Salam’alaik.
Pertanyaan pertama. Siapakah yang bercita2 untuk menakluk dunia?Sila senyum.=)
Baiklah, andai ada yang senyum dan bercita2 untuk menakluk dunia, baguslah. Cita2 yang besar itu jangan ditawakan, malah jangan diperlekehkan. Lihat sahajalah Barrack Obama dari kecil lagi sudah bercita2 untuk menjadi Perdana Menteri AS, dan akhirnya mimpi dan impiannya menjadi kenyataan. Tapi, bagi sesiapa yang bercita2 untuk menakluk dunia, bercita2lah untuk menakluk dunia dengan Islam. Oh ya, sebelum itu, sudahkah kita berjaya menakluk diri kita sendiri? Dengan makna, sudah berjayakah kita menakluk dan menundukkan nafsu kita?
Hari ini aku tergerak hati ingin menulis tentang nafsu. Hampir terlupa akan persoalan sahabat berkaitan nafsu. Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan. =) Aku tidak punya banyak ilmu untuk dikongsi, tetapi, tulisanku kali ini sekadar sebagai peringatan buat diriku sendiri.
Jam menunjukkan pukul tiga pagi, kita tersedar daripada tidur, lalu, jika kamu, kamu, dan kamu...apa yang akan kalian lakukan?
a) Sambung tidur
b) Bangun ke tandas, dan tidur semula
c) Bangun, beristighfar(kerana bermimpi sesuatu yang seram dan menakutkan) dan tidur
d) Bangun, muhasabah, bangkit, ke bilik air, ambil wuduk, dan bersiap sedia untuk bertemu Allah.
e) Lain-lain
Jawapannya, kalian jawab di hati ya. =)
Andai aku bangkit daripada tidur. Memang, tak dapat dinafikan, diri ini tersangat lemah, dan selalu sahaja melengah2kan waktu. Apa yang aku lakukan adalah sebaik sahaja terjaga aku sudah mula berjihad. Mengangkat senjata muhasabah untuk berperang dengan nafsu. Nafsu ini sangat degil. Kadang2 dialah yang memenangi peperangan dan jarang sekali aku yang menang. Astaghfirullahal’adzim.
Nafsu ini proksi syaitan. Benarkah? Nafsu ini jambatan syaitan. Benarkah? Nafsu ini sangat3 jahat. Benarkah?
Andai benar nafsu ini proksi syaitan, kita sangat memerlukan SB untuk memantau dan memerhatikannya. (Hehe! Bolehkah begini?!) Andai nafsu ini jambatan syaitan, apalagi, jangan kita biarkan jambatan ini terbina (bolehkah begini sedangkan nafsu itu secara fitrah sudah wujud dalam diri) Andai nafsu ini sangat3 jahat. Jadi, tidak bolehkah kita didik ia menjadi baik?
Aku tertarik dengan pernyataan dan persoalan seorang sahabat, ‘ Memerangi nafsu ini merupakan jihad akbar, jadi, kenapa selalu sahaja perkara ini dianggap remeh? Seolah2, memerangi nafsu ini perkara yang kecil dan sangat mudah. Padahal, pada hakikatnya, nafsu ni sangat susah untuk ditawan. Mengapa juga, di sekolah tidak wujudkan silibus Pendidikan Nafsu? Sebab, bukankah nafsu ini jahat, mengapa tidak kita didik ia untuk menjadi baik?’
Aku terbaca juga banyak artikel tentang pengurusan nafsu, dan kebanyakan artikel yang aku baca memang ada menyatakan nafsu ini sangat jahat, tetapi, kita masih boleh didik ia untuk menjadi baik. Bagaimana? Mengikut pengamal tarekat, perkara yang penting untuk menundukkan nafsu adalah dengan zikrullah. Dan, memang benarlah, melalui cara apa lagi kita boleh mendidik nafsu? Dan mengikut apa yang aku baca, ada tujuh peringkat nafsu. Dalam tujuh peringkat nafsu itu, ada peringkat nafsu kita sangat jahat dan ada peringkat nafsu kita sudahpun berjaya dididik. Maafkan aku, mungkin belum cukup ilmuku untuk menghuraikan setiap peringkat nafsu. Apa yang boleh aku katakan, ya, kitalah yang perlu berusaha mendidik nafsu.
‘Sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku’ (Yusuf 12:53)
Kenapa kita perlu melawan nafsu jika dikatakan nafsu ini boleh dididik? Jawapannya sebab nafsu adalah pencuri. Dia curi ibadat kita, dia curi kesabaran kita, dia curi amalan kita dan dia curi cinta kita pada Allah. Jadi, adakah patut kita biarkan pencuri ini tanpa diperangi mahupun dipenjarakan? Selepas diperangi, kemudian barulah kita didik. Bagaimanana caranya? Hmmm…mungkin kalian lebih tahu. Apa yang boleh aku katakan, andai malas, rajin2kanlah, andai marah, sabar2kan je la, andai benci suka2kanlah.insyaAllah, syaitan mesti benci kita bila proksi dia gagal menawan kita. Tapi, memang kita perlu dibenci syaitan untuk meraih cinta Allah. =) insya-Allah. (tapi, hati2, bila dibenci, kita adalah antara orang yang sangat diperanginya! Kuatkan iman, selalu berdoa, sentiasa bermujahadah, insyaAllah selamat)
‘Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dan keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.’ (An Naziat 79 : 40-41)
Nafsu yang sedia ada perlu disalurkan pada jalan Allah. Aku sekadar ingin berkongsi hasil pembacaanku kepada sahabat2. Daripada buku Teori Kaunseling Al-Ghazali oleh Mohd Tajudin Ninggal dan Allahyarhamah Yatimah Sarmani . Nafsu orang yang beriman sentiasa terkawal dan disalurkan ke arah kebaikan untuk mendapatkan redha Allah. Bagaimana caranya? Antara contoh yang diberikan adalah :
-Nafsu pada harta- untuk keperluan diri dan keluarga agar terhindar daripada tabiat suka meminta2 dan menyusahkan orang lain. Juga digunakan untuk proses membangunkan ummat seperti mewakafkan tanah untuk sekolah, masjid, dll.
-Nafsu mendapat ilmu- bukan mencari kemegahan tetapi mencari redha Allah supaya terhindar daripada perkara yang melanggar syariat. Juga untuk menyeru kepada kebaika dan mencegah kemungkaran.
-Nafsu jantina- dipenuhi melalui ikatan perkahwinan bagi mendapat zuriat, melindungi wanita dan keluarga serta membina masyarakat mengikut tuntutan Allah.
Sebenarnya apabila aku mencari penulisan dan artikel tentang pengurusan nafsu, aku jumpa ianya sangat banyak dan huraiannya juga dalam pelbagai bentuk. Aku bukanlah orangnya yang arif tentang persoalan ini. Jadi, maafkan aku andai isinya ada yang samar2 dan ada yang tidak cukup. Mungkin boleh dicukupkan lagi dengan pandangan oleh sahabat2. Apa yang boleh aku katakan, selamat bermujahadah melawan nafsu! =) Dan tulisan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri kita tentang sejauh mana kita telah cuba untuk menakluk dan menundukkan nafsu. Adakah sudah kita (berjaya) buang sifat baran? Adakah sudah kita (berjaya) buang sifat malas dan adakah sudah kita (berjaya) buang sifat mazmumah yang lain yang juga didorong oleh hawa nafsu. Sekadar ini sahaja. JOM JIHAD!
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment