Showing posts with label gpms melaka. Show all posts
Showing posts with label gpms melaka. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Dia pejuang,pemimpin, abang dan sahabat !


Tokoh pejuang akar umbi. Mahukan perubahan?



Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ke-22. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM. Menyertai GPMS sejak 1988.Ayat Keramat "Sedar Bahawa Maju Mundur, Kaya Miskin dan Hina Mulianya Bangsa Itu berada dalam Tangan Kita" sentiasa menjadi azimat dalam memastikan Perjuangan Pendidikan NGO Melayu yang digalas oleh GPMS selari dengan keperluan pendidikan negara dan konsep 1Malaysia tanpa mengenepikan hak keistimewaan pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 


~Jais Abdul Karim, buku "Perjuangan NGO Pendidikan Melayu di Malaysia, jilid 1~


PhotoPhotoPhoto

dialah pemimpin...dialah pejuang...dialah abang...dialah adik...dialah sahabat...

Sokong Bakal Presiden Majlis Belia Malaysia!!!!

Sila Sokong Presiden di pautan fan page

Monday, April 23, 2012

Penggerak LBGT Pengkhianat Siapa Dalangnya ?

Presiden Gpms Kebangsaan Mengutuk Sekerasnya LBGT !!!
Kami Membenci Pendukung LBGT !!!



Poster Ambiga dipijak-dipijak.

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesempatan itu juga, mereka juga menyelar pendukung LBGT dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.
Menurutnya perhimpunan tersebut -- yang rata-ratanya disertai oleh mahasiswa dan anak muda -- sebagai menjadi isyarat penolakan kepada pendukung LBGT dalam pilihan raya umum ke-13.



Kami Benci Individu Yang Menyokong LBGT !!!

Kami BUKAN KAUM LUTH !

 

Salam Perjuangan !!!



Sunday, April 15, 2012

Mahasiswa Adalah Pencatur Bukan Di Caturkan !



Penganalisaan Imam Al-Ghazali terhadap kehebatan manusia:

"Jika manusia itu berasa hebat (besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah. Jika manusia berasa kuat makan, sebenarnya besar lagi perut lembu. Jika manusia berasa bangga dengan keberaniannya, sebenarnya berani lagi binatang buas (singa dan harimau). Jika manusia berasa bangga dengan tahan lasaknya, sebenarnya tahan lasak lagi unta. Jika manusia berasa bangga dengan kecantikannya, sebenarnya cantik lagi burung merak. Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya".

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia), maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu. Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya, maka ia pun harus berilmu"  (hadis)

Maka tuntutlah ilmu sampai bila-bila. Ilmu itu untuk diamalkan dan dikongsi, bukan untuk dihafal dan disimpan di dalam dada. Ilmu Allah itu sangat luas. Makin digali makin banyak yang akan diperoleh. Makin dikongsi makin kaya seseorang itu dengan ilmu. Seseorang yang berjiwa usahawan haruslah bijak mencari maklumat dan sentiasa berpengetahuan supaya tidak mudah ditipu dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Manusia ada akal tetapi sering kalah dengan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Mungkin kita selama ini salah faham mengenai maksud bijak dan maksud pandai menjawab soalan peperiksaan.
Bijak dalam islam adalah orang banyak mengingati mati.betulkan saya jika saya tersilap.
Bijak dalam tafsiran barat ialah mempunyai kemahiran berfikir.
Bijak bagi kita ialah orang yang cemerlang dalam exam atau masuk U.
Masuk U ni bagus sebab boleh tuntut ilmu dari orang belajar tinggi seperti professor.dapat diploma,ijazah dll.
Orang berilmu tu asasnya kena ada ilmu.bergantung kepada yang ada ilmu tu nak guna ilmu yang dipelajari atau tidak.

Kalam Saidina Ali tentang ilmu:

1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
2. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
4. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
5. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
6. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
7. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
8. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
9. Orang berilmu mengakuui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.
 
Apabila sempurna akal, kuranglah perkataan.Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya, dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.

Mahasiswa Berakal Tahu Menghargai !

Belajar menghargai itu bukannya mudah. kebiasaannya, bila kita tidak memiliki lagi apa yang pernah kita miliki, rasa penghargaan itulah yang akan muncul tanpa diundang. memikirkan alangkah bagusnya andai masa boleh diputar kembali supaya saat-saat penuh bermakna bisa diulangi dan dirasai semula. ketahuilah, dengan menghargai seseorang, itu adalah satu caranya untuk kita memberi motivasi pada orang lain. inilah kebenarannya. 

Hanya dengan ucapan "Terima Kasih", ia bisa membuatkan orang tersenyum. hanya dengan sedikit pujian, ia membangkitkan semangat seseorang. hanya dengan senyuman manis diberikan, orang itu akan rasa dirinya tidak sia-sia. dan inilah yang sedang dirasai sekarang. tidak perlu susah-susah untuk lakukan macam-macam, hanya dengan berikan sahaja telinga anda dan dengarlah apa yang ingin aku luahkan.

Tidak Perlu Demontrasi jalanan , meletakkan gambar dan menghina pemimpin sedemikian rupa meniru kafir la'natullah.

Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

“Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat hingga hanya Allah semata lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya; dijadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku; dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi siapa saja yang menyelisihi perkaraku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Fikir-Fikirkanlah, kita perlu menjadi pencatur bukan di caturkan !

Salam Perjuangan !

Monday, April 9, 2012

Adly Zahari Tiada KAITAN dengan GPMS ?



Rakyat Melaka : Pembangunan @ Pemborosan dikatakan dengan kerjasama GPMS ! Untuk makluman, inilah pembohongan terbesar puak-puak yang kecelaruan pemikiran / kecelaruan politik dan singkat pemikiran kerana mengaitkan dengan GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung). 
GPMS Melaka mengumumkan bahawa perkara ini DUST...A !!!! Dan tidak pernah mengenali / mengadakan hubungan sulit atau bersahabat dengan En. Adly, Pesuruhjaya PAS. Program ini tiada kena mengena dengan GPMS Melaka. GPMS mendokong perjuangan kepimpinan. Kami bersyukur dibawah ketamadunan Islam atas kepimpinan Islam, Melayu & Raja dibawah 1Malaysia, 1 Melayu

Salam Perjuangan !

Sunday, March 4, 2012

Aurat Bukan Penghalang Muslimah !


Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan? Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a.

Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud


Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang? Gambar di bawah adalah buktinya...



Siapa cakap berkuda kena pakai seluar ketat?
Ruqaya al-Ghasara tak perlu pakai spender sewaktu berlumba lari untuk meraih pingat emas di sukan Asia.  



Tinju..
angkat berat? seriously?
wushu.. (psssttt.. comey..)
main basketball pakai jubah.. apa ada hal..
main bola sepak..
ragbi!
tak pakai bikini pun still boleh berenang..
tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet..
lawan pedang
tahik kwando..
Ini paling awesome! ninja muslimah..
err.. ni bersukan ke? tapi still hebat!

Salam Perjuangan !

Monday, February 27, 2012

Sekilas Penglibatan Pidato Hasan Ali di Alamanda Jasin


Menanti kedatangan Dato Hasan Ali


Kami Berjanji Demi Islam , Melayu , Raja !


Barisan Ketua-Ketua NGO Melaka


Janjiku !!!


Penuh dewan walaupun hujan lebat..Pengisian rohani yang baik !


YDP Jasin dan Pengerusi GPMS Melaka


Barisan pejuang bersama Ayahanda Zainal Jasin

 Teruskan Perjuangan !


Allah ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)

Tentang sebab turunnya ayat di atas, Ibnu Abbas menjelaskan, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).

Renung-Renungkan Siapa yang menjadikan Yahudi sebagai rakan ?


Salam Perjuangan !

Saturday, February 25, 2012

Tuntutlah Ilmu Yang Bermanfaat !

 




Dengan ilmu dan taqwa, ulama-ulama dahulu mereka sentiasa mendapat hidayah dan taufik dari Allah (سبحانه وتعالى). Dari jasa mereka, kita yang hidup di akhir zaman ini mendapat panduan untuk beribadah dan berbakti kepada Allah.



Kitab-kitab peninggalan mereka adalah merupakan karya-karya agung yang terpelihara hingga kini. Mereka menggali, mentafsir, menghurai isi Al-Quran dan hadis-hadis Nabi ﷺ. Semuanya untuk kemudahan orang-orang kemudian seperti kita.



Benarlah firman Allah (سبحانه وتعالى) apabila Dia memuji orang-orang berilmu:



قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ



“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ”. (Az-Zumar:39:9)



يُؤۡتِى ٱلۡحِڪۡمَةَ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِڪۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِىَ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ 



“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah:2:269)



إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ



“Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu (ulama).”. (Al-Faatir:28)



يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ



"Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat." (al-Mujadalah:58:11) 



Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud:



"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)






Supaya lebih jelas biar saya senaraikan apakah faedah-faedah ilmu yang dikehendaki dan dibenarkan oleh Islam, sebagai hasil dari menuntut ilmu, hingga dikira sebagai ilmu yang bermanfaat:
Menjadikan seseorang kenal Allah, sifat-sifat-Nya dan af’al-Nya, serta yakin seyakin-yakinnya.
Ilmu itu mendorong seseorang untuk takut pada Allah dan cinta pada-Nya.
Mengetahui syariat (hukum-hakam) Allah seperti suruhan-Nya dan larangan-Nya.
Ilmu yang dapat menyuluh siapa kawan dan siapa lawan.
Ilmu itu menunjukkan cara menghadapi musuh.
Ilmu itu membuat kita dapat kekuatan dan kemahuan untuk mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Ilmu itu membuatkan kita sanggup berkorban apa saja pada jalan Allah.
Membesarkan akhirat dan memandang hina dan murah pada dunia ini.
Sedar tentang hakikat diri, yakni sebagai hamba Allah yang lemah, hina dina, yang setiap saat sangat bergantung pada pertolongan dan bantuan Allah dan setiap apa yang dimiliki adalah pinjaman Allah.
Ilmu yang boleh membentuk sikap tawaduk dan merendah diri.
Ilmu yang membolehkan seseorang mengasihi dan memikirkan nasib orang lain. Dengan kata lain boleh mencetuskan perpaduan ummah.
Ilmu yang dapat dijadikan panduan kearah mencari rezeki yang halal, dan takut terlibat dengan sumber rezeki yang haram dan syubhat.
Boleh membantu pembangunan fardhu kifayah, yakni pertukangan teknikal, pertanian,perindustrian, perubatan, pembangunan dan lain-lain.
Ilmu yang membolehkan kita mentadbir dunia sebaik-baiknya sebagai khalifah Allah.

Itulah di antara faedah dan peranan ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh Islam. Yakni ilmu yang dapat membentuk peribadi-peribadi yang bertaqwa serta berjuang menegakkan sistem Islam dalam setiap aspek kehidupan. 



Itulah tujuan ilmu. Dan inilah yang dimaksudkan dalam doa Rasulullahﷺ:



اللهم انفعني بما علمتني ، وعلمني ما ينفعني ، وارزقني علما ينفعني



Ya Allah, berilah manfaat dengan apa yang Engkau telah ajar kepadaku, dan alimkan aku yang bermanfaat bagiku, dan rezekikan ilmu yang bermanfaat kepadaku. (An-Nasai'e dan Al Hakim)



Juga Rasulullahﷺ memohon perlindungan Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat,



اللهم أنى أعوذ بك من علم لا ينفع ومن قلب لا يخشع، ومن نفس لا تشبع ، ومن دعاء لا يسمع



‘Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak didengar”. (HR. Muslim : 1295, At-Tirmizi dan An Nasai (8/263) dari hadis Zaid bin Arqam)



Ukurannya, kalau ilmu tidak mendorong ke arah takut dan taatkan Allah, maka itu bukanlah ilmu yang diiktirafkan oleh Islam. Ilmu yang hanya semata-mata meninggikan pangkat, membesarkan gaji, tapi tidak mengenal Allah, derhaka dengan Allah, derhaka dengan ibu bapa, khianat, bakhil, gila kuasa, mabuk dunia, lupa akhirat, maka ilmu itu adalah ilmu yang salah atau ilmu yang telah disalahgunakan dan tidak memberi manfaat.


Salam Perjuangan !


Wednesday, February 15, 2012

Alasan Wanita Tidak Menutup Aurat !

Alasan Wanita Tidak Menutup Aurat !

Ini balut aurat, bukan tutup aurat

Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal. Tapi jangan pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat, orang buat dungu je.


Apabila kita nasihat golongan wanita yang tak nak tutup aurat ni, pelbagai alasan dikemukakan, tapi alasan tu amat mudah dipatahkan, semudah ABC. Berikut meruapakan alasan-alasan terlebih pandai orang yang taknak tutup aurat:


1. "belum sampai seru" - padahal seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas


2. "gatal kepala bila pakai tudung" - dan malas syampoo rambut, salahkan tudung.


3. "nak pakai macam mana lagi?" - dia letak akal dia sebagai standard, bukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau letak akal manusia sebagai standard, baik bogel je. Seni katakan...


4. "Dosa masing-masing, kubur lain-lain" - masalahnya nanti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang nak kena mandikan, kafankan, solatkan, dan tanamkan.


5. "belum bersedia" - zaman Nabi SAW, setelah turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil kain-kain yang ada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang BERSEGERA MELAKSANAKAN SYARIAT.


Apa pun, jom tengok gambar di bawah. Moga-moga yang belum tutup aurat tu dapat semangat bila tengok gambar ni. Mereka dalam gambar ni menutup aurat tanpa sebarang alasan dalam keadaan susah dan senang!!! Memang tabik spring kat depa!!! Semoga Allah meredhai mereka. Amin...










+++++



وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". [TMQ an-Nur (24):31]


Salam Perjuangan !

Thursday, February 2, 2012

13 Hikmah Dalam Berdakwah



ALLAH SWT berfirman :



"Hendaklah(wajiblah) ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang memperoleh kemenangan (kebahagiaan)."
(Ali Imran : 104)

Jelas dalam ayat di atas bahwa kemenangan hidup yang sebenarnya hanya dapat dicapai dengan melakukan jihad fisabilillah. Jihad yang dimaksudkan ialah menyeru (berdakwah) kepada manusia supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Bila kerja itu dilakukan dengan betul,sebagaimana yang ditunjukkan ALLAH dan Rasul, maka sebagai hasilnya akan diperoleh kejayaan dan kemenangan hidup.

Sebaliknya kalau jihad itu dikerjakan tapi tidak mengikuti syarat dan peraturan yang dikehendaki Islam maka bukan saja tidak memperoleh kemenangan, tapi akan rugi dan sia-sia. Jadi kita mesti berhati-hati. Kita mesti tahu bagaimana caranya hendak berdakwah.
Untuk itu ada sepotong ayat Al Quran yang dapat dijadikan panduan :



"Serulah(semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan antah(berbahaslah) dengan mereka dengan cara yang paling baik. "
(An Nahl : 125)

ALLAH memerintahkan kita bersikap hikmah dalam berdakwah. Dan dalam mempraktekkannya Rasulullah telah melakukan perintah itu sepenuhnya. Apa dan bagaimanakah hikmah yang dimaksudkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya itu?


Ada orang yang berkata, hikmah ialah pandai mengambil hati. Untuk itu kita mesti mengikuti lebih dahulu apa kemauan mereka. Kalau mereka suka main bola kita main bola juga. Kalau mereka gemar menonton, kita ikut juga. Konon lama kelamaan orang itu akan ikut pada Islam. Betulkah cara demikian? Bagaimana kalau orang yang hendak didakwahi itu gemar minuman keras dan main perempuan? Apakah kita boleh ikut minum dan berzina?
wal'iyazubillah.


Sebenarnya hikmah mempunyai pengertian yang tersendiri dan mencakup banyak bidang, seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Secara ringkas kita petik sepotong hadist untuk menjelaskan maksud keseluruhan dari perkataan hikmah itu.



Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Hai Mu'adz, saya berwasiat padamu, agar kamu bertakwa kepada ALLAH, benar dalam berkata-kata, menepati janji, menunaikan amanat, meninggalkan khianat, menjaga tetangga, belas kasihan kepada anak yatim, manis dalam berbicara, menyebarkan salam, bagus dalam bekerja, sedikit berangan-angan, mempertahankan keimanan, berusaha untuk menjadi pandai (dalam memahami) Al Quran, cinta akhirat, takut hari hisab (perhitungan amal pada hari kiamat) dan merendahkan diri.
Saya melarang mu memaki-maki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang benar, mengikuti orang yang berdosa, melawan pemimpin yang adil atau membuat kerusakan di bumi.
Saya berwasiat lagi padamu supaya kamu bertakwa kepada ALLAH dengan menjauhkan diri dari menyembah batu, pohon dan benda apapun.
Hendaklah kamu memperbaharui taobat setiap melakukan dosa. Dosa yang rahasia hendaklah bertaobat dengan rahasia dan dosa yang terang-terangan, hendaklah bertaobat secara terang-terangan. "
(Diriwayatkan oleh Abu Na'im dan Baihaqi)

Secara terperinci, hikmah sebenarnya perlu dipraktekkan dalam berbagai peringkat dakwah. Di antaranya ialah hikmah dalam :
Berbicara/berdakwah/ berceramah.

Memilih judul.

Memahami kedudukan masyarakat.

Mengamalkan Islam.

Bergaul dengan masyarakat.


Supaya satu bidang itu dipahami dan dapat dilaksanakan dengan betul, rasanya perlu diuraikan secara ringkas :

1. Berbicara

Ketika berdakwah kepada manusia, baik dalam bentuk berbicara, berceramah atau bertanya jawab tentang Islam maka sikap hikmah yang mesti ada ialah:
Bahasanya jelas, mudah, lembut, lancar dan enak didengar. Elakkan dari perkataan yang kotor, keras dan kasar. Bagaimanapun kita diperbolehkan menegur atau mengajar dengan nada yang kasar, terutama pada orang fasik yang suka mentertawakan, mempermainkan atau menentang kita. Itu pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim pada kaumnya. Ucapannya itu diabadikan ALLAH dalam Al Quran :


"Cis, kamu semua ini, mengapa menyembah sesuatu selain ALLAH. Apakah kamu tidak mempunyai akal fikiran?"
(Anbiyaa' : 67)


Jangan melaknat (mengutuk), memarahi atau mengumpat seorang individu atau suatu kelompok sekalipun jelas bersalah. Pernah terjadi seorang khalifah bernama Ma'mun dinasehati dengan keras dan kasar sekali. Dengan tenang beliau menjawab, "Berlemah lembutlah wahai kawan. Sebenarnya ALLAH telah mengutus seorang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih buruk kelakuannya dari kelakuanku ini."
ALLAH berpesan:


"Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat dan takut. "
(Thaha : 44)

Dalam berdakwah kita hendaknya menyebut kabar gembira (surga) dan kabar duka (neraka) serta kubur dan hari kiamat. Juga menyebut tamsil (kiasan). Dalam Al Quran ALLAH sering menyebutkan tamsil, di antaranya Kalimah Tayibah dikiaskan sebagai pohon. Orang yang mengambil pemimpin selain ALLAH dikiaskan seperti laba-laba membuat rumah, yakni terlalu lemah. Sebutkan juga cerita-cerita yang sesuai, sebagaimana Al Quran juga banyak bercerita. Tinggalkan soal-soal khilafiah.

2. Hikmah dalam memilih tajuk (judul) yang sesuai untuk berdakwah

Kita dapat memahami dan dapat menyampaikannya sesuai dengan fikiran dan alam kehidupan pendengar. Isi mesti tepat dan sesuai dengan tajuk dan Islam. Jangan sampai bertentangan dan menyalahi syariat.

3. Hikmah dalam memahami kedudukan masyarakat

Caranya ialah mengetahui psikologi masyarakat, yakni tahu kegemaran, kebencian, kelemahan, keistimewaan dan lain-lain tentang keadaan lahir batin masyarakat yang kita hadapi. Tahu penyakit masyarakat sebagai sasaran utama untuk kita mengobatinya.

4.Beramal

Satu sikap yang mesti ada pada setiap pendakwah ialah beramal dengan apa yang dikatakan dan yang dikehendaki lslam. Seorang yang ikhlas berdakwah karena ALLAH, tidak akan berkata sebelum ia sendiri melaksanakannya. Sebaliknya seorang yang berdakwah karena suka-suka, itulah yang bersikap, 'bicara tidak serupa dengan perbuatan'. Hal itu akan mendapat kemurkaan dari ALLAH SWT. Firman-Nya dalam Al Quran bermaksud:



"Hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."
(As Shaf: 2)


Karena itulah Rasulullah SAW memperingatkan Sayidina Ali dengan sabda baginda:



"Hai Ali, apabila seorang alim itu tidak bertakwa, bicaranya di hati manusia bagai air hujan yang jatuh ke atas batu yang licin atau ke atas telur burung kasuwari (tidak berbekas )."

Karena itu setiap pendakwah mesti memastikan bahwa dia telah beramal. Jika tidak, hendaklah ia bimbang dan takut akan kemurkaan ALLAH.

5. Bergaul dengan masyarakat

Hikmah bergaul ialah berakhlak, yakni sopan-santun, lemah lembut, dan ramah-mesra. Untuk menawan hati orang, bukan dengan kelakuan jahat, perangai buruk, bengis dan marah-marah. Orang akan benci dan menghina kita, sekalipun banyak ilmu dan kuat ibadah. Sebaliknya dengan kasih sayang, kemesraan, budi bahasa dan akhlak mulia, kekerasan, keangkuhan dan kemungkaran akan tunduk, mengalah dan menyerah. Rasul dan nabi semuanya dihias dengan akhlak dan budi pekerti, sebagai senjata untuk mematahkan kekerasan umat. Sebab itu kita juga mesti mengikuti jejak langkah mereka.


Sebagai panduan untuk mengingatkan kita tentang sikap dan perkataan Rasulullah SAW ketika baginda berjuang menghadapi kaumnya.


Dalam satu medan perjuangan seorang musyrikin mendapat peluang untuk membunuh Rasulullah. Dia berdiri tepat di atas kepala Baginda Rasul dan dengan pedang terhunus. Kemudian dia mengejek, "Siapa lagi yang dapat menghalangi aku dari membunuh engkau?" Rasulullah dengan tenang menjawab, "ALLAH!" Gemetar tangan musuh ALLAH itu ketika mendengar jawaban Rasulullah hingga terlepaslah pedang yang dipegangnya. Rasulullah mengambil pedang itu sambil berdiri, baginda bertanya, "Siapa yang akan menyelamatkan kamu sekarang?" Dengan penuh ketakutan lelaki itu menjawab, "Bunuhlah aku!" Rasulullah membalas, "Katakan olehmu Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan rasulullah." "Tidak!" jawab lelaki itu. "Tetapi percayalah mulai hari ini aku tidak akan memerangi tuan dan tidak akan membantu orang-orang yang memerangi tuan".


Dengan kasih sayang Rasulullah melepaskan orang itu. Dia pergi pada kaumnya yang menyaksikan kejadian itu. Ketika dia dikerumuni, lahirlah kata-kata ini dari mulutnya, "Tuan-tuan, saya baru saja bertemu dengan seorang manusia yang paling baik di antara seluruh manusia."

Itulah pengakuan musuh. Dengan perkataan itu saya kira kaum muslimin telah mendapat dukungan moral yang besar nilainya. Hati musuh telah diganggu dengan persoalan, "Kenapa aku mesti memusuhi dan membunuh orang-orang yang sebaik mereka?" Itu sebenarnya akan melemahkan kesungguhan berperang, dan akan manjadi satu sebab kekalahan mereka.


Demikianlah peranan akhlak. Merupakan kekuatan utama yang ketajamannya melebihi mata pedang. Sebab itu Rasulullah membawa dan menggunakannya dimana-mana dan kapan saja. Bukan hanya sekali baginda diancam, dihina, dan diperlakukan secara kasar oleh musuh. Dan setiap kali itu terjadi, baginda sabar. Sahabat yang menyayangi baginda mau membelanya dan selalu minta izin untuk bertindak, "Izinkan kami ya Rasulullah untuk memenggal leher mereka." Apa jawab baginda? "ALLAH merahmati saudaraku Musa. Karena dia lebih banyak disakiti dari yang ku alami ini, tapi dia tetap bersabar. "


Salam Perjuangan !

Monday, January 30, 2012

Islam Agamaku,Melayu Bangsaku,Malaysia Tanah Airku !






Seorang penyair Islam iaitu Muhammad al-Fituri telah menyusun satu madah seolah-olah bicaranya dengan Rasulallah Sallallahu’alaihi wasallam yang berbunyi: "Duhai Nabiku… ke atas mu seafdhal salam ku sampaikan, dari umat yang kehilangan, dicampak tamadun barat yang sesat. Duhai Nabiku… sejak kita timbus lautan dengan ampangan, kami semua mati, dada kami dipijak ternakan Yahudi."

BEGITULAH untaian syair rintihan daripada seorang umat kepada nabinya demi menyatakan keadaan umat Islam sekarang. Lebih menyedihkan, survival umat Islam kini semakin terancam dengan pelbagai tekanan yang dihadapi terutama yang datangnya daripada musuh-musuh Islam yang sentiasa melaungkan slogan permusuhan terhadap Islam dan umatnya. Peperangan di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Kashmir, persengketaan agama di Indonesia dan lain-lain tempat, masih lagi berlanjutan hingga sekarang. Ditambah pula dengan penderitaan rakyat Palestin yang kita sendiri tidak tahu bilakah kesudahannya, semuanya menggambarkan kepada kita betapa umat Islam kini sedang berhadapan dengan tentera-tentera salibiyah abad baru yang bukan sahaja cuba untuk menjajah bumi umat Islam, tetapi lebih daripada itu, mereka berusaha menjajah aqidah umat Islam.

Kalau kita membaca di dalam kebanyakan buku-buku sejarah yang ditulis oleh orentalis, ataupun penulis yang telah menerima didikan Kristian barat, mereka menekankan bahawa faktor pasaran perdagangan menjadi motif utama penjajahan barat ke atas negara-negara di timur. Perkara inilah yang sentiasa disogokkan di sekolah-sekolah sebagai bahan pelajaran sejarah. Namun, jika diteliti dengan mendalam, tujuan sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata umat Islam ditanah jajahannya, seolah-olah kedatangan mereka bukan sebagai musuh.

Mengikut kajian ahli sejarah yang sebenar, permusuhan kafir barat terhadap umat Islam pokoknya adalah disebabkan oleh faktor aqidah dan keagamaan, adapun faktor politik dan ekonomi itu hanyalah faktor sampingan. Di antara bukti-buktinya kita dapati dalam senikata lagu peransang peperangan bangsa Itali yang berbunyi :
"aku berangkat ke Tripoli dengan riang dan gembira… agar aku dapat mempersembahkan darahku, buat menghancurkan umat Islam terkutuk, akan ku perangi agama Islam, akan ku harungi peperangan sepenuh hati, untuk membanteras al-Quran… kalau orang bertanya kepadamu ibu, mengapa ibu tidak bekabung dengan kematiaanku? Maka jawablah wahai ibu… demi matiku dalam memerangi agama Islam."Yang mana akhirnya bangsa Itali telah berjaya menakluki kota Tripoli pada tahun 1911.


Bukti kedua ialah petikan daripada ucapan bekas ketua perancang Kementerian Luar negara Amerika, katanya: "… wajib kita sedar bahawa pertikaian antara kita dengan dunia arab bukan sahaja perselisihan antara manusia dan negara, akan tetapi adalah perselisihan antara tamadun Islam dan Kristian. Pertikaian ini sudah lama sejak abad pertengahan hingga sekarang, hanya caranya sahaja yang berlainan…"

Dengan dua petikan tadi jelaslah bahawa tujuan penjajahan Yahudi dan Nasrani khususnya di timur tengah adalah untuk menghancurkan Islam, malah penubuhan negara haram Israel juga adalah sebahagian perencanaan mereka. Kita tidak pernah lupa akan apa yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Britain yang berketurunan Yahudi bernama Gladstone, yang mana dia berucap: "… menghapuskan Islam adalah suatu kewajipan, selagi al-Quran berada di tangan orang Islam, maka selama itu Barat tidak berupaya menguasai Timur."

Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya akan memandang Islam dengan pandangan permusuhan, penuh kedengkian dan kefanatikan, malah mereka seia sekata dalam gerakan menghancurkan Islam serta merosakkan umatnya. Sesungguhnya amat benar dan amat tepatlah firman Allah subhanahu wa taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:"orang Yahudi dan Nasrani tidak merasa redha dan senang kecuali setelah engkau menurut cara hidup mereka."



Kita pernah diperingatkan oleh Ketua Pengarang majalah al-Alam al-Islami dalam tulisannya, yang menyatakan: "bahawa dunia Masihi biarpun daripada bermacam-macam asal-usul dan bangsanya, kesemuanya adalah musuh yang menentang dan memerang Timur umumnya dan Islam khususnya. Semua negara Nasrani bermuafakat untuk menghancurkan kerajaan Islam dengan jalan apa sahaja yang dapat mereka lakukan."


Selain Yahudi dan Nasrani, komunis juga turut memerangi Islam, ini dapat kita lihat dalam kenyataan yang dibuat oleh ketua pengarang sebuah akhbar komunis pada tahun 1952 dengan katanya: "… adalah satu perkara yang mustahil untuk dapat teguhnya ajaran komunis sebelum terhapusnya ajaran Islam sampai keakar-umbinya."

Oleh itu musuh-musuh Islam terus menerus menyusun rancangan bertujuan untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Pertama, rancangan mereka adalah untuk menghapuskan sistem pemerintahan Islam. Rancangan itu disusuli dengan gerak kerja sehingga jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah yang terakhir di Turki pada tahun 1924.

Seperti mana yang terpahat dalam catatan sejarahnya, pada abad ke-16 Turki merupakan sebuah kerajaan Islam yang terbesar menguasai dan memerintah Jazirah Arab hingga ke sempadan Eropah iaitu Afrika Utara dan Morocco serta sebahagian negara-negara Eropah barat yang terkenal sekarang dengan nama Romania, Bulgaria, Yunani, Yugoslavia dan Hungary. Mereka menjadikan Laut Hitam dan Laut Mediterranean sebagai lautan Islam malah ketua-ketua negara digelar Khalifah. Pada ketika itu kerajaan Bani Uthmaniah amat ditakuti oleh negara-negara Eropah dan kaum Masihi barat.

Namun, oleh kerana pemimpin Bani Uthmaniah ketika itu leka dan lalai hingga tenggelam dalam lautan kemewahan hidup, dan telah mabuk dengan segala macam kesenangan dan kenikmatan duniawi, maka akhirnya jatuh kerajaan Islam satu persatu ketangan penjajah Barat, sehingga diadakan perjanjian damai yang terkenal dengan persidangan Luzan. Dalam perjanjian itu, Inggeris telah mensyaratkan beberapa syarat kepada kerajaan Turki, jika hendak daerah-daerah yang dijajahnya dikembalikan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Hapuskan Khilafah Islamiyah ; usir khalifah dari Turki yang mana akhirnya dilaksanakan oleh anak didik Barat bernama Mustafa Kamal Atarturk.

2. Turki mesti membasmi semua gerakan yang dilaksanakan oleh penyokong-penyokong khalifah.

3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam.

4. Turki dipaksa mengambil satu perlembagaan moden Barat bagi menggantikan perlembagaan yang berlandaskan Islam.

Begitulah yang telah tercatat dalam sejarah umat Islam. Oleh itu, dalam kepantasan perjalanan kita menuju ke hadapan, yang kadang-kadang meletihkan, rupa-rupanya amat perlu juga kita menoleh ke belakang, ke dalam lipatan peradaban yang kita warisi, untuk mencari semangat, kekuatan dan pendekatan baru. Mulianya umat Islam apabila Islam diamalkan dan hinanya umat Islam apabila Islam ditinggalkan.

Marilah kita bersatu menyusun langkah kita untuk membawa umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seterusnya mendaulatkan kembali agama ini. Jangan kita rasa berputus asa dan bersedih kerana Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang ingin menolong agama-Nya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 104 yang bermaksud:"Janganlah kalian berhati lemah menghadapi musuh. Jika kamu menderita, musuh-musuh juga menderita seperti derita mu itu, bahkan kamu masih punya harapan daripada Allah, apa yang mereka tidak punya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menghubungkan kembali umat Islam dan negara-negaranya yang telah diputuskan oleh penjajah dan menukar perlembagaan ciptaan Barat kepada perlembagaan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Sesungguhnya tugas ini masih belum selesai sehingga hari kiamat seperti kata penyair Iqbal:"Jangan menyangka bahawa tugas pembawa bejana itu telah selesai, kerana anggur itu masih punya seribu perahan lagi yang belum disentuh."

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungkan firman Allah Taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadikan agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."


Salam Perjuangan !