Pages

Monday, September 19, 2011

Haramkan rancangan satanist 'Criss Angel Mindfreak' di NTV7!!


Haramkan rancangan satanist 'Criss Angel Mindfreak' di NTV7!!


Klik di sini untuk melihat promo Media Prima
Sebuah rancangan ala silap mata di channel NTV7 berjudul "Criss Angel Mindfreak". Apa yang mengejutkan rancangan ini bukan cerita silap mata biasa tetapi ia adalah sebuah persembahan ilmu sihir yang menjadi amalan golongan satanism (penyembah syaitan) yang menganut faham illuminati @ freemasonry. Jelas pada tubuhnya menggantung simbol salib dan simbolnya sendiri 'angel' yang berasal usul daripada simbol anarchy yang berasal usul pula daripada simbol pentagram yang merupakan occultic symbol bagi penganut freemason.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan pula adalah jelas merupakan perbuatan sihir yang diharamkan oleh Islam dan amat tidak wajar sekali ia dipertontonkan dalam sebuah negara Islam. Antaran persembahannya seperti membuat ramalan nombor ekor dgn tepat, mengubah kedudukan sesuatu benda, terbang ke atas, meneka sesuatu dengan tepat dan lain-lain. Semua ini dilakukan dalam keadaan simbol-simbol keagamaan tadi tergantung pada lehernya. Malah Criss Angel sendiri menjadi kontroversi di kalangan penganut Kristian kerana cuba menggambarkan dirinya sebagai Jesus (Nabi Isa). Ini boleh dilihat dalam beberapa percubaan sihir beliau untuk melakukan apa yang dikatakan sebagai perbuatan mencarik adat Jesus. Sila lihat pembongkaran yang dibuat oleh blogger Kristian di ini.

Oleh itu, dengan tegasnya, penulis memohon seluruh umat Islam supaya mendesak Media Prima menarik balik rancangan yang berpaksikan amalan satanism ini. Bahkan ia sewajarnya diharamkan daripada ditayangkan di negara ini sama sekali dan mana-mana media yang menayangkan rancangan seumpama ini, WAJIB dikenakan tindakan yang tegas! Sesungguhnya membiarkan rancangan begini ditayangkan bermakna kita bersikap dayus dalam memelihara Islam dan umatnya khususnya generasi baru spt kanak-kanak dan remaja serta mereka yang lemah pegangan agama.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment