Thursday, August 25, 2011

Hishammuddin terima 2 peluru hidup dan nota ugutan


Hishammuddin terima 2 peluru hidup dan nota ugutan





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya
 pada 2 petang tadi.
Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.
 Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
“Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yangdihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru. 
“Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis,” katanya.
Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
“Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul,” katanya. – BERNAMA
Harap Tindakan  Tegas di ambil dan jangan memberi AMARAN sahaja.. Salam Perjuangan.

No comments:

Post a Comment