Pages

Tuesday, September 20, 2011

Jaga Sensitiviti Muslim - Pusat Jual ANJING SECARA TERBUKA


PUSAT BELI BELAH D SELANGOR JUAL ANJING SECARA TERBUKA..!!

Sebagai satu negara Islam, Malaysia mementingkan sentimen agama dalam memastikan perpaduan terus terjalin diantara kaum. Perkara ini telah kita amalkan sejak dari dahulu lagi.
Perkembangan terkini politik sekarang jelas menunjukkan bahawa sentimen agama ini telah diletakkan di bahagian paling bawah oleh pembangkang Malaysia demi memastikan mereka terus relevan kepada bangsa mereka sendiri. Malangnya ada pihak yang dikatakan berjuangan atas nama Islam tetapi bersikap bacul kepada perkara-perkara yang membabitkan agam Islam. Mereka lebih suka menyalahkan pihak lain daripada menyatakan pendirian mereka bagi meyelamatkan survival politik mereka.
Ini adalah bukti terbaru betapa kerajaan DAP Selangor sudah semakin biadap dan kurang ajar dalam menjaga sentimen agama Islam.Gambar yang disertakan ini adalah bagaimana anjing yang dikategorikan haram oleh agama Islam dibenarkan dijual secara terbuka di pusat membeli belah.
Pusat membeli belah ini terletak di Parlimen anak kepada Karpal Singh iaitu Gobind Sing iaitu di Puchong. Pusat membeli belah ini terkenal dengan kunjungan daripada pelbagai agama dan bangsa sebagai tempat membeli belah ataupun beriadah bersama keluarga. Sizenya agak besar selepas kerja-kerja pembesaran selesai dilakukan baru-baru ini.
Pusat membeli-belah tersebut adalah IOI Mall yang terletak di Segitiga Emas Puchong yang menempatkan bermacam-macam jenis permis perniagaan. Tapak pameran anjing ini diletakkan di tingkat 3 kawasan Digital Mall iaitu tempat pelbagai jenis telefon bimbit dan komputer dijual. Laluan tersebut juga adalah laluan ke sebuah pusat bowling yang menjadi tempat ramai ahli keluarga beridah.
Tuan punya anjing bebas mendukung anjing seperti yang dipaparkan di dalam gambar dibawah. Dimanakah sentimen agama daripada pihak pengurusan IOI Mall. Mereka seolah-olah tidak mempedulikan lagi sentimen pengunjung-pengunjung beragama Islam. Adakah mereka mendapat tekanan daripada DAP yang mahu menjaga undi daripada bangsa Cina walaupun terpaksa mengorbankan perpaduan yang sedia ada.
Apa yang lebih menarik adalah tapak pameran anjing ini berada betul-betul dibawah ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri yang digantung oleh pihak pengurusan IOI Mall.

Pihak pengurusan wajib memohon maaf secara terbuka. Kerja-kerja menyamak perlu dibuat secara terbuka dan gambar tersebut diedarkan di dalam media masa dan juga dipintu masuk pusat membeli belah tersebut.
Andai pihak pengurusan gagal, kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam perlu bersepakat untuk memboikot pusat membeli belah ini atas alasan tidak menghormati agama kita.

Pejuangmelaka- Minta tolong jaga sensiviti muslim.. Hati tidak tenang jika melalui kawasan ini dengan melihat suasana begini. Buatlah di tempat tertutup.

Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment