Pages

Thursday, September 20, 2012

RAHSIA NOMBOR ?



Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.

Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.

TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.


Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).

Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?


Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.


TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.

Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.

Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.

Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.



Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:

1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?



TUJUH PULUH TUJUH (77) MENARIK PENYOKONG


Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:

7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.


7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.


Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:

1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?

Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.

No comments:

Post a Comment