Showing posts with label merdek. Show all posts
Showing posts with label merdek. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Dilema Perjuangan Islam



“Kita tidak akan berjaya dengan kepimpinan seperti yang ada hari ini. Saya tidak berpuas hati. Saya nak berundur“, keluh seorang ahli gerakan Islam.

“Agenda kami adalah untuk mengekalkan perbezaan di antara kami dan kamu“, tegas seorang ahli gerakan Islam yang lain.

“Ana tidak mahu terlibat dengan usrah seperti ini. Kenapa mesti Tauhid yang tiga ini? Di mana Sifat yang 20 itu? Silibus ini silibus Wahabi!”, marah seorang lagi ahli sebuah gerakan Islam.

Hairan.

Selepas begitu lama berjuang dan begitu banyak idea dan teori dikupas, gerakan Islam hari ini masih tidak berganjak secara yang signifikan di dalam gerak kerja mereka. Malah sering pula kelihatan berundur atau memutar pusingan yang sama.



MASALAH ILMU?

Apakah gerakan Islam hari ini tidak cukup ILMU? Adakah persoalan hari ini merupakan persoalan ILMU?

Jika dahulu, mungkin. Penyertaan seseorang di dalam gerakan Islam adalah bermotifkan amal. Mereka mahu bekerja, dan melakukan sesuatu untuk membantu agama. Lantas generasi era itu tidak banyak bertanya. Mereka tidak begitu mementingkan TAHU terhadap ILMU sebanyak-banyaknya, kerana terbukti bahawa tahu banyak, tidak semestinya menghasilkan kerja dan sumbangan yang banyak.

Lantas di suatu ketika, gerakan Islam tidak kisah sangat jika ada pendukungnya yang tersilap memahami beberapa aspek nas. Jika ada ahli yang meletakkan maksud Wala’ pada konteks yang salah, atau memahami konsep Jamaatul Muslimin secara simplistik atau silap, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana yang semua itu hanya PROSES. Apa yang perlu diutamakan adalah OUTPUT, iaitu AMAL. Kerja! Selagi mana ahli gerakan Islam bekerja, maka maksud penglibatan mereka sudah tercapai.

Maka usaha pembetulan tasawur itu menjadi agenda perkaderan biasa. Sesekali pemimpin dan alim ulama yang sedar akan menegur. Tidaklah sampai jadi satu isu.

Apatah lagi untuk sebuah gerakan Islam yang membuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. Ada profesor universiti, ada juga penarik beca dan si buta huruf. Semuanya berkumpul di dalam gerakan Islam ini untuk memberikan suasana yang realistik terhadap realiti masyarakat. Ia tidak mencipta realiti alternatif.

Tetapi kesan keterbukaan ini, susahlah hendak mendidik ahli dan pendukung. Ada ahli yang masuk ikut pintu politik, dan ada juga yang masuk ikut pintu Tarbiyah. Pemimpin gerakan Islam bekerja keras untuk memanfaatkan kesemua kategori ahlinya ke arah yang sama, bekerja untuk Islam. Tidak semua kerja gerakan Islam boleh dibuat oleh ‘orang Tarbiyah’. Selalu sahaja orang yang banyak ilmu, berat untuk memanjat tiang menggantung poster dan bendera. Dalam masa yang sama banyak juga kerja gerakan Islam tidak boleh dilakukan oleh ‘orang yang masuk ikut pintu politik’. Membahaskan polisi gerakan Islam, hala tuju dan muhasabah dari semasa ke semasa, memerlukan kepada ILMU yang mantap. Lantas keterbukaan gerakan Islam untuk menerima ahli daripada lapisan yang pelbagai, melengkapkan rumusan keahlian.

Generasi Mahu Tahu

Namun, zaman kurang memberikan perhatian kepada selok belok ILMU tentang PROSES, sudah berubah. Hari ini, generasinya mahu TAHU. Tahu sebanyak mungkin. Mereka mahu tahu semua perkara, sebelum mereka membuat keputusan untuk mendukung perjuangan Islam.

Ia suatu perkembangan yang baik.

Makin mahu tahu, makin tinggilah desakan untuk memperkemaskan aspek ILMU.

Faham-faham yang cincai tidak lagi boleh diangkat sebagai rukun komitmen yang pertama. Kena faham benda yang betul ini, betul-betul.

Ilmu Punca Masalah

Tetapi, tahu banyak, tidak menyelesaikan masalah gerakan Islam. Malah kelihatannya seperti tambah menyulitkan keadaan. Maklum sahaja, ILMU memang boleh membawa kepada kebaikan, tetapi ILMU juga punca manusia melampau dan hilang resmi padi.


Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan ILMU yang ada pada mereka; dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu. [Surah Ghafir 40: 83]

Ilmu sepatutnya memudahkan manusia mencari kebaikan dan kebenaran. Tetapi terbukti ilmu juga pernah menjadi punca kesombongan manusia.

Untuk tetap istiqamah di jalan perjuangan, pendukung gerakan Islam sudah pun diberi ingatan.

Al-Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah telah menukilkan bahawa al-Hasan rahimahullah, telah berpesan:

“Sesungguhnya agama itu telah dijadikan Allah di antara DUA JANGAN iaitu “Janganlah kamu melampau” dan “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”.

Pesan ini merujuk kepada firman Allah SWT yang mendefinisikan maksud Istiqamah iaitu:

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [Huud 11: 112-113]

Ketika berjuang untuk Islam, jangan melampau!

Terbukti golongan pelampau inilah yang kemudiannya gugur. Mereka yang dahulunya berminat dengan perbuatan kutuk mengutuk hingga ke tahap kafir mengkafir, membenci subjek kebencian secara berlebihan, hingga mengheret hawa nafsu dalam ‘perjuangannya’, mereka ini jatuh sendiri kerana mereka lupa bahawa agama yang diperjuangkannya itu, dijadikan Allah di antara ‘dua jangan’!

Dan salah satu punca kepada sikap melampau itu adalah ILMU, selain harta [Al-'Alaq 96: 6-7] dankekuatan / kuasa [Fussilat 41: 15]

Apabila seseorang itu melampau di dalam perjuangannya, dia terjebak pula kepada JANGAN yang kedua. Jika dahulu dia melampau-lampau dalam menegur dan menentang pemerintah yang dikecam zalim, pelampau ini pula yang melompat dan menjadikan dirinya sebahagian daripada manusia zalim itu tadi.

Sufyan al-Thauri rahimahullah pernah ditanya oleh seorang lelaki. Katanya, “aku menjahit pakaian untuk si zalim itu, apakah aku termasuk di dalam golongan yang cenderung kepada kumpulan manusia zalim itu?” Sufyan menjawab, “Tidak, bahkan engkau sendiri adalah termasuk di dalam golongan yang zalim. Orang yang cenderung kepada golongan yang zalim itu adalah mereka yang menjual jarum kepadamu agar engkau boleh menjahit. Mereka itulah golongan yang cenderung kepada kaum zalimin!”[Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah, muka surat 155]

Nyata sekali, masalah utama gerakan Islam bukanlah pada ILMU kerana hari ini kita semakin TAHU dengan ILMU itu.

Malah lebih ironi, pengetahuan yang semakin bertambah itu, tidak menjadikan hasil kerja semakin bertambah. Kita memang tidak bertindak berasaskan apa yang kita TAHU, sebaliknya digerakkan oleh apa yang kita MAHU. Maka ilmu yang memberitahu semata-mata, tidak membantu gerakan Islam!

MASALAH KEMAHIRAN?

Jika ILMU bukan masalah utama gerakan Islam, maka bagaimana pula dengan kemahiran?

Ada gerakan Islam yang mahu mengekalkan method dakwah secara manual dan konservatif. Dakwah hanya dengan lisan, mengetuk pintu rumah ke rumah, seperti perlakuan dakwah di zaman Nabi s.a.w. Mereka ada justifikasinya yang tersendiri.

Manakala gerakan Islam yang lebih anjal, mencuba segala teknik dakwah dan menggarap sekalian kemahiran yang ada untuk menjayakan perjuangan Islam. Dari era penguasaan teknik menggunakan mesin taip, hinggalah kepada memanfaatkan teknologi ICT hari ini, gerakan Islam terus maju setapak demi setapak, malah menggusarkan saingan gerakan Islam yang lebih berminat untuk menyekat air seperti dinding empangan.

Pemerintah menggunakan segala akta, sedangkan maklumat dan ilmu terus percuma dan melanggar sekatan di era ledakan teknologi maklumat hari ini.

Kemahiran apakah yang tiada pada sebuah gerakan Islam? Segala macam kemahiran sudah diperolehi sama ada melalui pembelajaran, atau pun melalui penyertaan tenaga mahir itu sendiri ke dalam saf gerakan Islam.

Tetapi adakah kemahiran itu sudah menganjak gerakan Islam ke suatu peningkatan yang signifikan?

Kemahiran Syarat Kesempurnaan Taqwa

Kemahiran memang bukan persoalan yang kecil. Tatkala kumpulan pertama Islam cuba menundukkan Constantinople pada tahun 44H, mereka ada segala nilai Taqwa kerana Abu Ayyub al-Ansari dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum adalah generasi yang dididik sendiri oleh tangan Nabi s.a.w. Atas janji Rasulullah s.a.w terhadap pembebasan Constantinople, mereka pergi dengan keyakinan itu.

Tetapi mereka gagal. Salah satu faktornya berkait rapat dengan soal kemahiran. Mereka tidak mempunyai maklumat kajian yang cukup tentang kekuatan sebenar Constantinople. Mereka tidak biasa berperang di kawasan yang dikelilingi laut seperti Constantinople dan mereka tidak tahu teknik peperangan apakah yang menjadi pegangan kota yang mahu ditundukkan itu.

Mereka gagal.

Memperlengkapkan diri dengan ILMU dan MAKLUMAT adalah sebahagian tuntutan SUNNATULLAH.

Satu demi satu usaha dilakukan. Setiap kegagalan pertama menjadi teladan usaha berikutnya. Akhirnya kejayaan dicapai oleh insan biasa yang luar biasa, 800 tahun selepas era Nubuwwah, apabila Constantinople kecundang di tangan Sultan Othmaniyyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857H (1453M) dan tenteranya.

Gabungan komitmen mereka terhadap SYARIATULLAH dan SUNNATULLAH, telah melayakkan mereka untuk membuat anjakan dunia dengan pembukaan kota Istanbul, hari itu.

Keperluan bagi sebuah gerakan Islam untuk memperlengkapkan diri dengan ILMU dan KEMAHIRAN memang tidak boleh dinafikan.

Masih Belum Mahirkah Gerakan Islam Hari Ini?

Namun, kemahiran apakah lagi yang belum ada pada sebuah gerakan Islam? Kemahiran hari ini sudah mencecah tahap yang jauh terkehadapan berbanding dengan 50 tahun yang lalu.

Namun, sudahkah kemahiran itu menyumbang kepada peningkatan kualiti persembahan gerakan Islam secara yang signifikan?

Masih banyak persoalan yang timbul di sekitar isu ini.

Jika ilmu bukan isu utama, jika kemahiran bukan masalah pertama, maka isu apakah yang menyumbang kepada kelesuan gerakan Islam hari ini? Isu apakah yang menjadikan gerakan Islam terperosok ke dalam lubang kesilapan yang sama?

Jawapannya boleh dicari melalui persoalan-persoalan ini:
Apakah yang menjadi halangan kepada dua gerakan Islam untuk saling bekerjasama mencapai matlamat yang sama? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada ketidaksefahaman di antara sesama ahli gerakan Islam sehinga satu demi satu agenda perjuangan mati oleh perpecahan dalaman? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada satu demi satu ahli gerakan Islam bertindak secara reaktif, menterjemahkan rasa tidak puas hatinya bukan kepada menawarkan penyelesaian, tetapi pergi kepada membuka satu demi satu kelompok serpihan yang baru? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada gerakan Islam gagal mentadbir kemenangan dan gagal juga menghadapi kekalahan secara yang positif? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah punca, gerakan Islam yang sepatutnya bekerja untuk mengumpulkan manusia dan menjana mereka untuk bekerja demi Islam, masih terjebak ke dalam irama pertelingkahan manhaj, yang sudah berkali-kali merugikan masa dan tenaga Islam, sehingga gerakan Islam itu sendiri menaja perpecahan umat atau mereka sendiri turut berpecah? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah punca kepada gerakan Islam hingga lebih berminat untuk mengekalkan perbezaan, berbanding dengan penyelesaian?
Apakah punca yang menjadikan seorang yang berILMU dan berKEMAHIRAN tinggi, boleh bertindak dan bercakap seperti orang tidak berILMU dan berKEMAHIRAN rendah? Ilmu, kemahiran atau sikap?

Persoalan ini masih panjang, sepanjang sejarah gerakan Islam itu sendiri.

Oleh kerana saya benar-benar khuatir dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan itu tadi, saya cuba mengalihkan percakapan dan penulisan saya daripada soal menambah ILMU dan MAKLUMAT, kepada pembetulan SIKAP.

Amat malu bagi pendukung agenda sebesar AGENDA ISLAM, kalah oleh persoalan SIKAP yang terlalu asas dan mudah.

Betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.




Salam Perjuangan !

Tuesday, September 13, 2011

Siapa Namewee di Hati PM ?


Siapa Namewee di Hati PM ?

Menurut laporan akhbar China Press, Namewee kononnya mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada hari Sabtu (hari cuti) untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Motifnya untuk meminta bantuan agensi kerajaan untuk filemnya. Namun kesahihan laporan China Press boleh dipertikaikan dan motif Namewee pun nampaknya bermotifkan keuntungan peribadi.

Namewee masih lagi belum memohon maaf kerana menghina kesucian ibadah puasa dan memaki hamun guru besar pada tahun lepas (baca sini). Bukan itu sahaja, pages menghina orang Melayu masih lagi belum ditutup oleh Namewee di Facebook (baca sini). Pada 17 Mac 2010, Namewee pernah memohon dana kerajaan untuk buat filem (baca sini). Perlu diingat, Namewee masih lagi memohon maaf secara terbuka atas apa yang telah beliau lakukan.

Mengapa perlu diberi muka dan layanan istimewa kepada orang yang menghina azan Subuh, menghina orang Islam berpuasa, beraksi dengan isyarat lucah dan memaki hamun orang Melayu? Namewee hanya mahukan duit, duit dan duit. Kalau beginilah caranya layanan yang diberikan, apakah produser filem lain tidak menghadapi masalah untuk buat filem?

Rujukan : SINI

Sunday, August 28, 2011

Siapa Miliki Pulau Pinang ?


Siapa Sebenarnya Yang Mula-mula Menduduki Pulau Pinang? 


Mutakhir ini, terdapat usaha untuk menidakkan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang atau nama asalnya Pulau Kesatu bukanlah pulau kosong semasa 'dijumpai' oleh Francis Light, sebaliknya telah lama didiami oleh orang-orang Melayu sebelum itu. Fakta palsu yang mengatakan bahawa penempatan asal di Pulau Pinang terdiri daripada orang-orang British serta pendatang dari tanah Besar China amat-amat disokong khususnya oleh para chauvinist bagi meneruskan 'Ketuanan Cina' di pulau tersebut, terutamanya setelah timbul cadangan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan antara kaum-kaum tempatan. Idea untuk menunjukkan bahawa sesebuah kawasan di semenanjung dijumpai oleh British dan kaum-kaum lain termasuk Melayu sebagai pendatang sebenarnya berasal daripada Pemerintah Moden Singapura. Dilema Singapura yang merupakan 'sebuah pulau cina ditengah-tengah kepulauan Melayu' sebagaimana diakui oleh Lee Kuan Yew telah memaksa mereka merombak (atau mengubah?) pelajaran sejarah Singapura di sekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Singapura dijumpai dan dibuka oleh pihak British melalui Stamford Raffless, sementara kaum Cina, Melayu dan India di pulau tersebut semuanya adalah pendatang dari tanah besar masing-masing.
Walaubagaimanapun, penulisan ini bukannya mahu menceritakan mengenai Singapura (mungkin di lain waktu), sebaliknya mengenai pembukaan Pulau Pinang menerusi 2 sumber, yang mungkin tidak akan dipaparkan di media-media massa atas sebab-sebab tertentu. Maklumat alternatif ini tidak boleh dibiarkan untuk disimpan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikemukakan supaya masyarakat umum dapat berfikir dan membuat kajian serta penyelidikan sendiri untuk mengesahkan kesahihan fakta-fakta ini yang mungkin telah digelapkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.




1) Pembukaan Oleh Pembesar Dari Sumatera 

Penulisan bagi siri pertama ini akan memfokuskan terlebih dahulu kepada beberapa sumber yang menyatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh beberapa pembesar yang berhijrah dari Sumatera.

Daripada catatan seorang pengembara Inggeris, James Lancaster, menyatakan Pulau Pinang sebelum tahun 1591 didapati tidak berpenghuni, dipenuhi pokok Pinang dan hanya sesekali sahaja dikunjungi anak raja dari Kedah untuk berkelah dan bermain.

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seorang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi, berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749. Beliau berkata, tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.

Dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (Jambras) Jilid 7 keluaran 1929, ada catatan mengenai orang Melayu yang sudah membuka ribuan hektar tanah di Jelutong, Batu Lancang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua dan Sungai Nibong sebagai tempat kediaman serta kawasan pertanian lama sebelum Francis Light tiba.Daripada hasil kajiannya, orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang sebelum tahun 1786 sudah membentuk institusi sosial yang lengkap dan mempunyai ketua serta golongan ulama yang bertindak sebagai pemimpin agama serta kerohanian yang berpusat di masjid.

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera. Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak. Apabila beliau berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak. Selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui. Namun beliau akan terus mengkaji dan mendapatkan nama isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuklah Ahmad Murad dan Fazil sendiri yang merupakan sepupu merangkap waris generasi ke enam Dato' Jenaton.

Pada tahun 2002, sebuah persatuan tidak berdaftar yang dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton telah ditubuhkan. Salasilah keluarga ini juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail; dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh. Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz. Ahmad Murad serta Fazil merupakan Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan. 

Pada bulan November 2008 yang lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana. Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya. Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, iaitu Bapak M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung. Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton. Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil. Namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.
Sewaktu rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara, Medan, Indonesia, kumpulan ini turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati (Pegawai Daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs. Syarkowi Hamid. Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia."Berdasarkan salasilah, catatan dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama. Saya juga percaya melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka Pulau Pinang," ujar Arya. Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya. 

Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan tradisional dan moden. Justeru itu, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan. Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah pusara individu tersebut bersama adiknya, Setia yang terletak di Persiaran Minden 1, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu."Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya. Ketibaan Francis Light sendiri yang mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.






Bagaimanapun, menurut seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mahani Musa, yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada tahun 1795, Menurut catatan jurnal tersebut, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Acheh bergelar Dato' Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut. Malah catatan Francis Light sendiri menyatakan bahawa selepas empat hari beliau mendarat di Pulau Pinang, terdapat 30 penduduk Melayu yang memanggil tempat ini sebagai Tanjung Penaga. Menurut Dr. Mahani, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memperbetulkan tanggapan umum setelah ada penyelidik sejarah berjaya membuktikan bahawa Pulau Pinang sudah pun diterokai oleh orang Melayu sebelum kedatangan Francis Light. 

Kesimpulan

Penerangan daripada kedua-dua sumber tersebut jelas menunjukkan bahawa orang Melayu memang telah lama membuka dan menduduki Pulau Pinang sebelum kehadiran Francis Light. Adalah satu penghinaan apabila mengatakan Pulau Pinang dibuka oleh pihak British seolah-olah orang Melayu di tanah besar Semenanjung tidak menyedari kewujudan pulau tersebut, sedangkan sejak zaman Srivijaya lagi, pelaut Melayu telah belayar hingga ke pantai timur Afrika dan menjumpai Pulau Madagaskar (hingga kini keturunan mereka masih ada di sana dan dikenali sebagai orang Merina), tetapi logikkah sebuah pulau yang terbentang di hadapan mata tidak disedari atau diterokai?

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Pulau Pinang sebagai salah satu wilayah Negeri Selat, tidak seperti Dinding yang dipulangkan semula kepada Negeri Perak, diberikan status sebagai sebuah negeri tersendiri, biarpun masyarakat Melayu tidak lagi menjadi kaum majoriti di pulau tersebut. Ada pendapat yang mengatakan Pulau Pinang dibiarkan menjadi sebuah negeri yang tersendiri atas pertimbangan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, atas sebab komposisi penduduk Pulau Pinang yang lebih ramai bukan Bumiputera, dibimbangi akan menjejaskan keseimbangan penduduk di Negeri Kedah. Adakah Pulau Pinang akan dipulangkan kembali menjadi sebahagian daripada wilayah Negeri Kedah Darul Aman pada masa hadapan? Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..