Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Mengejar Keberkatan Lailatul Qadar..




Kita telah masuk pada penghujung bulan Ramadhan, bererti telah masuk pada sepertiga terakhir yang mengandungi sepuluh atau barangkali hanya sembilan hari saja. Maha Benar Allah SWT ketika menyebutkan bahawa Tetamu Agung Ramadhan hanyalah "Ayyaam ma'dudaat" (beberapa hari yang telah ditentukan).

Cepat dan ringkas, namun Ramadhan mengandungi kemuliaan dan keberkatan yang luar biasa.Kalangan ulama tafsir banyak yang menafsirkan ayat sumpah Allah SWT dalam surah al-Fajr bahawa "layalin asyr" (dan demi malam yang sepuluh) maksudnya adalah malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan, walaupun banyak pula yang menafsirkan maksudnya adalah sepuluh malam bulan Zulhijjah, ada pula yang mengatakan sepuluh hari pertama bulan Muharram. Semua tafsiran boleh jadi benar, kerana masing-masing mempunyai dalil-dalil yang mendukungnnya.

Pada hari-hari terakhir ini Baginda Nabi SAW bersiaga penuh mengisi malam-malamnya, sehingga baginda mengasingkan diri dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam masjid, beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT, sebagai kesempatan akhir "mengambil berkat" bulan Ramadhan. Tak hairan seperti diriwayatkan oleh isteri beliau Sayyidah A'isyah bahawa Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam beribadat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan yang tidak dilakukannya pada bulan-bulan yang lain.

Pertanyaanya, mengapa demikian? Mengapa Nabi SAW menggalakkan umatnya untuk melipatgandakan ibadah dalam masa tersebut? Jawabnya ringkas, kerana pada malam-malam bulan Ramadhan tersebut, terutama pada malam-malam yang ganjil, terdapat malam Lailatul qadar, malam kemuliaan yang sangat istimewa yang semua orang berlumba memburunya, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagai bonus hadiah Tuhan bagi orang yang ikhlas mengabdikan diri kepada-Nya.

Lailatul qadar ibarat benda elok yang sangat indah namun bukan sentiasa ada. Tak hairan jika tak mudah meraihnya, kerana mahal harga belinya. Malam kemuliaan ini hanya boleh dibeli dengan pengorbanan jiwa raga, dengan amalan-amalan ibadah yang ditunjuk oleh agama, seperti melakukan qiyamullail, berpuasa sebaiknya, tilawah, dan tadarus al-Quran dengan tadabbur, berdoa, zikir, memperbanyak istighfar, muhasabah diri, perbanyak sedekah, serta amalan makruf yang lain untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat pada umumnya.

Lailatul qadar dirahsiakan? Jelas sesuatu yang mahal dan luar biasa tentu dirahsiakan dan tidak dimaklumkan, hikmahnya agar umat semangat berlumba memburunya, dan agar ibadat tidak hanya dilakukan pada waktu tertentu sahaja, tetapi pengabdian haruslah kekal terus dilakukan selagi hayat masih di kandung badan. Merugilah kita yang luput dari peningkatan ibadah pada hari -hari sepuluh terakhir ini.

Kebahagiaan yang beriman sebenarnya bukan hanya kerana akan mendapat bonus pahala Lailatul qadar dan sejenisnya, namun kebahagiaan yang beriman itu adalah saat dirinya mengabdi, mohon ampun, berserah dan tunduk kepada pencipta-Nya, kerana itulah nikmat besar yang tiada taranya!

Thursday, August 18, 2011

Kerana Nama..





Pada suatu hari, ader satu kampung ni, dier nak minta derma untuk nak wat masjid kat depan kampung, dalam kampung tu,, ader 3 orang jerp yang kaya, ibrahim, musa ngan ali kaka...

Orang kampung ni pown mintak kat diorang, mula2 dier tanyer ibrahim, ibrahim ni kedekut, dier bagila 1500 jer.... Orang kampung pegi plak umah si Musa, musa pown kedekut gak, dier pown bagi lar 1500, pergi ke rumah ali kaka lak, kedekut juga si ali kaka ni, bagi 1500 gak.....

pastu diorang pown, wat lah masjid kat depan kampung tu...

6 BULAN KEMUDIAN.....

Siap lar masjid tu, diorang pown mulalah sembahyang kat masjid baru tu.... satu hari, ali kaka, musa ngan ibrahim duduk belakang imam nak sembahyang isyak, imam pown bacer satu surah tu akhir dier, suhufi ibrahimawa musa, ali kaka pown pelik, naper nama dier tak disebut dalam surah tu???

esoknyer dier pown pergi ah masjid tu semayang agi, surah yang sama, nama dier pown tak disebut jugak agi, dier pown marah ah, pastu terajang jerp bontot imam tu dari belakang... imam tu pun dah tak nak jdi imam...

esoknyer tukar lak imam yang lain, imam ni agak bijak tapi berdosa, dier pown bacer surah yang samer jugak, tapi akhir sekali dier ubah sikit, 'suhufi ibrahim ma wa musa wa ali kaka....'

P/S-Jangan mempermainkan ayat ALLAH..Mendermalah dengan Ikhlas ;-) Salam Perjuangan

Wednesday, August 17, 2011

 Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara

Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara




Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.



"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)

Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.

[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]

Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.

(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)

Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.

Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)

Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.

Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)

Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.

Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.

"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.

Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.

Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.

Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai.
Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."

Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.

Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

Hayatilah Video Ini Sahabat Seperjuangan

Kenyataan Seorang Pelampau





(Siaran komen di media Free Malaysia Today pada 12.08 yang jelas menghina Islam dengan komen saperti "allah BABI MOHAMAD seorang perogol")

"10th Commandment: EZAM THE FROG....Muslim convert to christian. This shows that the teaching of Islam is not right....islam is a fake religion.Your allah BABI MOHAMAD is a rapist...holly man doesn't married to 4 wives..does not encouraged jihad....islam doesn't practice and teach his followers the 10th commandment like the christian does....read through our holly bible and understand what are the 10th commandment is all about....just wonder how your babi mohamad looks alike....how come until now nobody show the photo of him....Islam are worshipping stone....EZAM..."BURN YOUR HAIRY WIFE PUSSY"

(Alih Bahasa: EZAM SI-KATAK...Muslim murtad kepada kristian. Ini bukti ajaran Islam tidak betul....islam agama palsu. Allah BABI MOHAMAD seorang perogol...insan warak tidak akan kahwin 4...tidak menggalakkan jihad....islam tidak amal dan ajar pengikutnya 10 prinsip macam kristian...bacalah bibel dan fahami 10 prinsip itu...bagaimana agaknya rupa babi mohamad...kenapa sampai hari ini tidak ada gambar dia...Islam sembah batu...EZAM..."BAKAR BULU KEMALUAN ISTERI KAMU").

Ini adalah komen yang disiarkan oleh media-portal Free Malaysia Today (FMT) pada hari Jumaat 12 Ogos lepas. Komen ini muncul dari berita yang dibawa oleh FMT mengenai himpunan umat Islam anjuran Gerakan Cegah Murtad di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat pada 12 Ramadhan/ 12 Ogos lepas dimana selain teman, YB Senator Ezam turut berucap.

Kita perlu memandang serius komen saperti yang dibuat didatas. Jelas ianya perbuatan melampau diluar peradaban dan tatasusila manusia bertamaddun. Hanya manusia berotak haiwan sahaja yang mampu membuat komen saperti diatas.

Walaupun pihak editorial FMT telah menarik balik komen tersebut, namun ianya didbuat hanyalah setelah seorang blogger Muslim mengkritiknya di www.apanama2020.blogspot.com pada 13 Ogos 2011.

Persoalannya, editorial media portal sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan komen-komen saperti ini. Mereka tidak boleh dibenarkan berselindung disebalik kebebasan bersuara, ataupun melepaskan tanggungjawab mereka kononnya mereka telah berikan amaran awal kepada para "komentar"; dan telah meminta maaf!

Kita tidak boleh benarkan mereka yang biaDAP ini memperkudakan sensitiviti agama dengan menyiarkan komen-komen saperti ini, kemudian bila ditegur barulah ditarik balik dengan permohonan maaf kononnya. Sudah acapkali perkara saperti ini berulang. Malah teman pernah membangkitkan isu saperti ini beberapa kali samada melalui blog ini mahupun di Parlimen. Terlalu kerap mereka melakukan pencabulan kebebasan media ini, dan tiada sebarang tindakan diambil. Lihat sahaja kes Namewee yang terang-terang menghina namun pihak berkuasa kelihatan terlalu dayus dan mandul untuk mengambil sebarang tindakan.

Teman mendesak supaya tindakan serius diambil terhadap media-media cyber ini yang kelihatannya mengamalkan prinsip "free-for-all" dalam siaran dan komentar mereka, sehingga ada yang sampai ketahap melakukan pembohongan, penipuan, putar belit dan pelbagai kaedah tidak bertamaddun, namun semuanya lepas bebas begitu sahaja tanpa sejentik pun!

Sampai bila kita umat Islam nak bersabar. Janganlah sampai kami terpaksa mengambil tindakan sendiri. Kepada para kaafirun dan penyokong mereka diluar sana, kamu jangan nak biaDAP sampai keperingkat kelak kami umat Islam mengambil tindakan, yang kamu sendiri akan sesali nanti. Memang kami umat Islam diajar supaya bersabar dan bertindak secara aman, namun kami juga disuruh memerangi mereka yang memilih untuk berperang dengan kami.

DAN TINDAKAN SAPERTI DIATAS KAMI ANGGAP ADALAH PERISYTIHARAN PERANG TERHADAP KAMI. Kamu mungkin telah berjaya memperdaya dan memperkudakan segelintir daripada bangsat Melayu yang bodoh, namun jangan kamu fikir kami majoriti umat Islam akan berdiam diri kalau kamu berterusan menghina agama kami. Memang ada segelintir bangsat Melayu yang bersedia menjual dan melacurkan agama mereka, namun majoriti kami hanya menunggu untuk bertindak terhadap kelampauan kamu. Don't test our patience!!! You will live to regret it!

Kepada Kerajaan dan pihak yang berkenaan, sampai bila nak jadi pemberi amaran tak habis-habis. Bertindaklah. Umat Islam sudah mula muak dan beranggapan kerajaan sudah tidak berkemampuan bertindak tegas menurut lunas undang-undang. Kalau itu kebenarannya, nyatakan kepada kami yang kerajaan sudah tidak mampu mempertahankan Islam dan umat Islam. Dan tahulah kami apa yang patut kami lakukan untuk mempertahankan dan membela agama kami.

Wallahua'lam & Wassalam.

MEMERANGI MURTAD ITU JIHAD!
MENCEGAH MURTAD ITU JIHAD!
MEMBELA ISLAM ITU JIHAD!

Tuesday, August 16, 2011

Risalah Murtad..

Moga Ramadhan 1432 yang mulia lagi penuh keberkatan ini membawa petunjuk dan hidayah untuk anda semua. Seruan teman kepada mike semua, bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup. Kembalilah kepada Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

MENENTANG MURTAD ITU JIHAD!
MENCEGAH MURTAD ITU JIHAD!
MEMERANGI MURTAD ITU JIHAD!
MENGHAPUSKAN MEREKA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN JUGA JIHAD!
BANGKITLAH HAPUSKAN MURTAD! BANGKITLAH HAPUSKAN SESAT!












*Nota: risalah diatas adalah antara begitu banyak risalah yang disebarkan oleh kaum kafir kristian la'natullah yang dijumpai dipelbagai tempat awam dan ada yang diberikan terus kepada anak-anak kecil Islam; dan semakin menjadi-jadi sejak mereka mendapat sokongan dari segelintir Melayu untuk menyalahgunakan kalimah ALLAH (na'uzubillah).


ISU PEMBESAR SUARA-HILANG LAGI SYIAR ISLAM.

ISUNYA PEMBESAR SUARA: MENGAPA CERAMAH/KULIAH MAGHRIB TIDAK DILARANG?


Polemik yang menghantui nilai survival Islam Pulau Pinang semakin menghantui pemikiran ummah.Apa tidaknya umat Islam terhimpit dengan fatwa mufti. Hujah yang diberikan mudah sahaja, apakah Islam suka menggangu ketenteraman? Islam agama yang menganggu dan sebagainya. Lalu, selepas Pulau Pinang di ambil , maka soldadu pun mulalah mencari apakah hujah yang boleh disandarkan untuk mengurangkan syiar Islam di Pulau Pinang.


Pelbagai tafsir diberikan. Antaranya ialah penggunaan pembesar suara mengganggu jemaah yang sedang bertafakur di dalam masjid dan menggangu penganut agama lain yang sedang tidur. Lagi pun kata mereka sekiranya langkah menggunakan pembesar suara dijadikan sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah maka ianya adalah bidaah baru bagi umat Islam.Mufti perlis telah menyatakan bahawa di perlis keadaan ini telah lama ditinggalkan. Baiklah, sekarang mari kita melihat indikator dan hujah mengganggu dan bidaah baru.

Hujah yang diberikan oleh fatwa ialah bacaan menggunakan pembesar suara adalah dilarang kerana menggangu berdasarkan hadis nabi SAW. Bagaimana pula dengan kuliah maghrib dan subuh yang menggunakan pembesar di luar masjid? bukankah ini mengganggu? Maka kata kawan saya membaca quran dan mendengar kuliah adalah berbeza. Pokok persoalannya ialah mengganggu. Kerana ada aduan , maka jabatan mufti keluarkan fatwa. Sekarang katakanlah ramai yang membuat aduan selepas ini kuliah maghrib dan subuh menganggu mereka? apakah selepas itu, semua kuliah tidak lagi menggunakan pembesar suara di luar masjid? biasanya mengaji quran dipasang 15 minit sebelum waktu subuh dan 15 minit selepas waktu subuh. Ini yang biasa di buat di masjid.


Tapi, kuliah maghrib dan subuh kadang-kadang lebih sejam. Apakah selepas ini akan keluar fatwa yang menyatakan untuk menuntut ilmu kita perlu elakkan menganggu orang lain yang sedang enak tidur dan sedang enak menonton drama pada waktu maghrib.Lalu , kuliah maghrib dan subuh selepas ini hanya akan menggunakan corong pembesar suara untuk dalaman masjid sahaja. Inilah yang berlaku di Singapura dan ini jugalah yang diperjuangkan DAP. Halus dan sangat berkesan. Jika memperdengarkan bacaan quran pun mengganggu, maka memperdengarkan kuliah juga menganggu. Kes terdahulu akan dijadikan hujah bukti bagi kes akan datang. Maka selepas ini, semua aktiviti di masjid tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara tetapi cukup sekadar suara yang kuat atau corong pembesar suara dalaman sahaja.

Unsur bidaah dikaitkan dengan hujah larangan menggunakan pembesar suara sekiranya ada yang menyatakan bahawa cara tersebut boleh mendekatkan diri dengan Allah. Apakah kuliah dengan menggunakan pembesar suara yang niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? apakah khutbah jumaat yang menggunakan pembesar suara juga bidaah kerana tok khatib berharap umat islam disekitarnya boleh mendengar isi khutbah lalu dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apakah berzikir dengan menggunakan pembesar suara juga bidaah? kerana zikir juga ingin mendekatkan diri kepada Allah. Maka, selepas ini , satu persatu akan hilang dalam syiar Islam di Pulau Pinang. Kita tunggulah dengan hati terbuka. Fikirkan wahai umat sekalian. Membaca quran dengan menggunakan pembesar suara untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah adalah bidaah. bagaimana pula berzikir dengan menggunakan pembesar suara untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? Mungkinkah akan wujud lagi fatwa baru bahawa segala amal Islami di masjid dan surau tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara. Yang boleh guna pembesar suara hanyalah opera cina dan segala sambutan perayaan kaum cina dan india.teruskan dalam misi hancurkan syiar Islam Pulau Pinang. KLIK

MAS & AIR ASIA DEAL, Who will win ?

MAS & AIR ASIA DEAL, SYARAT PERJANJIAN, STRATEGIK PLAN, REVENUE Vs COST, MARKET SHARE, MORAL, PERSAINGAN, MONOPOLY, - SIAPA YANG MENANG?




Apa yang tersirat di dalam perjanjian pertukaran saham antara MAS dan Air Asia pada hari selasa 9 Ogos 2011 adalah untuk memantapkan sinergy usahasama antara MAS dan Air Asia dalam menghadapai persaingan domestik dan Antarabangsa. Namun apakah tujuan tersebut harus dicapai dengan hanya cara pertukaran saham ? (share swap deal - dengan perjanjian 5tahun + 5tahun ). Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum sebagai pemilik saham terbesar Air Asia melalui Tune Air buat masa ini pastinya akan memastikan kepentingan mereka terjaga, namun hanya harapan terbaik diharap kepada wakil dari Khazanah untuk memastikan kepentingan MAS terjaga. Menyaksikan MAS sebagai aset Kerajaan menjadi mangsa adalah sesuatu yang sedih bagi rakyat dan pemilik saham.. Mari kita teliti apa yang tersurat di dalam perjanjian tersebut dan analisis yang boleh kita berikan




1) Syarat / Ratio perjanjian tukaran saham.-Bila satu satu perjanjian tukaran saham dibuat tidak dapat tidak kita harus melihat harga saham MAS dan Air Asia di pasaran saham. Ini adalah kerana jumlah saham yang akan ditukar ditentukan dengan nilai yang sama iaitu diukur kepada harga saham di pasaran saham di Bursa Malaysia. Pasaran saham pada masa perjanjian menunjukkan harga saham Air Asia pada RM3.95 dan MAS pada RM1.90. Berdasarkan harga tersebut Tony Fernandes dan Kamarudin akan mendapat 20% saham didalam MAS dan Khazanah hanya mendapat 10% dari saham Air Asia! dari segi nombor Air Asia menang! Malah Tony Fernandes dan Kamarudin akan menjadi Major Shareholder Individu yang terbesar didalam MAS!!! Pastinya TF dan Kamarudin sekarang mempunyai suara sekarang di dalam MAS, pastinya kepentingan Air Asia akan dilindungi dalam setiap keputusan strategik yang akan dikeluarkan oleh pengurusan MAS!.. Apakah yang Khazanah ingin perjuangkan didalam Air Asia? pembahagian kos dan perkongsian aset yang sama rata? lepas ni Air Asia beroperasi di KLIA? Jika ingin buat analisis lebih mendalam mungkin boleh melihat kepada beberapa aspek seperti PE Price Earning Ratio, tentunya Air Asia mempunyai PE yang lebih tinggi tetapi adakah ia menunjukkan harga saham Air Asia terlebih nilai (overpiced) dibandingkan dengan jumlah jualan dan aset? dengan peningkatan harga saham MAS di Bursa Malaysia dan kejatuhan harga Air Asia sekarang ini bermakna pelaburan Tony Fernandes untung dan pelaburan Khazanah rugi, Air Asia 1 MAS kosong!


2) Strategik plan.- air asia mempunyai akses / connection yang lebih baik dengan pembuat keputusan kerajaan. Kerja -keja melobi sudah makin mudah kepada kepada Tony Fernandes. MAS pula yang hanya akan menumpukan pada pada full premium service airline telah melepaskan PELUANG yang besar dalam pasaran low cost carrier. Perlu diingat Air Asia telah menunjukkan betapa besar PELUANG yang boleh diekploitasi dari pasaran low cost Airline. Namun MAS memilih untuk lari. Seharusnya Firefly diasingkan dari usahasama ini dan dikekalkan dengan cara operasi dan tumpuan kepada low cost airline manakala usahasama antara lebih kepada perkongsian laluan, aset, airport dan usaha lain. Air Asia 2 Mas 0!!

3) Revenue or Cost? Apakah masalah MAS sekarang? Perbandingan dengan syarikatpenerbangan full service yang lain seperti Singapore Airlines SIA dan Thais Airline perlu dibuat untuk menilai kedudukan MAS sekarang. Mengikut executive director MAS yang baru iaitu Mohammed Rashdan Yusof (pic), "If you look at its operating statistics, the airline's cost is one of the best versus other full service carriers. Its cost per ASK is competitive but the RASK (revenue per available seat km) is suffering". Jadi apa yang difahamkan masalah MAS dengan penurunan RPK(revenue per KM) dan RASK (revenue per available seat km) adalah melibatkan revenue (jualan)!. sudah tentunya Rashdan yang baru dilantik akan menyokong perjanjian tukaran saham ini. MAS tiada masalah dengan kos operasi jadi apakah perjanjian tukaran saham ini adalah ubat untuk meninggikan jualan? saya lebih melihat perjanjian tukaran saham ini lebih menjurus kepada penjimatan kos yang sama sekali bukan penyakit serius yang MAS sedang hadapi. Apa yang MAS perlu lakukan adalah struktur/ strategi harga tiket yang baik (pricing).. dalam setiap FSC Full Service Carrier seperti MAS pasti ada bilangan tempat duduk yang tidak dapat terjual, untuk memastikan tempat duduk ini terjual dengan harga yang competitif yang mana mungkin dapat menampung kos overhead dan semestinya variable cost, MAS tidak perlu meniru Air Asia dengan menjual tiket murah dengan lebih awal (MAS akan berdepan dengan risiko kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi yang tidak menentu - mungkin boleh dibuat dalam kadar tertentu sebagai sebahagian pricing strategy) tetapi mengapa tidak jual tiket murah di saat akhir (kos operasi akan dapat dinilai dengan lebih tepat dan harga menguntungkan dapat ditentukan!) Bagaimana dengan pembahagian laluan antara Low Cost Carrier LCC dengan Full Service carrier dapat meningkatkan jualan untuk FSC? LCC dan FSC adalah 2 entiti yang berbeza, dengan MAS tidak boleh menggunakan harga rendah Air Asia pula ada peluang untuk mengenakan harga yang mahal!! Rashdan duk sebut juga pasal usahasama ini akan membolehkan MAS menumpukan perhatian meningkatkan kualiti produk. Tapi adakah masalah MAS terletak pada produk? MAS telah banyak kali memenangi anugerah servis terbaik ia bermakna produk MAS adalah antara yang terbaik! Masalahnya adalah Pricing!!! Air Asia 3 Mas 0!!!

4) Sudah pastinya usahasama ini akan mengurangkan kos operasi untuk kedua dua syarikat penerbangan ini.. Mata pertama untuk MAS = seri; Air Asia 4 MAS 1!!!!

5) Kos untuk membangunkan Firefly hangus - firefly sudah kena cantas, baru sahaja nak expand ke Sabah Serawak Firefly sudah kena cantas. Dengan perjanjian usahasama pertukaran saham ini operasi firefly akan dijadikan sebagai penerbangan sokongan untuk perkhidmatan premium full service MAS. Baru sahaja set up strategi, operation procedure, IT support yang pasti harganya berjuta RM, begitu banyak masa dan RM yang telah dilabur untuk set up semua itu sekarang firefly harus menilai dan reka kembali operasi mereka . Baru baru sahaja ingin menunjukkan kemampuan firefly telah dicantas dengan cara yang tidak adil sekali.Seharusnya Firefly dibenarkan beroperasi paling kurang didalam pasaran domestik. Berapa kerugian yang firefly kena tanggung disebabkan perjanjian ini? Air Asia tak perlu susah dalam menghadapi persaingan, malah Tony Farnandes dapat tembak dua sasaran dengan satu peluru malah dapat untung pulak tuuu.. Air Asia 5 MAS 1!!!!!

6) Monopoly - air asia akan kontrol market budget airline di Malaysia, pengguna yang akan rugi.. anti monopoli / Competition Act yang baru di Malaysia akan diuji keberkesanannya. Jadi jangan expect harga murah Air Asia akan jadi murah sangat, malah Air Asia akan lebih berani memperkenalkan strategi harga yang lebih pelik yang pastinya untuk meningkatkan keutungan. Sekarang ini susah untuk menghubungi Customer Service Air Asia. Nombor telefon yang diberi di website mereka adalah nombor premium service yang mana anda akan dikenakan kadar bayaran RM1.95 seminit! Cubalah call, pasti dalam beberapa minit pertama anda akan dipaksa untuk mendengar promosi dan penerangan sebelum disambung kepada operator, itupun jika tidak terputus.. saya tertarik dengan pricing Firefly yang terbaru.. menawarkan tiket RM0 tapi ada stardard bundle yang akan dikenakan seperti meal, extra luggage, pilihan tempat duduk, jika di Air Asia pasti harga tiket anda yang tidak berapa murah akan jadi lebih mahal. Untuk harga yang lebih mahal Firefly tidak mewajibkan syarat standard bundle tapi ia masih lebih murah dari Air Asia. Untuk penerbangan ke Kota Kinabalu tempoh April 2012 Firefly adalah jauh lebih murah dari Air Asia malah anda mendapat hampir full service +meal dan extra luggage!! Air Asia 6 MAS 1!!!!!!

7 ) Moral pekerja - rasa rasa moral pekerja-pekerja MAS dan Firefly suka ke bimbang dengan perjanjian ini? Dah la pasti berlaku pertukaran pengurusan peringkat atasan, yang pasti juga datang dari luar. Selama ini semangat pekerja diapikan untuk bersaing dengan Air Asia akhir dipadamkan dengan mudah sekali oleh Tony Fernandes he he.. Moral pekerja Air Asia? Always high in the sky .. Air Asia 7 MAS 1!!!!!!!

oft-quoted wisdom to “keep your friends close and your enemies closer” by Sun Tzu diguna dan di war warkan dalam media untuk menyokong perjajian ini. Musuh tetap musuh, Tsu Zu ingin mengenali musuh supaya dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan musuh supaya ia dapat mengambil tindakan strategik untuk menang. Pepatah ini telah diguna sebaiknya oleh Tony Fernandes tidak untuk Khazanah. Siapa rugi? MAS, Khazanah, rakyat dan pengguna yang rugi

Penjelasan Mufti P.Pinang isu larangan bacaan Al Quran sebelum waktu subuh

Penjelasan Mufti P.Pinang isu larangan bacaan Al Quran sebelum waktu subuh




Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Saturday, August 13, 2011

AL-QURAN TEMAN DI ALAM BARZARKH

MUKJIZAT AL-QURAN



Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahu alaihiwasallam) berkata bagi mengisahkan sebuah kehidupan selepas mati:

“Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

“Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, lalu dua malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Namun lelaki kacak itu berkata, “Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.”

“Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, “Aku adalah al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.”

“Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak itu mengatur untuknya daripada (dengan bantuan) Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata, “Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.””

Friday, August 12, 2011

Keindahan Muzium Kesenian Islam Qatar

Gambar Muzium Kesenian Islam Di Doha Qatar


The Museum of Islamic Art adalah sebuah Muzium Kesenian Islam yang terletak di Doha,ibukota Qatar.Muzium tersebut direka oleh pereka I.M.Pei.muzium ini banyak menerima pengaruh rekaan islam yang sangat unik.muzium ini adalah yang pertama seumpamanya di Teluk Parsi dan memiliki banyak koleksi dari kesenian islam.Muzium tersebut juga dilengkapi Pusat Kajian,perpustakaan dan beberapa restoran.

Muzium ini memiliki keluasan 45.000 m2 yang terletak di tepi Pelabuhan Doha di ujung selatan teluk Doha.Muzium ini dibina oleh syarikat pembinaan Constr.Co Baytur,syarikat pembinaan yang berasal dari Turki.Muzium ini dibuka kepada orang awam pada tarikh 1 December 2008.Di muzium ini dipamerkan koleksi karya yang dikumpulkan selama 20 tahun kebelakangan ini.termasuk manuskrip,tekstil dan keramik.ia adalah koleksi paling lengkap mengenai artifak islam,dari Sepanyol,Mesir,Iran,Irak,Turki,India dan Asia Tengah.

Pada usia 91 tahun,pereka I.M.Pei dipujuk keluar dari persaraan untuk pergi ke seluruh dunia islam dalam masa 6 bulan untuk mempelajari tentang rekaan islam dan teks sejarah islam untuk mencari inspirasi dalam rekaannya,I.M.Pei menyarankan untuk membuat pulau sendiri untuk struktur agar terhindar dari dilanggar bangunan lainnya.olek kerana itu dibangun sebuah kawasan seluas 64 hektar di sebuah pulau kira-kira 195 meter dari Doha Corniche yang dikelilingi taman.











sumber: http://www.fcukz.co.cc/2010/06/gambar-muzium-kesenian-islam-di-doha.html#ixzz1UlJXHzqT