Pages

Wednesday, September 14, 2011

ISA masih Relevan ?


ISA : MENUNTUT PANDANGAN JUJUR DARI RAKYAT.


Singapura sekali lagi melaksanakan penahanan ISA ke atas 3 suspek yang disyaki pengganas. macam biasa, syak dan istilah pengganas digunapakai bagi memberikan justifikasi akan perlunya ISA wujud di singapura.

Pada masa yang sama, dikhabarkan, berkemungkinan implementasi ISA akan dikaji semula oleh kerajaan malaysia. dakwa pembangkang, ia sebagai salah satu aturcara najib untuk menarik sokongan rakyat di atas keterbukaan pendemokrasian.

Singapura sudah, Malaysia pun sudah.

Indonesia atau lebih tepat di ambon, ada ura-ura peristiwa berdarah pergaduhan agama antara islam dan kristian akan berulang kembali selepas kematian seorang pemandu teksi beragama islam.

Insiden 2 hari lepas, 3 orang mati dan hampir 80 orang cedera sewaktu pengkebumian mayat.

Beberapa hari lepas, amerika menyambut peristiwa serangan 11 september yang berlaku pada tahun 2001.

Hasil daripada peristiwa 11 september, amerika telah melaksanakan akta patriot act yang lebih mirip kepada penahanan tanpa bicara.

ISA di malaysia setakat ini telah berjaya mengekang peristiwa tidak baik yang boleh terjadi terhadap rakyat malaysia.

Amerika dan singapura sentiasa melaksanakan ISA.
Indonesia mungkin boleh berfikir untuk menggunakan kaedah yang sama.

Perlukah ISA dimansuhkan ?


Salam Perjuangan !

1 comment: