Pages

Thursday, September 22, 2011

Surat Khalifah Umar Buat Pejuang Islam


Surat Khalifah Umar Buat Pejuang Islam




Dibawah ini saya petik surat Khalifah Saidina Umar kepada panglima perang islam Saad Bin Abu Waqqas.Surat ini berisi panduan dan nasihat kepada tentera islam agar mereka memilih langkah yang tepat untuk mengalahkan kekuatan musuh.Moga-moga ia boleh memberi sedikit pedoman kepada kita semua buat bekalan perjuangan akhir zaman.


Surat beliau berbunyi :



Saya memerintahkan tuan dan orang-orang yang bersama tuan(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara.Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan.


Saya(Umar Al-Khattab) memerintahkan tuan dan orang-orang tuan supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa pelajurit itu lebih saya takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang.


Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat dikalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan mereka dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita.


Ketahuilah,di sepanjang perjalanan kamu,ada malaikat-malaikat penjaga yang mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.Jadi,merasa malulah terhadap mereka dan janganlah kamu melakukan maksiat sedangkan kamu berjuang dijalan Allah.

Janganlah kamu katakan musuh itu lebih jahat dari kamu kerana anggapan ini tidak akan menguntungkan kita.Kadang-kadang satu kaum itu dapat dikuasai oleh orang yang lebih jahat sebagaimana kaum Israel dikuasai oleh orang kafir majusi sehingga dapat merosakkan kampung halaman mereka.Janji Tuhan itu tetap akan terjadi.

Mohonkan(berdoa) kepada Allah agar Allah mendatangkan pertolonganNya bagi kamu,sebagaimana kamu memohon kemenangan terhadap musuh-musuh kamu.Saya mendoakan kepada Allah untuk keselamatan saya dan keselamatan kamu semua.


Bertimbang rasalah tuan kepada orang-orang islam di dalam perjalanan.Jangan tuan paksakan perjalanan yang menyebabkan kepenatan bagi mereka,.jangan cuai daripada menempatkan mereka di tempat yang baik sehingga mereka sampai ketempat tujuan.

Perjalanan ini jangan sampai mengurangkan kekuatan mereka.Mereka akan berjalan menghadapi musuh dan peliharalah ternakan ternakan mereka.


Berilah peluang pelajurit berehat sehari semalam dalam satu jumaat sehingga mereka dapat kesenangan untuk memulihkan kekuatan dan dapat meletakkan senjata-senjata dan barang-barang pikulan mereka.


Jangan tuan tempatkan pasukan tuan di perkampungan ahli Zimmah dan ahli sulh(orang kafir yang tunduk di bawah pemerintahan islam dan tidak memusuhi islam).Jangan ada diantara anggota pasukan tuan memasuki kampung itu melainkan orang-orang yang tuan percayai ketaatannya beragama.Dan janganlah pula sampai mengambil sesuatu dari kampung itu kerana pada mereka(ahli-ahli kampung) ada jaminan dan pemeliharaan yang kamu diuji untuk menyempurnakannya,sebagaimana kamu diuji bersabar dengannya.

Jangan kamu minta pertolongan daripada mereka dalam memerangi ahli-ahli harbi(orang-orang kafir yang memerangi orang islam) dan jangan kamu melakukan aniaya terhadap orang-orang ahli sulh.

Apabila kamu menginjak tanah musuh,pasanglah mata-mata untuk mengamati mereka.Dan jangan tuan permudahkan tentang pekerjaan mereka.Hendaklah ada di antara tuan dari bangsa arab atau bangsa lain menjadi penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.


Bila kita telah dekat ke tanah musuh,hendaklah tuan membentuk pasukan peninjau dan mengirim pasukan-pasukan ke daerah di antara tuan dan musuh.Pasukan-pasukan itu akan memastikan kedudukan,perbekalan dan kelengkapan serta membuka rahsia dan gerakan gerakan musuh.Pilihlah pasukan peninjau itu dari kalangan orang yang berani dan bijak.Dan pilihlah untuk mereka kuda-kuda yang baik.Jika mereka bertemu dengan musuh maka musuh akan menemui pasukan tentera islam yang kuat.Pasukan pasukan yang kecil itu hendaklah terdiri dari orang yang luarbiasa dalam berperang dan sabar dalam menempuh kesukaran.dan tiada ditentukan orang dan bilangannya.

Jika tuan telah mengetahui kedudukan musuh,kumpulkan seluruh angkatan tentera tuan dan himpunkan segala kekuatan.jangan segerakan pertempuran kecuali bila tuan telah terpaksa berperang sehingga tuan telah tahu kelemahan musuh dan taktik serta strategi musuh tuan.


Hendaklah tuan mengetahui kedudukan dan keadaan bumi musuh seperti tuan mengenali penduduk-penduduknya.tuan hendaklah bertindak kepada musuh sepertimana musuh bertindak kepada tuan.


Bentuklah kawalan dan penjagaan yang teliti terhadap perajurit-perajurit tuan.berwaspadalah dan berjagalah tuan di waktu malam sehabis-habis tenaga.Jangan tuan menerima apa-apa tawaran yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.


Allah memelihara tuan dan manusia-manusia yang bersama tuan dan menolong tuan terhadap musuh-musuh tuan.


Pengajaran  dari Surat khalifah :


1.Tidak ada yang lebih penting sebagai bekalan hidup dan perjuangan kita selain dari Taqwa kepada Allah.Mereka yang bertakqwa adalah mereka yang mempunyai keimanan yang mantap dan tahan diuji ,tujuan hidup mereka hanyalah mencari redha Allah.Mereka ini tidak tertipu dengan dunia dan tidak takut mati.Malah mereka akan sanggup mati syahid beberapa kali demi agama Allah.

2. Kemenangan pejuang adalah kerana menjaga diri dari dosa,baik dosa kecil atau dosa besar.Kekalahan pihak musuh adalah kerana berlakunya dosa dan maksiat diantara mereka.Jika tidak,amat sukar bagi kita untuk mengalahkan mereka lantaran kelengkapan dan bilangan pejuang kita kurang berbanding musuh.

3.Hendaklah kita beriman kepada malaikat,dan kita hendaklah sentiasa menyedari ada malaikat yang menjaga kita dan sentiasa mengiringi kita.Oleh itu merasa malulah untuk berbuat maksiat dan dosa,kerana setiap dosa kita akan dihisab oleh Allah di hari pembalasan dan dibalas setimpal dengan apa yang kita kerjakan.

4.Tidak boleh berbangga diri dan memperlekehkan kekuatan musuh dan terlalu buruk sangka terhadap musuh kerana mungkin ada diantara mereka yang lebih baik dari kita.

5.Sentiasalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk melindungi diri kita dan keselamatan pasukan kita dari dikalahkan musuh.Doa itu otak ibadat.

6.Berlaku adil dan bijaklah kepada orang yang dipimpin oleh kita semoga perjuangan kita berjaya.Semoga semua pejuang mendengar setiap arahan dan tidak engkar atau memberontak kerana tidak berpuashati dengan kita. Semoga tiada musuh di dalam selimut atau kita tidakditikam oleh orang kita dari belakang.

7.Tidak perlu kita menempatkan pejuang di kawasan orang Zimmah atau Sulh kerana walaupun mereka tidak memusuhi kita tapi sudah pasti akan ada perkara perkara berkaitan yang mereka akan bangkitkan sebagai balasan atas kerjasama yang mereka berikan.Sekiranya kita mahu juga pejuang memasuki kawasan mereka,lantiklah orang yang kuat iman dan takwanya supaya tidak mudah dibeli dengan sedikit ganjaran dunia!

8.Kita tidak boleh meminta pertolongan orang kafir untuk melawan orang kafir lain,contohnya meminta bantuan orang zimmah atau sulh untuk memusuhi kafir harbi.

9.Bila kita menjejakkan kaki dibumi musuh hendak menghantar perisik yang berwibawa,bijak,berani dan carilah penasihat kepada kita orang yang baik dan bukan pendusta atau penipu besar kerana pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan kita dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati kita dan bukanlah menjadi penolong kepada kita.Dengan kata lain mereka akan menjadi talibarut musuh dan akan memusnahkan kita bila bila masa saja waktu kita sedikit terleka.


10.Buatlah persiapan yang cukup dari segi mental ,spiritual dan fizikal sebelum kita menyerang musuh.Jangan melakukan serangan sebelum mengenalpasti taktik,strategi dan kelemahan pihak musuh.Janganlah kita bersetuju atau menerima apa-apa tawaran dari pihak musuh yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.

Pejuangmelaka


Prinsip perjuangan asal untuk menegakkan sebuah negara islam dan melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ini hanya tinggal kenang-kenangan saja jika setiap orang ada kepentingan. 


Kalau dulu mereka menuding jari kearah kerajaan kerana bersubahat dengan MCA dan MIC yang kafir zimmi,namun mereka sekarang lebih teruk dari itu,mereka sanggup berpakat dengan DAP dan kafir harbi yang terang terangan tidak setuju dengan negara islam! Namun dek kerana tamakkan sedikit kuasa dan habuan dunia,mereka sanggup melacurkan agama dengan alasan kononnya direstui seluruh rakyat.Mereka bersatu dengan kafir untuk mengalahkan kerajaan yang sedia ada ,yangsudah terbukti menjaga kepentingan agama,bangsa dan negara sejak merdeka lagi.


Namun sekarang,setelah dapat memerintah 5 negeri,mereka nampaknya berusaha menjaga kebajikan babi pula.Kalau dulu mereka mengata kerajaan UMNO di Trengganu tamak dan membazir dengan pembelian Mercedes compressor,namun apa bezanya kini dengan mereka yang memilih Toyota Camry 2.4.Kedua duanya tamak dunia,megah,ria’ sombong dan membazir,sama saja! Jadi dimana lebihnya islam kamu berbanding mereka? Mungkin bezanya cuma serban,jubah,kopiah atau sejemput janggut kamu,itu saja!



Kalau dah tulisan jawi, laungan azan dan bacaan Al-Quran yang berkumandang sejak sekian lama dibumi bertuah ini mereka mahu hapuskan,adakah mereka pula akan bersetuju denganmu wahai ulamak pas untuk membangunkan sebuah Negara islam? Itu hanya logik akal saja,takkan tak boleh fikir,belum lagi disuruh berfikir diluar kotak,lateral thinking dan macam macam jenis cara berfikir lagi lah!


Orang yang buruk akhlak dan pendusta telah dijadikan penasihat pakatan mereka dan guru yang mursyid, kamil mukamil bagi ulamak pas.Tidakkah kamu mahu mengambil pengajaran dari warkah khalifah Umar di atas yang mengatakan bahawa
“Carilah penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.”
Oleh itu,sedarlah dan bangkitlah dari kelalaian dan tipu helah musuh wahai ulamak PAS.Bukankah ulamak itu pewaris nabi?sepatutnya anda menjadi umarak untuk mentadbir dan memakmurkan bumi Malaysia ini dari kesesatan,ketaksuban,bid’ah dan thaghut yang berpanjangan.

Akhir kata,wahai diri saya dan anda semua yang banyak dosa,marilah kita semua bertaubat,basuhlah hati dengan zikrullah,carilah taqwa sebagai bekalan perjalanan kita.Gunakanlah akal yang waras dan hati yang tenang ,yang penuh dengan sakinah untuk menilai kebenaran.Jangalah mudah termakan tipu helah “rasuah Syurga”,



Ibu kepada segala rasuah atau bapa sekalian rasuah yang paling besar iaitu “Rasuah Syurga” ini pernah ditawarkan oleh ulamak murahan dunia untuk memancing sedikit undi pada pilihanraya. Demi mendapatkan sedikit kuasa.Ulamak ini berjudi dengan mempertaruhkan wang deposit semasa bertanding pilihanraya.Maka dengan kemenangan mereka,jawatan YB sudah pasti menjadi sandaran untuk habuan dunia.Agama mereka permainkan dan peralatkan.Bila berkuasa mereka bukan berjuang untuk membela agama dan rakyat tetapi sibuk untuk menimbun harta pula.Kepentingan agama dan keperluan rakyat menjadi nombor dua.Mereka peduli apa,jika selepas ini orang tak akan mengundi mereka lagi kerana wang pencen bulanan YB sudah cukup untuk menjadi bekalan di hari tua!


Begitulah putaran roda politik dunia.sekejap diatas,sekejap dibawah,tergolek dan digelek.Oleh itu,wahai pengundi yang bijak bestari,buatlah pilihan yang bijak demi agama,bangsa dan negara.Tanpa anda siapalah mereka! dalam politik, berpada pada ,sambil itu fikir fikirkanlah juga nasib bangsa dan anak cucu kita.

Salam Perjuangan





No comments:

Post a Comment