ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung kontroversi Mat Indera.
Sebaliknya kata beliau, sebagai Timbalan Presiden PAS, Mohamad yang dikenali Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.
“Siapa Khairy? Ketua Pemuda saja, biarlah yang sama tahap berdebat… kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Beliau juga membidas media yang didakwanya tidak memberi peluang kepada Mat Sabu untuk membuktikan siapa Mat Indera.
Azizan mengulas kenyataan Khairy yang bertegas untuk berdebat dengan Mat Sabu sekalipun Dewan Pemuda PAS mencadangkan debat antara Khairy dan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.
Khairy dalam entri twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu kerana pemimpin PAS itu penyebab kontroversi sekarang.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau pernah menyarankan agar tokoh sejarah berbincang dengan Mat Sabu mengenai isu tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Mat Sabu pada satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menamakan Mohamad Indera atau Mat Indera serta anggota pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai wira sebenar.
Media sebelum ini melaporkan Mat Sabu pada satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menamakan Mohamad Indera atau Mat Indera serta anggota pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai wira sebenar.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment