Pages

Sunday, September 16, 2012

Buang Ideologi Politik Demi ISLAM !

Kenapa orang Islam makin tak peduli bila Nabi dihina?


Artikel bertajuk Ex-con, Christian charity linked to film on Islam” (klik di sini) telah menarik perhatian pejuangmelaka. Ini kerana terdapat petikan dalam artikel tersebut yang berbunyi :
In a 2010 speech in New York, Nassralla criticized violence against Christians in Egypt and deplored plans to build a mosque near the former World Trade Center site in New York. “Wake up, America…. Stop Islamicization of America,” he said.
Kadang-kadang pejuangmelaka hairan melihat muslim di Malaysia semakin hari semakin kurang sensitif terhadap hal-hal sebegini. Lihat sahaja di laman-laman sosial Twitter dan Facebook di mana isu penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w tidak di ambil endah oleh umat Islam. Kalau berkaitan politik, mengutuk dan menghina parti atau individu tertentu, mereka sangat galak tagging dan share. Tapi bila Nabi Muhammad di hina, mereka berdiam diri sahaja, seolah ia perkara normal.
Hal ini menunjukkan hilangnya kecintaan umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. Ternyata, cinta kuasa, pangkat, dan nama lebih menjadi keutamaan. Tapi bukan cinta Rasulullah. Kalau ada orang yang menghina, mengutuk, melukis gambar, membuat filem menghina Nabi Muhammad, ramai yang merasakan “orang kafir memang macam tu. Tak payah kita nak sibuk-sibuk. Biarkan je. Esok mati tau lah nasib dia”.
Begitu juga dalam isu kalimah ALLAH. Umat Islam semakin tidak ambil peduli seakan biarlah apa nak jadi, jadilah. Biarpun sujud bersolat dan melaksanakan ibadah-ibadah yang lain, tetapi rasa tanggungjawab mempertahankan agama kian lesu. Yang tersemat di sanubari umat Islam Malaysia hanya sekadar retorik dan laungan taksub politik kepartian. Ternyata juga, politik hari ini telah melalai dan memecahbelahkan umat Islam. 
Bukan bermaksud tidak peka terhadap usaha murni NGO dan pihak-pihak lain yang menghantar memorandum dan membuat demonstrasi ke atas apa yang berlaku. Syukur kerana adanya usaha-usaha kalian. Bagaimanapun apa yang saya tegaskan ialah jumlah kehadiran dan penglibatan umat islam dalam perkara ini secara langsung mahupun secara tidak langsung amat menyedihkan. Nak share informasi mengutuk penghinaan ke atas Rasulullah di Twitter, blog dan Facebook pun majoriti orang Islam tak mahu.

Saya amat berharap melalui penulisan umat Islam khususnya di Malaysia akan lebih rajin membuat kajian berkaitan hal-hal sedemikian. Namun seperti biasa, tulisan-tulisan penting saya sering tidak diendahkan oleh muslimin muslimat. Orang Islam-Melayu lebih suka membaca blog-blog politik yang dipenuhi bahasa kasar, kesat dan lucah dan menganggap blog sedemikian sebagai ilmiah. Blog-blog yang tidak beradab dan tak bertamadun.
Kita sama-sama tahu gerakan anti-Islam telah sekian lama wujud. Berdasarkan pemerhatian penulis, gerakan anti-Islam sebenarnya berlaku secara perang saraf dan psikologi. Jika di Barat, gerakan Stop Islamization of Nations (SION), Stop Islamization of America (SIOA) dan Stop Islamization of Europe (SIOE) telah memberi pelbagai tekanan ke atas umat Islam di sana.
Di negara-negara Islam pula, modus operandinya adalah melalui cara memprotes dan mempersoal autoriti. Pendekatan anti-Islam di negara-negara Islam ialah dengan cara merosakkan fahaman umat. Lantas disuntik fahaman liberalisme, prakmatisme, pluralisme, anti-establisment, relativisme dan seumpamanya. Bila perkara ini berlaku, maka umat Islam akan kehilangan rasa sensitiviti terhadap agamanya.
Barat memang mahu melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri, supaya dengan itu mereka mudah menyusup masuk ke dalam hal ehwal kenegaraan dan menetapkan polisi itu dan ini yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Polisi-polisi tersebut juga sudah pasti memihak kepada mereka untuk dilihat hebat dan berkuasa.
Mereka sebenarnya melakukan adu domba ke atas umat Islam supaya kita sesama muslim sentiasa berasa tidak percaya sesama sendiri dan saling bermusuhan.
Adalah amat penting untuk para muslimin memberi fokus dan bersikap skeptikal terhadap pertubuhan seperti Human Rights Movement, Amnesty, Bastiat Institute dan beberapa pertubuhan lain termasuk SION, SIOE dan SIOA agar kita lebih berwaspada dan bersedia dalam mempertahankan agama Islam.
Sungguh, saya tidak mampu menjadi umat Islam yang kuat bercakap, asyik melaung takbir di jalanan serta menjerit slogan itu ini tetapi tidak melakukan apa-apa. 
pejuangmelaka-Namun apa yang mampu hanyalah menjadi benteng dan dinding yang rela di tetak musuh-musuh Islam.Bersatulah Melayu !!!

No comments:

Post a Comment