Showing posts with label kehebatan rasullah. Show all posts
Showing posts with label kehebatan rasullah. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Rahsia mengapa Rasulullah SAW sentiasa sihat



Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus “berhubungan” dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan “al-hafidz al-amin”, kerana boleh menyembuhkan luka bakar.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ‘, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!
Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.

Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata “at-thin” hanya ada satu kali, sedangkan kata “az-zaytun” di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan “ahsani taqwim”, atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.
Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.

Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti “.
Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.

Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!”. Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.




Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !

Sunday, August 21, 2011

Umat Kristian Akan Memeluk Islam Di Akhir Zaman


Umat Kristian Akan Memeluk Islam Di Akhir Zaman

“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. |HR Thabrani dari Aus bin Aus|

Turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman nanti akan merubah banyak perkara terutamanya mengenai fahaman agama Kristian. Baginda akan menjadi pemimpin dunia dan akan membawa penganut agama Kristian kembali kepada Islam dengan menyatakan bahawa baginda adalah seorang Muslim dan menganut agama Islam. Baginda akan memperbetulkan kembali fahaman mereka yang telah lama di sesatkan oleh kuncu-kuncu The False Messiah. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi a.s., kedua ialah kepulangan Nabi Isa a.s., dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab; ”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. |HR Muslim dan Ahmad|

Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Isa a.s. berasal dari bangsa Yahudi dan diturunkan untuk berdakwah kepada mereka. Ketika itu baginda menyebarkan dakwah menggunakan kitab injil yang menyeru kaum baginda menyeru Tuhan yang satu, iatu Allah S.W.T. Di akhir zaman baginda akan memperbetulkan kembali fahaman penganut agama Kristian yang selama ini ditipu oleh kuncu-kuncu The False Messiah, bahawa tiada utusan terakhir selapas baginda. Kini baginda akan mengajak penganut agama Kristian kembali kepada Islam. Nabi Isa a.s. akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya atau tidak? Jika mereka beriman maka mereka wajib menuruti perintah Al-Quran serta mempercayai bahawa Rasulullah S.A.W merupakan utusan yang terakhir dan Nabi Isa a.s bukanlah anak Tuhan ia hanya utusan Allah.


“Demi yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upeti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” |HR.Bukhari, Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah|

Kita akan menunggu kepulangan Nabi Isa a.s. Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka sudah pasti akan risau melakukan sesuatu yang menyalahi ajaran baginda dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut. Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Isa a.s sendiri yang memberitahu akan perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, Al-Quran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh Umat Kristian akan menerima Islam.

Sesungguhnya tiada dari kalangan Ahli Kitab melainkan akan beriman dengannya (Nabi Isa a.s) sebelum matinya, dan pada hari Kiamat dia akan menjadi saksi kepada mereka |Q.s An-Nisaa: 159|

“apabila Umat Kristian dan Islam sedia untuk bersatu”
Kesemua kesangsian akan terhapus dan umat Kristian akan memeluk dan menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi isa a.s akan memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu
“Ya, kamu harus menjadi seorang Muslim; aku juga seorang Muslim dan kamu harus mentaati Al-Quran.”
Umat Kristian yang beriman kepada Nabi Isa a.s tidak akan membantah malah melakukan perkara ini kerana taat kepada Nabi Isa a.s. Namun mereka akan merasa senang apabila Nabi isa a.s. sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.


Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu a’lamu bishowab.

Thursday, August 18, 2011

Jubah milik nabi Muhammad S.A.W

Jubah milik nabi Muhammad S.A.W
Jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW. Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar penonton dapat melihat betapa besarnya jubah Nabi Muhammad SAW.



Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.



Di Istambul banyak sekali peninggalan Nabi dan para sahabatnya yang sampai kini dapat dilihat.



Jubah Nabi Muhammad ini disimpan di ruangan khusus dan ditutup dengan kotak kaca.

Saiz manusia semakin kecil.Lihat saiz jubah rasulullah..

Tanda kekuasaan Allah di Masjid Nabawi


Tanda kekuasaan Allah di Masjid Nabawi






SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Monday, August 15, 2011

Lima Perkara Dalam Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Lima Perkara Dalam Mimpi Nabi Muhammad S.A.W






Salam Perjuangan..

Untuk hari ini, di tengahari ini, saya ingin sekali berkongsi satu cerita ini, mungkin agak panjang ..

Mari sama-sama kita ambil pedoman dan panduan dari cerita ini.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba...

bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Baca selengkapnya: Kisah Lima Perkara Dalam Mimpi Nabi Muhammad S.A.W |

Wednesday, July 20, 2011

Jejak Kenabian

Sunnah Rasulullah, Cara Terbaik Jejak Kenabian





Bismillahirrahmanirrahim, sunnah rasulullah saw ni adalah satu perkara yang mesti diketahui oleh para muslimin dan muslimat. Kerana ia menunjukkan bahawa kasih dan sayang kita kepada baginda.


Hari ini, kita akan membincangkan mengenai sunnah rasulullah saw. Mengapa perlu kita mengetahui sunnah baginda?. Kerana ianya menunjukkan betapa kita menyayangi baginda sebagai nabi kita dan mengakui bahawa itulah cara kita mencintai baginda Muhammad SAW.

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan
Terdapat banyak sunnah rasulullah jika kita teliti dalam kehidupan harian kita. Saya nak bermula dengan cara makan. Nabi Muhammad SAW, menyarankan agar memakai tiga jari dalam apa apa jua makanan. Ini menunjukkan sifat keperibadian seseorang dan merupakann salah satu cara untuk berdoa mendapat sifat kehambaan. Sekiranya makan dengan 5 jari, di namakan rakus, makan dengan 4 jari, namanya tamak, makan dengan 2 jari, namanya sombong dan makan dengan 1 jari, maknanya mencela. Jadi kita pilih sunnah rasulullah, iaitu makan dengan tiga jari.

Sunnah rasulullah dalam kehidupan yang lain adalah cara tidur. Baginda tidur mengiring ke sebelah kanan. Mengapa baginda tidur mengiring ya? Supaya senang nak berjaga malam. Dengan mengiring ke kanan, ia akan melambangkan satu posiisi kalimah “Muhammad”. Cuba korang tidur, tangan tu letak bawah pipi, dan korang akan nampak badan korang membentuk perkataan “Muhammad” dalam jawi.


Sunnah Rasulullah saw dalam ibadat
Dalam ibadat juga, kita dapat mengikuti sunnah rasulullah saw demi mengikuti jejak baginda. Lihat mengapa sunnah rasulullah memakai serban. Serban ni selain menimbulkan kewarakan, mengikuti jejak nabi, secara sains nya ia dapat merangsang neuron neuron dalam otak. Ini menjadikan kita lebih cerdas. Lihat, bagaimana orang jepun dah pun mengamalkan sunnah rasulullah saw secara tak sengaja. Diorang akan ikat satu kain di kepala jika diorang bekerja keras.

Kita lihat pula bagaimana rasulullah saw berdoa. Caranya khusyuk, tawaduk, bersifat hamba, dan menadah tangan. Jadi, berdoalah dengan menadah tangan, sambil menunduk kebumi, tanda kita ini hamba yang hina.

Sunnah Rasulullah SAW
Kadang kadang saya bengang orang yang memandang serong kepada orang yang mengamalkan sunnah nabi ni. Bukan orang kafir, tapi orang islam sendiri pun rasa cam tak selesa nak amalkan sunnah. Sedih saya tengok. Saya amalkan sunnah rasulullah dalam kehidupan harian seperti makan pakai tangan

Tak pasal pasal mereka kata saya orang kampung, makan pakai tangan ni tak best la, kotor la. Masya ALLAH, tapi bila kita nak menyampaikan sesuatu, kita kena berhikmah. Ikut sunnah rasullullah dalam berdakwah. Jadi, senyap sahaja. Bukan bermakna bacul, tapi diam yang berhikmah..

Semoga kita terus mengikut tapak nabi SAW dari belakang, kerana kita Umat nya, dan Hamba kepada ALLAH.