Pages

Wednesday, September 14, 2011

BICARA PEDAS Mahathir Bidas Pakatan Rakyat


BICARA PEDAS Mahathir Bidas Pakatan Rakyat



Tun Mahathir membuat pukulan balas kepada parti pembangkang atas cadangan merapu mereka yang memaksa DS Najib agar berunding terlebih dahulu dengan mereka sebelum membubarkan Parlimen - cadangan yang bodoh ini, sudah tentu tidak akan diterima oleh mana-mana pemerintah demokrasi yang terdapat di dunia ini - termasuk Pakatan Rakyat sendiri, sekiranya mereka berkuasa kelak. Pakatan Rakyat semakin hari semakin dilihat sudah menjadi gila isim. Kemaruk mahu memerintah dan tidak dapat menerima takdir kekalahan! Baca berita di bawah :

PUTRAJAYA, 14 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kerajaan semasa yang memerintah boleh memutuskan tarikh pembubaran Parlimen sambil menegaskan Pakatan Rakyat sendiri tidak akan berunding dengan Barisan Nasional (BN) mengenainya jikapun mereka membentuk kerajaan pada masa depan. Bekas perdana menterimemberitahu pemberita bahawa tiada di dunia adanya keputusan sedemikian dalam menentukan tarikh pilihan raya umum oleh kerajaan memerintah dan pembangkang secara bersama.
“Ia menjadi prerogatif kerajaan. Jika mereka mahu menentukan tarikh (pilihan raya), maka bentuk kerajaan terlebih dahulu. Apabila ia berlaku, adakah mereka akan berbincang dengan kita?” kata bekas presiden Umno ini di sini hari ini. Di bawah sistem perlembagaan negara perdana menteri, mengikut kesesuaiannya dan budi bicara beliau, akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang kepada pilihan raya umum.

No comments:

Post a Comment