Pages

Monday, September 19, 2011

Bangladesh Nafi ISU kewarganegaraan?


Dulu fitnah pasal isteri PM yang kononnya diambil dari akhbar KOMPAS. Tak lama lepas tu, akhbar KOMPAS dari seberang mintak maaf.

Kini, mereka fitnah lagi kononnya dari laman web Kerajaan Bangladesh. Baru beberapa hari dah ada penafian rasmi dari Kerajaan Bangaldesh.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh hari ini menafikan bahawa sebuah agensi yang berkaitan dengan pejabat Perdana Menteri telah memuat-naikkan sebuah artikel di laman web yang mendakwa pekerja Bangladesh di negara ini diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

bangladesh foreign workers migrants 030108Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahman, berkata, kerajaan Bangladesh mahupun pejabatnya tidak menyedari mengenai artikel itu, mahupun melihat atau membaca kandungan dakwaan berkenaan.

"(Isu) ini tidak berasas dan bermotif jahat. Ada pihak yang mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dakwaan itu, pertama kali dikesan Jumaat lalu oleh organ milik PKR, Suara Keadilan, yang menyiarkan pautan ke laman yang dipercayai mengenai lawatan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ke Korea Selatan dan Malaysia tahun lalu.

Artikel itu juga memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

bangladesh prime minister office ngo affairs bureau 180911 hacked frontpageBagaimanapun, semakan kedua oleh Malaysiakini hari ini mendapati bahawa artikel kontroversi itu telah dikeluarkan dari laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, selepaslaporan berita mengenai dakwaan berkenaan menimbulkan kegemparan di Malaysia.

Atiqur berkata kerajaan Bangladesh dan pejabat Suruhanjaya Tingginya di Kuala Lumpur langsung tidak menyedari tentang artikel kontroversi itu dan menyifatkannya sebagai “mengarut” dan adalah kerja orang “gila”.
http://www.malaysiakini.com/news/176226

No comments:

Post a Comment