Dajal Laknatullah tidak berjuang sendirian di dunia ini.Di sekelilingnya
terdapat 'pak turut',kuli,pencacai,penjilat,lembu yang dicucuk
hidung,pet (haiwan peliharaan),'patsies' (orang yang diperguna dan
diperkudakan),pengangkut najis,tukang kipas dan seterusnya...mereka ini
adalah HAMBA-HAMBA SURUHAN DAJAL LAKNATULLAH.Sama ada mereka
menyedarinya atau tidak,itu adalah cerita lain.
Di bawah ini adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal Laknatullah
Al-Masih Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang menjalankan
pelbagai fitnah di muka bumi.Di antara ciri-ciri yang ada pada diri
seorang HAMBA SURUHAN DAJAL' adalah seperti berikut:
Ter'mindcontrol'
Hamba-hamba suruhan Dajal majoritinya telah dikawal
mindanya.Sekurang-kurangnya mereka telah di'brainwash' kalau tidak
dikenakan program mindcontrol yang lebih jauh.
Terdiri dari orang pintar dan berkedudukan
Jangan fikir hamba-hamba suruhan Dajal adalah orang-orang yang tiada
kelulusan atau orang miskin yang tinggal di penempatan setinggan,
tidak...tidak sama sekali.
HAMBA SURUHAN DAJAL ADALAH ORANG-ORANG PINTAR DAN BERKEDUDUKAN TINGGI.Genius,cendekiawan,ahli
politik,ahli perniagaan,'top student',pemimpin-pemimpin kerajaan,para
jeneral tentera,profesor,peneraju industri,doktor,saintis dan
seterusnya... adalah orang-orang pilihan Dajal.Siapa yang nak tertarik
dengan propaganda Dajal kalau 'frontman'nya adalah mat rempit yang
ketagihan ganja?Fikir.Dajal Laknatullah adalah pakar dalam
mengkomersilkan imejnya.
Menjadi anggota pertubuhan
Hamba-hamba Dajal ini majoritinya akan menganggotai salah satu
pertubuhan Dajal sama ada yang kecil atau yang besar.Sudah dijelaskan
sebelum ini bahawa pertubuhan Dajal adalah terlalu banyak.Sudahlah
banyak, bermacam-macam pulak tema
pertubuhannya.Kebajikan,makanan,pelarian,buruh,kesihatan,pekerjaan,hak
asasi wanita dan seterusnya...ini bertujuan untuk mengaburi mata dan
fikiran awam.Menjadi anggota pertubuhan ini kadangkala satu imej yang
prestij pula dikalangan hamba-hamba suruhan yang dungu ini.Contohnya
seperti menjadi ahli kelab-kelab kebajikan Freemason (contoh Rotary
Club) yang disifatkan kelab orang-orang berkedudukan tinggi dan
'gentleman'.Padahal mereka menjadi sebahagian perancangan 'Master of
Puppet' yang mengawal kelab-kelab mereka.Kelab-kelab mereka menganjurkan
kebajikan dan derma,tetapi para elit mereka yang duduk di atas
merancang perang dan keganasan,membiakkan pornografi dan mengedar dadah.
Berpenampilan menarik dan kemas
Hamba-hamba suruhan Dajal kebanyakannya mempunyai rupa paras yang
menarik,personaliti yang menghiburkan dan imej yang mantap.Mereka pandai
'menjual' diri di mana-mana saja.Percakapan mereka memukau dan pandai
mengkomersilkan diri mereka sendiri.Mereka biasanya terdiri dari para
pemimpin politik,peneraju industri (termasuk usahawan,ahli
perniagaan,teknokrat),artis dan industri hiburan
(penyanyi,pelakon,model) dan personaliti masyarakat (aktivis dan pejuang
isu).

Inilah
kriteria yang dimahukan oleh Dajal Laknatullah.Masyarakat awam mudah
tertarik dan terpengaruh dengan orang-orang seperti ini berbanding
orang-orang yang kurang menarik penampilannya (maaf,seperti orang yang
cacat atau hodoh).Tetapi perlu diingat,selagi trend menginginkan begitu
maka begitulah strategi Dajal.Mungkin di lain zaman masyarakat suka
kepada yang hodoh-hodoh,maka tak mustahil Dajal Laknatullah akan menukar
strategi.Dajal akan mengkaji trend yang berputar di kalangan
masyarakat,kemudian dialah yang menjadi 'trendsetter'.
'Multiracial'
Hamba-hamba suruhan Dajal adalah berbilang kaum,bangsa,agama dan datang
dari pelbagai negara.Selagi seseorang itu dapat dipergunakan dan
diperkotak-katikkan,maka dia layak menjadi hamba Dajal Laknatullah tidak
kira dia dari bangsa apa atau negara mana.Dajal tidak bersikap
rasis.Jangan bimbang.Jangan hairan bila seorang pegawai tentera China
contohnya menganut faham Kabbalah dan mistik sesat.

Atau
ahli politik dari Argentina suka membaca buku-buku okultisme Dajal dan
menyembah Lucifer.Atau artis dari Brunei menganut fahaman Talmud dan
'illumination'.Dajal Laknatullah adalah SEORANG YANG BERSIFAT
GLOBAL.Sebab itu dia mengasaskan faham GLOBALISASI dahulu.Jika ada
bangsa yang akan menjadi superpower dan banyak kemahiran dan
kebolehan,maka jaga-jaga!Bangsa itu akan menjadi sasaran Dajal untuk
diperkudakan.Ini menjelaskan mengapa operasi Dajal banyak tertumpu pada
sebelah Barat (pada masa kini kebijakan dan pengetahuan berputar-putar
di sana).Apa yang boleh diharap dari bangsa yang lembab dan
pemalas?Dajal tidak akan membuang masa dengan mengambil kuli-kulinya
dari bangsa yang lembab dan kurang cerdik ditambah dengan sikap malas
dan bersikap 'cukup makan'.Sampai kiamat pun tak menjadi apa yang
dirancangkan.Sebagai contoh dan pengetahuan tambahan,di dalam Al-Quran
yang mulia telah banyak menggambarkan sifat-sifat bangsa.Kaum Nasrani
telah digambarkan di dalam Al-Quran bahawa 'kaum yang pandai membuat
barang-barang'.Yahudi pulak 'licik dan banyak tipu helah'.Nah!Siapa yang
mendominasi industri dan pelbagai bidang pengetahuan dalam dunia hari
ini kalau tidak orang-orang Kristian?

Siapa yang mendominasi wang dan bank-bank kalau tidak Yahudi?Sekarang
ini kaum-kaum dari ras mongoloid (Cina,Jepun,Korea) pula sedang bangkit
dalam banyak bidang.Nah!Dajal sudah lama nampak kenyataan itu dan sebab
itu seorang yang terhormat dari kaum Cina diterima sebagai salah seorang
dari 13 keturunan Illuminati,pertubuhan yang menjadi 'front' kepada
komersil dan imej popular Dajal.Trilateral Commission pula dibentuk bagi
mengimbangi kuasa Jepun.Bangsa Korea pulak dilaga-lagakan sehingga
ramai yang mati dan menderita.Saudara sebangsa bermusuhan berpuluh-puluh
tahun sehingga berpecah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan walaupun
mereka sebangsa!SEKARANG ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN DAJAL LAKNATULLAH
INI?Jangan sangka anda dari bangsa yang bijak pandai dan cekap mencari
harta dunia tapi sebenarnya andalah yang Dajal Laknatullah
cari-cari!Sesuai benar untuk dijadikan hamba suruhan,kuli dan pencacai
pengangkat najis!!
Terdapat bangsa lain yang akan bangkit di masa depan.Tapi Tuhan sedang
tidurkan bangsa itu.'Ditidurkan' dengan bermacam-macam elemen yang
membuatkan Dajal Laknatullah tidak berminat dan berselera langsung nak
mengacau bangsa ini.Tapi sejak kebelakangan ni Dajal makin sedar potensi
bangsa ini.Keanehan dan misteri yang menyelubungi bangsa ini membuatkan
Dajal kembali menyelongkar kitab-kitab lama,manuskrip
kuno,perjanjian-perjanjian dan ramalan-ramalan tidak kira dari sumber
non-Islam atau Islam (perlu diingat,Dajal memang mengkaji Al-Quran
sebagai salah satu sumber rujukan dia dan dia amat menghormati al-Quran
bukan sesetengah orang Islam yang tidak ambil peduli malah sanggup
menghina AlQuran sampai tahap membakar dan memijak AlQuran).Tetapi ini
kisah dan bab lain yang amat panjang untuk diceritakan di sini.
Dungu
Ya,hamba-hamba suruhan Dajal memang bijak-bijak belaka tetapi
DUNGU.Sama
ada ini kesan dari kaedah mindcontrol atau dia sendiri yang
membingungkan dirinya sendiri.Dungu di sini bukan bermaksud tidak
bijak,tetapi bermaksud tidak dapat melihat kebenaran yang
tersembunyi,tidak dapat menganalisis dan mensintesis semua persoalan
yang berputar di sekelilingnya.Mungkin dia sedar tapi cuba mencari-cari
alasan lain untuk menutup keraguannya.Dia tidak mampu hendak membuat
perbandingan dan tidak berupaya menjalankan kajian lanjut tentang
'anomalies' dan kepelikan yang dia sendiri sukar nak menjawabnya.Mungkin
ini telah bertembung dengan sistem kepercayaan yang telah lama
dianutnya,hasil dari pendidikan sistem Dajal secara langsung atau tidak
langsung.Mereka memanglah ada di antaranya cendekiawan dan berkelulusan
tinggi tapi minda mereka seakan-akan telah tertutup untuk menerima
kebenaran.Ini adalah hasil dari 'mind split' (sila rujuk kaedah
mindcontrol Projek Monarch) di mana individu ini pakar dalam sesuatu
bidang tapi bodoh dalam bidang yang lain.Sudahlah begitu mereka ini
pulak tidak mampu nak mengaplikasikan kepandaian mereka dalam mencari
kebenaran dan erti kehidupan mereka sendiri.Sebab itu ada di antara
mereka yang akhirnya membunuh diri dan ramai yang menghidap trauma dan
masalah psikologi.
ADA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN GERAKAN ISLAM.Ya,mereka ada
yang menjadi pemimpin yang dilabelkan 'Islam'.Tetapi itu adalah imej
sahaja.Padahal sebenarnya para pemimpinlah yang ramai menjadi 'pet'
(haiwan peliharaan) Dajal tidak kira dia Islam atau tidak.Bagaimana
seorang Islam menjadi kuli Dajal itu adalah perkara lain seterusnya.
Mudah dicucuk hidung ke sana sini
Mereka adalah bertaraf hamba.Seorang hamba suruhan tidak berhak
mempersoalkan tuannya.Maka mereka tidak ada hak untuk memilih.Tuannya
akan pilihkan untuk mereka.Tuan kepada hamba-hamba dungu ini,yakni Dajal
Laknatullah akan memilihkan ideologi,istilah,terma dan
tema,strategi,matlamat,objektif dan perancangan hatta makanan,pakaian
dan agama sekalipun [jika Dajal memerintahkan berbogel mereka akan
bertelanjang bulat,jika disuruh minum arak dan menikmati daging anjing
dan babi pun mereka sanggup demi kebendaan materialistik (rujuk 'gunung
roti dan sungai ' yang dikendong Dajal dalam hadis nabi) yang ditawarkan
oleh Dajal yang semestinya kaya-raya melebihi bilionwan bertaraf
Forbes].Mereka akan menyalak terpekik terlolong mengikut arahan
Dajal.Mereka akan menari dan terhinggut-hinggut terlompat-lompat
mengikut gendang dan irama yang dimainkan oleh Dajal
Laknatullah.Ya,memang hairan sebab mereka sebahagian besarnya terdiri
dari bijak pandai,tetapi sebenarnya mereka kosong jiwanya.Sebab itu
mempunyai otak yang genius tidak cukup.Jiwa yang mantap dan rohani
'bijak' adalah amat-amat perlu untuk membaca semua muslihat Dajal
Laknatullah.
'Liberal'
Mereka adalah pendukung liberalisasi dan segala trend komersil
Dajal.Liberal adalah falsafah Dajal Laknatullah.Maksud liberal yang
paling mudah adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan
sederhanakan ideologi anda".Nah!jika anda seorang Islam,jangan terlampau
mengikut prinsip agama anda,relax man...sebab itu ada istilah 'Islam
Liberal'.Maksudnya Islam yang telah 'disederhanakan' mengikut trend
Dajal dan budaya popular kelolaan Dajal Laknatullah.Buang yang tidak
perlu dan dianggap 'ekstrem' dan 'fundamental'.Dahulu orang Islam yang
tidak memenuhi kriteria Dajal dicop 'fundamentalist' dalam media-media
milik Dajal.Kini orang Islam dicop 'terrorist'.'Orang Islam' yang
disayangi dan ditimang-timang Dajal adalah para Islam Liberal (tidak
kira apa jua istilah mereka), modenis Islam,sekularis Islam dan apa jua
label Dajal tapi dihujungnya ada perkataan 'Islam' hatta Nazi Islam dan
Komunis Islam pun boleh jika mampu mendukung aspirasi Dajal.
INILAH JAWAPAN BAGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH.
'Trendy'
Mempunyai sikap (attitude) 'trendy' adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan
Dajal.Trend adalah rahsia operasi Dajal.Pada zaman kuno,ajaran mistik
dan pagan menjadi trend masyarakat dunia.Di sana sini,manusia mendirikan
kultus-kultus memuja dewa-dewi mereka.Sihir adalah ilmu yang dihormati
sebab itu para tukang sihir menjawat jawatan eksekutif dalam pentadbiran
Firaun Mesir dan Babilon Kuno.Oleh itu para kuli pencacai Dajal di masa
itu adalah terdiri dari tukang-tukang sihir berkemahiran tinggi dan
mempunyai kelulusan dalam bidang sihir,astrologi,mistik sesat dan
pengetahuan paganisme yang diiktiraf oleh Dajal Laknatullah.Mereka
inilah menjadi 'runner' dalam masyarakat ketika itu.Paganisme,animisme
(kepercayaan menyembah alam semulajadi),ajaran dewa-dewi telah
mendominasi trend dunia ketika itu.Kini apabila tahap kesedaran manusia
makin tinggi,Dajal juga mengubah modus operandinya.Tabiat manusia pada
masa kini makin terpelajar,jadi Dajal telah mencipta pelbagai ideologi
yang mencabar akademik manusia.Komunisme,Fasisme,Kapitalisme,Liberalisme
dan isme-isme lainnya diciptakan oleh Dajal bagi memporak-perandakan
sistem pemikiran manusia.Masyarakat boleh memilih salah satu ideologi
ciptaan Dajal ini tapi tidak sesekali Islam.Islam di luar senarai dan
selamanya tidak akan masuk carta 'top 100' billboard Dajal
Laknatullah.Jadi hamba-hamba suruhan Dajal ini amatlah bersikap trendy
dengan trend yang berputar di dunia masa kini hatta jika suasana makin
islamik sekalipun,Dajal selaku pakar manipulasi situasi akan melantik
hamba-hamba suruhannya yang berperawakan alim,pejuang Islam,sederhana
dan cintakan kedamaian kononnya padahal mengikut telunjuk Barat dan
tidak ada rasa sensitif pun dengan isu-isu berkaitan Islam dan umat
Islam.Bersikap 'trendy' ini bukan semata-mata pakaian dan fesyen tetapi
ideologi sekali.
Kepercayaan
Hamba-hamba suruhan Dajal pada dasarnya menganut pelbagai
kepercayaan.Ada yang Kristian,Buddha,Yahudi hatta Islam sekalipun.Tetapi
itu adalah asasnya sahaja.Asasnya sahaja di mana yang paling penting
akhir dari tugas-tugas mereka akan mendukung agama menyembah Iblis dan
syaitan.Dalam sistem kepercayaan juga Dajal telah membangunkan hierarki:
-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk
Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi
secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak
Dajal Laknatullah.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.
-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing
tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang
tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang
mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan
trend Dajal Laknatullah.
-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan
sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan
'magic'.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi
sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada
sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan
tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka
kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi
tidak selari dengan kehendak tuan mereka si Dajal Laknatullah,maka akan
dicampak jauh-jauh.
-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis
sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini
mereka dikatakan menemui 'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat
berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali dengan Dajal
Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah
alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis
Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari
pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap
ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran
Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.
-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah peringkat pembantu
setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis
Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari
yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah
mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan
'illumination' yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka
hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para
kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH
SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan
yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta
dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN
TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlu diingat.Ada diantara orang Islam yang keliru sehingga para Ulama
pun mereka kata kakitangan kejahatan dan 'syaitan bisu'.Ya,inilah yang
dikehendaki Dajal Laknatullah.Keliru,keliru dan keliru sehingga akhirnya
menjadi HAMBA SURUHAN DAJAL tanpa disedari.Jika anda merasa keliru
dengan situasi yang berlaku pada hari ini,sehingga tertanya-tanya "Siapa
yang benar sebenar-benarnya???!!"
Maka ambillah AlQuran dan bacalah...
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan dirimu
dari setitis air mani yang hina (tiba-tiba menjadi penentang yang nyata!pulak tu)
Bacalah AlQuran yang mulia,yang menjadi petunjuk kebenaran
Dan rujuklah hadis Rasulullah s.a.w...Inilah Kombinasi paling berkuasa.
Jangan ambil AlQuran dan buang hadis Nabi,atau ambil hadis nabi buang AlQuran
Anda kena gabungkan kedua-duanya.
Jangan asyik bertanya perkara yang remeh-temeh;
"AlQuran tak sebut pun?"
"ayat mana yang sebut macam tu?"
"ada ke nabi cakap sebiji (sejibik) macam tu"
Fikir jika AlQuran menyebutkan perkataan
'Illuminati','Dajal',Freemason...maka makin kelirulah orang Arab
Jahiliah di masa itu dan makin bertambahlah mereka menolak agama Islam
yang dibawa oleh nabi.Sudahlah nabi dianggap gila walaupun dengan
ayat-ayat AlQuran yang sifatnya mudah dan berulang-ulang pula
ayatnya,inikan pula bercerita bab globalisasi,konspirasi atau Jesuit
contohnya sudah tentu Rasullullah s.a.w akan dicop syaitan atau
setidaknya tukang sihir atau makhluk asing dari planet Zargus (sebagai
contoh).Samalah seperti jika AlQuran menyebutkan perihal lampu
jalan,komputer,kereta dan sebagainya sudah tentu orang Arab padang pasir
hatta unta-unta mereka pun terbingung-bingung dengan repekan
Rasullullah s.a.w ini.
FIKIR...FIKIR...
Sekarang inipun dari kalangan umum yang terpelajar pun sudah mengetahui
perihal surah Al-Anbiya yang mengandungi ayat memperihalkan masalah 'Big
Bang'.Tetapi kita nampak yang AlQuran tidak menyebutkan terlalu
terperinci.Dengan gaya yang bersahaja dan bijak,AlQuran bercerita
tentang Big Bang,relativiti,dimensi hatta nebula tanpa memeningkan
manusia merentasi zaman-berzaman.Kebenaran AlQuran akan terserlah
mengikut penemuan dan pengetahuan manusia melalui kebijakan manusia dari
zaman ke zaman.Manusia yang terkini akan nampak kebenaran AlQuran dan
dapat mendekodkan ertinya berbanding manusia sebelumnya yang kekurangan
pengetahuan sains.Inilah keunggulan AlQuran.
ALQURAN BERBICARA MELALUI PETUNJUK-PETUNJUK BUKAN HUJAH TERPERINCI YANG MELERET-LERET DENGAN ISTILAH YANG PELIK-PELIK. Petunjuk-petunjuk.Sebab itu AlQuran selalu diertikan sebagai "petunjuk" (atau clue...)
"...Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang
benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).
"Musa berkata: 'Tuhan kami ialah Zat yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk'."
(QS 20:50)
"Yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaan)Nya. Yang memberikan ketentuan dan petunjuk."
"Menunjukkan kepada kebenaran dan jalan yang lurus." (QS 46:30)
"Kami telah mendatangkan sebuah kitab kepada mereka, yang Kami jelaskan
dengan pengetahuan, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman. Tiadalah mereka itu menunnggu kecuali takwilnya. Pada hari
datangnya takwil itu, orang-orang yang telah melupakannya sebelumnya itu
berkata: 'Rasul-rasul yang diutus Tuhan kami telah datang dengan
membawa kebenaran'. " (QS 7:52-53)
Dan banyak lagi ayat yang memperihalkan AlQuran sebagai petunjuk bagi
manusia.Jadi rujuklah AlQuran dan Hadis selalu untuk membaca senario
dunia hari ini.
pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!