Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Kepentingan Ilmu.




Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia
dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila
pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!

Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11) Marilah Kita Menuntut Ilmu..Salam Perjuangan.

Pengganti tok imam






Ketika ingin menunaikan solat,tok imam pon mulakan dengan takbiratul ihram,tetapi tidak boleh melakukannya kerana tidak khusyuk,kemudian ada seorang makmum (ali) merelakan diri untuk menjadi imam.
Ali: tok imam!!!tok pergi duduk jadi makmum je lah kat belakang,biar saya saja yang menjadi imam.

Imam:marilah..sambil berkata dalam hati..alhamdullilah..

Lalu Ali mengangkat takbiratul ihram dengan sekali saja..

Ali:tengok tok!!sekali ja..


Ali memulakan semula solat..setelah memberi salam pada rakaat terakhir..semua makmum memujinya..

Bacaan solatnya sangat baik dan merdu suaranya, hinggakan orang tua khusyuk mendengar bacaannya. Selepas solat , ramai yang memuji dan kagum dengannya. Dia dengan penuh bangga dan selambanya berkata ; " Itu BELUM lagi saya AMBIL WUDHU! ". semua orang yang menjadi makmum terdiam seketika lalu sembahyang semula.

Dari Abu Hurairah ra. berkata: "Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang berbicara di depan suatu kaum, seorang Badui datang kepadanya dan berkata: 'Kapankah datangnya hari kiamat?' Rasulullah meneruskan pembicaraannya. Maka sebagian orang berkata: 'Rasulullah telah mendengar apa yang dikatakan orang Badui itu tetapi beliau tidak menyukai pertanyannya.' Sebagian lain berkata: 'Rasulullah tidak mendengarnya'. Ketika selesai bicara, beliau berkata: 'Mana orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?' Orang itu berkata: 'Inilah aku, wahai Rasulullah'. Rasulullah bersabda: 'Apabila amanat telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat'. Dia berkata: 'Bagaimanakah menyia-nyiakannya?' Rasulullah bersabda: 'Apabila suatu urusan dipercayakan kepada orang yang tidak berhak, maka tunggulah datangnya kiamat'. Bukhari, 59, 6496. Salam Perjuangan

Kisah Neraka





Kisah ni berlaku sekitar tahun 70 an, di sebuah kampung di kawasan pendalaman di Ulu Selangor. Dalam kampung itu terdapat seorang ustaz yang warak dan sangat disegani oleh semua penduduk kampung. Ustaz itu mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama, dia sering memberi ceramah di surau kampung tersebut. Pada suatu hari ustaz itu memberi ceramah tentang siksa di dalam neraka. Ustaz itu berkata, "Di neraka nanti orang yang berbohong, lidah nya akan digunting, lepas digunting lidahnya akan tumbuh semula, kemudian lidahnya akan digunting semula, ini berlaku berulang-ulang kali...". Orang yang menghadiri ceramah itu semua mendengar dengan perasaan ngeri sekali. Tiba-tiba, Ali yang memang terkenal suka berbohong di kampung itu menyampuk, "Mana ustaz tau orang suka berbohong lidahnya kena gunting, ustaz pernah masuk neraka ke?" Ustaz itu kelihatan marah ketika soalan itu ditujukan seraya bertanya, "Mak kamu nama apa?", lantas Ali menjawab. Mak saya Mariam. Kemudian, ustaz itu membalas. "Mana kamu tau Mariam tu mak kamu? Kamu pernah tengok dia dilahirkan kamu ke?

P/S-Mempercayai Alam ghaib itu adalah termasuk dalam Rukun Iman..Selamat Menjalani Ibadah dan Salam Perjuangan..

Kerana Nama..





Pada suatu hari, ader satu kampung ni, dier nak minta derma untuk nak wat masjid kat depan kampung, dalam kampung tu,, ader 3 orang jerp yang kaya, ibrahim, musa ngan ali kaka...

Orang kampung ni pown mintak kat diorang, mula2 dier tanyer ibrahim, ibrahim ni kedekut, dier bagila 1500 jer.... Orang kampung pegi plak umah si Musa, musa pown kedekut gak, dier pown bagi lar 1500, pergi ke rumah ali kaka lak, kedekut juga si ali kaka ni, bagi 1500 gak.....

pastu diorang pown, wat lah masjid kat depan kampung tu...

6 BULAN KEMUDIAN.....

Siap lar masjid tu, diorang pown mulalah sembahyang kat masjid baru tu.... satu hari, ali kaka, musa ngan ibrahim duduk belakang imam nak sembahyang isyak, imam pown bacer satu surah tu akhir dier, suhufi ibrahimawa musa, ali kaka pown pelik, naper nama dier tak disebut dalam surah tu???

esoknyer dier pown pergi ah masjid tu semayang agi, surah yang sama, nama dier pown tak disebut jugak agi, dier pown marah ah, pastu terajang jerp bontot imam tu dari belakang... imam tu pun dah tak nak jdi imam...

esoknyer tukar lak imam yang lain, imam ni agak bijak tapi berdosa, dier pown bacer surah yang samer jugak, tapi akhir sekali dier ubah sikit, 'suhufi ibrahim ma wa musa wa ali kaka....'

P/S-Jangan mempermainkan ayat ALLAH..Mendermalah dengan Ikhlas ;-) Salam Perjuangan

Kerana 50 sen




Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Salam Perjuangan

Saya Anak Kembar,Awak?



Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Salam Perjuangan