Showing posts with label massih dajjal. Show all posts
Showing posts with label massih dajjal. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

MAT INDERA BUKAN AHLI PKM ?


MAT INDERA BUKAN AHLI PKM ?


Adik tiri kepada Ahmad Indera atau Mat Indera menegaskan bahawa abangnya bukan pengkhianat negara malah turut menafikan tokoh kontroversi itu menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).
Selain itu Baharom Shah Indera, 65, berkata, Mat Indera juga tidak berfahaman komunis malah turut serta berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British.
"Abang saya selalu menafikan bahawa beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau juga tidak pernah menganggotai PKM.
"Kami ahli keluarga percaya beliau bukan anggota komunis. Saya yakin beliau adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dengan caranya sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.
Justeru Baharom Shah mendesak kerajaan membersihkan nama Mat Indera daripada terus dilabel sebagai pengkhianat negara.
Menurutnya, dua asas utama bahawa Mat Indera bukan seorang pengkhianat adalah berdasarkan pegangan agama dan ketegasan tokoh berkenaan menentang British.
"Saya mendesak agar kerajaan bersihkan nama abang saya, jangan lagi label beliau sebagai pengkhianat negara kerana beliau turut menyumbang kepada kemerdekaan negara. Kerajaan perlu betulkan sejarah yang ditulis oleh British.
"Dua asas penting ialah abang saya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa beliau terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.
"Keduanya beliau sangat bencikan penjajah British, beliau bergerak menentang British menerusi gerakan gerila," katanya.
Melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, Baharom Shah menjelaskan bahawa abangnya itu tidak terlibat dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong oleh PKM.
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.
"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar iaitu anak anggota polis merin Bukit Kepong.
"Saya difahamkan ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.
Kontroversi mengenai Mat Indera tercetus selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.
Mohamad dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan


Rujukan : SINI

Khairy tak layak berdebat dengan Mat Sabu: Azizan




Khairy tak layak berdebat dengan Mat Sabu: Azizan
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung kontroversi Mat Indera.
Sebaliknya kata beliau, sebagai Timbalan Presiden PAS, Mohamad yang dikenali Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.
“Siapa Khairy? Ketua Pemuda saja, biarlah yang sama tahap berdebat… kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Beliau juga membidas media yang didakwanya tidak memberi peluang kepada Mat Sabu untuk membuktikan siapa Mat Indera.
Azizan mengulas kenyataan Khairy yang bertegas untuk berdebat dengan Mat Sabu sekalipun Dewan Pemuda PAS mencadangkan debat antara Khairy dan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.
Khairy dalam entri twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu kerana pemimpin PAS itu penyebab kontroversi sekarang.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau pernah menyarankan agar tokoh sejarah berbincang dengan Mat Sabu mengenai isu tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Mat Sabu pada satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menamakan Mohamad Indera atau Mat Indera serta anggota pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai wira sebenar.
- BERNAMA

KEWUJUDAN LAMAN MURTAD?


KEWUJUDAN LAMAN MURTAD ?

(Laman web yang begitu biaDAP menghina aqidah & keimanan umat Islam.)



Gejala murtad dan serangan terhadap aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu akhir-akhir ini semakin lama semakin biaDAP, semakin daring dan semakin kurang ajar. Kegiatan gereja Methodist Damansara Utama hanyalah "tip of the iceberg". Serangan terhadap Exco Hal-Ehwal Islam YB Datuk Dr. Hasan Ali dan JAIS, terutamanya oleh segelintir bangsa Melayu sendiri adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan balas. Kebisuan para agamawan dan ustadwan dalam PAS mengenai murtadnya Nor Azman Beginda, saksi Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dan calon PKR dalam PRN Sarawak sangat membimbangkan umat Islam. Pengharaman bacaan Al Quran di Pulau Pinang adalah satu kebiadapan yang wajib dibendung!

Kini, mereka menggunakan laman web dan dunia cyber untuk menyerang aqidah umat Islam. Cube  baca sendiri petikan dari laman web diatas yang menyamar menggunakan nama-nama Melayu dan Islam*. Teman kata menyamar kerana kalau benar mereka umat Islam yang ada sekelumit iman, mereka tidak akan berani, apatah lagi tergamak membuat kenyataan saperti itu. Tetapi kaum kafir ini memang telah ALLAH sebut akan menggunakan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat Islam.

Yang bodoh sebenarnya segelintir dikalangan kita umat Islam. Dek kerana terpengaruh dengan kilauan kuasa politikus rakus yang bernafsu haiwan, ada antara kita terlupa kedudukan kita sebagai hamba ALLAH. Hinggakan kalimah ALLAH yang mulia itu pun ada antara kita sanggup gadai. Hingga ada yang dah tak jumpa ayat Quran mengenai negara Islam. Ada yang sanggup jual anak bini demi survival politik.

Apapun, pejuangmelaka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap gejala ini. Memang kita sedar didunia tanpa sempadan, dunia internet tanpa batasan, memang sukar untuk berbuat penguatkuasaan. Namun dalam kes-kes yang jelas, saperti tindakan Gereja Our Lady Fatima Brickfield yang terlibat dengan kegiatan memurtadkan Azlina Jailani, kerajaan wajib bertindak. Selagi kita biarkan puak-puak ni lepas begitu sahaja, maka mereka akan naik tocang memijak kepala kita. Dan kalau ada orang Melayu yang sanggup menjadi bangsat mengkhianati agama dan bangsa sendiri, tindakan tegas mesti diambil. Tak kiralah dia Anwar Ibrahim ke, atau sesiapa pun, Kerajaan wajib bertindak tanpa sebarang keraguan!

Kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu, kita tidak lagi boleh bergantung harap samada kepada PAS, UMNO ataupun mana-mana parti politik atau pertubuhan untuk membela dan mempertahankan Islam. Kita perlu bangkit sendiri untuk menobatkan dan menjaga aqidah dan syariat Islam.

"Jihad adalah Kewajipan Bagi Setiap Orang Islam"


Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..



Saturday, August 27, 2011

PAS bercanggah pendirian isu Lynas


PAS bercanggah pendirian isu Lynas – Persoal Tindakan Ahli Parlimen Hulu Langat

PAS mempersoalkan tindakan Ahli Parlimennya, Dr Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan kilang kimia, Lynas di Gebeng, Kuantan Pahang, yang bercanggah dengan pendirian parti itu menolak projek berkenaan.
Parti pembangkang itu turut kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Hulu Langat itu kerana mengkritik secara terbuka Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dan juga akhbar rasmi PAS.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata sehubungan itu kepemimpinan parti akan mendapatkan penjelasan daripada Dr Che Rosli selepas Aidilfitri.
“Kita menghormati pandangan beliau (Dr Che Rosli) berhubung isu Lynas, bagaimanapun parti sudah memutuskan menolak pembinaan kilang berkenaan dan sepatutnya beliau menggunakan saluran yang ada bagi menyuarakan pandangan serta kritikan.
“Berhubung dakwaan beliau bahawa Lajnah Penerangan menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan… sejak saya mengambil alih jawatan ini saya tidak pernah melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam, Dr Che Rosli juga pakar nuklear dan seorang lagi saintis tempatan mengakui bahawa projek Lynas bagi memproses nadir bumi itu adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Dalam satu sesi temu bual dengan TV3 beliau berkata, tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.
Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen PAS itu, sebaliknya beliau hanya perlu tampil bagi memberi penjelasan.
“Kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan atau menggantung beliau, cuma sekadar mahu mendapatkan penjelasan. Dalam PAS kita menghormati perbezaan pandangan. Kita mempunyai saluran untuk ahli parti menyuarakan pandangan.
“Mengikut pakar, pembinaan kilang kimia ini tidak berbahaya, namun apa yang kita bimbangkan bagaimana sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan Tsunami, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada orang ramai,” katanya.
Sementara itu Dr Che Rosli ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu kontroversi berkenaan, namun akur terhadap apa juga tindakan yang akan diambil parti itu terhadapnya.

Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP


Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP


26 Ramadhan 1432H. 

DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu arahan yang dikeluarkan oleh pejabat SPR Selangor kepada parti politik pada Isnin lalu.

Surat berkenaan menyatakan bahawa arahan berkenaan digunapakai memandangkan SPR telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar lantikan.

"(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap," surat berkenaan dipetik.

Pua berkata, langkah itu juga akan mengehadkan jumlah pengundi yang akan dapat didaftarkan oleh parti politik.

Pua berkata, tindakan itu juga tidak adil kepada DAP, yang telah menerima pujian daripada SPR kerana menghantar rekod pendaftaran pengundi "paling bersih."

Sedangkan terdapat parti tertentu yang didakwa menghantar rekod pendaftaran yang mempunyai kadar kesilapan yang amat lebih tinggi.

"Kadar kesilapan (data) kami adalah kurang daripada 10 peratus.

"Mereka sepatutnya hukum parti politik yang hantar data bukan-bukan, yang mempunyai lebih daripada 40 peratus data yang direka-reka, atau (individu) yang telah mati," katanya.

Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan


Talian Bantuan, Aduan dan Pertanyaan PTPTN
Ramai pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengalamimasalah dengan akaun mereka mencari bantuan di Internet. Paling kurang mencari jawapan kepada masalah mereka. Semalam, salah seorang pemohon menghantar SMS kepada saya meminta bantuan. Daripada SMS yang diterima, nampaknya seperti terdesak.
Masalah yang saya nampak dalam situasi ini ialah kata laluan yang digunakan adalah silap. Jadi, anda boleh menggunakan kemudahan ‘Terupa Kata Laluan‘ untuk set semula kata laluan anda. Jika masih tercari-cari dimana letaknya pautan tersebut, anda boleh klik di sini untuk set semula kata laluan PTPTN.
Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda mempunyai beberapa cara untuk menghubungi PTPTN seperti:
  • Soalan-Soalan Lazim PTPTN (FAQ) [Lancar]
  • Telefon Hotline PTPTN di talian +6.03-2080 4455
  • Borang Aduan dan Maklumbalas PTPTN Online [Lancar]
  • Info Centre PTPTN di Damansara atau KL Sentral
Jika anda mempunyai masalah ketika menerima e-mail daripada PTPTN, pastikan anda menambah webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my di dalam buku alamat emel (Contact List E-mel) dan perlu klik webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my sebagai bukan SPAM.

Laman web dakwah berjaya tarik 90,000 pelawat


Laman web dakwah beri penerangan mengenai agama berjaya tarik 90,000 pelawat

RIYADH: Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.

Seramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain.

“Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi. Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak,” lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan.

Turut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org, Majed Al-Osaimi.

Bercakap kepada akhbar Arab News, beliau berkata, remaja berkenaan memeluk Islam selepas berbual dengan pendakwah laman web itu.

“Gadis itu memperoleh maklumat mengenai Islam yang menghapuskan semua keraguannya dalam perbualan selama 20 minit dan mengucap syahadah. Laman web ini, yang ditubuhkan Mac lalu, menjadi saluran menunjukkan kebenaran Islam kepada warga berlainan negara.

“Setiap hari seorang atau dua orang memeluk Islam menerusi web kami,” katanya sambil menggesa penduduk negara itu dan umat Islam lain yang menetap di Barat mendidik anak mereka mengenai Islam pada usia muda.
Katanya, beliau turut menghubungi gadis itu dan mendapati dia memperoleh banyak maklumat mengenai Islam daripada sumber berlainan.

“Dia bertanya beberapa soalan penting mengenai Islam. Gadis itu juga belajar bahasa Arab untuk membaca dan memahami al-Quran,” katanya.

Majed berkata, majoriti rakyat India memeluk Islam menerusi laman web itu yang dikendalikan 11 sukarelawan dan pekerja sepenuh masa. Mereka yang memeluk Islam termasuk dari Britain, Perancis, Australia, Amerika Utara, Filipina, Romania, Nigeria dan Cameroon.

Setakat ini, lebih 90,000 pengguna internet mengambil bahagian dalam ruang sembang laman web berkenaan.

“Kami bercadang untuk meluaskan laman web ini termasuk menyediakan lebih banyak bahasa,” katanya.

Sementara itu, 680 individu pelbagai kerakyatan memeluk Islam setakat ini di Kuwait, kata Ketua Pengarah Jawatankuasa Penyampai Islam (IPC), Jamal Al Shatti.

Dibentuk pada tahun 1978, misi IPC adalah untuk mendidik umat Islam dan bukan Islam mengenai agama suci itu, kata Al Shatti.

Di Emiriah Arab Bersatu, rakyat Filipina dikenali sebagai Rodelito adalah antara 76 warga negara itu itu yang memeluk Islam dalam khemah besar di Al-Tawr sebagai sebahagian dForum Ramadan anjuran Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Dubai. – Agensi

Video lohong hitam menelan sebutir bintang


Video mengagumkan lohong hitam menelan sebutir bintang

Pada akhir Mac 2011, satelit Swift NASA mengesan satu tenaga yang kuat dan luar biasa dari sumber yang baru dalam gugusan bintang Draco. Mereka kemudian sedar bahawa sumber, yang kini dikenali sebagai Swift J1644 57, adalah hasil daripada peristiwa yang benar-benar luar biasa; kebangkitan lubang hitam yang tidak aktif yang sedang menyedut dan membaham sebutir bintang. Galaksi tersebut sangat jauh hinggakan radiasi daripada letupan itu telah mengembara sejauh 3.9 bilion tahun sebelum sampai ke Bumi.


Video di bawah hanyalah sebuah animasi simulasi berdasarkan kejadian lohong hitam yang dikesan oleh satelit tersebut.







 Lohong hitam terbentuk daripada bintang yang telah mati dan mengalami proses pemampatan graviti yang sangat hebat dan akan menyedut  segala jisim yang berhampiran sama ada bintang, bulan atau planet. Begitukah rupa akhir zaman?

Friday, August 26, 2011

KETUANAN MELAYU ITU APA?


KETUANAN MELAYU ITU APA?




Apa erti ketuanan Melayu? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘ketuanan’ berertihak menguasai dan memerintah sesebuah negeri atau disebut juga ‘kekuasaan’. Bagi penulis, jika ini takrifannya tiada salah untuk kita menyebut ketuanan bangsa apa sekalipun, tetapi dengan syarat! Syaratnya adalah seperti yang disebut dalam surah al-Hajj ayat 41:



الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُور



Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang jika Kami (Allah) teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran; dan kepada Allah jualah akibat daripada segala urusan.



Begitu juga dalam surah al-Nur ayat 55:



وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ



Maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.



Oleh itu, sebutlah ketuanan bangsa apa sekalipun, jika bangsa itu benar-benar melaksanakan segala titah dan perintah Allah SWT, sememangnya bangsa itu akan dipilih oleh Allah SWT sebagai TUAN di muka bumi ini. Tetapi jika tidak, lihat firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38:



وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ



Maksudnya: ..Dan jika kamu berpaling (dari agama Allah)akan Allah gantikan satu kaum yang lain dri kamu, kemudian mereka tidak jadi seperti kamu



Ya, Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan bangsa atau kaum apa sekalipun bagi memerintah bumi ini jika mereka benar-benar berpegang kepada agama Allah SWT.



Bagi penulis, ketuanan bangsa hanyalah satu alat untuk menjalankan amanah Allah SWT. Ia bukan matlamat kerana jika ia menjadi matlamat, ketuanan itu menjadi tercela. Iaitu apabila manusia menjadi ta’assub dan fanatik kepada bangsa sendiri secara membuta tuli. Apa pun tidak dinafikan ketuanan bangsa penting bagi menjamin matlamat menjunjung syiar Islam tercapai, bukankah qa’idah fiqh menyebut ‘ma la yatimmul wajib illa bihi fahuwa wajib’. Bererti ‘apa yang tidak menyempurnakan kewajipan kecuali dengannya maka ia adalah wajib’.



Justeru, jika benar tanpa bangsa Melayu maka lenyaplah Islam di bumi Malaysia...tidak syak penulis pasti akan bermati-matian mempertahankannya. Tetapi jika bangsa Melayu itu sendiri pula yang menjadi perosak agamanya...di situlah kekeliruannya, kemusykilannya dan keragu-raguannya...

Wallahu a’lam.


Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

Thursday, August 25, 2011

Misteri M Jacko!


Misteri Jacko!




Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.


Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.


Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.


Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

Mesej Rahsia Dan Terselindung


Mesej Rahsia Dan Terselindung

Untuk posting kali ini, saya akan berkongsi dengan saudara-saudara sekalian berkaitan dengan mesej rahsia yang ada di sekeliling anda. Sebenarnya apa agenda yang berlaku di sekeliling anda dipercayai telah di rancang kira-kira 50 tahun dahulu sebelum kejadian sebenar. Rahsia ini akan saya bongkarkan kepada anda sebentar lagi. Pelbagai pepatah orang melayu mengatakan masa itu EMAS! ada yang kata MASA itu NYAWA... dan macam-macam lagi. Betapa pentingnya masa juga di sebut dalam ayat Al-Quran, "Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian". Melengahkan masa adalah salah satu teknik yang digunakan oleh golongan freemason-illuminati ini untuk mempengaruhi manusia. Terutamanya hiburan dan seks! ia adalah cara paling mudah untuk melekakan sekian manusia...

Baiklah tanpa membuang masa di hari yang mulia ini, saya akan tunjukkan video pertama berkaitan dengan World Trade Center beserta nama OSAMA dan mesej kejadian tersebut melalui duit Amerika. Sebenarnya kejadian tersebut telah dirancang lama dahulu... cuma tahun 2001 baru mereka melancarkan serangan. Sebab itu juga World Trade Center dibina biasa saja, sebab mereka bina untuk dimusnahkan. Untuk mendalami maksud saya sila lihat dan fahami video ini:


Inilah cara mereka sampaikan mesej.... hanya melalui duit saja. Ok next kita tengok video berikut:

Mereka tidak lagi menggunakan cara terang untuk mempengaruhi manusia... tapi kini mereka guna cara melalui subconcious mind! mereka masukkan mesej sex secara tidak sedar....Lagi kita tengok lagi video berikut:

Kemudian tengok yang ini pula:

Apa yang saya cuba sampaikan..... mesej mereka berada di sekeliling kita.


Hanya mereka yang lalai tidak menyedarinya..

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

RESET SEMULA PEMIKIRAN!


RESET SEMULA PEMIKIRAN!

Topik kali ini kita akan membincangkan bagaimana cara untuk kita capai full potential yang terdapat pada diri kita. Kajian statistik menunjukkan + - 80% manusia di muka bumi ini tidak mencapai matlamat dan menggunakan kapasiti yang terdapat dalam diri mereka.

Kenapa ramai tidak mencapai potensi atau kejayaan yang mereka idam kan?
Kerana kebanyakkan mereka TIDAK SEDAR dan hanya melihat apa yang NYATA dan ikut apa yang DILIHAT (Visual).


Kami ambil satu analogi yang mudah untuk menerangkan maksud potensi. Anda menanam pokok rambutan, setelah lama anda membajai dan menjaganya dengan BAIK, akhir sekali anda mahu ia mengeluarkan hasil yang cantik dan tentunya sedap bila di makan.

HASIL/RESULTS = BUAH RAMBUTAN YANG CANTIK!

Apa yang penting ialah dan dipandang oleh semua orang ialah HASILNYA, yang akan dikomen oleh semua orang ialah kesedapan HASILNYA. Tapi tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang cantik, ia perlu bermula dari asas! Begitu juga anda, sekiranya dari kecil program pemikiran tidak cantik, maka hasilnya juga akan jadi tidak cantik. Jadi untuk mengeluarkan potensi diri anda, dan menampakkan HASIL yang cantik ialah dengan RESET semula program yang terdapat pada diri anda!

TEKNIK YANG BAKAL ANDA PELAJARI INI TIDAK TERNILAI DENGAN DUIT!

Berikut kami highlight kan step by step bagaimana nak dapatkan hasil.

PEMIKIRAN --> EMOSI --> TINDAKAN = HASIL

PEMIKIRAN adalah asas sebelum tercetusnya EMOSI dan TINDAKAN yang akan menghasilkan HASIL yang baik, sederhana atau tidak baik!

Apakah sumber-sumber corak cara anda berfikir sekarang?
Pemikiran anda telah di programkan ketika anda masih kecil dan ketika anda sedang membesar, seperti melalui keluarga, adik beradik, cikgu, televisyen dan lain-lain.

Kaedah Pembelajaran Yang Digunakan oleh Manusia:
1. Auditori - Apa yang anda dengar dan apa mesej yang anda terima ketika kecil.
2. Visual - Apa yang anda nampak akan jadi pelajaran kepada anda.
3. Kinestetik - Apa yang anda alami ketika kecil atau lebih dikenali belajar dari pengalaman!

Jadi pastikan sekiranya anda punyai anak-anak yang masih kecil, inilah kaedah yang akan mempengaruhi corak si dia berfikir akan datang. Program melalui Audio dan Visual ramai dari kita yang sudah 'pakar', contoh ibu akan bercerita tentang kisah-kisah teladan atau bapa jadi model yang baik dalam rumah, akan secara tidak langsung memprogram minda anak tersebut untuk menjadi yang baik. Kami akan lebih menyentuh kepada sistem kinestetik atau yang belajar melalui pengalaman, ini kerana ramai di antara kita tidak sedar, kita telah diprogram atau memprogram dengan cara ini.

Kami suka untuk berkongsi satu cerita tentang insiden ini kepada anda:

Ada seorang budak perempuan kecil bernama Nur, satu hari dia ternampak ada satu trak menjual ais krim bergerak dan berhenti di kawasan rumah dia, kemudian dia pun beritahu ibu dia, "Mak nak beli ais krim!"

Ibunya menjawab "Ibu tak ada duit, pergi jumpa ayah, dia ada duit..", kemudian budak kecil itu pun jumpa ayah dan minta duit, dan akhirnya dapat beli ais krim tersebut dan gembira! :)

2 hari lepas tu, trak tu datang lagi, Nur ternampak dan sekali lagi ingin beli ais krim tu, jadi dia panggil ibunya. "Mak saya nak beli ais krim", ibu dia menjawab, "Ibu tak ade duit nak, pergi jumpa ayah, DIA ADA DUIT!", budak kecil yang tak tahu apa tu pergi la jumpa ayahnya dan minta duit dan dapat beli ais krim dan berasa gembira akhirnya.

APAKAH YANG SI KECIL ITU BELAJAR?

Pertama: Golongan ibu dan wanita ialah orang yang sentiasa tiada duit!
Kedua: Golongan bapa dan lelaki ialah orang yang sentiasa ada duit!
Ketiga: Untuk jadi wanita yang baik tidak perlu ada duit!
Keempat: Jika tiada duit boleh minta dari lelaki!

Bayangkan sekiranya budak kecil ini berumah tangga kelak.. apa yang dia expect dari suami dia?

Pertama: Lelaki ialah sentiasa ada duit, jadi dia boleh jadi BIG SPENDER, boleh pergi shopping banyak-banyak!
Kedua: Tidak perlu ambil berat pasal kewangan, kerana wanita tidak penting ada duit!

Percaya atau tidak kebanyakkan kisah mereka yang di program cara di atas bergaduh dalam rumah tangga biasanya berkaitan dengan satu subjek iaitu DUIT!



--------------------------------------------------------------------------------------------


Berbalik kepada topik kita untuk set semula corak kita berfikir untuk dapat menggunakan potensi dalam diri kita secara sepenuhnya! Teknik yang bakal anda pelajari ini bernilai lebih dari 100,000,000,000 Pounds!

Berikut adalah langkah demi langkah untuk membantu anda RESET semula corak pemikiran anda, Anda telah bersedia...??

LANGKAH SATU:
Sedar Diri! Di mana anda sekarang, apakah status anda sekarang! tanya diri anda berulang kali untuk dapat jawapannya!

LANGKAH DUA:
Buat satu carta seperti di bawah, yang mana di sebelahnya Positif dan Negatif!

Senaraikan "program" yang ingin anda tukar atau override program anda sendiri, kita ambil contoh, sekiranya anda ingin menjadi seorang yang kaya!

Sebelah Negatif:
1. Orang kaya ialah orang yang tamak!
2. Perlu ada duit untuk buat duit!
3. Saya terlalu tua untuk berubah!

Sebelah Positif: (senaraikan semula lawan kepada sifat negatif tadi)
1. Orang kaya adalah orang yang pemurah! dengan banyak duit saya boleh bantu orang lain.
2. Buat duit hanya perlukan kreativiti!
3. Saya tak pernah terlambat untuk belajar!

Langkah ini sangat penting untuk anda TULIS SEMULA atau OVERRIDE program negatif yang terdapat pada pemikiran anda selama ini yang menyebabkan potensi anda tersekat untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang, samada bersama famili, keluarga, kewangan, atau perjuangan sebagai fisabilillah!

LANGKAH KETIGA:
Ubah cara anda berfikir iaitu dari seorang "MANGSA" Kepada seorang yang "BERJAYA"

Sekiranya anda berfikir cara berikut anda adalah mangsa!
1. Menyalahkan - suka menyalahkan seseorang, benda atau situasi untuk ketidak berjayaan nya anda dalam buat sesuatu!
2. Suka mengelak untuk berjaya - Suka menganggap semua ini tidak penting, perjuangan tidak penting, keluarga tidak penting, duit tidak penting dan sebagainya. Kita ambil contoh " jika anda cakap pada teman anda, mereka tidak penting kepada anda.." apa rasanya reaksi mereka? Tentunya mereka akan jauhkan diri dari anda atau lari dari hidup anda, hanya kerana anda merasakan mereka tidak penting!
3. Komplen - Mereka selalu komplen sesuatu itu biasanya mereka tiada benda/sesuatu tu, biasanya kerana cemburu.

BAGAIMANA CARA ORANG BERJAYA FIKIR?
Tentunya kontra dari mangsa berfikir!


Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan.