Pages

Sunday, April 15, 2012

Mahasiswa Adalah Pencatur Bukan Di Caturkan !



Penganalisaan Imam Al-Ghazali terhadap kehebatan manusia:

"Jika manusia itu berasa hebat (besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah. Jika manusia berasa kuat makan, sebenarnya besar lagi perut lembu. Jika manusia berasa bangga dengan keberaniannya, sebenarnya berani lagi binatang buas (singa dan harimau). Jika manusia berasa bangga dengan tahan lasaknya, sebenarnya tahan lasak lagi unta. Jika manusia berasa bangga dengan kecantikannya, sebenarnya cantik lagi burung merak. Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya".

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia), maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu. Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya, maka ia pun harus berilmu"  (hadis)

Maka tuntutlah ilmu sampai bila-bila. Ilmu itu untuk diamalkan dan dikongsi, bukan untuk dihafal dan disimpan di dalam dada. Ilmu Allah itu sangat luas. Makin digali makin banyak yang akan diperoleh. Makin dikongsi makin kaya seseorang itu dengan ilmu. Seseorang yang berjiwa usahawan haruslah bijak mencari maklumat dan sentiasa berpengetahuan supaya tidak mudah ditipu dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Manusia ada akal tetapi sering kalah dengan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Mungkin kita selama ini salah faham mengenai maksud bijak dan maksud pandai menjawab soalan peperiksaan.
Bijak dalam islam adalah orang banyak mengingati mati.betulkan saya jika saya tersilap.
Bijak dalam tafsiran barat ialah mempunyai kemahiran berfikir.
Bijak bagi kita ialah orang yang cemerlang dalam exam atau masuk U.
Masuk U ni bagus sebab boleh tuntut ilmu dari orang belajar tinggi seperti professor.dapat diploma,ijazah dll.
Orang berilmu tu asasnya kena ada ilmu.bergantung kepada yang ada ilmu tu nak guna ilmu yang dipelajari atau tidak.

Kalam Saidina Ali tentang ilmu:

1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
2. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
4. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
5. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
6. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
7. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
8. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
9. Orang berilmu mengakuui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.
 
Apabila sempurna akal, kuranglah perkataan.Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya, dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.

Mahasiswa Berakal Tahu Menghargai !

Belajar menghargai itu bukannya mudah. kebiasaannya, bila kita tidak memiliki lagi apa yang pernah kita miliki, rasa penghargaan itulah yang akan muncul tanpa diundang. memikirkan alangkah bagusnya andai masa boleh diputar kembali supaya saat-saat penuh bermakna bisa diulangi dan dirasai semula. ketahuilah, dengan menghargai seseorang, itu adalah satu caranya untuk kita memberi motivasi pada orang lain. inilah kebenarannya. 

Hanya dengan ucapan "Terima Kasih", ia bisa membuatkan orang tersenyum. hanya dengan sedikit pujian, ia membangkitkan semangat seseorang. hanya dengan senyuman manis diberikan, orang itu akan rasa dirinya tidak sia-sia. dan inilah yang sedang dirasai sekarang. tidak perlu susah-susah untuk lakukan macam-macam, hanya dengan berikan sahaja telinga anda dan dengarlah apa yang ingin aku luahkan.

Tidak Perlu Demontrasi jalanan , meletakkan gambar dan menghina pemimpin sedemikian rupa meniru kafir la'natullah.

Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

“Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat hingga hanya Allah semata lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya; dijadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku; dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi siapa saja yang menyelisihi perkaraku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Fikir-Fikirkanlah, kita perlu menjadi pencatur bukan di caturkan !

Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment