Pages

Wednesday, September 14, 2011

BERARAK SERAH MEMO KEPADA DYMM SPB AGONG KES Sitt Al-Wuzara


NGO mohon menghadap Agong serah memorandum isu hina agama

PADA 24 SEPTEMBER 2011, JAM 2.OO PM, ANDA DIJEMPUT UNTUK SERTAI KAMI DEMI MENYELAMATKAN AKIDAH UMMAH-UPDATE DARI JINGGA 13 

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah yang sesuai digunakan dalam kes betina murtad yang menggunakan identiti sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, kebiadapan betina ini dalam menghina kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.




Bukan sahaja dia bertindak mengisytiharkan dirinya keluar Islam yakni murtad, tetapi dia juga menghina, mencaci, mencela malah segala amalan yang dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga dihina dan dihenjut-henjut oleh betina ini.

Disebabkan kebiadapan betina ini, individu-indvidu yang mahir dalam selok-belok IT cuba menjejaki identiti sebenar dirinya, ianya bermula dengan pendedahan yang dilakukan oleh anak muda yang menggelarkan diri mereka 'GaySec' pada 8 Ogos yang lalu yang membawa kepada satu laporan polis oleh wanita yang bernama Arlene Tan yang menafikan bahawa dirinya adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.



Namun Allah S.W.T sentiasa membuka ruang terbaik kepada setiap hambaNya, walaupun pendedahan awal tersilap sasaran akhirnya sehari sebelum umat Islam menyambut Syawal satu lagi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kids CSI Team' telah berjaya menjejaki profil sebenar betina yang bernama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan gambar-gambar betina ini didedahkan dalam internet pada 29 Ogos 2011.


Adlin..Adlin kembalilah ke pangkal jalan...


MARI PERANGI SI PENGHINA ISLAM, JINGGA13 AKAN MENGANJURKAN PERARAKAN SERAH MEMORANDUM KEPADA DYMM SPB AGONG PADA 24 SEPTEMBER 2011, JAM 2.OO PM, ANDA DIJEMPUT UNTUK SERTAI KAMI DEMI MENYELAMATKAN AKIDAH UMMAH.



KUALA LUMPUR: Satu badan bukan kerajaan (NG0) hari ini memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan memorandum berhubung isu murtad dan memesongkan akidah umat Islam di laman sosial. 

Ketua Koordinator Sekretariat Jingga 13, Fariz Musa, menyerahkan surat permohonan itu kepada Pegawai Pentadbiran/Keselamatan Polis Istana Negara Asisten Superintendan Shaharuddin Yunus di pintu masuk Istana Negara di sini pada 11.05 pagi tadi.
Beliau berkata pemilik laman sosial itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dengan menghina, memaki dan mencerca Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Agama Islam.
"Kes-kes murtad yang semakin meningkat serta tindakan pemesongan akidah, penyelewengan fakta dan penghinaan terhadap Islam yang sangat bahaya, memerlukan campur tangan secara serius oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat itu yang turut dihadiri kira-kira 20 anggota Jingga 13. 

Fariz berkata pihaknya meminta Seri Paduka Baginda mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang bertanggungjawab demi menyelamatkan akidah umat Islam serta mengangkat maruah dan kesucian Islam yang merupakan agama rasmi negara. 

"Setakat ini kami berjaya mengumpul sebanyak 5,000 petisyen secara online yang membantah perkara itu. Kami akan mengumpul lebih banyak lagi sebelum diserahkan bersama-sama memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment