Pages

Monday, October 3, 2011

Sajak Untuk Bangsaku !








Sajak Untuk Bangsaku !






Perpaduan bermula daripada penyatuan
Penyatuan membawa kepada Perpaduan
Perpecahan membawa kepada kesengsaraan
Elakkan perpecahan dan carilah titik penyatuan
Walau sehebat manapun kita
Tidak semestinya kita tidak perlu bersatu
Musuh sentiasa memerhatikan kita
Kita hanya menunggu masa untuk dipalu
Tiada guna Kita bertelagah sesama sendiri
Kita berbalah sesama kita, mereka pula yang bertepuk tangan
Huraikanlah sengketa demi kekuatan Islam terus tegak berdiri
Apabila kita berpuak-puak, mereka pula bersatu tanpa tentangan

Kita berkelahi sesama sendiri
Mereka mula menuntut hak kita tanpa kita menyedarinya
Hendakkah kita menangis kerana dek kerana kita Islam pupus di bumi ini
Bumi bertuah bernama Malaysia, kekuatan Islam bergantung pada kita

Usahlah diungkit sengketa lama
Lumrah manusia kadang-kadang tersilap
Bersegeralah lah wahai umat ke arah perpaduan kita
Jangan tunggu lama-lama nanti akhirnya kita lenyap








pejuangmelaka 

Manusia sentiasa sahaja mencari kawan dan rakan kongsi bukan sahaja di dalam bidang perniagaan, malah mereka memerlukan rakan untuk bantu-membantu di dalam melayari kehidupan harian mereka. Manusia yang baik semuanya sukakan perpaduan dan perdamaian, mereka juga bencikan kejahatan dan semua perkara yang buruk. Manusia yang jahat tidak dinamakan atau dipanggil jahat kalau mereka sukakan kebaikan dan kesejahteraan sejagat.

Pada amnya, jika dilihat dan diperhatikan semua manusia mempunyai keinginan untuk hidup bersatu padu dalam suatu perpaduan bangsa ataupun berbagai bangsa dan negara, demikianlah orang Melayu mereka juga mempunyai keinginan yang sama tetapi bagaimanakah cara orang Melayu merealisasikannya dalam keadaan mereka mempunyai perbezaan fahaman atau idealogi politik serta perbezaan cara hidup atau gambaran terhadap kehidupan.

Setiap pemimpin mempunyai pengikut setianya masing-masing. Dalam pada mereka menganuti idealogi berbeza dalam persoalan dan cara berpolitik serta pandangan hidup tetapi mereka masih menganuti agama yang sama iaitu agama Islam. Islam itulah sebenarnya titik persamaan dan perpaduan mereka.

Oleh sebab Islam itu 
tidak diambil sepenuhnya sebagai cara hidup, maka berlakulah perbezaan ketara dalam pandangan hidup. Khasnya dalam hal menjauhkan atau menolak perkara haram di dalam kehidupan mereka. Di satu pihak kelihatan bersungguh-sungguh mencegah dan satu pihak lagi seolah-olah membiarkanya sahaja, malah ada yang turut serta mengamalkannya dengan selesa apa-apa yang dilarang seperti mengamalkan sistem riba, memajukan perjudian.menyuburkan hiburan yang melampau dan lain-lain aspek yang dilarang oleh Islam.

Terdapat di satu pihak yang sentiasa mendalami dan mempelajari ajaran Islam seperti mana yang dituntut oleh Islam, maka jadilah mereka itu mahir dan pakar dalam bidang ini serta ingin menghayatinya bersungguh-sungguh dan mengajak orang lain turut serta menghayatinya bukan sahaja di dalam kehidupan individu tetapi juga di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, manakala di pihak yang lain pula sebahagiannya kurang berminat untuk mendalaminya atau kurang minat menghayatinya. Malah yang lebih dahsyat lagi ada juga yang menentang usaha ke arah penghayatan Islam sama ada 
secara terus terang atau halus.

Itulah dua pokok penting yang memisah dan menyukarkan masyarakat Melayu untuk mencapai perpaduan dan kesatuan fikrah. Ditambah pula dengan masing-masing mengembangkan pula idealogi itu kepada masyarakat dengan berbagai cara . Maka bersainglah mereka di tengah-tengah masyarakat dan ditonton serta diikuti oleh semua orang Melayu dan lain-lain, masing-masing membuat penilaian, bagi yang memahami Islam secara mendalam sudah tentulah dapat menilainya dengan baik dan ikhlas serta tepat seperti yang dikehendaki agama anutan mereka iaitu Islam atau dalam perkataan lain selari dengan keimanan dan keislaman yang sepatutnya menjadi teras kehidupan .

No comments:

Post a Comment