Pages

Thursday, November 3, 2011

Perlakuan Bangsa Nabi Lut ?


Apakah Pemimpin Islam Redha Dengan Perlakuan Bangsa Nabi Lut ?



Presiden Majlis Peguam, Lim  Chee Wee menyokong program Seksualiti Merdeka dan menggesa Najib membuktikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang progresif dan liberal serta tidak menindas kumpulan pelarian dan pencari suaka, dengan cara menerima golongan LGBT ( LESBIAN, GAY, BISEKSUAL dan TRANSGENDER ) seadanya, dan meminta  pihak berkuasa berhenti dari mengambil tindakan pendakwaan keatas mereka.

“Anggota LGBT di Malaysia berhadapan dengan pelbagai halangan termasuk kurangnya keselamatan peribadi ekoran tindakan pihak berkuasa sivil dan syariah, hidup dalam ketakutan akan didakwa atas perbuatan peribadi mereka,” KLIK

Apakah Ah Chee mewakili suara semua peguam dinegara kita ? Bagaimana pula pendapat para Peguam Muslim kita terhadap Seksualiti Merdeka ?

Perasan tak dari kenyataan diatas, Ah Chee juga mempertikaikan bidangkuasa Syariah dalam kes yang melibatkan golongan LGBT ini.

Terus terang saya cakap, buang masa berdebat soal ini. Kita berhujah atas dasar Hukum Ugama sementara orang macam ahChee dan Ambiga berdebat atas nama Kebebasan dalam Demokrasi. Tidak akan ada titik pertemuan.

Bagi saya dalam soal golongan LGBT - Maaf, TIDAK ADA bincang-bincang. Jika persatuan macam Seksualiti Merdeka itu ditubuhkan bagi MEMBANTU golongan LGBT supaya sedar dan kembali ke pangkal jalan .... itu saya boleh terima. TAPI BUKAN memperjuangkan terus hala tuju songsang yang mereka pilih ! Masalahnya Seksualiti Merdeka ini mempertahankan cara songsang yang diamalkan pengikut mereka, mereka menuntut cara Haram mereka diiktiraf dan ini jelas bertentangan dengan Islam. NAK BINCANG APANYA LAGI ?

Kita sering dengar tindakan kerajaan yang mengharamkan pergerakan2 dakwah yang didakwa menyeleweng dari ajaran sebenar Islam, setelah dikaji oleh badan ugama dan mereka yang pakar dalam Islam.

Apakata badan agama dan pakar dalam Islam yang sama turut mengkaji Seksualiti Merdeka ? Saya yang bukan pakar agama pun dah jelas nampak ia satu pertubuhan yang HARAM disisi Islam tanpa perlu dibuat sebarang kajian mendalam. Ya, Seksualiti Merdeka bukan bergerak atas nama agama tapi kalau dasar perjuangan itu sendiri terang-terang bertentangan dengan agama, apakah ia perlu dibiarkan ?

Kenapa Ah Chee dan Ambiga tidak tampil mempertahankan pergerakan2 dakwah macam AlArqam dan AyahPin, atas nama Kebebasan Bersuara ? Bukankah menurut mereka, Kebebasan itu hak mutlak asasi setiap individu dan ia merentasi batas ugama dan kaum ?

Apakah kita sudah lupa sejarah bangsa Nabi Luth yang telah dimusnahkan Allah dek perbuatan seks songsang yang diamalkan mereka ? INI HUKUM ALLAH ! Apakah pemimpin Melayu / Islam yang ada sekarang lebih rela berdiam diri demi sokongan politik dan merelakan perjuangan mempertahankan perbuatan terkutuk ala bangsa Nabi Lut atas nama Kebebasan ?

Saya akan tunggu dan lihat bagaimana reaksi para pemimpin Islam yang ada terhadap isu ini.




Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment