Tuesday, December 20, 2011

Melayu Tolong Sayangi Ibu Pertiwi !






Ibu teresak-esak berkeluh kesah : “Tiap jengkal tanah yang Ibu berikan, Jagalah ia dengan segenap hati. Tiap tetes darah Ibu saat Engkau dilahirkan, Jagalah ia bagaikan emas di hatinurani. Pertahankan setiap inci tanah-tanah ini. Uruskan bumi ini dengan ikhlas. Majulah engkau anak ku. Bawalah bangsa ini berjaya. Karena di dalam doa ku, nama mu sudah aku sebut satu demi satu. Kalau engkau kembali bertanya, bila kerosakkan harus berhenti, bila bumi ini akan maju, bila engkau harus kembali berbudaya, bila panji-panji agama harus di agungkan, tanyakanlah pada rumput yang bergoyang. Mengertilah. Semuanya ada di bahu mu Nak. Semua sudah kuberikan, tapi inilah yang aku terima. Inikah balasanmu?”
...........................
Ramai anak-anak Melayu kurang sedar malah tidak mahu ambil perduli atas kesengsaraan yang ditanggung oleh tanah bumi yang kita berpijak ini. Tanah tumpah darah milik nenek moyang kita yang telah dianugerahkan oleh Allah yang maha Esa kepada bangsa Melayu. Bumi bertuah ini adalah Ibu Pertiwi kita.
Diwasiatkan oleh mereka yang terdahulu… Dipertanggungjawabkan oleh Tuhan Ya Rabbi agar Bumi yang bahagia ini dijaga, diperlihara agar sentiasa bahagia. Tugas dan tanggungjawab ini adalah untuk semua anak-anak bangsa yang bergelar Melayu. Ya! Anak bangsa rumpun Melayu dan bukan bangsa-bangsa lain nya.
Pasti kita yakini :
Nenek moyang kita akan marah sekiranya bumi Melayu ini terjajah oleh bangsa luar… sebab kerana itulah nenek moyang kita mempertahankan habis-habisan agar bangsa pendatang tidak merobek-robek tanah bumi ini agar hampas sahaja ditinggalkan kepada anak cucu cicik mereka.
Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan rakan-rakan bangkit mempertahankan bumi ini… Tok Moris, Panglima Ismail, Tunku Mat Saad, Sheikh Samad Palembang dan sahabat sekelian bersatu menentang musuh dari luar… Jangan biarkan bumi ini jadi milik orang!!! Bacul kita anak2 Melayu sekiranya merelakan ia berlaku!!!!
Maka akan jahanam jatidiri Melayu sekiranya kita ditadbirperintah oleh bangsa selain bangsa kita sendiri. Kita harus mempertahankan bumi ini dan anak Melayu jangan jadi dayus serba serbi.
Harus kita ingat :
Ibu Pertiwi ini bergelar bumi Melayu!!!! Bukan bumi Mat Saleh! Bukan bumi Afrika! Bukan Bumi Arab! Bukan bumi Cina! DAN Bukan bumi India! Bumi kita ini adalah bumi Melayu! Itulah Ibu Pertiwi kita!!!
Ibu Pertiwi ini terbentuk dengan pelbagai ramunya… menjelaskan ia sebenar bumi Melayu… Segala ramunya itulah merupakan anggota menjadikan ia rupa Ibu Pertiwi ini. Baru boleh digelar Bumi Melayu…
Segala ramunya ini, Tanah, Bahasa dan Tulisan, Agama, Adab dan Adat, Pakaian, Seni budaya.. yang telah dianugerahkan kepada bangsa ini… harus terus kekalkan begitu. Baru boleh Ibu Pertiwi ini bergelar Bumi Melayu!! Baru boleh kita bergelar Anak Melayu!! Baru boleh kita katakan ia adalah Hak Melayu!!
Hari ini :
Tanah kita dirampas orang, Temasik milik Ibu Pertiwi kita sudah berubah rupa. Kota-kota besar di bumi ini telah menjadi milik punya bangsa lainnya. Tanah kita bakal tinggal sekangkang kera sahaja!!!!
Bahasa dan Tulisan kita sudah hilang seni bicaranya, sudah lenyap pantun dan kata bidalan. Hanya bicara-bicara kasar dan tulisan rumi ringkas menjadi mainan anak-anak kita, dek pengaruh dunia serba maju ciptaan bangsa penjajah yang terdahulu.
Agama Islam pilihan bangsa Melayu sejak berzaman dahulu tidak lagi menjadi teraju. Malah dirombak-rombak dengan pelbagai fahaman sehingga anak-anak Melayu jadi serba keliru.
Adab dan Adat entah ke mana hilangnya? Anak-anak Melayu tak tahu di mana harus dirujuk semua ini kerana yang menjadi ketua dan pemimpin kita sudah tidak fasih beradab dan kurang arif beradat. Mungkin mereka ini bukan lagi Melayu sejati! Malah mungkin mereka ini bukan Melayu sebenarnya! Atau mungkin mereka ini sudah menjadi kurang ajar!!!
Pakaian anak-anak Ibu Pertiwi dewasa ini entah dari mana datangnya. Ada berkacuk Arab, India dan Cina malah jelas pengaruh Mat Saleh menjadi pilihan utama. Itulah pakaian seragam kita hari-harian. Baju dan kain batik terasa kolot, baju telok belangga, baju kurung dan kebaya sudah dimodenkan sehingga hilang falsafah dan isyarat pakaian sebenarnya.
Yang paling sedih Seni Budaya kita bagai tiada lagi!!!! Ia hanya menjadi bahan pameran di muzium sahaja atau terkadang dijadikan persembahan untuk para-para pelancung. Anak Melayu tidak gemar lagi akan ia! Anak Melayu sudah tiada ilmu dan seni-seninya lagi. Segalanya bagai sudah lesu-lesi…
Malah hari ini, seni silat Melayu pun sudah bagai tidak punya erti lagi kepada anak-anak Melayu. Seni yang mempertahankan Tanah Air ini sejak zaman berzaman dahulu dianggap satu perniagaan semata, boleh dipelajari dan boleh dimiliki sekiranya ada berduit atau kaya!!! Malah boleh menjadi Guru sekiranya bukan bangsa Melayu sekalipun, kerana silat Melayu hanya dianggap seni dan tidak lebih dari itu.
Ramai anak-anak Melayu tidak perduli lagi pada usaha rakan2 Tok Bahaman. Tak kisah langsung pada perjuangan sahabat-sahabat Panglima Ismail dan MALAH tak pernah hirau sekali pun pada IBU PERTIWI yang sedang MENANGIS!!!!!
Sebab itulah ramai yang tertanya-tanya : Apa itu Melayu?
Kerana mungkin mereka itulah Melayu yang tidak punya keilmuan Melayu atau mungkin mereka ini tak pernah ambil tahu sejarah Bumi Melayu atau mungkin mereka itulah yang ditangisi oleh Ibu Pertiwi yang seharusnya sentiasa bahagia..
“Ya Allah, izinkan aku berpijak di atas Bumi Mu Yang Bahagia ini…..”


Salam Perjuangan !

Monday, December 19, 2011

Pelajar Yang Bijak Tidak Semesti Berakhlak !


Menteri KPT mengamuk, Timbalan Menteri pulak didesak letak jawatan !




Tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berdemonstrasi menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan di Kuala Lumpur, semalam adalah satu perbuatan biadab.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan siasatan perlu dilakukan terhadap pelakunya.

“Ini adalah satu tindakan biadab, reaksinya kita tengok pada kesannya. Selain itu, kalau demonstrasi ini melibatkan kerosakan harta awam, penuntut yang terlibat kena bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan.

“Kita nasihatkan kumpulan penuntut terbabit supaya tidak lakukan sesuatu yang boleh menyinggung pihak lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang dekat sini, hari ini.




ASPIRASI desak Saifuddin Abdullah letak jawatan ! 

Kekecewaan yang sama diluahkan oleh Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah.

Beliau kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang didakwanya berdiam diri apabila bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

"Aspirasi membantah sekeras-kerasnya tindakan mahasiswa kerana tindakan tersebut dapat mencetuskan huru-hara.

"Alasan yang diberi Saifuddin kononnya beliau kebetulan mendapat jemputan itu dalam masa yang singkat dan tidak perasan insiden menurunkan bendera itu, adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Mohd. Shahar berkata, pihaknya bersama para mahasiswa dan alumni universiti akan mengadakan perhimpunan aman di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada Rabu ini, pukul 2.30 petang untuk menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

pejuangmelaka - Belajar adalah kewajipan.Belajar kenal diri sebelum melakukan sesuatu. Demontrasi menurunkan bendera  adalah tanda kebodohan mahasiswa yang bakal di lahirkan. Ingatlah sahabat dunia bagai roda jangan sesekali menghina seseorang esok kalian akan dihina !


Salam Perjuangan !

Melayu Islam Mari Bersatu !



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MARI BERSATU

LET'S ONE WORLD

Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa”

Aku sampaikan kepada semua manusia dimuka bumi ini untuk berTuhankan kepada DIA yang tak seumpama dengan segala sesuatu. DIA tidak dapat dipelajari dengan pengetahuan kata-kata tulisan, kata kata ucapan, kata kata fikiran dan kata kata rasa. DIA tidak terjangkau oleh sesuatu kerana Dia bukan sesuatu.

Allah adalah nama bagi manusia dimuka bumi ini untuk menyatakan DIA sebagai Tuhan semesta alam. Allah adalah definisi dari Tuhan yang sudah dikenal dengan pengetahuan lisan, tulisan, akal, dan rasa. Maka segala sebutan bilangan dan nama,adalah nama Allah. Kemana sahaja wajah engkau palingkan, baik wajah lisan, tulisan, akal dan rasa, disanalah wajah Allah.

Semua manusia dimuka bumi ini, baik yang mengaku berTuhan atau tidak berTuhan, sedar atau tidak, mereka sedang berhadapan dengan DIA yang tidak ada seumpamanya, sebandingnya, setaranya, semisalnya dan tidak ada duanya. Sehingga muncullah perkataan "TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH". Nama apa pun yang kamu beri untuk menyatakan Tuhanmu, aku selaku penyampai Salam dari Tuhan menyebut dengan satu nama yakni: "ALLAH". Dan aku berharap kamu sekaliannya setuju dengan sebutan ku ini dengan meninggalkan segala perbedaan antara aku dan kamu.

Maka dari itu, wahai sekalian umat manusia yang ada dimuka bumi ini aku sampaikan salam dari Tuhanku, yang juga Tuhanmu, Tuhan kita semua: "QUL HUWA ALLAHU AHAD" = "KATAKAN, DIA ALLAH ESA".
Dengan sampai (baligh) nya salam dari Tuhan ini kepada kamu sekaliannya, maka kamu yang mempunyai akal ('aqil) akan bersatu dengan yang mengatakan Kalam Tuhan:"KATAKAN, DIA ALLAH ESA".

Dan aku telah mengatakan Kalam Tuhan ini dengan tidak memandang status kehidupan sosial, budaya, negara bahkan agama. Semoga kamu sekaliannya mahu aku ajak bersatu, sehingga cinta kasih dan kedamaian tersebar keseluruh penjuru dunia. Atau jika kamu enggan dengan segala alasan maka ajaklah aku bersatu dengan kamu sehingga cinta kasih dan kedamaian tetap tersebar keseluruh penjuru dunia.



Salam Perjuangan !

Siasat Melayu Bertengkolok Kahwin Sejenis !





BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga. "Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya.  Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 

Sunday, December 18, 2011

CHINA PRESS KATA PERDANA MENTERI DAN MENTERI BODOH ?


AKHBAR CHINA PRESS KATA PERDANA MENTERI DAN MENTERI BODOH ?


Tajuk: Tahap Akal Tinggi dan Rendah Yang Bercanggah, 15 Disember 2012
Penulis: Hu Yuan, China Press.

Jika kita halusi percakapan orang-orang politik yang sedang memegang kuasa, apa yang ada  sekarang ini berkaitan penyelewengan dan rasuah di negara ini seperti satu kanser yang terus merebak dan terus dibudayakan, dan tidak dapat dirawat lagi, mungkin kesilapannya bukan dari penyelewengan atapun melakukan rasuah oleh pegawai-pegawai atasan mahupun oleh ahli politik itu sendiri. Mereka langsung tidak berniat untuk kegiatan itu, tetapi kerana mereka sendiri tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu sudah pun terjebak kepada penyelewengan dan rasuah, kerana disebabkan akal mereka sendiri yang terlalu cetek!

Contohnya duit yang ada di tangan kerajaan sekarang ini (sekurang-kurangnya ada billion ringgit), tidak dapat digunakan di tempat yang perlu. Dengan itu ada orang-orang hebat yang mencadangkannya, kenapa kita tidak laburkan sahaja duit berlebihan itu (duit itu adalah dari cukai pendpatan rakyat yang bodoh), buatlah sedikit projek ternak lembu ternak kambing, ternak ayam dan itek, bela ikan dan udang yang boleh jadikan aktiviti sampingan. Sekurang-kurnagnya duit itu bukan milik sendiri, ada kuasa untuk mambazirkannya, jika tidak dibazirkan bermakna merugikan.

Jika nak bazir duit lebih mudah beri kepercayaan orang-orang sendiri (kroni), dengan itu duit dari si bodoh si pembayar cukai itu terpaksa diberikan kepada orang-orang sendiri, (kepada suami, anak-anak, isteri, menantu, adik beradik dan sebagainya)

Apabila rakyat tahu perbuatan itu perbuatan salah! Sebaliknya pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri-menteri) cuba perah otak untuk cari sebab-sebab dan punca kenapa ia berlaku, sebaliknya dikatakan mereka tidak jumpa sebab-sebab dan kesilapan itu.

Apa yang pegawai tinggi kerajaan berkata: tiada yang salah! Atas sebab-sebabnya seperti di bawah:-

1, Saya tidak serah duit itu kepada diri saya sendiri, saya sendiri pun tiada kepentingan dalam itu, setiap orang (walaupun suami isteri), masing-masing ada dompet duit sendiri.

2, Duit ini bukan milik sesiapa pun, duit ini akhirnya akan diserahkan kepada orang, jika tidak diberikan kepada keluarga sendiri ia akan diberikan kepada keluarga orang lain, duit seperti ini memang diberi, dan duit yang di sana pun diberi juga, sememangnya duit itu seperti garam boleh dibuang ke laut, bermakna beri kepada sesiapa pun duit itu, bukankah tiada apa-apa perbezaannya?

3, Sedangkan duit-duit ini memang untuk diberikan kepada orang, kenapa nak ambil tahu macam mana duit itu digunakan?  Duit-duit rakyat yang bodoh itu, siapa yang bazirkan dan bagaimana ia bazirkan, tiada apa-apa perbezaannya, mana ada kesilapan yang mereka buat?

Sebab Itu Mereka Sangat Marah!

Sebab itu apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri) mendengar kes itu adalah kes rasuah dan penyelewengan kuasa, mereka mengamuk dan melenting marah yang membara! Ahli politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan memakai baju berlogo bendera Malaysia di badan, angkat tangan kanan laungkan cintakan negara ini, angkat tangan kiri laungkan cintakan negara ini, duit cukai rakyat yang bodoh itu sebaliknya mereka duit itu sudah bukan milik sesiapa lagi, jika tidak diambil, orang lain akan mengambilnya, adakah itu dikatakan rasuah? Bukankah dengan itu mereka anggap apa yang dinamakan rakyat telah menghina mereka, sebab itu mereka rasa sangat marah yang membara-bara!

Penerangan ini sama seperti seorang lelaki curi makan luar, apabila mereka ditangkap, tindakan pertama yang mereka sebut ialah:  semua orang lelaki di dunia ini memang suka curi makan luar, jika tidak curi makan luar (main perempuan lain) bermaka itu bukan lelaki,  sebab itu mereka kata curi makan bukan kesalahan orang lelaki! Kesilapannya, setiap kali dia curi makan kenapa di Hotel yang sama, di bilik Hotel yang sama, mungkin juga dengan perempuan yang sama! Itu bukan kerana masalah akhlak orang yang curi makan, ia kerana  masalah nasib tidak menyebelahinya!

Melihat isu rasuah dan penyelewengan kuasa di negara kita, kudisnya memang berpunca dari sini: tahap kesedaran rakyat sudah meningkat tinggi, sebaliknya tahap kesedaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan(menteri-menteri) agak cetek, secetek seperti  (perpatah Cina) busung tumbuh di ponggong sendiri, tanggalkan seluar tunjukkan kepada orang lain. Aduh sungguh cetek tahap akal mereka ini, mereka kini di posisi undur ke belakang, sebaliknya mereka sangkakan mereka sedang maju ke hadapan. Tumbuh bisul dianggap ia telah melahirkan sebutir intan mutiara!

Sebab itu tahap fikiran rakyat yang tinggi apabila berjumpa dengan tahap pemikiran pegawai-pegawai kerajaan (menteri-menteri) yang cetek akalnya, akan berlaku percanggahan, inilah yang dinamakan kudis kanser sedang menular. - MyMassa

Rujukan : Sini

pejuangmelaka-Ultrakiasu Tolong Belajar Hormati pemimpin. Sila Hormati kami seperti mana kami menghormati anda !

Salam Perjuangan !

Saturday, December 17, 2011

PELAJAR TOLONG HORMATI PEMIMPIN !

TOLONG HORMATI PEMIMPIN



HARI INI SUATU PERTUBUHAN YANG JELAS PRO PEMBANGKANG IAITU SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA(SMM) DAN GERAKKAN MENUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK(BEBAS) MELAKUKAN PERKARA BIADAP DENGAN MENURUNKAN BENDERA PM. SEPERTI YANG KITA MAKLUM SMM YANG PERNAH DIMAKI OLEH PELAJAR UIAM KERANA MEREKA YANG BUAT KEKACAUAN DAN BUKAN PELAJAR UIAM DALAM ISU AZIZ BARI. APAKAH KITA MASIH INGAN SMM YANG DIKEPALAI OLEH SEORANG DARI PEMBANGKANG PERNAH MELAKUKAN AMALAN YANG MEMBAWA KEPADA MURTAD DENGAN MEMEGANG LILIN LAYAK PENGANUT KRISTIAN. HARI INI KEBIADAPAN MEREKA BERTERUSAN.

KUALA LUMPUR, 17 Dis —Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib Razak.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Bila Buat bantahan Semua Melayu ! Mana Bangsa Lain ! Kita Sedang Di perkudakan ! Jangan jadi BODOH !








Salam Perjuangan ! 

Ariff Alfian Kaum Luth yang BODOH !



Inilah Padahnya Jika LGBT Menjadi Amalan.
Jangan buat main-main dengan ancaman ini!














'Resepsi' Ariff & Jonathan Yang Memalukan. Doakan Dia Insaf!


Kisah warga Malaysia, Ariff Alfian Rosli (28 tahun) bekas pelajar perubatan di University College Dublin (UCD)pelajar yang dikesan telah pun berkahwin dengan pasangan iaitu seorang lelaki Ireland (gay) bernama Jonathan mendapat pelbagai reaksi negatif dari seluruh negara kita.

Tanpa berasa malu, baju melayu beserta tanjak dikenakan semasa majlis 'perkahwinan' nya. Tidakkah terbit difikiran apa yang dilakukan itu bukan sekadar memalukan negara.. tapi turut memalukan BANGSA dan juga AGAMA?

Tiadakah perasaan bersalah kepada ibu bapa yang telah banyak berpenat lelah mendidik dan membesarkan sehingga dewasa, beri makan, beri pelajaran, hantar ke luar negara dengan harapan dia pulang sebagai manusia berguna? Dari apa yang dia lakukan, bukan sekadar membebankan ibubapanya, tetapi juga menconteng arang ke muka mereka. 

Kaum LUTH yang BODOH !

Salam Perjuangan !






Demonstrasi : Tanda Dunia Hampir Kiamat !


Demonstrasi : Tanda Dunia Hampir Kiamat !


Sememangnya dunia sudah hampir kiamat.Cuma manusia yang lalai dan kuat berangan-angan saja yang sengaja tidak mahu membuat persediaan untuknya walaupun sudah sekian banyak tanda-tanda dunia hampir kiamat seperti apa yang telah dinyatakan oleh Allah swt melalui lidah para rasulNya telah berlaku.

Disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :

[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat ;

1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).
2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)
3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”

(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad.Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]

************

Wahai saudara se-islamku, mengapa harus kita berdemonstrasi jika itu adalah amalan yang dibenci oleh Allah dan Rasulnya???

Kebelakangan ini timbul pelbagai isu yang boleh memecah belahkan umat islam di Nusantara.Tidak terfikirkah oleh kita bahawa dalam setiap apa yang berlaku dalam masyarakat islam itu, pasti ada dalangnya.Sudah pasti dalangnya itu adalah mereka yang bersekongkol dengan Iblis-Dajjal!

Setelah demonstrasi baju merah yang bermandi darah di Thailand sedikit reda, kini timbul pula ketegangan antara Malaysia- Indonesia. Kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka anti-Malaysia juga menggunakan baju dan bendera yang berwarna merah bercampur putih.Mereka juga bermain dengan darah!!! 

Kumpulan BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia ) telah melakukan kempen mengumpul cap jari berdarah dan dengan sengaja membuat provokasi menggesa Indonesia menjadikan Malaysia sebagai wilayah ke-34 Republik itu!

Cara mereka ini seakan-akan apa yang berlaku di Thai..

Sila baca artikel lama saya bertajuk : Bila Sibaju Merah Bermandi Darah Di Thai 

KLIK :

Seterusnya anda boleh baca beberapa artikel dari akhbar-akbar seperti dibawah :


Artikel 1 : ‘Ganyang Malaysia’ merebak.


Sumber : Klik

'Ganyang Malaysia' merebak

Oleh Mohd Anwar Patho Rohnman di Jakarta
wananwar@bharian.com.my
2010/09/01

JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.

Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.

Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.

Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.

Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.

Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.

Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.

Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.

Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.

“Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.

“Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya.


Artikel 2 : Anggota Bendera Kumpul Cap Jari Darah

Sumber :KLIK

Anggota Bendera kumpul cap jari darah

JAKARTA 31 Ogos - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53 hari ini.

Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai 'hadiah' Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

"Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami," katanya.

Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan 'apel siaga' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan 'Ganyang Malaysia'.

Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.

Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa 'hadiah' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu.

******************************************************************

Amatlah malang sekali jika seluruh umat islam tidak kira mereka umat islam Malaysia atau Umat Islam Indonesia, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini bermusuh-musuhan sesama sendiri dek kerana terpedaya dengan taktik Iblis-Dajjal dan kuncu-kuncunya yang sememangnya mahu umat islam terbesar didunia(Indonesia) bermusuhan dan pecah belah.Itulah hajat dan agenda besar mereka setelah boleh dikatakan mereka telah berjaya meliberalisasikan agama islam di Indonesia melalui proksi-proksi Jaringan Islam Liberal berkiblatkan NWO .

Jika mereka berjaya menundukkan Indonesia, maka agenda seterusnya selepas ini iaitu untuk menundukkan Malaysia akan menjadi semakin mudah, apatah lagi dengan adanya ‘tentera Zionis’yang berpengkalan di Singapura sejak sekian lama!



Tolong hentikan kerja gila demonstrasi kalian itu kerana nilai keamanan dan kemakmuran sejagat antara Malaysia-Indonesia yang kita telah kecapi bersama sekian lama bukanlah bernilai sebungkus nasi campur!!!

Jangan cuba bermain api !!! ingat , bahawa kita bangsa melayu yang dulu asalnya serumpun iaitu Nusantara! Dulu kita bersaudara, hidup harmoni dan bersatu padu. Dulu kita pernah bersatu menentang musuh yang cuba mengganggu-gugat keharmonian Nusantara!

Usah bergaduh sesama kita, lihatlah kesatuan dan survival bangsa melayu-islam kita dari persepsi yang berbeza. Mengapa kita harus mengecewakan misi dan wawasan suci nenenda kita Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan seluruh wali-wali Songo di Nusantara negeri dibawah angin ? Musuh kita bukanlah apa yang kini di depan mata kita, tapi musuh sebenar kita ialah Nafsu Ammarah yang ada di dalam dada kita!

Marilah bersatu-padu menundukkan Ammarah kita dahulu sebelum kita berperang menentang musuh-musuh kita yang sebenar. Bersihkan diri kita sebelum ingin mem
BERSIHkan orang lain..



Salam Perjuangan !