Pages

Friday, April 13, 2012

Mencari ROH Islam Dalam Melayu !



Ramai yang fanatik dengan perjuangan PARTI. Bagi saya, ia bukan satu pejuang, tapi satu keadah membunuh diri secara perlahan. Apakah PUTRAJAYA itu lebih mahal harganya dari IMAN seorang muslim yang bisa saja tergadai kerana kelekaan orang-orang tua yang mahukan kuasa dan lebih kuasa?

Keadaan ini sunggu memilukan bagi saya. Pada pandangan saya, tidak.. Ia tidak akan wujud sama sekali.
Bahkan ia menjadi lebih teruk. Jika PAS adalah pecahan dari UMNO, PKR juga begitu.
Dan kini, PAS-PKR ada PERKASA dari IBRAHIM ALI, suatu pecahan baru pula.

Semakin lama, semakin pecah. Tidak mungkin akan bertaut lagi. Itulah DILEMA MELAYU ISLAM sebenarnya. Bagi mereka yang berasa, DEMOKRASI adalah satu-satunya jalan untuk mencapai ISLAM YANG SYUMUL, anda salah!!!

Demokrasi adalah keadah pemilihan politik pagan yang di RE-BRANDING oleh pihak penjajah dan di paksa guna oleh kuasa-kuasa VETO. Jika tidak mahu guna, mereka akan di tikam secara keras. Lihatlah demokrasi yang terjadi di AFGANISTAN, IRAQ dan mungkin SYRIA pula.

Adakah sinar untuk kita di sini bagi menikmati suatu suasana yang indah?
Jika ISLAM naik tahta, mahukah para KUFAR melihat senang?
Ada juga manusia baru yang meninggalkan semua agama demi suatu jalan tengah. Dan itu adalah jalan yang menipu diri sendiri.


Tapi, andai benar mahu melihat ISLAM bertahta, maka TAHTAKAN ISLAM dalam diri dulu.
Dalam video yang saya bina, ada quote saya yang ramai melihatnya sebagai kontroversi dan memarahi saya; begini quote-nya:

"ISLAM tidak perlu di jaga, Kerana ISLAM telah di jamin dan di jaga oleh ALLAH,
ISLAM lah yang menjaga ANDA".

Ramai yang menyangkakan mereka adalah pejuang ISLAM cukup marah pada frasa ini.
ISLAM tak perlu dijaga.
YA, ISLAM tak perlu di jaga, ALLAH lah yang memelihara agama yang di redhaiNYA.
Siapa anda untuk menjaga ISLAM.

Andai benar mahu menjaga ISLAM, biarkan ISLAM menjaga diri anda.
Caranya bagaimana?

Ikutilah sepenuhnya apa yang di bawa oleh Rasullullah. Bukan hanya pada sunnah luaran sahaja, bahkan dalaman. Harus tahu tiap pelusuk hakikat sebenar hidupan rasullulah, sejak dari baginda kecil hingga wafat.

Ini tidak, semuanya mahu menjadi hero tp akibatnya, mereka memalukan ISLAM. Ya, makin ramai KUFAR benci ISLAM, dan makin ramai ISLAM membenci ISLAM sendiri.
Anda boleh pergi ke page-page di Facebook yang mengajak untuk murtad dan menjadi Atheis.
Saya pernah berdebat dengan mereka dan akhirnya mereka banned saya kerana tidak mampu menjawab segala persoalan saya. Malahan Admin pernah menghantar mesej di shoutbox di sini, mengutuk saya BABI.

Mahu melihat MELAYU dan ISLAM berada di tahta?
Letakkan ia di hati dan diri anda dulu, barulah letakkan pada ketua
dan ketua itu letakkan di Putrajaya
dan seterusnya dunia...

Andai itu tidak berlaku, jangan harap untuk melihat ISLAM yang syumul. ISLAM yang ada kini hanyalah kosmetik semata-mata dan ia telah termaktub dalam hadis. Tak guna anda marah saya kerana statement keras saya ini kelihatan seperti provoke.


Carilah ROH ISLAM itu dalam diri sendiri kerana ISLAM KOSMESTIK yang ada kini, telah kehilangan ROHnya. Saya mencari ia. Dan ia menjalar bersama IMAN DAN IHSAN. Itulah yang JIBRAIL a.s katakan, dan ianya benar.

YA ALLAH, ku mohon agar MU membawa ROH ISLAM, IMAN DAN IHSAN kepada ku dan semua penbaca blog ini YA ALLAH. Sesungguhnya, hidayah MU teramat mahal.


Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment