Showing posts with label pejuang melayu. Show all posts
Showing posts with label pejuang melayu. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Siapa Pembela ISLAM ?




Semasa Ambiga Sreenavasan dan Bar Council memperjuangkan penubuhan Interfaith Commission - Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006; yang antaranya mendesak semua manusia, termasuk orang Melayu diberi kebebasan memilih agama termasuk murtad berdasarkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia, umat Islam-Melayu UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!

Semasa Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim membuat kenyataan di premis Gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya pada 03.11.2012 bahawa orang Melayu juga patut diberi kebebasan memilih agama, memberi makna orang Melayu yang ditafsir menurut Artikel 160 Perlembagaan sebagai wajib Islam boleh murtad; dia di apit oleh pemimpin kanan PAS! Umat Melayu-Islam terutama UMNO dan beberapa NGO bangkit bersatu menentang; tetapi PAS tidak!

Persoalannya: apakah perbezaan perjuangan Ambiga untuk IFC yang dahulu ditentang hebat oleh PAS dan UMNO; dengan kenyataan Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim yang tetap ditentang oleh UMNO tetapi PAS langsung tidak membantah, malah ada yang mempertahankan Nurul Izzah?

Siapa yang istiqomah dalam perjuangan? UMNO atau PAS?
Adakah cukop sekadar melabel diri dengan jenama Islam maka sudah dijamin masuk syurga?

Aamantu billah summastaqeem - beriman lah kepada ALLAH dan istiqomah lah!

Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha kalimah ALLAH digadai!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Islam dihina!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Melayu dihina!

Salam Perjuangan !!!

Sunday, March 31, 2013

Mari Kenali Ultrakiasu





Kiasu dalam dialek  Hokkien, bermakna fear of loosing, takut kalah atau mahu menang. Bila ditambah ultra kiasu bermakna, langsung tidak mahu kalah. Secara ekstrem, mahu menang sentiasa dalam apa jua keadaan. Siapakah mereka dalam konteks politik Malaysia?


Misalnya, DAP dan mereka yang sewaktu dengannya, mahu mengikuti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (KUAA), tetapi gelagat dan perlakuan mereka langsung tidak mencerminkan. Bila pemimpin mereka sebut sahaja mahu mengikuti KUAA, kita pun bertakbir Allahhuakbar. Sedarkah kita apa agenda mereka? Sejak dari dahulu lagi saya mendengar, PAS mendakwa ramai pemimpin DAP sudah cenderung kepada Islam atau mahu memeluk Islam. Mana dia?


Sehingga ke hari ini, bukan sahaja agama Islam tidak dipeluk, tetapi ditentang habis-habisan. Apabila mereka tersepit, perlu sokongan, maka ayat-ayat suci al-Quran dipetik dan diterjemahkan. Kita terpesona dan terus bertakbir, Allahhuakbar. Lalu, kitapun berkata, “tengok! DAP pun nak Islam, berbanding UMNO”. Kita gunakan ‘Islamnya DAP’ untuk menolak persaudaraan UMNO. Kita sanggup kafirkan UMNO, kononnya untuk mengIslamkan DAP.


DAP tidak ada pilihan untuk berkuasa, melainkan berkawan dengan PAS. DAP tidak mudah lunak dengan Islam, selagi orang Islam belum dapat ditundukkan. Hari ini, kita lihat siapa tunduk kepada siapa? DAP tunduk kepada PAS atau PAS tunduk kepada DAP. DAP menjadi lunak kepada PAS kerana PAS sudah semakin liberal dan terbuka. Jika PAS masih berpendirian seperti dahulu, mana mungkin DAP akan berkawan dengannya. Dahulu, pengikut PAS tidak pandai bertepuk tangan dalam majlis, tetapi semenjak berkawan dengan DAP, PAS bertepuk lebih kuat daripada UMNO.


Dahulu, sebut sahaja DAP, semua kafir. Tetapi sekarang, boleh pula menjadi kawan musafir. Maklumlah, bila menjadi musafir, semua ibadat yang ketat menjadi longgar. Dahulu tak boleh, sekarang boleh. Kalimah Allah, sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Semuanya gara-gara ultra kiasu. PAS gagal memahami antara prinsip dan budaya masyarakat Melayu.


KUAA melaksanakan Islam dalam pemerintahannya. Namun, apabila Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud, kaunter berasingan lelaki perempuan di pasaraya, saloon, dan sebagainya, semua ditentang. Pendek kata, apa jua agenda yang ada kaitan dengan Islam ditentang. Seolah-olah negara ini tidak ada asal-usulnya.


Pergilah ke manapun, serata ceruk rantau dunia. Apabila bangsa majoriti memerintah, mesti agenda bangsa dan agama mereka terserlah atau mengakar. Jangan pergi jauh, lihat di Thailand, agama Buddha, bahasa Siam dan raja Siam didaulatkan. Tidak ada pilihan, mesti diterima. Semua rakyat menerima, tanpa berbelah bahagi. Kenapa tidak dipertikaikan? Jika dipertikaikan maka dihumbankan ke penjara. Kita pula terlalu bertoleransi, atas alasan 1Malaysia. Apa lagi yang tinggal?


Terbaharu,  bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah Allah, semuanya ultra kiasu. Kenapa mahu berkongsi Allah? Sedangkan sebelum ini, mereka tidak pernah peduli dengan Allah? Apabila kita berdoa kepada Allah, mereka pertikaikan amalan ini, terlalu Islamik. Itulah protes yang saban kali kita dengar dan alasan mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Kenapa tidak sama-sama menadah tangan jika percaya kepada Allah? Apa makna agama Islam sebagai agama rasmi atau persekutuan jika inipun tidak boleh dilakukan?


Apa yang berlaku sekarang adalah kita hanya memberi hak kepada yang berhak. Kita langsung tidak mengambil hak orang lain. Kenapa perlu ditentang? Misalnya, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak.


Semua perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama. Jika dengan perlaksanaan hak-hak ini, bukan Islam hidup merana, miskin, agama mereka tergugat. kedudukan ini langsung tidak menggugat kedudukan mereka. Malah, mereka menjadi semakin kaya raya. Kerajaan tidak mengambil atau meminta sedikitpun secara kekerasan, kecuali cukai pendapatan, yang menjadi tanggungjawab semua warga. Terbaharu, dari 14 orang terkaya di negara ini, 10 Cina, 3 Melayu dan 1 India. Tidak ada seorangpun bumiputera Sabah Sarawak tersenarai. Tanyalah mereka yang kaya raya ini, ke manakah wang mereka disimpan? Dalam negarakah atau luar negara? Jawapannya, hanya ada pada ultra kiasu.


Pejuangmelaka bimbang ultra kiasu akan lari bila berhadapan dengan krisis seperti Lahad Datu. Sekarang ini mereka berkobar-kobar menyokong, sebab ultra kiasu tidak ada di situ. Yang menjadi korban adalah orang Islam dan bumiputera Sabah. Sebab itu mereka berani berkata itu adalah sandiwara dan mereka yang terkorban mati katak. Masihkah kita buta?


Salam Perjuangan !!!

Sunday, March 24, 2013

Peringatan Kepada Melayu !





Tanggungjawab pemimpin untuk memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, tidak kira tempat, dalam keadaan apa, masa bila, warna kulit dan sebagainya. Apatah lagi mereka yang miskin tegar. Jika yang miskin tegar telah berusaha tidak berubah juga, ketika itu jika perlu dibantu sepanjang hayat, maka berikanlah.  Lagipun apalah sangat puluhan ribu berbanding dengan jutaan dan ribuan juta.

Justeru, tidak hairan jika pada zaman Rasulullah dan para sahabat, pemimpin agung ini sanggup berkorban dan berjaga malam untuk mencari rakyat yang memerlukan bantuan. Pada masa sama, jika ada rakyat yang kaya-raya dan berkemampuan, tidak tampil ke hadapan membantu seperti menunaikan zakat, maka mereka boleh diperangi atau dikenakan tindakan.

Cuma hari ini kita begitu sedih, kenapa dan mengapa kita mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dalam konteks bantuan ini. Tidakkah kita boleh bersangka baik daripada bersangka buruk. Tidak perlulah melabelkan seseorang sebagai bantuan firaun, pelacur,  lembu, hampas, ayam, itik dan banyak lagi binatang kiasan dalam isu BR1M. Faedah apa yang kita dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian, selain menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Kenapa kita bertindak melebarkan jurang bukan merapatkannya? Kenapa kita sengaja melakukannya, sedangkan kita tahu perpecahan melemahkan?

Wahai umatku, kita sudah terlalu banyak berpecah. Perlukah kita tambah dengan kesakitan sebegini. Jika kita ramai tidak mengapa lagi jika berpecah. Tetapi perpecahan ini telah  menjadikan kita minoriti, walaupun bilangannya agak majoriti. Sebenarnya kita sudahpun menjadi minoriti dalam majoriti.  Ini yang menjadikan orang lain mengambil kesempatan.

Pada saya, lebih baik kita fikirkan bersama, cara bagaimana bantuan tersebut boleh dimanfaatkan. Bagaimana RM500 boleh dikembangkan menjadi RM1000 dan berbagai gandaan lagi. Seperti yang pepatah Cina sebut, beri seseorang seekor ikan, ia hanya boleh mengenyangkan untuk satu hari, tetapi ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.

Keperluan mendesak hari ini adalah soal bagaimana? Kenapa tidak gunakan wang tersebut untuk melatih anak bangsa soal kemahiran. Bayangkan daripada ratusan ribu yang menerima bantuan, kita ajar mereka skill menjahit, memasak, membaiki dan sebagainya, tidakkah wang tersebut akan beranak-pinak?


Persoalan selalu dilontar, kenapa keluarga Cina boleh hidup kaya-raya di kampung Melayu yang begitu asing baginya? Kenapa orang Melayu tidak boleh hidup kaya-raya dalam perkampungan Cina? Usahkan mahu berniaga, tempat tinggalpun, seboleh-bolehnya mereka mahu lari daripada perkampungan atau taman tersebut. Kita tidak ada daya tahan berhadapan mereka, berbanding mereka berhadapan kita. Sikap ini terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Bangsa Cina tidak suka anaknya duduk diam atau membaca buku sahaja. Mereka akan pastikan anaknya mewarisi skill perniagaannya. Maka diajar anaknya bangun awal pagi, kemudian sembahyang, selepas itu menolong ibu bapa, sama menjaga kedai atau menjaga kebun. 

Persoalannya, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Sudahlah skill tidak dipelajari, hari ini masa banyak terbuang mengata, mengumpat dan saling dengki-mendengki. Saya begitu teruja dengan kata-kata pemimpin Melayu ultra kiasu sehari dua ini. Katanya, selepas menguasai Putrajaya tidak timbul lagi soal balas dendam. Benarkah perkara tersebut akan berlaku?

Apa yang saya lihat, selepas menang beberapa buah negeri dalam PRU 12, boleh dikatakan semua badan yang berada di bawah kawalan negeri berubah. Masjid surau bertukar imam dan ahli jawatan kuasa, begitu juga dengan badan-badan seperti majlis perbandaran. Semua ahli jawatan lama digugurkan, dimasukkan orang-orang mereka. Apakah ini bukan membalas dendam?

Sebenarnya sifat inilah yang menyebabkan Melayu tidak boleh pergi jauh. Dalam diri mereka penuh hasad dengki. Di kala itu orang lain mengambil kesempatan. Justeru, sudah sampai masanya kita buang sifat-sifat negatif tersebut. Yang paling hari ini, fikirkan bagaimana cara membantu anak bangsa untuk survive dalam dunia yang mencabar hari ini. Jangan beri ikan, tetapi ajarlah mereka menangkap ikan.


Bersatulah Melayu !

Salam Perjuangan !!!

Sunday, March 17, 2013

Membina Perpaduan Melayu !



MELAYU yang beragama Islam hari ini sedikit mujur kerana masih ada kuasa dalam politik negara. Ada dua parti besar yang diterajui orang Melayu sejak sebelum merdeka, kedua-dua parti itu hari ini mengadakan kerjasama dengan parti lain yang bukan diterajui orang Islam.

Bagi satu golongan Melayu, mereka berhasil menjadi dominan terhadap rakan parti sekutu mereka yang bukan Muslim. Manakala segolongan lagi tidaklah sedominan seperti yang mereka war-warkan kepada umum kerana setiap kali mereka cuba untuk mengaku dominan, rakan-rakan politik mereka akan segera menjeling bengis sehingga membuat mereka terkedu seminit dua.

Namun, kedua-dua parti Melayu itu masih mempunyai rekod-rekod kejayaan masing-masing terhadap bangsa dan agama dari perspektif yang berbeza. Ia bagaimanapun bukanlah jenis kejayaan besar yang boleh dibanggakan sehingga tujuh generasi yang seterusnya

Mungkin anda  sulit untuk fahami mengenai apa yang pejuangmelaka rasai saat ini apabila melihat Melayu sesama Melayu membenci sesama sendiri.

Cuba anda meletakkan diri anda di tempat pejuangmelaka.

Katakan, anda terpinga-pinga menyembunyikan diri di padang pasir selama beratus tahun untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman, kemudian memeluk Islam bagi memperbaharui akidah yang diajarkan Musa selepas berjumpa orang Arab dan beranak-pinak sepanjang membuat perjalanan ke sebuah negeri di Asia Tenggara yang menjadi sebutan orang-orang Arab.

Anda datang daripada jauh merentas bukit-bukau dan gunung-ganang untuk berjumpa dengan bangsa yang menguasai Asia Tenggara setelah mendengar khabar berita mengenai kemegahan mereka yang disampaikan orang Arab ke telinga anda semasa anda berlegar-legar di padang pasir. Tetapi apabila anda sampai ke sana, anda melihat bangsa itu sudah mula bercakaran sesama mereka.

Maka, perjalanan anda merentas bukit dan gunung-ganang menjadi seperti sia-sia. Anda mengharapkan untuk bersama bangsa yang gah itu, tetapi apa yang anda lihat ialah bangsa yang gah itu sedang bermusuhan sesama mereka. Apa yang anda rasa selepas melihat bangsa itu bercakaran? Jadi, untuk bersama bangsa yang gah itu, apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu mendamaikan mereka supaya anda dapat bersama mereka untuk mencipta kegemilangan. Selagi mereka tidak didamaikan, selagi itulah hasrat mencapai kegemilangan tidak akan tercapai.

Anda perlu mendamaikan mereka pada saat anda perlu menyembunyikan identiti Yahudi yang anda warisi kerana bangsa gah itu sangat membenci Yahudi sebagaimana mereka membenci sesama mereka sendiri.

Apa yang kita lihat dengan jelas ialah, kejayaan terbesar orang Melayu ialah kejayaan para pemimpinnya menanam kebencian terhadap sesama bangsa. Ia adalah kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh bangsa Yahudi sendiri. Bukan Yahudi sekular yang membunuh Yahudi ortodoks di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, bukan, ia bukan seperti yang diperkatakan teori-teori konspirasi yang popular bagi memperkatakan kewujudan negara haram Israel yang didirikan atas fahaman nafsu sekular Zionis yang menjauhi agama.

Seorang Yahudi tidak akan berkata buruk kepada Yahudi yang lain meskipun saudara Yahudinya itu beragama Islam atau Nasrani sekalipun. Andai berkata buruk pun mereka tidak tergamak, apatah lagi untuk membunuh sesama bangsa dengan mereka. Berkata dengan ucapan keras adalah tidak sama dengan berkata dengan ucapan buruk. Rabbai Aaron Cohen tidak pernah berhenti mengutuk dan mendedahkan kekejaman Yahudi Zionis kepada dunia, namun Zionis juga tidak tergamak untuk mengapa-apakan Aaron Cohen kerana dia sebangsa dengan Yahudi.

Berbeza dengan orang Melayu, mereka tidak teragak-agak untuk menghambur kata-kata buruk kepada saudara sebangsa dengan harapan akan ada saudara sebangsa mereka akan membenci saudara sebangsa yang tidak sefahaman dengan mereka. Apabila wujud kumpulan sefahaman yang membenci saudara sebangsa, mereka fikir mereka akan lebih bertambah kuat. Mereka fikir mereka telah berjaya kerana ada di kalangan saudara sebangsa mereka mula membenci bangsa mereka sendiri dari kumpulan yang lain, tetapi kita melihatnya sebagai satu kerugian.

Menyayangi bangsa sendiri tidak bermakna anda memeluk mentaliti Yahudi. Melayu adalah bangsa yang ditakdirkan untuk memimpin umat Islam di Asia Tenggara. Andai lemah Melayu di Asia Tenggara diakibatkan permusuhan sesama sendiri, maka lemahlah Islam yang dianuti mereka. Ia kerana Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganuti agama itu. Kalau lemah bangsa itu, maka lemahlah juga kedaulatan agama yang dianuti mereka. Islam tidak lemah, ia kuat dari segala sudut kehidupan, tetapi kedaulatannya dilemahkan oleh sikap orang Melayu sendiri.

Akhir ini, sangat ramai orang Melayu yang mengucapkan kata-kata buruk terhadap Melayu yang lain. Mereka mengucapkan kata-kata buruk itu di setiap keadaan, di Facebook, di Twitter, di blog-blog dan sebagainya. Mereka sudah tidak tahu apa maksud kesopanan, kesantunan dan kehalusan budi bicara dalam menyampaikan maksud. Mereka seperti sudah tidak ada budi bahasa. Orang UMNO atau orang PAS, sama sahaja. Maki-makian, carut-mencarut terhadap sesama mereka sudah seperti makanan sehari-hari disebabkan perbezaan fahaman.

Ada satu ketika, orang PAS memulakan kata-kata buruk di laman-laman sosial dan di blog-blog. Dalam satu ketika yang lain pula, orang UMNO memulakan kata-kata yang sama. Kesannya, orang Melayu sentiasa bertelingkah kerana sudah tidak tahu bagaimana untuk bersantun.

Pada ketika lain, orang PAS menyalahkan orang UMNO. Pada ketika lain, orang UMNO pula menyalahkan PAS. Kesannya juga sama, terus-menerus bertelingkah tanpa ada kesudahan. Sama juga dengan memulakan pergaduhan, ada masa ia dimulakan orang PAS dan ada masa lain ia dimulakan orang UMNO. Berterusan lagi bertelingkah.

Orang Melayu bersama pemimpin mereka menyandang rekod kejayaan yang tidak dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Ia adalah kejayaan menyemai sikap benci-membenci sesama bangsa, sesama umat. Pada ketika agama seperti sedang tersepit di tengah-tengah, mereka masih bertelingkah menghimpit agama. Jangan sampai apabila kedaulatan agama turut musnah pada ketika mereka musnah akibat tersepit dan menghimpit sesama mereka.

Islam adalah agama yang sangat dekat di hati orang Melayu, mungkin sekali Islam itu juga adalah hati orang Melayu. Namun, mereka tidak pernah menjadikan agama itu sebagai jambatan untuk menyatupadukan mereka. Sebaliknya, mereka membanding-bandingkan sesama mereka dengan menggunakan agama.

Islam itu diturunkan (antaranya) kepada manusia. Manakala manusia itu pula berbilang bangsa. Kita tidak boleh menafikan hakikat manusia itu dijadikan berlainan bangsa. Pernyataan yang mengatakan Islam tidak memandang bangsa atau kaum adalah satu pernyataan yang tidak salah, tetapi ia tidak dihuraikan dengan cukup jujur oleh orang yang mengucapkan pernyataan itu.

Orang yang mengucapkan pernyataan itu tidak pernah melihat pengertian secara menyeluruh.  Kalau tidak bersetuju dengan perenggan ini, adalah lebih baik mereka terlebih dahulu membaca penjelasan kita sebelum ini sehingga faham.

Akibat tidak faham mengenai kepentingan bangsa terhadap agama, maka wujudlah golongan yang mempersenda perjuangan segolongan lain yang dilihat terlalu bersifat kebangsaan. Di sinilah bermulanya siri kejayaan demi kejayaan yang dicipta kedua-dua golongan Melayu itu di persada dunia.

Jadi, apakah kejayaan terbesar kedua-dua parti teras Melayu itu?

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menanam kebencian terhadap sesama bangsa.

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menyemarakkan api kebencian terhadap sesama umat. Itulah kejayaan terbesar bangsa Melayu yang mana kejayaan seperti itu tidak pernah dicapai oleh bangsa-bangsa lain di mana-mana pelosok dunia.

Orang Melayu barangkali sangat berbangga dengan kejayaan itu apabila sikap mereka itu disebut-sebut dan disanjung-sanjung oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Marilah menuju kejayaan.

“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”


Salam Perjuangan !!!

Saturday, January 19, 2013

JAIS ABDUL KARIM CALON : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA


JAIS ABDUL KARIM CALON : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

JAIS ABDUL KARIM CALON : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA "BELIA GENERASI TRANSFORMASI" / "YOUTH : TRANSFORMATION GENERATION"







Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ke-22. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM. Menyertai GPMS sejak 1988.Ayat Keramat "Sedar Bahawa Maju Mundur, Kaya Miskin dan Hina Mulianya Bangsa Itu berada dalam Tangan Kita" sentiasa menjadi azimat dalam memastikan Perjuangan Pendidikan NGO Melayu yang digalas oleh GPMS selari dengan keperluan pendidikan negara dan konsep 1Malaysia tanpa mengenepikan hak keistimewaan pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 


~Jais Abdul Karim, buku "Perjuangan NGO Pendidikan Melayu di Malaysia, jilid 1~


PhotoPhotoPhoto

dialah pemimpin...dialah pejuang...dialah abang...dialah adik...dialah sahabat...

Sokong Bakal Presiden Majlis Belia Malaysia!!!!

Sila Sokong Presiden di pautan fan page

Monday, December 24, 2012

Mari Pertahankan Akidah !


Lihatlah carta jumlah gereja mengikut aliran dan negeri seperti di atas. Ini membuktikan ia bukan rahsia lagi bahawa Selangor memang mengungguli lain-lain negeri di semenanjung dalam isu murtad yang hangat diperkatakan. Ini baru yang berdaftar, yang haram banyak lagi !

Ini jelas menunjukkan gerakan nak memurtadkan orang Islam ini makin rancak, disebaliknya kita umat Islam masih terus berbalah. Bila nak berhimpun dah beri macam-macam pendapat, tak bolehlah, tak sokonglah, ada aje alasan nak mengelak!

Jadi, isu DUMC sebenarnya hanya alat untuk mencabar Perlembagaan Negara yang dicabuli akibat campurtangan politik untuk mendapatkan undi pilihan raya.

Lebih malang, politik itu mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Ini bukan satu kebetulan tetapi perancangan. Siapa perancang dalam isu ini! Kita percaya dan ada bukti! Memang puak-puak kafir harbi yang main ‘tangan gelap’ di belakang. Malah baginda Sultan Selangor baru-baru inipun melahirkan rasa kekhuatiran baginda dalam kes isu murtad di Selangor!

Umat Islam harus bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan daripada malapetaka besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Ada bukti organisasi murtadkan umat Islam?

Sebelum ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya ketika beliau masih lagi sebagai seorang Exco agama, terdapat kira-kira 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.


Bersatulah Melayu !!! Salam Perjuangan !

Tuesday, December 11, 2012

Mengungkap Umur Bumi dalam Al-Quran



Sungguh mulia kata-kata dalam Al-Qur'an. Tidak hanya arti kata-kata yang tinggi, penggunaan bahasa yang tepat, kata-kata dalam Al-Qur'an juga tersusun dalam susunan sistematik dan cermat. Satu contoh dari sekian banyak contoh adalah isyarat Al-Qur'an dalam menjelaskan umur bumi serta alam semesta ini. Bagaimanakah Al-Qur'an menceritakan tentang perihal tersebut tersebut ? dan bagaimanakah sistematika rinciannya ?

Seperti kita ketahui bersama bahwa Al-Qur'an merupakan firman Allah SWT. yang mulia. Dalam Al-Qur'an Allah SWT. tidak pernah menyebut kata 'bumi' lebih dulu dari pada 'langit' dalam setiap firman-Nya, Allah SWT. selalu menyebut kata 'langit' lebih dahulu dari 'bumi'. Seperti pada contoh firman di bawah ini :
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia berkuasa di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (QS. Al-Sajdah 32:4)


Katakanlah, "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam" (QS. Al-Fushshilat 41:9)

Itu adalah satu firman dari banyak firman Allah SWT. dalam Al-Qur'an yang memposisikan kata 'langit' sebelum 'bumi'. Lalu, mengapa Allah selalu mendahului kata' langit' dari pada 'bumi' dalam setiap firman-Nya? ternyata setelah menelusuri dan mengaitkan antara fakta dengan Al-Qur'an, maka menemukan keterkaitan yang sangat mengejutkan sekaligus membuat takjub. Betapa tidak, ternyata menurut penelitian ilmuwan, umur alam semesta atau disebut 'langit' dalam bahasa Al-Qur'an memang lebih 'tua' dari bumi. Berikut rinciannya.





Analogi : Allah SWT. menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (QS.Al-Sajdah 32:4), serta menciptakan bumi sebagai tempat tinggal dalam dua masa (QS. Fushshilat 41:9). Menurut para ahli Geologi, meninjau dari batuan meteorit tertua, perkiraan umur bumi adalah sekitar 4,56 × 109 tahun. Kembali ke Al-Qur'an jika umur langit 6 masa dan umur bumi 2 masa, maka perbandingannya adalah 6 : 2 = 3 : 1, jadi umur alam semesta dapat kita cari dengan cara yaitu 4,56 × 109 × 3 = 13,68 × 109tahun. Itu adalah perhitungan umur umur alam semesta atau 'langit' versi Al-Qur'an.

Fakta : Versi sains modern menyatakan tentang sebuah teori bernama Big Bang yang menyebutkan bahwa umur alam semesta 13,7 × 109 tahun. Angka tersebut hampir mendekati angka perkiraan umur alam semesta versi Al-Qur'an. Subhanallah, apakah ini suatu kebetulan ?

Terdapat selisih 20 juta tahun antara perhitungan sains modern dengan Al-Qur'an. Namun, perbedaan ini bukanlah menjadi suatu selisih yang signifikan. Dan kita bisa menyimpulkan bahwa Al-Qur'an merupakan sumber kajian dan pedoman.


Tuesday, December 4, 2012

Jangan Bertopengkan ISLAM !



Baru baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Pada  Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.

Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.

Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.

Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.

Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.

Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.

Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.

Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.

Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.

Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyangak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.

Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.

Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.

Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.

Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.

Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.

Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.

Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.

Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.

Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.

Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara spontan dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.

Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.

Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.

Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.

Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.

Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.

Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.

Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.

Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.

Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.

Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.

Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia? Jangan bertopengkan ISLAM !!!

Thursday, November 22, 2012

Rahsia Israel Yahudi !





Perkataan Yahudi berasal dari perkataan ibri, abra, ibrani yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi, Arab, Chaldaen dan Assyrian. Ia bermula dengan Nabi Ibrahim A.S yang merupakan bapa kepada Para Nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil daripada perkahwinannya dengan Sarah, lahirlah Nabi Ishak. Daripada keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.
Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel. Nabi Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian daripada mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan Nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. Keturunan Yahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.
Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl's seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel Raya. Oleh itu, ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel Raya.
Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada tiga kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol, Oriental Jews di Arab dan Habsyah, dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan tiga kelompok ini hasil daripada perpindahan pada abad 17 sebelum kelahiran Nabi Isa A.S. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim (manusia selain Yahudi). Keturunan Yahudi yang tulen adalah daripada jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya daripada keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan daripada keturunan jurai ibu tetapi bapa.
Tetapi, bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang membangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana, rejim Zionis bersifat sekular, tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman. Di Amerika telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.
Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl's. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula "tanah yang dijanjikan" untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl's seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel Raya. Pada tahun 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland, dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis Antarabangsa. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepas mendapat visa dari rejim Zionis Israel.
Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Mereka telah menerima hampir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan, senjata nuklear dan lain-lain. Mereka juga telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para anbiya' dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992), Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah.
Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuklear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuklear. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai Holocaust genocide iaitu "pembunuhan seluruh kaum/ bangsa".Berfikirlah Bangsaku !!!

Tuesday, November 20, 2012

Ungkapan Guriskan Bangsa Melayu !




Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani, pemimpin wanita itu ditanya:

“Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?”

Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat menawarkan jawapan:

“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum, maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang dari semua sudut.

“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” -(Quran, al-Baqarah: 256)

Bagi Pejuangmelaka, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut (Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang dalam keadaan embargo yang hanya menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau berdepan dengan hukuman mati.

Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian, dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani. Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di luar sana akan ada bunyi guruh di langit.

Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’ pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan daripada tepukan gemuruh itu.

Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.

Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana (wilayah Bimi) ada manusia cannibal yang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya  kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak makan daging manusia. Common sense.. kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.

Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram Israel, pun saya tidak terkejut.

Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya. Kerana apa? Kerana saya STALKERI’m stalking youI’m stalking every each of youYou do know me a little, but I do know you a lot.

Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mestidiaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”

Maka  Pejuangmelaka minta dia fahami semula ayat ini:

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Pemimpin wanita itu dan juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah juga wajar faham ayat ini:

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.  “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”. – (Quran, al-Kafirun)

Dan jangan pula lupa dengan ayat ini:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

 Pejuangmelaka tidak mahu tulis lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam daripada DRIFTER dalam menempelak kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam artikel sebelum ini.

Cuma, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan cerdas, jangan lembap-lembap.

Pejuangmelaka tidak mahu kata apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya sebelum mula berkata-kata.