Pages

Monday, September 19, 2011

Liberal dan Ideologi Inklusif ?


Puak 'liberal' mula mencanang ideologi inklusif


Klik sini utk baca artikel penuh

Penulis tak pasti adakah ini reaksi terhadap ucapan PM pada malam 16 September 2011 lalu. Tapi penulis ada menulis di ruangan Berita Semasa (lihat scrolling layer sebelah kanan blog ini) sejurus mendengar ucapan PM, "Alhamdulillah pengumuman PM utk memansuhkan ISA dan beberapa akta lain memberi indikasi bhw kerajaan sekarang semakin terbuka @ 'inklusif',diharapkan 'orang-orang agama' dlm kerajaan sama ada Jakim, Jain, Jab. Mufti, pensyarah universiti dll berani menegur kerajaan secara berhikmah. Zaman secara berhikmah. Zaman mengampu, taat membuta tuli & kunci mulut sepatutnya telah berakhir.Jangan pula biarkan gol. non-muslim, puak-puak sekular & liberal shj yang mengambil kesempatan ini!"

Nampaknya ayat terakhir penulis itu benar-benar jadi kenyataan. Pada 18 September 2011, dua hari selepas ucapan PM sempena Hari Malaysia, ia telah mula disambut dengan interpretasi 'inklusif' puak liberal. Ironinya ia diterbitkan pula oleh kumpulan akhbar yang dikatakan lidah rasmi Melayu-Islam di negara ini. Kumpulan akhbar ini jugalah suatu ketika dahulu menghentam ucapan berbau liberalism dan pluralisme agama oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Akhbar itu adalah Kosmo! iaitu tabloid milik Kumpulan Utusan, akhbar Melayu-Islam 'yang dikatakan' paling garang dan paling ulung dalam menjunjung agama Islam dan idealisme Melayu.

Apa yang dimaksudkan ialah satu artikel diterbitkan Kosmo! di ruangan 'Akademi' tulisan Shaharom Tm Sulaiman (STS) bertajuk 'Menuju Islam Inklusif'.

Permulaan artikel ini sudah menggambarkan segala isinya, ia bermula dengan satu gambar jemaah wanita sedang bersolat sambil di bawah gambar tersebut terdapat kapsyen yang menyebut "syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam". Ayat yang diungkapkan ini, jika diungkapkan oleh STS beserta iktikad di dalam hati dan tanpa sebarang keuzuran spt jahil dll, maka ia merupakan kalimah kufur yang boleh membawa kepada murtad!

Dua kesalahan fatal yang dilakukan STS. Pertama, beriman kepada Allah dikatakan 'syarat' sedangkan ia adalah 'rukun'. Tidak mengerti beza antara 'syarat' dan 'rukun' menyebabkan STS membuat kesalahan yang kedua. STS menyimpulkan bhw beriman kpd Allah tidak semestinya ikut cara Islam. STS perlu faham, 'syarat' iaitu adanya sesuatu tidak semesti adanya sesuatu yg lain manakala 'rukun' pula iaitu tiadanya sesuatu menyebabkan tiadanya sesuatu yg lain. Bermakna kalau kita mengatakan beriman kepada Allah itu hanya 'syarat', dengan teori ini mungkin saja kita mengatakan sekadar beriman kepada Allah itu sudah memadai sebagai syarat adanya agama.

Tapi dalam konteks Islam, beriman kepada Allah adalah rukun bukan syarat. Bermakna, tidak beriman kepada Allah maka dikira tidak Islam. Bahkan memang tak dapat nak digambarkan bagaimana seseorang itu beriman kepada Allah (dengan cara yang benar) jika dia bukan seorang muslim. Maknanya, 'rukun' adalah sesuatu yang tidak boleh berpisah-pisah. Jika tiada, tiadalah sesuatu, jika ada maka adalah sesuatu itu. Jadi, sesuatu yang tidak tergambarkan, bagaimana mungkin keimanan kepada Allah boleh dipisahkan daripada Islam?

Seterusnya STS menulis dengan mengambil hujah pemuka-pemuka Islam liberal di seperti Nurcholis Madjid, Alwi Shihab, Fazlur Rahman, di samping turut menyelewengkan idea pemikir-pemikir Islam tersohor seperti Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Muhammad Rashid Ridha yang dikatakan telah berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.

Dakwaan kononnya Muhammad Abduh berpendapat bahawa "syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam" dan selanjutnya diperjuangkan oleh Muhammad Rashid Ridha adalah suatu kesilapan fakta. Mana mungkin seorang imam sehebat Syeikh Muhammad Abduh yang juga bekas Mufti Mesir, akan berpegang kepada fahaman inklusif versi pluralisme agama. Malah jika dibaca kitab terkenal beliau berkenaan aqidah iaitu 'Rilasat al-Tauhid', kita akan dapati bahawa Syeikh Muhammad Abduh memiliki pegangan aqidah Islam yang kukuh dan tulin. Beliau juga pernah menulis kitab 'al-Islam wa al-Nasraniyyah ma'a al-'Ilm wa al-Madaniyyah' yang menghuraikan pertentangan antara Islam dan Kristian serta pertembungan antara tamadun Islam dan Barat.

Sebenarnya apa yang disalahfahami oleh Alwi Shihab dan kumpulannya serta diikuti membuta tuli oleh STS adalah kefahaman terhadap konsep tauhid yang dibawa oleh para nabi dan rasul terdahulu. Syeikh Muhammad Abduh memaksudkan bahawa setiap nabi dan rasul dalam ajaran terdahulu membawa konsep tauhid yang sama seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perlu diingat bahawa ajaran terdahulu bukan langsung bermakna ajaran-ajaran agama yang telah diselewengkan sehingga melahirkan Kristian, Yahudi dan agama-agama lain, sebaliknya ia adalah ajaran-ajaran asal berupa wahyu Allah SWT yang dibawa oleh para nabi dan rasul terdahulu. Inilah hujjah yang sengaja disalahfahami oleh Alwi Shihab dan golongan liberal lain lalu disandarkan kepada Syeikh Muhammad Abduh dan lain-lain.    

Kesimpulannya, artikel ini WAJIB ditarik balik oleh pihak Kosmo! yang merupakan tabloid di bawah kelolaan Kumpulan Utusan. Ia telah menghina agama Islam yang suci dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan fahaman Islam liberal dan pluralisme agama. Jika tidak, selepas ini Kumpulan Utusan jangan bicara soal mempertahankan agama dan aqidah kerana mereka sendiri terlibat dalam menyebarkan fahaman Islam inklusif versi pluralisme dan liberalisme agama. Wallahu a’lam.

Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment