Sunday, September 16, 2012

Buang Ideologi Politik Demi ISLAM !

Kenapa orang Islam makin tak peduli bila Nabi dihina?


Artikel bertajuk Ex-con, Christian charity linked to film on Islam” (klik di sini) telah menarik perhatian pejuangmelaka. Ini kerana terdapat petikan dalam artikel tersebut yang berbunyi :
In a 2010 speech in New York, Nassralla criticized violence against Christians in Egypt and deplored plans to build a mosque near the former World Trade Center site in New York. “Wake up, America…. Stop Islamicization of America,” he said.
Kadang-kadang pejuangmelaka hairan melihat muslim di Malaysia semakin hari semakin kurang sensitif terhadap hal-hal sebegini. Lihat sahaja di laman-laman sosial Twitter dan Facebook di mana isu penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w tidak di ambil endah oleh umat Islam. Kalau berkaitan politik, mengutuk dan menghina parti atau individu tertentu, mereka sangat galak tagging dan share. Tapi bila Nabi Muhammad di hina, mereka berdiam diri sahaja, seolah ia perkara normal.
Hal ini menunjukkan hilangnya kecintaan umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. Ternyata, cinta kuasa, pangkat, dan nama lebih menjadi keutamaan. Tapi bukan cinta Rasulullah. Kalau ada orang yang menghina, mengutuk, melukis gambar, membuat filem menghina Nabi Muhammad, ramai yang merasakan “orang kafir memang macam tu. Tak payah kita nak sibuk-sibuk. Biarkan je. Esok mati tau lah nasib dia”.
Begitu juga dalam isu kalimah ALLAH. Umat Islam semakin tidak ambil peduli seakan biarlah apa nak jadi, jadilah. Biarpun sujud bersolat dan melaksanakan ibadah-ibadah yang lain, tetapi rasa tanggungjawab mempertahankan agama kian lesu. Yang tersemat di sanubari umat Islam Malaysia hanya sekadar retorik dan laungan taksub politik kepartian. Ternyata juga, politik hari ini telah melalai dan memecahbelahkan umat Islam. 
Bukan bermaksud tidak peka terhadap usaha murni NGO dan pihak-pihak lain yang menghantar memorandum dan membuat demonstrasi ke atas apa yang berlaku. Syukur kerana adanya usaha-usaha kalian. Bagaimanapun apa yang saya tegaskan ialah jumlah kehadiran dan penglibatan umat islam dalam perkara ini secara langsung mahupun secara tidak langsung amat menyedihkan. Nak share informasi mengutuk penghinaan ke atas Rasulullah di Twitter, blog dan Facebook pun majoriti orang Islam tak mahu.

Saya amat berharap melalui penulisan umat Islam khususnya di Malaysia akan lebih rajin membuat kajian berkaitan hal-hal sedemikian. Namun seperti biasa, tulisan-tulisan penting saya sering tidak diendahkan oleh muslimin muslimat. Orang Islam-Melayu lebih suka membaca blog-blog politik yang dipenuhi bahasa kasar, kesat dan lucah dan menganggap blog sedemikian sebagai ilmiah. Blog-blog yang tidak beradab dan tak bertamadun.
Kita sama-sama tahu gerakan anti-Islam telah sekian lama wujud. Berdasarkan pemerhatian penulis, gerakan anti-Islam sebenarnya berlaku secara perang saraf dan psikologi. Jika di Barat, gerakan Stop Islamization of Nations (SION), Stop Islamization of America (SIOA) dan Stop Islamization of Europe (SIOE) telah memberi pelbagai tekanan ke atas umat Islam di sana.
Di negara-negara Islam pula, modus operandinya adalah melalui cara memprotes dan mempersoal autoriti. Pendekatan anti-Islam di negara-negara Islam ialah dengan cara merosakkan fahaman umat. Lantas disuntik fahaman liberalisme, prakmatisme, pluralisme, anti-establisment, relativisme dan seumpamanya. Bila perkara ini berlaku, maka umat Islam akan kehilangan rasa sensitiviti terhadap agamanya.
Barat memang mahu melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri, supaya dengan itu mereka mudah menyusup masuk ke dalam hal ehwal kenegaraan dan menetapkan polisi itu dan ini yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Polisi-polisi tersebut juga sudah pasti memihak kepada mereka untuk dilihat hebat dan berkuasa.
Mereka sebenarnya melakukan adu domba ke atas umat Islam supaya kita sesama muslim sentiasa berasa tidak percaya sesama sendiri dan saling bermusuhan.
Adalah amat penting untuk para muslimin memberi fokus dan bersikap skeptikal terhadap pertubuhan seperti Human Rights Movement, Amnesty, Bastiat Institute dan beberapa pertubuhan lain termasuk SION, SIOE dan SIOA agar kita lebih berwaspada dan bersedia dalam mempertahankan agama Islam.
Sungguh, saya tidak mampu menjadi umat Islam yang kuat bercakap, asyik melaung takbir di jalanan serta menjerit slogan itu ini tetapi tidak melakukan apa-apa. 
pejuangmelaka-Namun apa yang mampu hanyalah menjadi benteng dan dinding yang rela di tetak musuh-musuh Islam.Bersatulah Melayu !!!

Wednesday, September 12, 2012

Merdekakan Diri Dari Pencatur !



Tulisan berikut dinukil dengan rasa pilu mendalam terhadap perilaku umat Islam di Malaysia yang semakin hari semakin kehilangan adab. Pejuangmelaka bukan seorang yang suka bercakap tentang isu politik tanahair namun melihat runtuhnya akhlak masyarakat masani, membuat diri rasa perlu berbicara atas dasar akidah dan akhlak islamiyah.
Baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat (PR) telah menganjurkan Perhimpunan Janji Demokrasi di beberapa lokasi seluruh negara. Perhimpunan tersebut berpengisian politik, suara rakyat yang berasaskan demokrasi mutlak. Mungkin masih ramai yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan demokrasi mutlak.
‘Demokrasi mutlak’  yang juga dikenali sebagai absolute democracy atau pure/ direct democracy adalah satu bentuk cara pentadbiran kenegaraan yang berasaskan kepada falsafah humanisme, di mana setiap perkara ditentukan oleh kehendak manusia. Wikipedia mencatatkan definisi ‘absolute democracy’ sebagai :
- an extreme form of a collective perception of order, based by the need of the human mind to control its surroundings and conduct a predictive view of perceiving the collective world. (http://en.wikipedia.org/wiki/Absolute_democracy).

Jika diterjemah kepada Bahasa Melayu, ia bermaksud :
“satu bentuk persepsi melampau terhadap seluruh pemerintahan, berdasarkan pada keperluan minda manusia, untuk mengawal persekitaran dan menjalankan ramalan pandangan dunia secara menyeluruh.”
Dalam kata lain, demokrasi mutlak memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan semua perkara. Kerajaan hilang autoriti dalam melaksanakan tugas, tetapi harus memenuhi segala kehendak rakyat. Hal demikian melahirkan sikap anti-authoritative atau anti-establishment yang membawa kepada kehilangan adab.
Konsep politik begini sebenarnya bertentangan dengan kaedah siyasah dalam Islam, di mana pihak Kerajaan mempunyai hak-haknya dalam mentadbir urus Negara dan perkara tersebut hendaklah dipatuhi oleh rakyatnya, manakala rakyat juga mempunyai hak-haknya yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan.
Menurut faham Islam, hak tidak semestinya perkara yang dimahu, dikehendaki, diminta dan dituntut. Lebih dari itu, Islam menetapkan hak sebagai kewajipan yang mesti ditunaikan berasas pada kebenaran yang hakiki. Ini bermakna, Kerajaan mempunyai hak ke atas rakyat dan rakyat juga mempunyai hak ke atas kerajaan.
Justeru, laungan Janji Demokrasi oleh pendukung PR telah dilaung dalam nada politik ala-Barat dan bukannya dalam kerangka Islam.
LAHIRNYA KETURUNAN BIADAP
 
Tindakan pengikut PR memijak serta menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri dan isteri jelas suatu kebiadaban melampau. Saya bukanlah ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN). Apa yang ingin sekali saya nyatakan ini adalah persoalan adab dan akhlak. Bagi saya perlakuan sedemikian tidak boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja sama ada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Haji Abdul Hadi Awang.
Kita tidak pelik jika perkara tersebut dilakukan oleh orang bukan Islam/ non-muslim, tetapi apabila perlakuan sedemikian disukai dan diredhai serta dilakukan oleh orang Islam, ia jelas menunjukkan kerosakkan jiwa yang mendasar. Lihatlah sewaktu seorang gadis Cina (non-muslim) memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang wanita BERTUDUNG LABUH tersenyum ketawa melihat perbuatan itu. Ini jelas menunjukkan rasa redhanya atas perlakuan tidak sopan berkenaan.
Jika telah wujud generasi yang agak berusia sepertinya (saya jangka mungkin sekitar umur 45-55 tahun) yang gembira dan meredhai perbuatan memijak gambar orang Islam, maka tidak hairanlah bila ada anak muda yang sanggup menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri dan isteri. Kita sangat tahu bahawa anak muda itu seorang yang beragama Islam. Mungkinkah beliau seorang penyokong tegar Parti Islam Se-Malaysia (PAS)..?????
 
Memandangkan dia salah seorang penyokong PAS dan PR, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap TAHNIAH kepada PAS kerana BERJAYA MENDIDIK GENERASI BIADAP. TAHNIAH kerana BERJAYA MENDIDIK LELAKI HINGGA TIDAK KENAL AURAT.
Ketika Nabi Ibrahim a.s memecahkan berhala, Baginda pecahkannya menggunakan kapak dan tangan. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w membersihkan Kaabah dari 360 buah berhala, Baginda dan para sahabat r.a menggunakan tangan untuk mengalih berhala-berhala tersebut. Jika pada berhala pun mereka tidak memijaknya juga tidak menunjukkan punggung, inikan pula gambar manusia?
Bagaimana perasaan kalian jika ada yang memijak gambar Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng?
Berhentilah beraksi seperti lakonan filem Labu Labi “Ini kepala bapak kau, tu kepala bapak aku. Kalau berani pijaklah!”. Jangan ditiru watak kartun kurang ajar Shin Chan yang gemar menayang punggungnya.
Untuk anak muda itu, ingatlah bahawa anda telah mengaibkan kedua ibu bapa anda. Anda telah menconteng arang ke muka mereka. Tahukah anda ia satu kederhakaan?
Usah asyik melaung ALLAHU AKBAR di jalanan, andai hidup tiada beradab. Di mana akhlak Rasulullah? Tanyakan pada diri, di mana nilai syahadah?
Renunglah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. katanya : “Orang Islam manakah yang lebih baik?” Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara (terselamat) daripada gangguan lidah dan tangannya”.
 

Yang dimaksudkan dengan ‘lidah dan tangannya’ itu merujuk kepada percakapan dan perbuatan. Buat para pimpinan PAS, atas apa yang berlaku dan dilakukan oleh pengikut kalian, masihkah perjuangan kalian boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Atau mungkinkah ianya sebenarnya perjuangan sekularisasi bertopengkan Islam?
Terima kasih kepada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan  bahawa perbuatan memijak gambar itu adalah satu yang amat memalukan. Pun begitu, ingin saya pesan di sini, perbuatan biadab/ kurang ajar pengikut parti adalah akibat dari kepimpinan dalam PR yang biadab dan kurang ajar.

ADAPTASI RITUAL/ AMALAN IBADAH BUKAN ISLAM

 

Pada perhimpunan tersebut juga, mereka telah membaca puisi/ sajak Janji Demokrasi sambil menyalakan lilin beramai-ramai. Perkara ini telah sama-sama dilakukan oleh orang Islam. Sila lihat gambar di atas, di hadapan itu mungkin seorang Tionghua, dan dibelakangnya seorang lelaki muslim, berbaju hijau dan memakai KOPIAH memegang sebatang lilin.
Dari manakah asalnya penyalaan lilin begini?

 

Upacara penyalaan lilin merupakan sebahagian dari bentuk ibadah serta kaedah berdoa masyarakat bukan Islam. Kaedah ritual ini terdapat dalam ajaran agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Ritual ini dilakukan semasa hari kebesaran mereka, pembabtisan, mengingati kematian, sambutan perkahwinan dan seumpamanya.  Contohnya, Yahudi menyalakan lilin sewaktu Hanukkah (Candle Lighting Ceremony) manakala penganut agama Kristian sering menyalakan lilin sebagai worship symbolic. Mereka juga menyalakan lilin sambil berdoa dan menyanyi beramai-ramai di jalan-jalan raya ketika kematian Pope.
 

Dalam fahaman Humanism, diadakan hari HumanLight iaitu suatu hari kebesaran bagi pengikut humanisme dan disambut pada 23 Disember setiap tahun. Pada hari tersebut, mereka akan menyalakan lilin dan lampu sebagai simbolik pengharapan kepada nasib baik di masa hadapan, yang juga disebut “a Humanist’s vision of a good future”. Penyalaan cahaya dalam suasana gelap suatu simbolik – symbol of reason and rationality.
Secara tidak langsung, telah berlaku suatu amalan pluralisme agama pada majlis Janji Demokrasi pimpinan PAKATAN RAKYAT (PR). Ritual pluralisme pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Wahai saudara-saudaraku, fikirkan dan timbanglah dengan iman, apakah ini masa depan?
Ya ALLAH, jauhkan kami dari kesesatan dan beban yang tak mampu kami tanggung.

Monday, September 10, 2012

Tolong Hentikan Provokasi !

Pejuangmelaka lihat setelah "diversion tactic" Pakatan GAGAL mengalih isu kepincangan pentadbiran dan skandal Bayan Mutiara serta Air di Penang dan Selangor, Pakatan terdesak mengubah persepsi rakyat melalui provokasi.  Hebat tahap hebat provokasi yang dilakukan sekarang
1- Bas Anwar disimbah cat heboh dicanang satu dunia
2- Bas Barisan disimbah cat di Georgetown tak heboh berita hanya diterima dalam akhbar The Star
3 -Kita lihat ada pihak sengaja main PROVOKASI utk menghuru harakan negara
4-Sebagai ilmuan Islam jika bertindak melulu dgn provokasi maka akan kucar kacirlah negara . Terkini ialah provokasi pengawal keselamatan Anwar  mengacu pistol ke atas orang awam seolah olah nyawa Anwar dalam bahaya. Ingatlah rakyat Malaysia dan PDRM tak bodoh. Jika Anwar  luka tercalar sedikit pon maka segala "blame game" akan dihempap ke atas Pentadbiran Najib dan Barisan Nasional. Kerajaan tidak bodoh untuk mengapa apakan Anwar Ibrahim. Jadi tujuan apakah pistol tersebut diacukan selain dari mengubah persepsi rakyat kononnya nyawa Anwar yang terancam?

Saya tak faham tujuan apa provokasi  acu pistol ke atas orang awam ini dilakukan-jika nyawa Anwar terancam maka akan bertambahlah simpati antarabangsa terhadap Anwar dan Pakatan-bukankah itu satu bonus kepada Pakatan? Rujuk kejadian yang menimpa Benazir Bhuto dan Rafik Hariri PM Lebanon yang mengundang camportangan Barat di negara tersebut

5- Pejuangmelaka tak tolak kemungkinan kes simbah cat pada bas Anwar dan kes baling selipar dalam masjid di Kedah mungkin ditimbulkan oleh agen yang bekerjasama dengan pihak musuh negara utk membikin huru hara- ingat kejadian Benazir Bhuto mati ditembak dan selepas itu Asif (suaminya) menang pilihanraya Pakistan maka berkuasalah negara Amerika ke atas Pakistan.- Modus operandi Negara Musuh Islam   itulah "nyawa agennya  boleh dilupusgunakan utk menaikkan momentum kebencian rakyat kepada pemimpin sedia ada ". Rujuk CIA-linked-to-benazir-bhutto-s-assassination




"The assassination of Bhutto is similar to that of the Lebanese Prime Minister Rafik Hariri. In the case of Hariri, it was done to try and destabilize the Lebanese government and to also put pressure on Syria to withdraw its military forces from Lebanon, leaving Lebanon defenseless for a planned military strike, supported by the United States, against Hezbollah and Lebanon's infrastructure. Inside the intelligence community the blame was directed at the Israeli Mossad and the CIA, and that Henry Kissinger was also involved "- rumormillnews.
.

Pejuangmelaka meminta ILMUAN ISLAM utk fikir dgn rasional-seeloknya banyakkan doa dan jangan masuk dalam kancah fitnah.... dan secara tak langsung menjadi alat kepada musuh....ini pesanan saya

Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown-tak pulak bising satu dunia nak jumpa IGP -


Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown boleh dibaca lanjut di  antarapos

Bandingkan dengan tindakan yang sama ke atas Pakatan dah nak jumpa IGP?

Saya kemukakan pemerhatian saya kepada seorang ilmuan Islam tentang perkembangan terkini di mana para ulama partisan (yang berparti) pula cepat cepat mempertahankan tindakan partinya . Ini ulasan beliau-


"Saya tidak menolak segala kebarangkalian tersebut.Sudah lama saya perhatikan ; antara yang jelas dapat kita perhatikan ialah kebanyakan institusi-institusi fundamental negara seakan-akan ada cubaan untukk merosakkannya. Wibawa institusi agama seperti majlis-majlis fatwa & jabatan-jabatan agama dipertikai wewenangnya & direndah-rendahkan. Begitu juga dengan institusi perundangan, polis, & macam-macam lagi. Sebab itulah dari dulu lagi saya konsisten dengan usaha ke arah penyatuan umat kerana inilah yang diajar & dididik oleh para guru saya samada dari bumi Yaman mahupun bumi Mesir. Mufti Bosnia pernah berpesan bahawa agamawan perlu tahu politik tapi tidak perlu masuk dalam mainan politik. Itulah yang saya pegang. Berbalik kepada senario politik negara kita yang tercinta, saya juga merasakan sedemikian iaitu seakan-akan ada tangan luar yang cemburu dengan kemakmuran negara kita cuba untuk mencetuskan suasana yang tegang. Kalu kita lihat, ulama-ulama kita yang neuteral menyeru kepada perpaduan. Ini ubat yang mujarab untuk membendung virus-virus jahat. Malangnya tidak mendapat sambutan dari agamawan yang berada dalam parti politik ataupun yang pro-partisan tertentu. Ini satu kerugian yang amat besar buat umat Islam Malaysia pada pandangan peribadi saya. Masyarakat akan kompius. Yang ini ustaz..yang itu pun ustaz juga..macam mana ini? Fenomena ini boleh menjauhkan masyarakat dari agama. Mereka mungkin akan fed up dengan sikap agamawan yang berpolitik partisan ini. Sekarang pun sebenarnya sudah kelihatankesannya. Sementara berpeluang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Saya akui yang saya juga seorang yang berjiwa patriotik. Saya tak rela negara saya dihuru-harakan. Sudah banyak saya tanyakan kepada orang-orang politik ini tentang dakwaan-dakwaan mereka terhadap kerajaan. Kesimpulan yang dapat ialah semuanya lebih kepada mencipta persepsi bukan realiti. Agama ajar bahawa dakwaan perlu dengan bukti. Saya berpegang dengan hukum. Kalau dakwaan tanpa bukti tak boleh dipakai bahkan yang mendakwa itu juga kelihatan bermasalah. Politikus tanah air kita suka berpolitiking sepanjang tahun. Lebih suka berpolitiking dari membangunkan negeri & negara.
pejuangmelaka - Bersatulah Bangsaku !

Sunday, September 9, 2012

Spekulasi Maksud Gangnam ?






pejuangmelaka-Gangnam tu nama tempat kat Korea. Tempat remaja berlepak, berfesyen dan berhibur. Kalau kat Malaysia ni macam Bukit Bintang, kalau kat Jepun, Harajuku. Walaupun kita berbeza fahaman Bersatulah Bangsaku !

Friday, September 7, 2012

Mana Roh Kemerdekaan MALAYSIA ?

Bendera Negara Adalah Roh Kemerdekaan



SIAPA kata Jalur Gemilang bukan ciptaan anak negeri atau warganegara Malaysia?

Kalau dilihat aksi provokasi dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang, yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?

Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.

Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.

Apabila diajukan cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah rakan seangkatannya di Universiti Malaya (UM) suatu ketika dulu, Fuad mengingatkan:

"Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.

Tetapi yang penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing-masing.

"Paling penting, makna kemerdekaan."

Fuad menarik perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua negara ada hubungan penjajahan.

"Cuba kita lihat bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

"Yang dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata beliau.

Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.

"Malah, bendera Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777 tapi tidak menghilangkan jalurnya.

"Bendera Amerika ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.


Menyangkal lagi dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.

Bagaimanapun, sebelum diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk mewakili Raja-Raja Melayu.

Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.

"Dan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk menggantikan Union Jack.

"Jadi, tidak betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya.

Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.

"Bapa yang ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.

"Ia untuk memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat," katanya.

Dan benarlah bendera itu bukan sekadar bendera.

pejuangmelaka-Jalur Gemilang itu roh kemerdekaan.

Tuesday, September 4, 2012

JANGAN MIMPI MENAIKI ROKET KE BULAN !

Mimpi Yang Disangka Indah




 
Sebalik mimpi yang amat membahagiakan terselit racun hebat yang bakal memusnahkan segalanya. Disinilah terletaknya kebijaksanaan kaum Muslimin yang diterajui oleh orang Melayu untuk menghidu racun yang tersembunyi disebalik kamanisan madu.Seorang sahabat telah meluahkan pandangan yang cukup merimaskan.

Sesiapa yang berpelajaran tentu sahaja mengenali GESTAPO. Jika di Indonesia ia merupakan "sumpah berdarah" yang cukup mengerikan. Ia menjadi tunjang kewujudan PAP, father of DAP. Perlu diingat, sejarah lampau menunjukkan betapa dahsyatnya keperitan bangsa Melayu dibawah kekuasaan Bintang Tiga walaupun hanya dalam waktu yang sangat singkat. Kita tahu bangsa apakah yang menguasai Bintang Tiga. Berapa banyak kemusnahan yang mereka lakukan. Generasi kini mungkin tidak merasai keperitan seumpama ini malah ada yang tidak terjebak dalam kekacauan kaum 1969.

Kesedaran ini wajar diutarakan bagi menginsafi sebahagian dari anak bangsa agar tidak bertindak melampaui batasan yang mana nanti tentu sukar untuk berpatah balik untuk memperbetulkannya.



RENCANA DAP?

Terus terang dapat diperkatakan terhadap perkembangan politik semasa, jelas sekali jikalau dipandang sekali lalu, DAP akan berupaya menggugat kekebalan orang Melayu dalam arena politik tambahan pula mereka mendapat sokongan padu dari kaum Cina yang lebih bersifat berpura-pura..Lazimnya kelemahan pemerintah mudah ditelah kerana ia sering diperhatikan.

Suatu yang perlu diingat, berbanding mereka yang berkuasa dengan yang belum berkuasa siapakah dapat menelah mana yang lebih baik? Tidak mustahil apa yang ada disebalik gambaran menarik tersimpan beberapa unsur yang lebih dahsyat. Buat waktu ini, tergambar musibah yang bakal menanti kita, kaum Muslimin Malaysia.

DSAI menjadi taruhan yang terbaik untuk melahirkan rasa kurang senang kepada pemimpin UMNO dan diharap akan dapat memberi tekanan kepada pucuk pimpinan. Malangnya pemimpin UMNO yang baru dilantik dilihat kurang bermaya mengembalikan kekuatan dan gagal untuk "membersihkan" kecurangan para pemimpin UMNO dan para pegawai kerajaan.

Kali ini benar-benar meletakkan orang Melayu dan Umat Islam dalam delema. PAS pula berjaya mencuri undi melalui konsep Negara Islam yang dibawa dan kelihatan amat menarik perhatian.

Walaupun PAS menyedari hasrat mereka hanya sebuah ilusi semata. Kejutan telah berlaku. DSAI menerajui PKR setelah keluar dari penjara melonjakkan pengaruh parti itu ke satu tahap yang cukup mengejutkan. Kedudukan PKR sebelum itu amat lemah dan tak bermaya. Apakah DSAI akan berjaya menjadi PM selepas ini? Satu persoalan yang bermain diminda rakyat Malaysia. Apa yang menakutkan ialah dari mana sumber kewangan PKR membiayai kempen besar-besaran dalam Pilihan Raya yang lalu dan juga selepas itu?

Sebahagian pemikir Melayu sudah mencongak ia datang dari sumber masons atau jesuits yang juga menawarkan pekerjaan kepada DSAI sebaik sahaja keluar dari penjara. Mungkin PRU akan datang, keperluan dan sumber kewangan mereka akan lebih besar kerana peluang menang dilihat semakin cerah. DAP pula semestinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Apa yang akan berlaku bila DAP mendesak DSAI mengubah peta pilihanraya kepada jumlah penduduk, kerana ia lebih realistik dalam keadilan sosial. Bayangkan jika KL dan Pulau Pinang serta beberapa bandar besar mendapat banyak kerusi, siapakah yang akan mendominasinya? Seterusnya DSAI sendiri boleh diketepikan (juga tidak mustahil menerima nasib seperti JF Kennedy, jika benar ia terlibat dengan illuminist). Bagaimana nasib orang Melayu ketika itu?

Jika di Singapura, mereka boleh lari ke Johor dan kini, Pulau Pinang mereka boleh lari ke Kedah dan Perak. Kalau Malaysia seluruhnya dikuasai mereka kemana orang Melayu akan lari? Terjun laut? Atau bakal hidup menjadi lanun diperairan?

Bila DAP dapat majoriti, amat mudah mereka melumpuhkan perjuangan orang Melayu amnya dan Islam khasnya. PAS akan terperangkap antara perjuangan Islam nya dengan kemabukan kuasa.

PKR tanpa DSAI dilihat tidak akan kemana-mana. Hanya mampu menawan 1 kerusi sahaja dalam PR11 ketika ketiadaan DSAI. Tanpa DSAI, PKR akan kembali usang dan terasing dan hanya hidup berharapkan simpati penyokong PAS. DAP tahu ini semua.

Nampak jelas halatuju DAP yang mendapat dokongan kuat dari abangnya atau sesuai dipanggil bapanya, PAP (Sin). Adakah akan berlaku huruhara selepas ini jika DAP mengambil alih kuasa? Dahulu terjadi 13 Mei akibat kemenangan Parti Gerakan (sama rentak dengan DAP - berlainan kulit tetapi sama isinya) dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Namun kali ini tentu sahaja berbeza kerana apa yang terhasil dari pengalaman lalu, orang Cina tentu sudah bersiap sedia. Bagaimana halnya dengan orang Melayu/Islam?

Apakah orang Melayu/Islam akan ditarah sampai rata? Wujudkah sekelumit simpati kaum Cina terhadap orang Melayu? Orang Melayu tidak akan dibiarkan hidup senang dan kaya raya. Tidak sama sekali.

Kedudukan PAS yang terasa semakin kukuh hasil PRU12 lalu mendorong mereka terus menerus menyerang dan menghukum UMNO sebagai parti jahat yang memperjuangkan sistem politik kafir tetapi mereka lupa PKR juga berunsur yang sama. PKR adalah serpihan dari UMNO malah sebilangan dari mereka lebih ganas dari apa yang ada pada UMNO sekarang. Belang mereka hanya akan terburai apabila mendapat kuasa kelak. DAP sudah pasti faham mengenainya dan akan mempergunakan senjata ini untuk memerangkap pemimpin PKR. PKR bakal dihentak supaya sentiasa mengikut setiap kemahuan mereka. Siapa yang akan rugi?

Terbutakah mata mereka terhadap niat dan taktik DAP ini?

Agar ramai anak bangsa tersedar dari mimpi yang disangka indah itu.


Satu perkhabaran lagi untuk renungan kita bersama kemana halatuju DAP. Adakah ia kan menguntungkan bangsa Melayu apa lagi Penganut Islam?


Berikut adalah laporan akhbar the Star Mac lalu di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.
PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Jika takdir menyebelahi bangsa Melayu dan Islam (semoga diizinkanNya), akan ramai diantara mereka tersedar dari khayalan dan mimpi yang bakal memusnahkan mereka kelak. Menghalang kemaraan DAP dan niat tersembunyi mereka bukan bermakna mengiakan yang UMNO lakukan. Tidak sama sekali. Cumanya amat diharapkan agar orang Melayu dapat membuka minda dan bertindak mengikut akal waras bukan gelojak nafsu serta dendam. Dalam lain maksud, Islam mesti bersatu jika inginkan kejayaan.
Andaikata tiada ancaman DAP (kini berjangkit pula kepada MCA) serta sekutu mereka atau yang memihak serta sedia melaksana agenda tersembunyi mason/jesuits, kita bebas memilih sesiapa sahaja asalkan Islam untuk mentadbir negara. Siapa sahaja tetapi bukanlah yang besifat munafik dan hipokrit. Sementara menanti kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Dalam masa yang sama wajib kita berusaha agar dapat menghalang niat Zionis/Amerika menghuru harakan negara sebagaimana di Timur Tengah dan Asia Tengah. Ini adalah harapan generasi akan datang untuk membina kelompok dinamik berstatus pejuang tulin seiring dengan matlamat alMahdi. Kita wajar membina landasan untuk memudahkan urusan mereka. Bantulah mereka.
pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Monday, September 3, 2012

Menteri AMARAN TOLONG AMBIL TINDAKAN !







Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.
'Khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.
Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis. 

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat.

pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Sunday, September 2, 2012

Jom Merdeka Diri Dari PENCATUR !

Merdekalah Jiwa Bangsaku! 
Selamat Hari Kemerdekaan Bangsa Malaysia ! Elok rasanya kita mengenang sejenak sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu. 
Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu. 
Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. 
Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100 orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera British.
Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150 orang anggota pada tahun 1935. Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialah Adnan Saidi pada umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera British oleh King George, Raja England yang baru.  
Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura. 
Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu terakhir British di Tanah Melayu. 
Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu, mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India, Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan nyawa. Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang , Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut. 
Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !. Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar berani itu hanya menjadi benteng untuk British. Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap, dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang telah hancur robek itu dibakar pula. 
Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!

Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang. 
Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.

Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar  perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun  terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!. 
Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai Salleh berbunyi : 
“ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka”. 
Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya di Batu Pahat dan Muar. 
Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar. 
Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan. 
Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan Adnan. 
Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.

Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban. 
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam. Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka! 
MARI KITA NYALAKAN, 
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI.. 
DI SELURUH SEMESTA, 
PADA SEPANJANG KEMBARA... 
KITA AKAN TEMUI, 
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN, 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 
HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN, 
INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 
TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 
PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI PERMUSUHAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 
MARI KITA PADAMKAN, 
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR, 
DI SEPENUH BUANA, 
PADA SELURUH MANUSIA... 
KITA AKAN SEDARI, 
TITIK-TITIK PERSAMAAN, 
TABURKAN DAMAI, 
BERSYUKUR KEPADA INSAN... 
TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 
PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI KEJAHATAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 
HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, 
ERTI KEMANISAN IMAN, 
INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 
Salam Kemerdekaan ….. 


Salam Perjuangan !