Pages

Monday, October 3, 2011

Ucapan Najib Bidas Pakatan di perhimpunan agung MCA


Najib belasah Anwar & Pakatan di perhimpunan agung MCA








pejuangmelaka bila membaca transkrip ucapan PM Dato Sri Najib  di perhimpunan agung MCA semalam , memang betul  dia tibai kaw-kaw Anwar Ibrahim ,PKR ,  PAS dan DAP .  Ramai orang terkejut melihat ucapan berapi Najib di depan parti terbesar kaum Cina dalam BN ini .

Adakah ini amaran oleh PM kepada MCA supaya lebih bekerja keras tarik sokongan kaum Cina ?

Beberapa petikan kenyataan terbaik  PM hentam juak-juak Pakatan sampai jawatan Anwar pun dipersoal beliau ..

PKR parti anak beranak Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim apa post dia? He talks about democracy, but he is not an elected president. I am an elected president.


Anwar Ibrahim adalah “de facto”. De facto… suami. De Jure… isteri. Naib presiden…anak. What kind of party is this? You talk so much about democracy, but your party is family based. You talk about ideals and logic. Your practice is quite different from what you preach. Jadi, stop preaching!


Pakatan tiada kabinet bayangan


Apabila kita bercakap mengenai sistem dua parti, kita ada kabinet bayangan siapa yang jadi menteri, timbalan menteri dan semualah. Tapi “sebelahsana” sampai hari ini, tiga tahun lebih selepas pilihanraya 2008, tak nampak bayang langsung kabinet bayangan mereka.

Bukan sahaja soal siapa Perdana Menteri pada sebelahsana, dia nak allocate post pada Haji Hadi apa post? Menteri undang-undang? Menteri Hal Ehwal Agama? Kalau ada problem dengan Haji Haji, Mat Sabu ada. Apa post nak allocate pada Mat Sabu? Menteri Pelajaran? Dia Timbalan Presiden parti yang besar.

Tak kannak bagi dia small portfolio. Kena bagi dia big portfolio. Lim Kit Siang, apa nak bagi dia? The veteran politician…Perdana Menteri? Timbalan Perdana Menteri



Sekolah Cina dan parti RM 100 DAP  


Kalau nak jadi pembangkang, tak bolehlah segala-galanya buruk kepada kita. Kita dah buat banyak. Kalau tuang minyak, satu liter 82 sen subsidi kita berikan.

Ini tak masuk minyak masak, gula, LPG, disel, beras dan ubat.Mana ada tempat di dunia kalau kita pergi ke hospital, jumpa pakar bayar RM3, x-ray percuma, ubat pun boleh dapat. Ini baru bagi RM100 pada warga emas, nampak besar sangat.

Macamlah bantuan sekolah Cina dan Tamil. Bangunan kita bagi, gaji kita bayar, peralatan kita beri, bila PIBG minta duit, dia datang bawa cek RM30 ribu,  bagus sangat pembangkang ni! Yang berjuta-juta kita bagi dia tak sebut. Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem pendidikan vernakular.

No comments:

Post a Comment