Sunday, June 24, 2012

Ultrakiasu jangan bermain dengan API !


Bershit 3.0  ----   Singapore Straits Times expresses complete denial.
Lester Kong reports from Singapore MFA the allegation is ‘baseless’.

MFA spokesman rebuts that there is no one wearing a yellow Bershit T-shirt.

Singapore High Commissioner ridicules the allegations of Singaporeans involvement in carrying out of upcoming Malaysian polls.

Singapore High Commissioner to Malaysia should be mindful of these 2 issues:

1.    Legalise their measures of non-interference in foreign politics by enforcing their staff to declare in the embassy site and make these three liar diplomat offenders face consequences when caught red-handed.

2.    Allow the identities of the three liar diplomat offenders to speak to clear themselves in the newspapers, rather than the H.C. chief speaks on behalf of them.
Malaysian High Commission in Singapore must also stop the online signature of Bershit 3.0 supporters.

A group of Malaysians living in Singapore has launched an online signature drive to the Malaysian High Commision in support of the Bersih 3.0. –AsiaOne”
pejuangmelaka-Usah bermain dengan api ! Hormat bangsa lain jika ingin di hormati !

Saturday, June 23, 2012

MELAYU PERLU BANGKIT & BERSATU ///




Mengikut perlembagaan, memang orang Melayu itu agamanya WAJIB Islam! kalau melayu tapi bukan Islam, murtad namanya!


Mana ada orang yg tidak berbangsa? orang arab pun mengaku arab biarpun mereka berbagai agama. ada arab Islam, arab yahudi, arab kristian bahkan arab buddha! apa lagi bangsa inggeris, africa, korea, jepun..biarpun ramai memeluk Islam namun mereka tidak boleh menukar bangsa!!! mereka tetap bangsa yg sama sebelum memeluk islam.


Yang tidak mengaku bangsanya sendiri adalah orang merempat, pelarian atau buruan polis shj! senang2 bajingan itu menyamar jadi bangsa lain, rupa lain, percakapan lain utk mengelak diri dikenali! apakah kita mahu dikenali sebagai bajingan krn lupakan bangsa?


Sebenarnya kuatnya sesuatu bangsa itu kerana mereka bersatu. bangsa cina kuat dlm semua bidang krn mereka bersatu. di mana sj mereka berada, nama & bangsa mereka tidak berubah. agama mrk mungkin berubah tapi bangsa mereka kekal.


Mengapa melayu mudah goyah bila bercakap tentang perlunya kita bersatu? mengapa melayu sanggup belot pada bangsanya sendiri? adakah kerana ada melayu yg merasa mereka tidak perlu lagi kepada bangsanya? setelah keluar dari kepompong kemiskinan menjadi kaya raya, setelah mendapat bantuan kerajaan biarpun secara tidak langsung (peluang2 pendidikan, pelaburan, perniagaan, kesihatan & pelbagai lagi)& mereka melayu mudah lupa ini berasa tidak mahu lagi dikaitkan dgn sinonimnya bangsa melayu = miskin, malas, bodoh?


Itu hanya pandangan puak kolonial sejak dulu yg tidak mahu melayu sedar kekuatan melayu itu sendiri sebenarnya. melayu kuat dgn pegangan agama & adat mereka. jadi jgnlah mudah lupa.


siapa yg lupa sebenarnya? bangsa cina tak mungkin akan menukar bangsa mereka dgn apa sekalipun. bangsa india juga begitu. bangsa dayak, iban, kadazan & etnik2 yg lain juga takkan menukar bangsa/kaum mereka.


jadi mengapa ada melayu yg malu menjadi melayu? melayu Islam? jika kita bersatu, tidak ada apapun yg dapat menggugat keutuhan bangsa kita. MARILAH BERSATU WAHAI MELAYU. jgn lagi memberi seribu satu alasan yg akhirnya merugikan bangsa sendiri...kalau cina boleh bersatu untuk tujuan politik, apakah melayu tidak boleh bersatu dlm hal yg sama? biar mereka panggil/gelar kita rasis kerana mereka pun rasis melampau!


sejarah luka lama belum pun sembuh. jgn biarkan ia berulang krn kesannya amat buruk sekali. hanya dgn bersatunya bangsa melayu, keamanan akan terus terjamin, Insyaallah.





pejuangmelaka-Memang sudah sampai masanya kita pentingkan survival Melayu & Bumiputera sepenuhnya. mana ada parti cina yg peduli hal orang Melayu & Bumiputera? tolong letak calon Melayu sepenuhnya dalam kawasan Melayu pru13 nanti.

jangan lagi berlembut suruh pengundi Melayu & Bumiputera undi calon cina. mereka tidak berusaha bersungguh2pun utk tarik pengundi2 cina & india mengundi kerajaan selama ni...bila mereka kalah nak salahkan pemimpin Melayu pulak?


apapun dah ramai pengikut2 pas yang mula sedar & nampak betapa ruginya mereka menyokong P kerana di prn Sarawak baru2 ini. P kalah kelima2 kerusi kerana terlalu yakin dengan pertolongan DAP kononnya menyebabkan pengikut2 P sanggup membantu berkempen untuk dap sedangkan dap sedikitpun tidak membantu calon2 P ! sebab itulah pengikut2 P itu sedar perjuangan P hari ini hanyalah semata2 nak memenangkan cina DAP !

sudah jelas terserlah, pas dipergunakan sepenuhnya oleh dap untuk mencapai kemenangan mereka tapi membiarkan pas terkontang2 sendirian...apa boleh buat...
 

Kerajaan perlu memperkukuhkan benteng dgn UMNO mesti mempertahankan Melayu & Bumiputera supaya kekuatan politik terjamin.

Tuesday, June 19, 2012

Konspirasi Penyembah Syaitan !


Surah Al-Baqarah ayat 30.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.
Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”
lalu para malaikat menjawab….
Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau…”
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”
Persoalannya, apakah perkara yang dimakusdkan oleh Allah yang tidak
diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat
-ayat yang seterusnya iaitu; Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia.
Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan  kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya. Aapakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah
dijangka oleh para malaikat.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia…Biar aku tunjukkan kepada kamu semua garis masa iaitu zaman pra sejarah yang sering diajarkan kepada kita.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia.Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh
majoriti manusia.
Tanyalah pada keseluruhan umat manusia di dunia, apabaila disebut zaman purba, mereka akan membanyangkan orang yang tinggal di dalam gua.Tetapi lupakah kamu bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasullullah? Dan ini menunujukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Jadi, adakah dengan ini dapat disumpulakan bahawa zaman batu tidak pernah wujud! Zaman gangsa tidak pernah wujud! “Paleolitik” hanya satu istilah! Maseolitik hanya satu dongeng. Tahukah kamu siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? Inilah orangnya, Charles Drawin!
Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah kita!Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contohnya;
1-’…di masa kerajaan Sulaiman….” (Baqarah 102)
2-”…sesudah Musa…” (Baqarah 246)
3-”…Susudah Nuh…” (Isra’ 17)
Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu, Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kamu akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaima ketamaduanan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga
kita menyangka mereka berada di zaman batu.
Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kami, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
Ali Imran ;137
Mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini.
Ilmu penegtahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran dan sejarah akanterus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang
diutuskan dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah
begitu penting bagi makhluk yang bernama IBLIS. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Umat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada 5 kategori;

1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.
2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin
3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah
dengan menggunakan sistem monarki
4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.
5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” Rasullulah
pernah menginagtakan umatnya yang hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang sebelum munculnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mhadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.
Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ktika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar. Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan
semua konspirasi agnungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan
di zaman kerjaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”
Al-Baqarah 102
Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka
dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jurursalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal.
Langkah pertama, orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak,
mereka memperkenalkan Zionis kepada yahudi kononya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di Palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal, di dalam Talmud sendiri terdapat larangan kepada mereka daripada membina sebuah negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatnagan semula Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang dutindas oleh mereka sendiri.
Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1&2 dirancang. Watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin
pula dirancang dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia. Merka juga ingin memanipulasi sejarah kononya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan “Nazi dan Soviet” ciptaan mereka sendiri. Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah buktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk
menjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.

Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta. Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasat persendirian juga telah menunjukkan bahawa peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri. Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda
. Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika. Tururt menjayakan nama tersebut adalah Al-Jazeera yang disahkan mempunyai hubungan sulit dengan
Kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti pengganas.Yang wujud hanyalah Taliban sahaja. Al-Jazeeralah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.
Konspirasi Dajjal hampir sampai ke kemucaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepasserangan 11 Spetember,. Amerika telah membina pengkalan tenteranya di 10 buah
negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak. Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang. Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33 rd Degree Freemason? Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.
Allah berfirman dalam surah Al-middah ayat 51
“Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu”
Persoalannya, adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian? Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian. Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…?? Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian. JIka begitu golongan  Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi
sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….
“Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah rakan dan sekutu sesama mereka”
Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi  melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).
Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-uran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud
1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.
Sudah wujudkah pakatan ini???
Ya!!!
Ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di Universiti satu pakatan yang misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul yang dihantar ke dunia…
TAMADUN BARAT MODEN...
Sekarang kamu telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabung
pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik sekali. Dan kamu tahu kenapa? Kerana hakikatnya, mereka bukanlah Yahudi dan mereka juga bukan Kristian. Mereka adalah penyembah syaitan. Pengamal
Sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peniggglan Bani Israel.
“Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya (konspirasi) syaitan itu adalah lemah”

Salam Perjuangan !!!

Sunday, June 17, 2012

Ikhlas dalam PERJUANGAN !!!





IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.


Salam Perjuangan !!!

Monday, June 4, 2012

KENAL DIRI UNTUK KENAL TUHAN

Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya.”
Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya.” Jadi kita hendak kenal diri kita. Kalau tidak kenal diri, tidak kenal Tuhan. Makin banyak kenal diri, makin banyak kita kenal Tuhan. Makin mendalam kita kenal diri, makin mendalam kita kenal Tuhan.

Perkataan manusia itu dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris disebut human being. Dalam bahasa Arab, disebut ‘insan’. Insan itu, kalau diterjemah ke bahasa Malaysia, ertinya pelupa. Mari kita kenal bahawa kita adalah makhluk pelupa. Jadi bila disebut manusia atau insan itu, bukanlah satu benda yang gah. “Kalau kita kata, mari kita kenal intan.” Besarlah. Tapi kalau sebut,”mari kita kenal orang pelupa,” apalah indahnya. Intan tidak ada rasa bangga tetapi manusia yang pelupa ini suka bangga. Apalah indahnya bila Tuhan kata kita ini makhluk pelupa?
Sekarang kita hendak kenal makhluk pelupa iaitu kita. Makhluk pelupa atau insan ini, ada 4 unsur yang paling penting padanya. Kalau tidak ada 4 unsur ini, dia bukan manusia, bukan pelupa. Dia boleh jadi malaikat, binatang, syaitan atau jamadat yakni benda-benda yang keras seperti kayu, batu, tanah. Jadi pada diri manusia itu ada 4 unsur yang sangat penting. 4 unsur itu merupakan satu pakej yang menggerakkan tenaga manusia. Yang satu sama lainnya, perlu-memerlukan. Kalaulah ada satu yang jam, tidak boleh kerjasama, habis.
Sebab itu keempat-empat unsur ini hendaklah dihidupkan dan dicergaskan untuk membolehkan manusia ini bergerak. Supaya keempat-empat unsur itu boleh bekerjasama, bantu-membantu untuk menggerakkan manusia, agar boleh bertindak, bekerja, berjuang, membangun dan sebagainya. Unsur-unsur itu adalah:

1. Fizikal atau dalam bahasa Arabnya – jawarih.
2. Akal
3. Nafsu
4. Roh

Apakah peranan keempat-empat unsur ini? Apa peranan fizikal? Tenaga lahir adalah rakyat dalam diri. Ia alat yang dialatkan oleh roh, akal dan nafsu. Yang lahir ini ia taat sahaja. Kalau 3 unsur tadi tidak aktif, maka fizikal pun tidak aktif. Itu yang jadi kaki tidur. Sebab akal, roh dan nafsu tidak aktif, maka ia tidur. Anggota lahir tidak pandai berfikir atau merancang, ia hanya tunggu arahan. Dia jadi rakyat dalam kerajaan diri.
Apa pula peranan akal? Kita ada akal tetapi kita tidak tahu apa peranannya. Pelik juga. Sebab ia bersifat maknawiyah. Anggota lahir itu kita nampak ia bekerja. Tapi kalau kita tanya orang, “Apa kerja akal awak?” “Entahlah.” Sebab itu perlu kenal akal sebab ia sebahagian dari manusia. Akal itu peranannya atau kerjanya menerima maklumat, menerima pengalaman, menerima ilmu, kemudian, masuk ke otaknya, ia diproses dan disimpan. Bila perlu, ia dikeluarkan balik. Proses itu yang dikatakan berfikir. Contohnya, dia tengok cawan, maklumat itu masuk. Dia tidak biarkan. Dia berfikir. Itu kalau otaknya aktif. Kalau tidak, kita tidak ajak otak bekerja. Macam fizikal yang tidak diajak bekerja. Begitulah kebanyakan umat Islam kini. Maklumat sudah jumpa tetapi akal tidak diajak bekerja, jadi pasif. Sebab maklumat tidak diproses. Jadi peranan akal, terima maklumat, ilmu, pengalaman, masuk ke otak dan diproses. Disimpan. Bila perlu, dikeluarkan.
Pernah tak kita lihat kilang bekerja? Ada kilang yang tidak ada enjin. Prosesnya pakai tangan. Ada kilang yang guna enjin yang terhegeh-hegeh. Ada kilang yang guna enjin yang canggih. Kalau yang pakai tangan, satu jam baru boleh siap kuihnya. Kalau yang canggih, seminit siap. Cepat betul prosesnya. Begitulah juga otak. Ada yang laju dan ada yang perlahan. Bila akal laju, dengar maklumat sahaja, dia boleh proses dan terus keluar. Yang perlahan, dia lambat proses maklumat sebab tidak latih. Sangat rugi. Jadi kalau begitu, akal ini banyak peringkatnya. Itu akal manusia biasa. Para Rasul lain. Mereka khususiah. Akal yang begitu bagi kita yang bukan rasul dan bukan nabi.
Peringkat-peringkat akal manusia:
Genius atau bahasa arabnya, abqari. Genius pula di pelbagai bidang. Contohnya, di bidang kedoktoran, ada seorang genius. Di bidang engineering, ada seorang genius. Dalam semua hal, ada yang genius. Dalam bidang apa pun, genius ini, dalam seratus tahun ada seorang. Genius itu manusia luar biasa yang bukan seorang Nabi. Genius ini ialah orang pertama membuat penemuan dalam apa-apa bidang. Dengan kata-kata lain, orang yang buat matan. Ilmu itu betul-betul dari dia. Datang orang kemudian, barulah matan itu diproses balik. Ilmu yang asal, dari orang yang genius. Ini pembuat matan. Kalau orang Islam, di bidang syariat, geniusnya adalah Imam Syafie. Di bidang tasawuf, geniusnya ialah Imam Ghazali.
Cerdik. Akal yang cerdik ini, bila dia dapat satu benda yang telah ditemui oleh orang pertama (Pembuat matan), dia boleh hurai. Kalau orang pertama, dapat matan 1 jilid, orang yang cerdik ini kaji dan hurai hingga dapat 10 jilid. Kalau orang yang tidak sekolah tentu anggap orang yang boleh buat 10 jilid itu lah yang lebih bijak. Padahal orang yang pertama itu genius sebab buat matan.
Cerdik Sederhana. Pembuat hasiah. Yang 10 jilid tadi, orang yang buat hasiah boleh hurai hingga jadi 20 jilid. Imam Syafie buat Umm satu jilid kecil. (matan). Dari Umm, keluar Tufah dan Majmuk oleh mereka yang cerdik sederhana.
Sederhana. Macam kita. Boleh terima ilmu tetapi tidak pandai hendak keluarkan balik. Faham tetapi susah hendak keluarkan.
Lemah. Hanya faham yang asas-asas. Kalau diberi lebih dari itu, dia jemu dan tidak boleh faham.
Dungu. Yang asas pun payah untuk dia hendak faham.
Kebanyakan manusia secara umum, akalnya seperti yang 3 dan 4. Yang pertama tadi hanya 100 tahun seorang. Kita boleh agak akal kita macamana. Kalau rasul, dia special case. Dia tidak boleh dikatakan genius atau abqari. Ada istilah sendiri. Dia dikatakan Fatonah. Selain rasul tidak boleh dikatakan Fatonah walau hebat macamana pun. Rasul special case. Otaknya boleh terima wahyu. Kalau otak biasa boleh mati. Apa buktinya? Tentu ada hujahnya. Rasulullah itu, otaknya fatonah. Kadang-kadang sedang naik unta, datang wahyu, terduduk unta. Peluh Rasulullah keluar sebesar biji jagung. Itu pun mungkin satu dua ayat sahaja yang turun tetapi dengan unta-unta pun terduduk. Jadi kalau otak tidak macam rasul, dapat satu ayat pun tidak ada manafaat. Boleh mati.
Jadi sekarang fahamlah kita tentang peringkat-peringkatnya otak. Dalam masyarakat insan yang tidak bersatu, yang tidak ada kasih sayang, berapa ramai orang yang otaknya cerdik tetapi terbiar. Di sinilah rahsianya. Hari ini ada berapa ramai profesor. Orang kata profesor hebatlah. Dia jadi profesor bukan sebab dia cerdik. Otaknya sederhana tetapi dia diberi peluang. Mak ayahnya mungkin kaya atau dia kroni kerajaan. Dia dibantu. Sedangkan mungkin ada anak orang miskin yang begitu bijak tetapi orang tidak peduli. Sekolah sampai darjah enam. Sebab itu umat Islam sudah tidak bangun sejak 700 tahun lalu. Rugi betul.
Banyak otak cerdik terkorban sebab tidak dapat peluang. Sebab itu, tidak payahlah tengok 100 tahun yang lalu. Kita ambilah bukti yang agak dekat iaitu 50 tahun sudah. Dalam bidang bahasa, ada tak orang Islam, khususnya orang Melayu yang jadi pendita. Ada seorang iaitu Zaaba. Apakah tak ada orang lain yang cerdik? Ada tetapi terpinggir. Masyarakat kampung pun tidak peduli. Sebab itu professor ramai tapi tidak ada seorang pun jadi pendita. Berapa banyak professor, tetapi seorang pun tidak boleh buat 50 buku. Yang ada tesisnya sahaja. Akhirnya umat Islam rugi sebab orang Islam sekarang tidak boleh mencabar dunia.
Semenjak 50 tahun yang sudah, mana ada seorang pujangga selepas Hamka dan Agus Salim mati. Kenapa? Sebab yang pandai-pandai tidak diberi peluang. Yang berilmu sekarang ini, orang yang tidak pandai tetapi diberi peluang. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu. Selepas Agus Salim, Hamka, Mustafa Abdul rahman, mana ada penulis besar. Penulis artikel ramai tetapi penulis buku-buku tebal tiada. Mana ada penganti. Sebab orang-orang pandai sekarang bukan sebab otaknya baik tetapi sebab diberi peluang. Orang yang otaknya geliga, tidak sekolah. Dia tidak mampu. Masyarakat biarkan dan kerajaan biarkan. Akhirnya negara yang rugi.

Saturday, June 2, 2012

Pemikiran Hasan Al-Banna Dan Bangsa Melayu




Hasan Al-Banna merupakan seorang tokoh dakwah yang muncul di Mesir selepas kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Ketika berumur 22 tahun, beliau telah menubuhkan sebuah organisasi dakwah iaitu Ikhwan Muslimin demi mengembalikan khilafah Islam yang telah runtuh itu. Imam Hasan Al-Banna meyakini bahawa hanya Jalan Dakwah sahaja yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan umat Islam yang hilang itu setelah mengkaji Al-Quran, Sunnah dan sejarah Islam secara mendalam.

Untuk membina kembali khilafah yang hilang itu, Hasan Al-Banna telah menggariskan tujuh peringkat dakwah yang perlu diikuti oleh setiap pendakwah.

Bermula dengan pembinaan individu muslim, seterusnya adalah membina keluarga muslim, masyarakat muslim, mengubah undang-undang, menegakkan negara Islam, membentuk empayar Islam dan seterusnya menjadi Pemimpin Dunia.

Peringkat yang terpenting adalah peringkat untuk membina individu muslim. Dan Hasan Al-Banna telah meletakkan 10 ciri yang mesti dicapai oleh seseorang muslim iaitu akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, mampu berdikari, akhlak yang baik, berpengetahuan luas, menepati waktu, tersusun urusan, mampu melawan nafsu, tubuh badan yang sihat dan bermanfaat kepada orang lain.

Untuk mencapai 10 ciri individu muslim ini, tujuh wasilah amal (method) telah dibentuk iaitu usrah, khatibah, rehlah, mukhayyam, daurah, nadwah dan muktamar. 

Dari perspektif organisasi, sesebuah organisasi dakwah perlu melalui empat peringkat iaitu mihwar tanzimi (peringkat membina organisasi), mihwar muassasi (peringkat menggauli masyarakat), mihwar sya’bi (peringkat membina jaringan dalam pelbagai jabatan dan organisasi) dan seterusnya mihwar Daulah (peringkat kenegaraan).

Amat ditekankan di sini, segala peringkat dakwah yang digariskan oleh Hasan Al-Banna ini hanya boleh dilalui oleh pendakwah yang bergerak secara berorganisasi tidak secara individu.

Antara pemikiran terpenting Hasan Al-Banna yang telah dilupakan oleh ramai pendakwah Islam adalah syaukah (kekuatan) bangsa yang dominan di sesuatu negara amat diperlukan untuk memartabatkan ketuanan Islam dan penegakan syariat di negara tersebut. 

Dan Hasan Al-Banna juga memberikan isyarat bahawa jika sekiranya golongan pendakwah Islam ingin melaksanakan syariat Islam dalam negara tersebut, mereka harus mendapat sokongan padu daripada bangsa dominan ini supaya tidak ada pihak musuh yang mampu menggugat keputusan yang telah dibuat untuk memartabatkan Islam. 

Oleh sebab itu, Imam Hasan Al-Banna menegaskan perlunya untuk sejarah kegemilangan sesuatu bangsa tersebut diceritakan kembali untuk memberi keyakinan kepada bangsa itu bahawa mereka sebenarnya layak memegang kepimpinan Islam di negara mereka. 

"Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya.". (Imam Hasan Al-Banna)

Selain itu, Hasan Al-Banna telah menggariskan tiga langkah utama untuk membina syaukah dalam sesuatu bangsa iaitu syaukah iman, syaukah ukhuwwah dan akhirnya syaukah fizikal seperti ketenteraan, teknologi dan sebagainya.

Jadi dalam konteks Malaysia, jika para pendakwah Islam ingin melaksanakan syariat Islam secara syumul ketika di peringkat daulah, mereka perlu mendapat dokongan yang kuat daripada bangsa Melayu yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia.

 

Oleh itu, hak-hak keistimewaan bangsa Melayu ini mesti dipertahankan agar bangsa ini mampu bangun dan menjadi bangsa yang kuat sehingga betul-betul mampu menjadi syaukah Islam di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Dan sebarang usaha mana-mana pihak untuk menyekat pembangunan dan perpaduan bangsa Melayu ini mesti dihalang. Selain itu, bangsa Melayu ini perlu diperkuatkan jati dirinya agar mereka menjadi bangsa yang berkeyakinan tinggi dan mampu menghidupkan kembali semangat pejuang yang pernah ada dalam darah nenek moyang mereka.

Apalah Melayu itu jika tanpa Islam. Tanpa Islam belum tentu lagi bangsa Melayu ini dikenali dunia. Oleh itu, para pendakwah perlu menyeru; 

"Bangkitlah wahai bangsa Melayu! Berusaha gigihlah untuk mendaulatkan Islam dalam dirimu dan dalam negaramu"

"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"



Salam Perjuangan !!!