Pages

Tuesday, August 2, 2011

Bersatulah Anak Bangsaku

Ayat ALLAH menyuruh kita BERSATU

Surah An nisaa-يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾


(59) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.





ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.


Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.


AHLI LEMBAGA NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY

Anwar Ibrahim (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri), Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya

NED ialah agensi yang ditugaskan mengacau mana mana kerajaan yang dianggap tidak menurut perintah Amerika.Wujudlah Bendera "BERMATA SATU" dan LIHAT SIAPA NO 1. Sila Rujuk http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/siapakah-dajjal.html

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.

Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL) ; Asian Human Rights Commission (AHRC) , diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa ; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

PRINSIP PAS


Saya sentiasa menyokong perjuangan ulamak yang menyambung perjuangan sirah nabi yang sentiasa memperjuangkan Islam dalam perjuangan. Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi dan amat mengagumi perjuangan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afghanistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai mangsa terorist. Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata berdemonstrasi membantah kedatang pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Itu baru pemain ping pong Israel yang datang, PAS sudah tunjuk reaksi yang sedemikian rupa, kalau yang datang ke Malaysia nanti adalah perancang perang ke negara Islam, sudah tentu lebih hebat tentangannya.Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC).

Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain

Sebagai Orang Islam Melayu saya hanya menyuarakan pendapat tetapi kalian fikirkan.
Slogan " Ta'kan Melayu Hilang di Dunia " memang benar kerana Melayu tetap wujud tetapi ungkapan " Melayu akan Terjajah" akan muncul selepas ini. Saya menyokong kedua-dua buah parti U dan P kerana memperjuangkan Agama dan Melayu.

Ini merupakan pandangan peribadi saya dan berharap bangsa Melayu akan BERSATU dan contohilah bangsa lain yang telah bersatu walaupun berlainan ideologi. Salam Perjuangan



No comments:

Post a Comment