Saturday, March 16, 2013

Pejuang atau Penghancur Islam !


Pejuang atau Penghancur Islam !



Seorang rakan yang juga seorang pengkaji pernah memberitahu pejuangmelaka, orang Melayu mudah lembut hati dan bersimpati kepada bangsa Asing (bukan Islam) yang menunjukkan minat terhadap Islam. Perkara itu tidaklah menghairankan kerana rata-ratanya orang Melayu sememangnya dikenali sebagai kaum yang mengutamakan agama. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan aspek psikologi Melayu ini sebagai satu titik kelemahan dan senjata untuk mengugat kesucian Islam. Justeru itu, jangan dihairankan jika diteliti kepada sesetengah kes Melayu murtad (terutamanya di kalangan wanita) bermula dengan pasangan bukan Islamnya berpura-pura berminat untuk mengenali Islam sebelum meracuni kembali pemikiran pasangan Islamnya.

 
Dewasa ini juga, dapat kita lihat sesetengah politikus bukan Islam di hadapan hadirin beragama Islam, ghairah untuk menunjukkan kononnya mereka mesra-Islam. Maka sesetengah umat Melayu-Islam juga mudah terpesona apabila ada dikalangan politikus bukan-Islam ini dihadapan mereka ini tampil berbaju kurung dan berselendang, berbaju Melayu dan bersongkok, berceramah sambil memetik satu dua ayat Al-Quran (walaupun salah dan tunggang langgang), walaupun niat mereka sebenarnya hanya untuk memancing undi umat Islam semata-mata.


Kemuncaknya adalah apabila Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan bahawa parti DAP pimpinannya turut memperjuangkan Islam di Negara ini, sedangkan hakikatnya, belum reda lagi isu dia mendesak supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Kepada Melayu-Islam yang terlalu lurus dan naïf, mereka boleh pula berbangga dengan saranan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah satu kaedah untuk berdakwah kepada orang Kristian untuk mengenal tuhan yang sebenar. Kepada Melayu-Islam yang celik dan tidak terkongkong dengan politik kepartian sempit, mereka sedar bahawa tindakan tersebut merupakan satu jarum halus untuk mengelirukan orang Melayu-Islam dalam hal ketuhanan khususnya kepada anak-anak muda kita yang cetek pengetahuan agama.


Pejuangmelaka menafikan bahawa sememangnya umat Kristian terutamanya di Sabah telah lama menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible mereka. Tetapi tidakkah para pembaca sekalian merasa pelik apabila parti chauvinis yang sering memperlekehkan dan mengabaikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tiba-tiba sahaja beriya-iya mendesak supaya nama Allah dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu yang mereka sendiri tidak gunakan? Sedangkan para pemimpin politik Kristian dari Sabah dan Sarawak sendiri tidak mempolitikkan isu ini kerana ia telah diselesaikan secara berhemah demi menjaga keamanan Negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.


Kepara para pembaca Melayu-Islam yang terlalu 'sayangkan' DAP dan masih beriya-iya ingin mempertahankan mereka kononnya 'mesra Islam', cubalah teliti tindakan-tindakan anti-Islam mereka seperti di bawah ini setelah mendapat kuasa pasca PRU-12 sebelum ini :


1) Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan cuba menghalang perarakan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pada 13 Februari 2010 namun akhirnya dibatalkan setelah mendapat kecaman ramai.


2) Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP telah menyelar dan memarahi Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, kerana menggesa Pihak Berkuasa Agama di empat buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menguatkuasakan dan mengadakan operasi cegah khalwat dan zina sempena Hari Valentine pada 14 Februari.


3) Ronnie Liu Tian Khiew, EXCO DAP Selangor telah memarahi dan mengecam Dato’ Dr. Hassan Ali, EXO PAS Selangor dan mengarahkan supaya bekalan arak yang dirampas daripada Kedai 7-11 di Shah Alam, yang merupakan sebuah kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam, dipulangkan semula.


4) Teresa Kok Suh Sim, EXCO DAP Selangor berdolak dalik tentang isu petisyen memperlahankan bunyi azan bagi surau di Puchong dengan akhirnya mengakui penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabatnya dan minta bekas pembantunya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabatnya dalam surat mereka;


5) Teo Nee Ching, Ahli Parlimen Serdang dari DAP menghina rumah ibadat umat Islam apabila memasuki Surau Al-Huda di Kajang dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan menampakkan susuk badan serta memijak tempat sujud umat Islam untuk bersolat kepada Allah. Perkara ini telah mendatangkan murka Sultan Selangor sebagai pemimpin Islam negeri dan baginda telah memberi teguran.


6) David Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang mengaku dirinya seorang Kristian mempermainkan kesucian Al-Quran dengan membaca Surah Al-Aura yang tidak pernah wujud di dalam al-Quran.


7) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang disiarkan di dalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 2 Ogos 2009 di mukasurat N.12 menuduh Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR sebagai "Muslim extremist" hanya kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang merupakan sebuah NGO Islam. Jeff Ooi telah diarah membayar denda RM150,000 kepada Mohd. Razali Abdullah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 Mei 2011 atas tuduhan tersebut termasuk mendakwa Mohd. Razali Abdullah sebagai “Mad Man”.


8) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang menggelabah dan berdolak dalik dalam isu Majlis ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dan melantik Perdana Menteri Malaysia dari kalangan Kristian. Dia kemudian mendesak seorang saksi ahli DAP beragama Islam, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang turut berada dalam majlis tersebut supaya mendedahkan kandungan laporan polis yang telah dibuat. Mohamed Razali Abdul Rahman kemudian sekali lagi membuat laporan Polis apabila menerima ugutan yang mengancam nyawanya sebelum dipecat terus keanggotaannya tanpa bicara dari DAP.


9) Ronnie Liew, EXCO Kerajaan DAP Selangor telah membekukan arahan Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan di dalam pawagam.


10) James Ngeh Koo Ham dalam twitternya telah memperlekehkan umat Islam apabila menyatakan umat Islam telah membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk membantah penayangan filem yang menghina Islam oleh Sam Basile.


11) DAP Kedah menegaskan mereka akan menentang pelaksanaan Garis Panduan papan iklan yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam.


Selepas ini, tidak mustahil mungkin DAP akan mengaku pula mempertahankan hak Istimewa orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum-kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak! Maka pada waktu itu bolehlah para Melayu-Islam yang lurus bendul ini bersujud syukur beramai-ramai dan mendoakan lagi para pemimpin kuffar ini dalam khutbah Solat Jumaat mereka.



Salam Perjuangan !!!

Monday, March 11, 2013

HAK KETUANAN MELAYU !






Pemimpin nombor dua ANTI KERAJAAN Perak yang pernah menjadi Menteri Besar, membangkitkan semula ketika memberi tazkirah di dalam masjid.

Beliau menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara. Katanya lagi, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman. Hairannya, tiada angin pokok bergoyang. Apa tujuan membangkitkan isu ini?

Ya, saya tidak nafikan. Kemuliaan seseorang bukan terletak kepada ketuanan bangsanya, tetapi kepada keimanan dan ketakwaan. Tidak ada makna, bangsa mulia, agama tercela. Allah tidak ada akan tanya kita soal bangsa, keturunan dan darjat di alam barzakh. Yang ditanya adalah soalan-soalan bocor yang semua sedia tahu seperti siapa Tuhan kamu, apa agama kamu dan siapa Nabi kamu? Jika dapat jawab, selamat. Jika tidak, tunggulah pembalasannya.

Lagipun dalam al-Quran tidak ada nama-nama bangsa seperti Melayu, Cina, India, mahupun bumiputera Sabah dan Sarawak, kecuali kaum tertentu dalam lipatan sejarah. Al-Quran menjelaskan secara umum kejadian sesuatu bangsa yang diciptakan untuk saling mengenali. Bangsa yang paling mulia adalah kalangan mereka yang beriman dan bertakwa. Pastinya dalam hal ini setiap bangsa yang diciptakan ada asal-usul dan tanah tumpah darahnya.  

Tidak berlaku dalam sejarah, sesebuah negara tiba-tiba mempunyai pelbagai bangsa. Lumrah yang berlaku, satu bangsa dicipta di satu tempat. Bangsa tersebut akan menjadi nama identiti negara, seperti Melayu-Tanah Melayu, Cina-China, India-India dan lain-lain. Bangsa-bangsa ini adalah tuan kepada tanah airnya sendiri. Jika ada hak-hak istimewa mereka, itu adalah perkara biasa, selagi mana ia tidak menindas dan menganiaya orang lain.

Pada saya, istilah ketuanan Melayu bukanlah punca Melayu  benci kepada Cina dan India, atau sebaliknya seperti yang didakwa. Jika dihilangkan istilah ketuanan Melayu dan digantikan dengan ketuanan syarak sebagaimana yang disyorkan, apakah jaminan bahawa perkara negatif tersebut tidak berlaku? Bolehkah DAP akan menerima ketuanan syarak? Cakap biar berpijak di bumi nyata.

Permasalahan hari ini bukan berpunca daripada istilah ketuanan Melayu. Istilah tersebut tidak bersalah. Yang berdosa adalah manusia yang mengimplementasikan sesuatu sistem sehingga menimbulkan masalah. Misalnya,  sistem pendidikan, perumahan, akhbar dan banyak lagi sosialisasi yang bersifat perkauman. Kenapa terlalu sukar untuk mengakui kelemahan ini?

Saya bersetuju dengan pendapat, bangsa sukar untuk mempertahankan agama, sebaliknya agamalah memperkuatkan bangsa. Mulianya Melayu bukan kerana Melayu tetapi kerana Islam. Melayu menjadi mulia setelah memeluk Islam 600 tahun lalu. Tanpa Islam, Melayu tidak ada apa-apa.

Saya harap beliau buatlah literature review mengenai ketuanan Melayu. Mungkin juga beliau boleh membaca buku saya bertajuk Masih Adakah ketuanan Melayu? Janganlah mencari publisiti murahan dengan memperalatkan istilah ini. Ketuanan Melayu bukan merujuk kepada Melayu itu tuan, bangsa lain itu hamba.

Selaku pengkaji, istilah ketuanan Melayu hanyalah satu identiti, merujuk kepada penduduk asal negara ini atau penduduk yang mula-mula membentuk kerajaan di Tanah Melayu. Ketuanan langsung tidak merujuk kepada ketidakadilan. Lagipun, keadilan bukanlah merujuk kepada 1=1, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perlu difahami bahawa unsur-unsur ketuanan Melayu terdapat dan termaktub dalam perlembagaan seperti hak istimewa Islam, Melayu dan Raja.

Sama juga masalah yang berlaku di Lahad Datu hari ini. Kesultanan Sulu sudah tidak ada hak ke atas Sabah. Ketuanannya ke atas Sabah telah hilang apabila mereka tidak membentuk kerajaan di sana. Referendum rakyat Sabah sebulat suara mahu berada dalam Malaysia. Suruhanjaya Cobbold ini ditubuhkan menguatkan lagi kedudukan Sabah sehingga membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Benar, asal-usul Sabah berada di bawah ketuanan Kesultanan Sulu sebelum diserahkan kepada Syarikat Borneo Utara. Setelah diserahkan, rakyat Sulu tidak ada lagi ketuanan di sana. Sabah telah menjadi sebahagian negeri kolonial British. Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada Tanah Melayu sebagai menyambut idea penubuhan Malaysia selaras dengan kehendak rakyat Sabah. Walaupun selepas itu Filipina,Indonesia dan Brunei turut menuntut, ia sudah tidak sah lagi kerana ketuanannya telah hilang. Pada 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang sudah tidak relevan lagi. 

Contoh ini amat jelas dalam memahami ketuanan sesuatu bangsa. Pengorbanan mempertahankan kedaulatan negara adalah suatu jihad. Malangnya ada segelintir yang menuduh ia adalah sandiwara. Lebih menyedihkan ada yang sanggup berkata, polis yang terkorban adalah mati katak. Saudaraku, cubalah hayati SMS yang dihantar oleh salah  anggota polis yang berkorban, vat69

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna. Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 

Membaca SMS ini tiba-tiba air mata gugur. Inilah semangat ketuanan bangsa berdaulat. Sanggup mati sebagai pahlawan yang sejati demi agama, bangsa dan negara. Jasamu pasti dikenang, mereka yang hidup belum tentu seberani ini. Al-Fatihah.


Bersatulah Melayu ! Salam Perjuangan !!!

Saturday, March 9, 2013

Apa NASIB Melayu ?


Apa  NASIB bangsa Melayu?




1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.


Kita sedia maklum bahawa DAP adalah parti oppurtunis dalam apa keadaan sekali pun. Hasrat mereka untuk meneraju negara dengan mempergunakan PKR & Pas. Mereka tahu sokongan ahli PKR kian merosot dan PKR akan terkubur akhirnya. Mereka juga tahu ahli-ahli Pas kini sudah mencurigai parti yang TIDAK LAGI berlandaskan Islam seperti dulu atau boleh dikatakan Pas sekarang adalah parti SEKULAR dan bukan parti ISLAM lagi. Mereka-mereka inilah sasaran untuk menjadi ahli-ahli baru DAP.

Kita maklum apa yang diperkatakan dalam blog-blog yang anti-kerajaan hampir kesemuanya tidak benar belaka tetapi harus kita ingat apa yang diperkatakan amat menarik minat para pembenci kerajaan BN/UMNO kerana memang itulah angapan mereka selama ini. Persoalannya apakah mereka mampu menambat hati bangsa Melayu. Rasanya agak mustahil selagi PERKASA masih wujud di Malaysia dan selagi perisiwa 13 Mei masih segar di ingatan bangsa Melayu. Yang pasti ia akan mendapat sambutan dari generasi muda yang sudah lupa sejarah bangsanya dan terlalu tebal dengan toleransi kaumnya hingga menidakkan hakikat peristiwa 13 Mei dan menidakkan apa yang termaktub dalam al-Quran bahawa musuh-musuh Islam sentiasa wujud sehingga akhir zaman.

Pastinya yang merasa bahang adalah PKR dan Pas kerana penghijrahan akan berlaku dari golongan yang menjadi target group DAP. Nampaknya DAP akan bertambah kukuh sedangkan PKR & Pas akan bertambah lemah. Begitulah liciknya DAP. DAP umpama gergagi 2 mata. Mendapat kelebihan dari kedua-dua pihak disamping meneruskan agenda nasionalnya untuk menguasai Putrajaya melalui mandat yang diberikan oleh bangsa Melayu di tiap-tiap negeri.

Akhirnya apa akan terjadi pada bangsa Melayu? Jika ia benar-benar berlaku maka akan bermulalah era yang sering diperkatakan, era akhir seumpama Yakjud & Makjud. Kita akan lihat di mana bangsa Melayu yang berkiblatkan DAP akan berkubu dan berlindung seandainya ini terjadi.

Adakah berlindung di sebalik bayang puak pelampau yang memerangi Islam atau bersatu dengan puak-puak Islam yang lain. Sesungguhnya akan ada Dajjal-dajjal kecil dari kalangan orang-orang Islam.



DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya (PKM). Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Jika PKM, semua mengetahui yg mereka menggunakan taktik kekerasan untuk merampas negara ini. Dan tidak sukar untuk kerajaan menanganinya. Hantarkan saja askar-askar untuk menghapuskan mereka.

Tapi bagaimana untuk menumbangkan DAP ini? Bolehkah kerajaan menghantar askar untuk mengalahkan mereka. Sudah pastilah tidak. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.


Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu.

Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Sikap org Melayu yg mudah tertarik dengan individu bukan Melayu/Islam yg mesra ajaran Islam @ budaya Melayu turut menyumbang kepada 'kehebatan' DAP ini. Percayalah DAP tidaklah sekuat mana. Sebenarnya sikap umat Melayu Islam lah yg menyebabkan DAP merasakan yg mereka mampu menakluk Malaysia ini.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah ini? Untuk menumbangkan ideologi DAP ini, selain perpaduan umat Melayu Islam yg sering diperkatakan, cara lain ialah dengan memiliki pengamatan politik yg tajam dan dapat membaca dengan baik segala strategi politik parti komunis ini. Jangan bersangka baik sangat dengan segala tindak-tanduk DAP.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam? Perhatikan siapa yg mampu menjaga kestabilan negara dan memastikan Malaysia terus aman. Mungkin ada yg akan mengatakan bahawa BN pun banyak melakukan kesalahan. Ya, BN diterajui oleh manusia yg tidak lari dari kesilapan. Tapi tidak semua yg melakukan penyelewengan. Hanya segelintir saja yg melakukannya. Sesiapa sahaja yang memegang kuasa tidak akan dapat melepaskan diri dari godaan syaitan termasuk alim ulama. Tak perlulah buat bandingan.

Sekurang-kurangnya BN tidak membuatkan satu-satu kaum @ penganut agama di negara ini berasa terancam di bawah pemerintahannya. BN juga tidak mengamalkan politik rasis seperti DAP yg sering memperlekehkan org Melayu dan Islam. BN juga tidak seperti DAP yg sanggup memecahbelahkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi meraih undi. Dan yg penting BN bukan komunis seperti DAP!


Bersatulah Bangsaku !!!

Sunday, February 24, 2013

Meneliti Pemikiran Bawah Sedar MELAYU !



Direct Psychological Attack
Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

                                 Versus

Backdoor Trigger
Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur 
Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman 



Direct Psychological Attack – kata2 yg dilemparkan terus kepada diri kita dengan niat menjatuhkan air-muka, semangat, maruah, harga diri serta jati diri bangsa ini

~Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
~Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

Saya pun tidak pasti siapa dan dari mana kata2 sihir itu datang
Tetapi kata2 sihir itu telah meniti dari bibir ke bibir sejak sekian lama dlm masyarakat kita

Diantara percaya dengan tidak, kita pun  menelan kata2 sihir tersebut secara paksa-rela dengan minda yang terpinga2....."okay...okay....betullah semua tu.....!!!"

Nak kata ia tidak benar, ada juga kebenarannya terutama bila bangsa kita SENTIASA dibandingkan dengan kerajinan bangsa yang satu lagi yang rata2 hidup dibandar2 besar, penuh dengan segala  prasarana asas yg memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian serta mengejar kemajuan (material)



Nak kata ia tak betul pun boleh juga, sebab melihatkan kesungguhan & ketekunan ibu-ayah, datuk-nenek, saudara-mara sekampung bekerja membanting tulang, memerah keringat siang dan malam, membuka hutan-belukar, semak-samun, mencangkul parit dan ban hingga akhirnya mereka berjaya bercucuk-tanam koko, kelapa, getah, kelapa sawit, menternak lembu-kambing-ayam-kerbau-itik, menanam jagung-sayuran dan semua serta segalanya – secara kolektif – gotong-royong, muafakat-mesyuarat.........mereka semua tu bekerja-berusaha dengan penuh rajin & gigih belaka…!!!! membela nasib keluarga-isteri-anak-pinak, menghantar mereka kesekolah-madrasah, berkorban harta-benda demi memajukan diri & masyarakat agar generasi seterusnya dpt hidup dengan lebih baik lagi

Lalu dimana kebenarannya bahawa bangsa ku ini malas dan bodoh…??? 

Bila disingkap tabir anak2 malayu satu-persatu, ramai rupa2nya yang bijak2 belaka dan menjadi pakar dlm pelbagai bidang professional. 
Bukan saja sebatang jarum, malahan pelbagai teknologi dicipta hasil dari kepakaran anak2 kita

Namun kata2 sihir ini tetap juga mengekori kita dari segenap penjuru kehidupan seumpana saka keturunan yg diwarisi secara paksa-rela atau tanpa diketahui oleh seseorang itu

Setiap perkara yg kita lakukan (material) pastinya AKAN SENTIASA dibandingkan dengan pencapaian bangsa2 imigran yg dibawa masuk serta diberi taraf warga-negara oleh british dahulu


Namun sejak dari tahun2 1970an, ada pula suara2 halus-tulus-mulus yang menendang2 cuping telinga kita, sehingga menjadikan dahi kita berkerut seribu, mata pun rabun2 dan mamai, suara2 selamba tetapi berani & tegas memberi seakan Backdoor Trigger kepada jiwa2 malayu yang nampak semakin layu kerana asyik sangat dibandingkan segala dan semuannya dengan kehebatan bangsa2 imigran tadi

Apakah kata2 keramat itu…???

Backdoor Trigger – indirect brainwash to the corrupted & spoiled mind and soul

~Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur (nusantara – malaysia)

~Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman (bangsa malayu disenangi dan mudah diterima oleh bangsa2 lain, sering menjadi pendamai kepada pihak2 yg bertelagah diperingkat asia-tenggara mahupun dunia)

Mahu percaya…??
Silalah percaya dan ambil manfaat darinya
Ia bukan kata2 poyo

Tidak mahu percaya, lantas mengabaikannya dan meneruskan kehidupan seharian seperti sedia-kala dlm zon-selesa…??
Janganlah begitu kawan….!!

Ambil, pegang, hayati dan perjuangkan kata2 keramat ini kerana Allah dan RasulNya
Tuhan berikan peluang-ruang-masa kepada sebuah bangsa yang selama ini dilabel sbg malas, bodoh dan buat sebatang jarum pun tidak tahu bagi memperbaiki dirinya, memajukan dirinya, menyiapkan dirinya utk menjadi contoh dan ikutan, tempat rujuk bahkan ketua kepada bangsa2 lain didunia



Kita rasa tidak layak..???

Yup…sememangnya dengan segala dosa, kekurangan, lemah-longlai-mamai yg sedang kita hadapi kini, kita sejujurnya tidak layak langsung utk memimpin dunia

Tetapi kita ada Tuhan bukan..??
Kita juga ada Nabi bukan…??


Tuhan Yang Maha Agung -  memudahkan perkara yang payah, meringankan perkara yang berat, mendekatkan perkara yang jauh….sebagaimana doa dlm solat sunat dhuha yang amat berkat itu

Nabi Muhammad SAW yang roh Baginda itu sentiasa aktif menemani kita diakhir zaman, Nabi yang sentiasa menjawab salam kita, Nabi yang sering mendoakan kita malahan Nabi yang boleh saja memberi syafaat bila mana kita mengikuti amalan2 yg disuruh agama

Marilah kita jadikan backdoor tigger ini sebagai penguat semangat serta kata2 hikmat yang boleh kita pegang sebagai motivasi bagi merubah keadaan minda-tenaga-jiwa kepada keadaan yang lebih baik didunia hingga ke akhirat

Kita sama2 berdoa dengan sungguh2 kehadrat Tuhan agar:
~Minda-jiwa yang sekular dpt segera sedar-insaf-kembali ke jalan yg diredhaiNya
~Minda-jiwa yang sudah islamik dpt segera menyuburkan rasa-tenaga kasih-sayang kepada sesama saudara seagama
~Minda-jiwa yang sudah jauh terpesong dengan idealisme2 liberal dpt segera kembali kepangkal jalan, menjadi manusia yg normal mengikut acuan fitrah kejadian insan


Tiada apa yang lebih membahagiakan selain drpd melihat bangsaku ini saling berkasih-sayang sesama mereka, tidak lagi tertipu dengan segala sihir demokrasi yang amat memecah-belahkan ummat.


Bersatulah Melayu !!!

Salam Perjuangan !!!

Thursday, February 7, 2013

Derita seorang wanita Islam


Derita seorang wanita Islam


Pedih dan sedih. Pilu menusuk sukma bila membaca kisah ini. Amerika oh Amerika, negara yang disanjung tinggi sebahagian umat Islam adalah syaitan yang paling terkutuk. Perlakuan, kekejaman dan penghinaan kepada umat Islam tidak akan diampunkan.


Mereka bukan lagi manusia, malah lebih buruk dari binatang, nauzubillah.

Adakah mereka (USA) ada maruah dan rasa malu?  Mungkin tidak kerana mereka adalah hamba Iblis. 

Bagaimana pula dengan diri anda? Adakah anda (muslim) sudi menerima bantuan USA? Melalui wakilnya di Malaysia dalam usaha menawan negara ini, mereka akan lakukan apa sahaja sebagaimana spring-spring Arab. Masanya untuk celik. Nasib kita akan diketahui satu hari nanti. 

## 

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.

Siapakah Aafia?


Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.

Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Syahid

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

sumber: Saya Cinta Islam

Lagi foto mengenai Bagram Prison
















Lagi ..

Photo of a detainee held by the United States, tortured with his face wired, his lips sewn, red eyes and torso sacked.

According to digital camera metadata the image was taken on Feb 9, 2003 03:49:25.

The 6 Aug 2004 is also mentioned in relation to this photo.

The facial wiring is clearly non-medical.

The location of the detainee is unknown, possibly the US Bagram Theater Internment Facility in Afghanistan.

Although there is a resemblance to the US Taliban supporter John Walker Lindh, the connection is superficial.

The negative image to the right was created by Wikileaks to draw attention to certain regions of the photo on the left.

Wikileaks staff have verified that the photograph came from a US military computer network.

Photo leaked from a military computer

Picture: Wikileaks

NoWorldSystem.com/category/torture/
seorang tahanan yang disiksa, dawai dicucuk menembusi pipinya


Sorotan berita Aafia dari luar negara

Humans for prisons
Soon U.S. citizens were being held indefinitely in violation of their habeas
corpus rights.

Dr. Aafia Siddiqui, an American citizen of Pakistani origin, might have
been the first.

Dr. Siddiqui, a scientist educated at MIT and Brandeis University, was
seized in Pakistan for no known reason, sent to Afghanistan, and was
held secretly for five years in the U.S. military's notorious Bagram prison
in Afghanistan.

Her three young children, one an 8-month-old baby, were with her at the
time she was abducted. She has no idea what has become of her two
youngest children.

Her oldest child, 7 years old, was also incarcerated in Bagram and
subjected to similar abuse and horrors.

Aafia selepas disiksa

Siddiqui has never been charged with any terrorism-related offense.

A British journalist, hearing her piercing screams as she was being tortured,
disclosed her presence.
informationclearinghouse.info/article24605.htm

An embarrassed U.S. government responded to the disclosure by sending
Siddiqui to the U.S. for trial on the trumped-up charge that while a captive,
she grabbed a U.S. soldier's rifle and fired two shots attempting to shoot him.

The charge apparently originated as a U.S. soldier's excuse for shooting
Dr. Siddiqui twice in the stomach resulting in her near death.

On Feb. 4, Dr. Siddiqui was convicted by a New York jury for attempted
murder.

The only evidence presented against her was the charge itself and an
unsubstantiated claim that she had once taken a pistol-firing course at
an American firing range.

No evidence was presented of her fingerprints on the rifle that this frail
and broken 100-pound woman had allegedly seized from an American soldier.

No evidence was presented that a weapon was fired, no bullets, no shell
casings, no bullet holes. Just an accusation.
Trial took an unusual turn
Wikipedia has this to say about the trial:
"The trial took an unusual turn when an FBI official asserted that the
fingerprints taken from the rifle, which was purportedly used by Aafia
to shoot at the U.S. interrogators, did not match hers." An ignorant
and bigoted American jury convicted her for being a Muslim.

This is the kind of "justice" that always results when the state hypes
fear and demonizes a group.

US government and judiciary
— Patrons of rape

The people who should have been on trial are the people who abducted
her, disappeared her young children, shipped her across international
borders, violated her civil liberties, tortured her apparently for the fun
of it, raped her, and attempted to murder her with two gunshots
to her stomach.

Instead, the victim was put on trial and convicted.

This is the unmistakable hallmark of a police state. And this victim is
an American citizen.

Anyone can be next.


Bersyukurlah rakyat Malaysia ! Tidak Amankah kita ? Orang yang membuat
 demontrasi sebenarnya sudah puas hidup selesa.Mungkin ingin menjadikan
Malaysia seperti Pakistan dll negara untuk si jajah. Fikir2kanlah.

Sunday, January 27, 2013

HALATUJU MELAYU-ISLAM


MANA HALATUJU MELAYU-ISLAM 


“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Ibrahim ayat 4).
 Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu seolah-olah semakin menggambarkan satu kaum yang sedang menderita sakit barah dan menunggu saat maut. Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kita ingin jujur dan tidak berselindung.
 Walaupun berulang kali disahkan bahawa sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan  namun yang nyata pada tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang masih belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang tinggal hanyalah beberapa bahagian dari tubuh itu yang masih tidak berkesan dengan kudis yang kian merebak.
 Demikianlah kita merenung dengan mendalam nasib bangsa Melayu ini. Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang diubati.
 Kita mengutarakan anologi ini kerana jika tidak ada proses pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan tamat usianya. Akhirnya Melayu itu sendiri akan pupus, atau menjadi bangsa yang “minoriti”, bukan dari segi jumlahnya, tetapi dari segi kualiti dan keberkesanan pengaruh dan kekuatannya sebagai satu bangsa.
 Melayu kini sudah melahirkan generasi muda yang hilang jati diri, Melayu yang lupa akan budaya dan tamadunnya selain hanya saki baki peninggalan datuk moyangnya yang bersifat kosmetik untuk kajian para ahli antropologi.
 Sebahagian besar generasi Melayu muda kini dilihat sudah hilang akar budaya dan pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim. Melayu yang sudah tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan tanah airnya sendiri.

 Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu itu dari dalam dan luar dirinya. Cara berfikir dan nilai dirinya sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya sedang  lerai sama sekali.
 Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai kemerdekaan dari penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing ternyata tidak dapat dinagikan bahawa manusia Melayu perlu kepaa agenda pemulihan yang menyeluruh.
 Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya Melayu yang memegang  tapak bangunan bangsa sudah lemah mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian bangsa itu  menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah runtuh yang berlaku di mana-mana.
 Bukan sahaja soal akhlaknya yang telah luntur malah terdapat juga kelunturan dalam jati diri masyarakat Melayu itu sendiri. Sesiapa yang masih menyatakan bahawa jati diri bangsa ini tetap utuh dan ketahanan dirinya masih kuat sebenarnya hanyalah membohongi diri sendiri.

Realiti bangsa Melayu kini ibarat wajah yang dilukis dengan coretan kabur yang serba kontradiktori. Sementara Melayu dikatakan sinonim dengan Islam namun berlaku juga perilaku Melayu yang amat berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri. Pada satu masa kita nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan budi akan tetapi  Melayu semakin dijangkiti budaya biadab dan liar.
 Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama. Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu yang eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga menjadi bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan meniru.
 Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai hidup orang Melayu. Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-tanda lunturnya pegangan hidup Islam yang selama ini menjadi tunjang kekuatannya.
Sepintas lalu kita ingin mencatat secara ringkas beberapa penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan untuk mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh setiap tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat Melayu.

Berfikirlah Bangsaku !

Salam Perjuangan !!!