Showing posts with label pluralisme. Show all posts
Showing posts with label pluralisme. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Umat Islam Jauhi Pluralisme !

 
Pada 22 September 2012 lalu, satu delegasi seramai kira-kira 12 orang ahli PAS Pulau Pinang diketuai oleh YB Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Bishop Sebastian Francis bertempat di Cathedral of the Holy Spirit untuk mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya baru-baru ini.

 


Berita ini saya dapati dari sesawang rasmi Catholic Lawyers Society Malaysia.

Bukanlah kunjungan tersebut yang pejuangmelaka pertikaikan, bagaimanapun apa yang memeranjatkan ialah apabila kedua-dua pihak, yakni pihak PAS dan Bishop Sebastian telah berdoa bersama-sama pada hari tersebut.
 
Perbuatan ini ternyata adalah suatu amalan berbaur pluralisme agama, apatah lagi apabila kedua pihak turut memberi penegasan dengan merujuk Islam dan Kristian sebagai Warisan Ibrahim (Abrahamic Heritage).

Apakah fahaman ‘Abrahamic Heritage’ ini?
Istilah Abrahamic Heritage in sebenarnya membawa kepada maksud Abrahamic Faiths/ Abrahamic Religion.
 
Fahaman ini sebenarnya menyamaratakan agama Islam dengan Yahudi dan Kristian, dengan mengatakan kononnya ketiga-tiga agama tersebut berasal dari agama Nabi Ibrahim a.s.
Tujuan Barat mengetengahkan fahaman yang bertentangan dengan Islam ini sebenarnya adalah bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja meMURTADkan umat Islam dilakukan melalui pendekatan ‘kita berasal dari agama yang sama’ atau ‘kita agama yang satu’.
Malah, Bishop Sebastian membalas doa tersebut dengan berkata ‘Bapa Kami’ (Our Father).

Malangnya, pihak PAS begitu mudah menerima pendekatan ini bersama pihak Kristian tanpa memahami permainan sulit musuh-musuh Islam.
Atau apakah PAS kini mula menjadi lubok penularan aliran sesat ‘Pluralisme And Syiah’?


 


Teringat pula penulis pada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menceritakan bagaimana beliau pernah menyebut tentang kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir (sila baca : http://www.malaysiakini.com/news/211238).

Namun seandainya, perkara demikian boleh begitu mudah dilakukan oleh para pimpinan PAS, maka benarlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Nasha bahawa adanya keinginan serta usaha pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian (baca di sini : http://www.malaysiakini.com/news/211230).

Dengan menilai tindak tanduk PAS pada masa ini, apakah pemimpin-pemimpin PAS masih boleh digelar ulama? Atau mungkinkah merekalah sebenarnya ulama suk yang mengejar pangkat, jawatan, kerusi, takhta dan kedudukan dunia?

pejuangmelaka-Saya secara peribadi berpendapat, hanya Datuk Dr. Haron Din seorang sahaja sebenar-benar ulama sejati dalam PAS.Manakala yang lain amat meragukan…

Sunday, July 29, 2012

Pencetus Pluralisme di Malaysia !




Kini terserlah lah kini, sudah terang lagi bersuluh, sebagaimana yang dilaporkan oleh Steve Clemons didalam The Washington note , dan disusuli dgn maklumat ini, maka tidak diragui lagi bahawa Anwar Ibrahim adalah pengkhianat dan agen kepada barat sebagaimana dilakukan oleh seorang “anak muda” dengan meletakkan agen Singapura didalam NST ( Kalimullah Hassan)- Jika difikirkan adakah mereka berdua berkaitan?
Tulisan ini suntingan semula dari komen Angela yang menyentuh berkenaan jaringan Anwar di peringkat antarabangsa, berhubung kait dengan CIA/NED, jaringan intelektual, Jesuit, Yahudi, Freemason, Illuminati dan New World Order (NWO). Terima kasih Angela, satu komentar yang menarik dan maklumat yang berfakta.
Jaringan intelektual Al Faruqi tajaan CIA
Semasa saya belajar di salah satu universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi dengan kegiatannya untuk “menegakkan” Islam, terutamanya melalui idea “clash of civilizations”(Pertembungan peradaban). Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.
Selepas itu, saya tidak lagi terpengaruh dengan idea Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia, termasuk Anwar Ibrahim. Al Faruqi telah dididik oleh mubaligh-mubaligh Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika Syarikat sebagai profesor [Al Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat]. Anak-anak didik seperti inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya sudah terbongkar.
Dan, pada masa itu, Anwar sangat aktif, rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui saluran intelektual. Dan, rancangan Barat itu hampir berjaya setelah mereka mampu meletakkan Anwar di samping Dr Mahathir, sehingga Anwar menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.
Allah MAHA KAYA, rancangan untuk meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya telah maklum, siapa Anwar yang sebenarnya, walaupun pada satu ketika dahulu Mahathir pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar.
Allah telah selamatkan Malaysia.
Kenapa guru Anwar mati dibunuh ?
AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young (seorang kulit hitam yang memeluk Islam dengan Yusuf Ali) membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual di kalangan pelajar-pelajarnya. Berikut laporan Amy S Rosenberg dalam Philadelphia Inquirer yang diterbitkan pada 21, Februari 1987:
Joseph Louis Young telah menikam pemikir Islam, Ismail Al Faruqi dan Lois al-Faruqi (pasangan suami isteri) dengan pisau 15 inci, hingga mati, di rumah kediaman pasangan suami isteri itu, di bandar Cheltenham (sebuah bandar di Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania) kerana pembunuh mensyaki mereka mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia, menurut pengakuan Young yang dibacakan di mahkamah dalam perbicaraan semalam.
Ismail Faruqi mentor Anwar Ibrahim, pensyarah Universiti Temple, Amerika Syarikat,. Anwar pula diambil oleh anak buah Ismail Faruqi, John Esposito menjadi pensyarah pelawat di Georgetown, Amerika Syarikat. Anwar menyertai Al Faruqi menubuhkan IIIT (International Istitute of Islamic Thought) di Virginia, Amerika Syarikat.
Itu merupakan keterangan saksi, pada hari pertama perbicaraan kes kematian Ismail dan Lois Al Faruqi di Mahkamah Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Detektif Polis Philadelphia, Carol Keenan, telah membacakan pengakuan bertaip, lapan muka surat itu di mahkamah yang ditandatangani oleh Young apabila dia ditangkap pada 16 Januari 1987.
Berdasar pengakuan tersebut, Young, yang juga dikenali sebagai Yusuf Ali, telah membunuh pasangan suami isteri itu kerana dia “mengetahui bahawa Dr. Faruqi dan isterinya mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia.”
Peguam pembela Yong bernama Stephen G. Heckman berkata, semasa zaman kanak-kanak, Young, 40 tahun, dari Utara Philadelphia, telah diserang secara homoseksual oleh seorang lelaki. Homoseksual adalah “satu perbuatan yang memalukan untuk umat Islam,” kata Young dalam pengakuannya
Kenyataan Young itu menyatakan dia telah diberi galakan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam (Muslim Student Association) atau lebih dikenali sebagai MSA, sebuah organisasi pelajar nasional.
[Ghulam Nabi Fai adalah seorang rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. MSA ini adalah asas kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Ismail Faruqi. Menurut kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq (Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib) yang menetap di Amerika Syarikat memainkan peranan penting menubuhkan MSA (1963). Dari MSA dikembangkan keseluruh dunia menjadi pelajar Islam sedunia yang dikenali sebagai IIFSO(1969). Apabila pelajar tersebut melepas zaman pelajarnya, ditubuh pula persatuan belia, WAMY (1972) dan badan pemikir IIIT (1981)]
Berdasar kepada kenyataannya itu, Young menyatakan dia dan Nabi Fai adalah “kawan karib…dia (Nabi Fai) tidak pernah menyatakan secara langsung, tetapi saya tahu dia sentiasa mengharapkan agar Dr. Faruqi dan isterinya akan mati apabila dia berkata secara berlawak tentang mereka (Ismail Al Faruqi) dan mengelarkan mereka sebagai ‘Big Bubba’.”
[Big Bubba' satu istilah yang digunakan dalam masyarakat kulit hitam yang bermaksud 'seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan lelaki lain sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara]
Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21
Anwar dikaderkan di Universiti Georgetown
Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.
[Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik. Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown]
Perhatikan Anwar Ibrahim berada dalam rangkaian apa ? Perhatikan logo yang dibulatkan di ataskan dan bandingkan dengan dengan logo jesuits di atas.  Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT) dalam Program Common Word, Universiti Georgetown :
Universiti ini adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit sangat jelas,[klik di sini] dan dari sana Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan dengan Zionist dan Mossad.
Sangat sedikit rakyat Malaysia pernah belajar Jesuitism , dan sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak mempunyai pengetahuan tentang Jesuits. Terdapat lebih kurang 25,000 Jesuits yang mempunyai paling tinggi (sumpah) di dunia , di mana kira-kira 10% berada di negara India. Rangkaian mereka sungguh cemerlang, mencampuradukkan keagamaan, pendidikan, mubaligh, politik , dan unsur-unsur diplomatik, kesemuanya menjadi satu rangkaian perisikan yang padu.
The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, ini merupakan punca isu Kalimah Allah.[bacaan lanjut klik di sini] Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengetahui berkaitan dengan Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons, New World Order, Nazis dan lain-lain, tetapi amat jarang mereka mengetahui tentang Jesuits.
Diulangkan : Tokoh-tokoh di belakang Anwar Ibrahim adalah Jesuits – organisasi mereka paling berkuasa di dunia. Anwar ‘hebat di kaca mata dunia’ disebabkan oleh hubungan networkingnya dengan Jesuit – Pengalan mereka di Asia Tenggara adalah di Manila (Ateneo de Manila University),[bacaan lanjut, klik di sini] tetapi mereka mempunyai pusat-pusat di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Putera Al Waleed Talal mempunyai hubungan sangat rapa dengan Jesuits , seperti juga hubungannya dengan Zionists dan Mossad. [bacaan lanjut klik di sini] Begitu juga dengan Anwar. Al Waleed Talal: Anak saudara Raja Arab Saudi ini adalah salah seorang pelabur terkaya di dunia, yang mendapat kepentingan besar dalam Citigroup(organisasi rangkain bank Yahudi). Menerima banyak publisiti, sebahagiannya negatif, pada Disember 2005 menderma sebanyak $20 million kepada Harvard dan Georgetown untuk mengembangkan jabatan-jabatan kajian Islam di sana.
Pada Januari 2006, dengan seorang rakan kongsi, Al Waleed Talal mengumumkan perjanjian $3.9 billion untuk membeli Fairmont Hotel & Resorts. Pada Februari beliau menyenaraikan pemegangan hotelnya dalam bursa saham di Dubai. Bercadang untuk menjadikan kumpulan pelaburan utamanya, Kingdom Holdings, (di London) kepada pertukaran Arab Saudi pada akhir tahun ini. Putera Alwaleed Bin Talal Al Saud mendapat tempat kelapan di antara The World’s Richest People In 2006.
Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.

Anwar terperangkap dalam jaringan Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati- New World Order
Kita mesti buka mata. Ini bukan hanya berkenaan Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Tetapi, ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Buka minda, buka mata.
Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut mereka :
Dalam Jesuit Oath (Sumpah Jesuit), pemimpin baru Jesuit diarahkan “anda telah diajar berlakon ‘dissembler’ (menyamar atau bersembunyi di belakang sesuatu yang palsu): antara Katolik Rom menjadi Roman Katolik , dan menjadi seorang pengintip walaupun di antara saudara anda sendiri; tidak mempercayai dan menyakini kepada sesiapa. Antara Reformers, menjadi seorang reformis ; antara Huguenots (reformer protestan gereja di Peranchis), menjadi seorang Huguenot; antara seorang Calvinists (Reformasi Protestan), menjadi seorang Calvinist ; antara Protestants lain, menjadi seorang Protestan , dan mendapatkan keyakinan mereka, untuk berdakwah dari mimbar mereka , dan untuk mengutuk dengan semua kesungguhan dalam sifat Agama Suci kita dan the Pope; malah untuk turun begitu rendah sebagai seorang Yahudi antara orang-orang Yahudi, bahawa anda dibolehkan menghimpunkan bersama semua maklumat untuk manfaat Order anda sebagai seorang askar setia the Pope…
Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna.(The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).
Sambungan dari Jesuit Oath : “Anda telah diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan menghasut mereka untuk pertumpahan-pertumpahan darah, melibatkan mereka dalam peperangan antara satu sama lain , dan mencipta revolusi-revolusi dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan. Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).
Jesuit Oath juga menyatakan “Anda telah diajar tugas anda adalah sebagai seorang pengintip, menghimpunkan hampir semua perangkaan-perangkaan, fakta-fakta dan maklumat dalam ‘tangan anda’ dari pelbagai sumber; untuk meningkatkan diri anda ke dalam keyakinan keluarga Protestant dan orang berfahaman menyeleweng dalam setiap kelas dan perwatakan, daripada saudagar, banker, peguam, di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, dalam parlimen dan badan perundangan , dan mahkamah-mahkamah dan majlis-majlis tempatan negeri , dan untuk ‘menjadi semua benda untuk semua manusia,’ matlamat akhirnya kepada the Pope, yang menjadi hamba kami sampai mati.” (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).
BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN JESUITS kerana kita telah diINFILTRATE sekian lama melalui orang-orang seperti Anwar Ibrahim.
Isu Kalimah Allah juga merupakan satu daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu oleh rakan-rakan di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul-betul, semua ini telah berlaku di negara kita.
Anwar proksi CIA di Malaysia
Agensi-agensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.
Saya tidak boleh memasukkan grafik di sini, jadi saya tidak boleh menunjukkan versi grafik sambungan antara 4 agensi-agensi. MI5 / MI6 ialah satu lagi agensi utama, tetapi tidak dimasukkan. Modus operandi Anwar adalah bersama dengan mereka. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan “regime change”(perubahan kerajaan) di Malaysia.
PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik untuk ‘regime change’ (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12.
Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa, jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13. Anwar Ibrahim boleh dapat sponsor dari luar negara (pinjam dulu), tetapi apabila sudah menang PRU, pinjaman harus dibayar balik oleh Malaysia. IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.
Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu! Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13. Ini semua berkaitan tentang UNDI , dan ini dapat dimanipulasi dengan WANG. Demokrasi sendiri boleh dijadikan satu amalan tertinggi rasuah!
Mana-mana sistem adalah baik, tetapi manusia boleh merosakkannya. Thailand ialah satu contoh yang baik di mana Thaksin telah membeli penyokong-penyokongnya. PRU 13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. Inilah yang dikehendaki oleh penaja-penaja tersebut.
Masyarakat Cina telah melakukan perkara yang sebenarnya buruk di Xinjiang. CIA telah mengambil kesempatan untuk menyokong kumpulan pemisah. Bukan sahaja media China mahupun media Barat, semuanya memberitahu kebenaran.
Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara. Kumpulan “Pro-Demokrasi” adalah projek CIA. CIA menyokong pemimpin-pemimpin pemimpin-pemimpin “Pro-Demokrasi” – Su Kyii (Myanmar), Anwar Ibrahim (Malaysia), Rabeya Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) dan lain-lain lagi. Jangan terperangkap dalam permainan ini. Di Thailand terdapat Thaksin. Di Nepal, sekutu-sekutu Jesuit-Communist menjatuhkan Raja Agama Hindu , dan hari ini, diperintah oleh Maoists. Tidak mengapalah, Maoists atau Komunis atau Sosialis atau prodemokrasi… – mereka adalah sama, DIKAWAL OLEH ORANG YANG SAMA!
Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh institusi asing . Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG.
Apa perancangan Anwar seterusnya ?
Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan. Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru. Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi tersendiri.
(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.
(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.
(3) Ekoran daripada itu, dapat menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon2 bukan BN, dan mendapatkan undi majority daripada Sabah dan Sarawak menggunakan saluran underground.
(4) Membariskan pemimpin2 baru, termasuk bekas2 ahli2 politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.
(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa etc.
(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.
(7) Menumbangkan BN pada PRU13.
(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.
(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.
(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age (plurisme agama) dan kehendak New World Order (sistem Dajjal).
Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.
Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus.
Pada ketika ini, Anwar telah lulus dari “Akademi” CIA – cara-cara untuk melakukan operasi tersembunyi (false flag). Selamat berjaya Anwar, tetapi dunia tidak berakhir di sini, terdapat dunia AKHIRAT yang anda akan diperhitungkan nanti.

Salam Perjuangan !!!

Saturday, August 20, 2011

Pluralisme dalam beragama




Agak keberatan apabila mahu memberi komen seorang politik. Kadang-kadang politik menghalalkan segala-galanya. Bagaimanapun penulis tegaskan Nabi SAW mengajarkan kita "Katakan yang benar walaupun ia pahit" (Hadith ini disahihkan oleh Ibn Hibban).

Penulis banyak kali ditanya tentang ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)berjudul Religion and Pluralism in a Divided World di London School of Economics pada 18 Mac 2010. Penulis katakan DSAI seorang muslim insya-Allah tetapi padanya terdapat unsur-unsur pemikiran yang perlu diperbetulkan. Ucapan ini bukan kali pertama yang didengari oleh penulis berkenaan pendapat DSAI terhadap pluralisme agama tetapi suatu ketika dahulu Cikgu Azmi TERAS pernah mengadakan Seminar Pluralisme Agama di Shah Alam dan DSAI turut mengemukakan pandangannya yang amat lunak dan mengelirukan berkenaan pluralisme agama.

Di sini penulis perturunkan beberapa point penting ucapan beliau (dalam bahasa Inggeris dan terjemahannya) yang mengandungi dukungan terhadap faham pluralisme agama sama ada secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau tidak sedar. Wallahu a'lam.

Mempertikaikan kebenaran aqidah yang eksklusif

DSAI : "But I say bear it we must for indeed, it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the denominations".

Maksudnya : "Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya".


Mengakui faham The Transcendent Unity of Religions : satu kebenaran banyak jalan

DSAI : "Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:
“The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.”
Those verses couldn’t be more relevant for us today. Despite rancorous debates linking religion to conflict and discrimination, it remains a fact that at a personal level religious experience boils down to certain universal concepts. Where does man come from? What is his purpose? What happens when he dies? The spiritual path subscribes us to a universal quest for truth and the pursuit of justice and virtue.

Maksudnya : "Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :
Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).
Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu. Dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia? Jalan kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan".

Dengan pluralisme agama tiada agama yang lebih tinggi dari agama lain

DSAI : "Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently".

Maksudnya : "Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi. Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama. Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini".

Menafikan konsep Islam dan kafir, benar dan sesat

DSAI : "I believe I’m not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world, it is morally unacceptable to say to people of other faiths:
“We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong.”

Maksudnya : "Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:
Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".


Terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) dan Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity)

DSAI : "Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we return. Yet certain leaders of the major world religions continue to make exclusivist claims to the eternal truths rather than accepting the commonality that binds us. If we accept that there can be unity in diversity, religious pluralism can therefore be a unifying force, not a cause of division. That is the way to take us away from darkness into light, from war to peace and from hatred and evil to love and kindness".

Maksudnya : "Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali. Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan".

Kesimpulannya, terdapat kesilapan pemikiran yang jelas oleh DSAI yang perlu diperbetulkan. Ada kemungkinan DSAI tidak mempunyai kelengkapan Islam yang mencukupi sebelum mentelaah buku-buku pemikiran yang ditulis oleh Barat dan orientalis sehingga wujud seolah-olah satu direct endorsment pemikiran Barat di dalam pemikiran DSAI. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada beliau dengan menarik balik ucapan ini. Dan semoga ada golongan ulama dan asatizah yang mendampingi beliau dapat menegur kesilapan pemikiran ini. Di pihak kerajaan mungkin dengan memanggil DSAI untuk bermuzakarah tentang maksud 'pluralisme agama' boleh menjernihkan keadaan.

Akhirnya ditegaskan, ini adalah isu aqidah dan tiada kena mengena dengan politik kepartian! Wallahu a'lam.






Pejuangmelaka mengharapkan jangan kerana perjuangan parti , kebesaran Islam di pandang rendah.. Salam perjuangan..