganggur. Apakah masalah ini tidak dilihat sebagai masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu?
Kemiskinan orang-orang Melayu, mungkin telah berkurangan di dalam bacaan statistik. Tetapi hakikatnya, orang Melayu masih belum keluar sepenuhnya dari jaringan kemiskinan. Di kampung-kampung, apabila orang-orang Melayu berhadapan dengan masalah pekerjaan, mereka dengan sendirinya terperangkap dalam jaringan kemiskinan. Rancangan pertanian bagi menampung pekerjaan masyarakat desa, hampir dikatakan gagal. Banyak tanah terbiar tidak diusahakan. Sawah padi kekeringan. Kebanyakan daripada mereka berhijrah ke bandar. Dengan pelajaran dan kemahiran yang terbatas, kehadiran mereka di bandar menambahkan statistik kemiskinan bandar.
UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang-orang Melayu, sudah kehilangan idealisme perjuangan. Generasi pelapis tidak lancar lagi mengungkapkan perjuangan nasionalisme Melayu. Mereka lebih mementingkan karier politik diri masing-masing daripada mengutamakan cita-cita dan perjuangan UMNO.
Ada diantara golongan pelapis yang ditonjolkan oleh UMNO menawar harga untuk khidmat yang diberikan, padahal beliau diberi jawatan penting dalam kerajaan. Yang lain pula, sanggup berbelanja ratusan ribu untuk merebut jawatan di dalam UMNO. Adakah manusia berprinsip dan pejuang bangsa sanggup melakukan perkara tidak bermaruah seperti ini. Jika UMNO terus membiarkan manusia seperti ini memimpin, adakah lagi masa hadapan bagi perjuangan UMNO?
Sedang UMNO berhadapan dengan kemelutnya, PAS muncul sebagai perosak minda dengan menggunakan agama. Tafsiran mengenai agama dilakukan swenang-wenangnya untuk kepentingan politik. Islam dijadikan ideologi politik dan kuda tunggangan untuk menanamkan kebencian sesama orang Islam. Usaha mengembalikan kefahaman sebenar ajaran Islam menerusi kefahaman Islam Hadhari dipertikaikan dan cuba dijauhkan daripada orang Melayu, supaya Islam difahami hanya sebagai ritual.
Kegawatan yang berlaku di dalam masyarakat Melayu sekarang ini, tidak boleh dilihat dengan kaca mata kepartian. Ia mestilah dilihat dari kaca mata sebagai orang Melayu dan Islam. Jika kita melihat cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Melayu sekarang ini, menerusi kepentingan politik kepartian, tentunya pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi orang-orang Melaya keseluruhannya.
Masalah yang dihadapi oleh belia Melayu, masalah kebejatan sosial, masalah pekerjaan dan pengangguran, masalah parti-parti politik Melayu dan lain-lain, adalah masalah bersama orang Melayu yang perlu dihadapi mengatasi pendekatan yang bersifat kepartian.
Golongan yang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam menangani kemelut orang Melayu ialah kaum intelektual, ulama dan ilmuwan, yang sekarang ini jumlah mereka begitu besar. Tetapi, golongan ini pun mestilah bebas daripada berfikir secara kepartian terlebih dahulu sebelum mengambil tempat sebagai pemimpin perubahan masyarakat Melayu.
Saya mencadangkan supaya golongan ini yang mempunyai keinsafan, menganjurkan kongres para pemimpin dan intelektual Melayu bagi membincangkan permasaalahan Melayu secara keseluruhannya.
Dalam persidangan itu nanti, perlu dikaji kembali secara menyeluruh perjuangan orang-orang Melayu di abad ke-21 ini dan hala tujunya yang sebenar. Apakah wawasan dan harapan bangsa Melayu dalam menghadapi zaman-zaman mendatang?
Sejarah manusia membuktikan bahawa bangsa-bangsa yang tidak mampan menghadapi cabaran, tidak akan lama usianya. Bangsa Ad, Thamud, Firaun dan lain-lain yang mencipta nama di dunia, hilang tanpa disebut lagi. Bangsa-bangsa Eropah yang sedikit masa dahulu, bersaing menakluki negara-negara lain di Asia dan Afrika, seaperti Belanda, sudah jarang diperkatakan. Negara-negara Islam yang dahulunya ditakuti dan disegani, sekarang ini menjadi mangsa penindasan dan sasaran penaklukan.
Negara kita yang belum setengah abad mencapai kemerdekaan dan berjaya melonjak ke hadapan, akan terbantut di tengah jalan sekiranya elemen-elemen keruntuhan dibiarkan, tanpa dihadapi dengan tegas. Dalam puluhan tahun akan datang, Malaysia akan terus maju. Tetapi adakah orang Melayu akan terus maju ke hadapan bersama-sama dengan kemajuan negara Malaysia. Inilah persoalan yang perlu difikirkan secara serius oleh para pemimpin dan intelektual Melayu.
Para pemimpin dan intelektual Melayu perlu memahami apa yang sedang berlaku ke atas bangsanya. Mereka tidak seharusnya leka dalam perebutan jawatan dan lupa tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan perjuangan bangsa Melayu.
Para ilmuwan, ulama dan intelektual Melayu mestilah tampil ke hadapan bagi menganalisa dan membuat diagnosis ke atas masyarakat Melayu secara mendalam bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi. Bahkan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Kongeres yang dicadangkan, mungkin hanya permulaan. Lebih banyak usaha perlu dilakukan, supaya Melayu tidak hilang di dunia.
Mungkin, saya dianggap manusia pesimis dan melihat masa hadapan dengan penuh ketakutan dan kebimbangan. Apa pun anggapan terhadap saya, kerana mengemukakan pemikiran seumpama ini, sebagai seorang pengkaji sejarah dan tamadun, kebangkitan dan kejatuhan sesuatu bangsa dan tamadun itu, ada mempunyai sebab-sebabnya.
Perjalanan sejarah manusia, mengikut hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam kejadian-Nya. Apabila sesuatu bangsa dan kaum menjurus ke arah kejatuhan, tanpa ada usaha-usaha di kalangan mereka membendungnya, bangsa itu akan runtuh secara beransur-ansur. Apabila usaha menghalangnya sudah terlewat, tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang keruntuhan itu.
Peringatan yang diberikan ini dibuat supaya jangan terlewat. Kesedaran hendaklah ditanam di kalangan generasi muda supaya mereka mengambil alih perjuangan bangsa dengan penuh kesedaran. Mereka bukan hanya mewarisi wadah semata-mata. Tetapi mereka seharusnya mewarisi idealisme dan isi perjuangan serta cita-cita bangsa Melayu bagi menegakkan agama, mempertahankan maruah bangsa dan memajukan negara.
Apabila idealisme perjuangan di kalangan generasi muda sudah kabur, ia menjadi sebab kebimbangan. Wadah perjuangan bangsa hanya akan dijadikan batu loncatan sahaja, sekiranya yang diwarisi ialah jawatan dan penyokong yang diikat dengan wang ringgit, tetapi pewaris tidak lagi dapat menjelaskan erti perjuangan dan idealisme yang membentuk wadah itu semasa ditubuhkan.
Gejala kehilangan idealisme perjuangan dan kelemahan dalam menjelaskan erti perjuangan, sedang terjadi sekarang ini. Inilah yang menyebabkan kebimbangan ini disuarakan. Kebimbangan yang disuarakan ini tidak boleh dianggap pesimis yang keterlaluan. Ia adalah kebimbangan yang mendorong untuk membina kembali kekuatan dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perjuangan bangsa akan berterusan.

Bersatulah Melayu !

Salam Perjuangan !

Thursday, January 24, 2013

Berfikirlah Bangsaku yang DI CATURKAN !




Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.

“Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.
“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.

“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.

“Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.

“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah,” katanya.


Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.

Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.

“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,” katanya.

Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang.

pejuangmelaka-Bukan maksud Tun nak menidakkan kaum lain di Malaysia tetapi fakta yang di ketengahkan adalah benar dan berasas.Semua kaum berhak membangunkan kaum sendiri tetapi hendaklah dalam keadaan yang aman dan tenteram.Takkan lah kaum yang diperlawa menindas kaum mempelawa.Semangat bersatu padu yang telah dibina selama lebih dari 55tahun,hendaklah di jaga dan di hormati.
Negara ini untuk anak cucu kita maka tanggungjawab kita untuk memberi kepada mereka kemudian hari dalam keadaan aman dan tenteram.


Salam Perjuangan !!!



Monday, January 14, 2013

RAHSIA ANGKA 112 ?




Kenapa Angka 112? Siapa yang tentukan? Ada Agenda Kristian? Agenda Sulit Jesuit?

Beberapa perkara telah dikesan meragukan. Pelik dan di luar kebiasaan. Ramai akan menafikan bahawa perhimpunan yang baru selesai itu ada campurtangan Jesuit atau agenda tersembunyi kristian. Adakah ia sememangnya mempunyai kaitan dengan "penyerahan kalimah Allah" kepada masyarakat SYIRIK (3 tuhan) tersebut masih menjadi misteri.

Secara tidak langsung sebuah Parti Islam yang mempunyai pengaruh besar dalam negara telah terperangkap tanpa sedar dalam caturan ini. Melihatkan kehadiran besar ahli-ahlinya membanjiri stadium, disamping ramai pemimpin tertingginya ikut serta, ia dilihat seolah perhimpunan ini anjuran mereka.

Tidak mustahil IKD antara yang bertanggung jawab menamakan perhimpunan ini sebagai 112 kerana sesuai dengan peranan dan gerak kerja mereka dalam melakukan perang saraf untuk PR. IKD dikesan mempunyai kaitan dengan sebuah badan kristian di Jerman. Juga dipengaruhi oleh badan-badan NGO luar negara yang ada kaitan dengan Jesuit.

Isu nama Allah baru sahaja tercetus hasil desakan Lim Guan Eng (s/u DAP) serta pengisytiharan sokongan terhadapnya oleh Haji Hadi dan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil Haji Hadi telah dipaksa tetapi sebagai ketua nombor satu, Anwar secara konsisten menyokongnya malah kerap mempertahankannya.

Memandangkan bantahan masyarakat Islam semakin meningkat dan meluas, dibimbangi ia memberi kesan negatif terhadap PR maka isu Kalimah Allah ini tidak dibangkitkan dalam ucapan pemimpin PR pada perhimpunan ini. Secara tidak langsung, ia merencatkan sedikit perencanaan mereka untuk membulatkan desakan bagi menjayakan rancangan sulit yang diatur (murtadkan belia Melayu yang lemah iman),


112 ada kaitan dengan nombor khas "the LORD god".  



Perhimpunan Bersih 4.0 atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112.

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam - klik untuk baca]


The Unity Holograph shows how God supernaturally integrated these names with each other, the Greek title for the Father, and the Shema. The John 1.1 fragment of the Creation Holograph shows how God designed the creation verses - Genesis 1.1 and John 1.1 - upon the numerical value of His Own Name:
Genesis 1.1 + John 1.1 = 2701 + 3627 = 6328 = Sum(112)

Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIM or LORD God.

The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)


Dalam pada itu, kalimah Allah dapat diperhina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka, puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah belah dalam isu kalimah Allah ini – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah, kali ini mereka mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah


Apakah ada pakar strategi dalam perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian? Penggunaan syihir kepercayaan mereka mengkaburi niat sebenar? 

Sejajar dengan beberapa peristiwa sebelum ini, pemilihan angka dan tarikh adalah penting dalam halacara pangaturan jadual oleh zionis dan juga alat mereka, Jesuit. Perkara ini telah dibongkar melalui kajian penyelidik teori konspirasi.


Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

Laporan di atas diambil dari UM

Bersatulah Bangsaku !!!

Thursday, January 10, 2013

JESUS BUKAN ANAK ALLAH !!!



PENGKHIANATAN PEMIMPIN ISLAM KEPADA UMAT ISLAM, Berakalkah mereka? Tak nampakkah tujuan mengapa DAP beria benar mahukannya padahal 10 tahun lalu mereka menyanggahnya. Untungkah PAS dalam pengkhianatan ini? Anwar menjadi ejen Yahudi porak perandakan Islam, perjuang Islam Liberal. Tak nampakkah? Butakah? Nyanyokkah? 

PEMIMPIN PEMBANGKANG ISLAM . MEREKA INI SEPATUTNYA DIHUKUM PANCUNG. KEBENARAN MEMBEBASKAN PERLUASAN KEPERCAYAAN KRISTIAN BAHAWA JESUS ADALAH PUTRA ALLAH MAKA KHATAMLAH PENGAJIAN MEREKA BAHAWA JESUS ADALAH BENAR BENAR ANAK ALLAH. DAN ALLAH ADALAH BAPA JESUS . SYABAS PAS DAN PKR!!!
GEREJA ROME PUN TIDAK MEMANGGIL TUHAN DENGAN NAMA ALLAH !!! BODOH !!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Demi kuasa, demi harta dunia, demi nama, demi kepercayaan sesama mereka maka hari ini terangkumlah sudah akan ketetapan pakatan pembangkang terutama Parti PAS dan Parti PKR yang rata-rata dianggotai oleh bangsa Melayu yang beragama Islam telah dengan rela hati dan 'suci hati' 'menggadaikan' nama ALLAH untuk digunapakai didalam Kitab yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu .Perlu diingat bahawa di Semenanjung rata-rata penganut Kristian adalah dari kaum Cina dan India dan populasi penganut Kristian atau pengamal Kristian tidak lebih dari 10% dari penduduk Semenanjung. Oleh itu keperluan kepenggunaan nama 'ALLAH" serta terjemahan atau alihbahasa kitab tersebut kebahasa Melayu diragui tujuannya.

Dengan keterbukaan serta kebenaran yang diberikan oleh Pemimpin Islam yang mewakili keseluruhan ahli Parti Pas dan PKR ini, maka, dengan mandat yang mereka perolehi melalui 'Peti Undi" yang dimenangi ,maka dengan sendirinya semua ahli-ahli PAS dan PKR bertanggung jawap keatas ' penggadaian" ini.
Memandangkan Islam PAS dan Islam PKR sudah bersetuju dengan kepenggunaan nama 'ALLAH' ini dikongsi bersama dengan Penganut Kristian, maka, tiadalah perbezaan diantara umat Islam bawaan PAS dan PKR dengan Puak Kristian acuan DAP.

Kesamarataan agama, kesamarataan Tuhan dan semua agama itu adalah sama yang diperjuangkan oleh Kristian atau semua agama lain seperti agama Hindu dan agama Buddha telah diberi pengiktirafan oleh PAS dan PKR, mereka yang menyamarata taraf Tuhan berhala mereka dengan Tuhan Nabi Muhammad . Tuhan ahli-ahli PAS dan Tuhan ahli PKR adalah sama dengan Tuhan Kristian iaitu Allah bapa kepada Jesus atau Jesus adalah anak Allah . Dengan tidak secara langsung ahli-ahli Pas dan ahli-ahli PKR mengiktiraf bahawa Jesus adalah anak Allah dan sesungguhnya Allah itu 'beranak' adan ' diperanakan"..

Berulang kali saya mengingatkan bahawa kini kita tiada lagi pembela sebenar pembela kepada agama Islam. Pemimpin yang dipileh 'ketakutan' untuk membantah, tidak berani bersuara, kerana ini akan mengurangkan 'jumlah' undi atau 'merudumkan' peluang mereka untuk menjadi pemimpin. sama ada mereka pemimpin oarti pemerintah mahu pun peminpin lain semuanya ' bisu' kerana ' takut bala' tidak dipileh oleh pemimpin atasan mereka yang berkuasa.

Apa yang dapat kita lihat kini, kuasa penentu Agama telah ambil alih oleh pemimpin Politik dan bukan lagi terletak ditangan Agung dan Raja-Raja Melayu, hanya, hari ini kita lihat Sultan Selangor sahaja meluahkan rasa 'diukacita' dan bukanya 'murka'. Dua pengertian yang membawa maksud berbeza??

Maksud dukacita :-

dukacita perasaan sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati:Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu.

Maksud murka :-

marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja; memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~ anakanda; memurkakan menyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja; termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksa-mana pd ketika itu ~, tiada bekerja lagi; kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.


DYMM Sultan Selangor sudah pun menzahirkan dukacita baginda berhubung kenyataan Guan Eng yang terang-terang mencabar umat Islam di negara ini apabila mendesak agar kalimah ALLAH dibenarkan guna dalam Bible berbahasa Melayu

Orang Melayu menjunjung Titah DYMM Raja-Raja Melayu tetapi sekiranya DYMM hanya meluahkan rasa "dukacita" maka rakyat tidak boleh berbuat apa-apa tetapi sekiranya DYMM meluahkan rasa 'murka' terhadap kejadian yang berlaku ' maka rakyat yang dinaungi Baginda wajib bertindak diatas rasa 'kemurkaan' Raja mereka.

Kini pemimpin Politik bebas melakukan apa saja sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah, samaada Pemerintah mahupun Pembangkang semuanya ' bersifat' pentingkan 'kuasa' dan diri sendiri. Perasaan rakyat tidak diambil kira.

Saya berharap agar Majlis Raja Raja Melayu serta Yang Di Pertuan Agung mengaktifkan kuasa yang dimiliki (Seperti yang termaktub didalam Perlembagaan yang saya 'copy paste' kan dibawah untuk rujukan ) demi menjaga keharmonian perasaan orang Melayu serta Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan serta Kuasa Yang Di Pertuan Agung dan melindungi Islam dari di'lacurkan' oleh orang politik dimana DYMM Yang Di Pertuan Agung adalah Ketua Agama bagi Persekutuan Malaysia.


Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.


Sekiranya ini tidak dapat dilakukan segera, maka, banyak kerosakan serta kecurigaan perasaan rasa hati rakyat Malaysia akan memuncak dan kita tidak ingini perkara buruk berlaku di negara kita. Sentimen keagamaan amat sensitif sekiranya diperlekehkan.

Perlu diingat Nabi Muhammad s.a.w berperang dengan orang kafir kerana menegakan agama Allah dan dimusuhi.secara terangan. 

Adakah orang politik mahukan kita melalui prasa yang sama???


PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Apa yang dimaksudkan dengan perkataan; disalahgunakan"

Hanya permainan kata2. Helah semata. Anwar oh Anwar.. berapa banyak lagi dosa yang engkau tempah?

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perundangan


Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat – bukan sahaja
atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan
Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga
menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun
Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap
negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum
bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh
dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap
tubuh badan Raja atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau
denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk
memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.


PEMIMPIN INI MEMBELAKANGKAN KETUA AGAMA IAITU RAJA RAJA MELAYU ATAU YANG DIPERTUAN AGONG SELAKU KETUA AGAMA DIDALAM MEMUTUSKAN PERKARA YANG BUKAN HAK MEREKA DAN PERBUATAN INI ADALAH PENDURHAKAAN DAN MEMERANGI SECARA HALUS AKAN TITAH PERINTAH DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG DAN BOLEH DISABITKAN KESALAHAN 'PENDURHAKAAN' ATAU MEMERANGI AGUNG.

DIHARAP SELEPAS INI AHLI AHLI POLITIK TIDAK LAGI BERANI MENYENTUH ISU AGAMA DAN MEMPOLITIKKAN AGAMA DEMI KUASA DAN PENGARUH.



Salam Perjuangan !!!