Tuesday, April 3, 2012

Perjuangan Melayu Belum Selesai !

 
 
Parti pembangkang sentiasa cuba memainkan sentimen bahawa mereka merasakan bangsa lain di negara ini sentiasa ditindas. Apa yang mereka cuba lakukan ialah untuk mewujudkan rasa marah dan tidak puas hati diantara bangsa yang tinggal di Malaysia ini.

Berikut ialah apa yang saya lihat mengenai motif perjuangan parti pembangkang:
  1. DAP, mereka mahukan semua hak bumiputra diluputkan supaya boleh mewujudkan bangsa Malaysia Malaysian.
  2. PAS, memperjuangankan ideologi ugama yang ekstrem
  3. PKR, memperjuangkan "keadilan".
Ketiga-tiga pakatan rakyat yang tidak rasmi ini mempunyai agenda yang berlainan dan tentu sekali menarik sekiranya kita kupas satu persatu.
DAP

Misi utama DAP ialah seperti berikut:
  1. A Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with
    universal moral values,
  2. Offering equal access and opportunity;
  3. Democractic governance and rule of law;
  4. Creating wealth and distributing wealth equitably; and
  5. Fighting against corruption.
POINT 1 merujuk untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai intisari moral yang unuversal. Disini pelbagai cerita boleh direka oleh DAP untuk menjelaskan apa maksudnya tetapi apa yang saya faham ialah untuk mewujudkan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai Melayu, bukan sebagai cina atau India. Pendekatan menerapkan "universal moral values" juga satu gimmik untuk meleyapkan adat resam dan kepercayaan kita yang terdiri berbilang kaum.

Persoalannya, kenapa kita harus mewujudkan "Malaysian Malaysia" apabila majoriti kaum di Malaysia ini ialah Melayu? Di indonesia, kita sudah tidak melihat nilai budaya bangsa asing seperti cina wujud di masyaratnya. Tak percaya? Cuba anda cari seorang bangsa cina yang masih mengekalkan nama cinanya? Bahasa mereka pun telah bertukar sehinggakan mampu bertutur bahasa indonesia begitu lancar. Sekiranya kita mahu menyeragamkan bangsa, kita harus contohi Indonesia tetapi saya rasa tidak perlu kerana kita percaya bahawa sesuatu bangsa itu wajib mengekalkan identiti bangsa mereka kerana keunikan Malaysia ialah kewujudan berbilang bangsa yang berbeza.

Persoalan juga akan timbul mengenai "universal moral values". Apakah moral kita sebagai pelbagai bangsa ini harus diubah? Sebagai orang Melayu, saya melihat Melayu mempunyai banyak adat resam dan tradisi yang mulia. Begitu juga dengan bangsa asing. Sekiranya pendekatan universal moral values ini diambil kira, bermakna kita akan diminta meninggalkan adat-adat kita. Adakah perlu kita lakukan ini?

POINT 2, "ofering equal access and opportunity". Saya gagal untuk memahami perjuangan ini. Bukan kah BN memberikan ini kepada semua rakyat? Kalau mahu bersikap adil, kenapa dipersoalkan pecahan kuota kerajaan? Bukankah pecahan kuota ini bersikap adil kepada semua lapisan bangsa? Pelbagai peluang juga diwujudkan untuk semua rakyat. Jangan kerana masalah kecil diperbesarkan tapi kebaikan yang menggunung di lenyapkan.
Baru-baru ini, isu pemberian pinjaman pelajaran menjadi isu. DAP mengatakan bahawa 800 murid yang cemerlang tidak layak memenerima biasiswa kerana kuota yang disediakan cuma 200 tempat. Mereka mengatakan kerajaan tidak adil dan meminta ini diperbetulkan. Saya pun marah kerana dari 800 murid ini, 200 dapat biasiswa. Bayangkan berapa ribu pula murid bumiputra yang tak dapat biasiswa?

POINT 3, "Democractic governance and rule of law". Adakah Malaysia sekarang ini dijajah oleh kerajaan yang bukan demokrasi dan tiada undang-undang? Kita adakan pilihanraya supaya rakyat mengundi, mewujudkan sistem perundangan dan perlembagaan bagi menjamin hak rakyat terbela. Saya cuma lihat DAP tidak ikhlas didalam hal ini kerana bila sesuatu keputusan berpihak kepada mereka, mereka tidak pula memuji tetapi bila sebaliknya terjadi, dengan cepat mereka kata tak adil. Inikah dasar perjuangan mereka?

POINT 4, "Creating wealth and distributing wealth equitably". Rata-rata ekonomi negara kita dibolot oleh mereka yang bukan bumiputra. Jadi dimanakah perjuangan mereka ini sesuai untuk rakyat? BN mengorak polisi supaya semua bangsa merasa kemewahan yang negara ini beri. Adakah salah untuk kerajaan menyediakan platform yang seimbang untuk semua bangsa bersaing? Kita sedar bahawa bangsa cina ini mendahului bangsa lain didalam ekonomi di Malaysia jadi salahkah kerajaan mempraktikan apa yang diperjuangkan oleh mereka?

POINT 5, "Fighting against corruption". Adakah wujudnya MACC untuk mempromosi korupsi? Manusia tidak lari dari tamak haloba. Dari segi sejarah hingga sekarang negara China sendiri menghadapi masalah korupsi. Kalau kita mahu menyalahkan bangsa cina memang mudah tetapi gejala kurupsi ini bukan penyakit sesuatu bangsa. Ia adalah penyakit semua bangsa. Dinegara eropah atau Amerika, ia tidak dipanggil rasuah tetapi "lobby", ini jelas bahawa negara dan bangsa yang digelar maju juga mempunyai masalah korupsi. Bila dilihat dari segi tempatan, PR juga mempunyai masalah ini.

PAS
Saya melihat PAS dan UMNO sabagai parti "adik beradik tiri". Kenapa? PAS memperjuangankan iedologi melaksanakan Hukum Allah tanpa sebarang alasan. Adakah ini dianggap ekstrem? Pada orang islam, ia tidak ekstrem tetapi pada bangsa asing ia adalah ekstrem. UMNO pula memperjuangankan Islam secara moderate dan halus. Saya percaya bahawa sekiranya ugama dan politik dapat dibezakan, UMNO dan PAS mampu membentuk kerajaan yang kukuh kerana orang Melayu lebih mudah menerima PAS dan UMNO sebagai parti mereka.

Perhubungan adik beradik tiri ini ibarat benci dan sayang. PAS mengatakan UMNO parti politik yang korupsi dan menolak hukum Allah tetapi disebaliknya, PAS boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP, kenapa?

PKR
Secara terus terang, dasar prinsip perjuangan PKR adalah "copy" dari perjuangan BN. Tak percaya? click sini
"Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat"

Kita dah besar dan matang tetapi masih boleh dikaburi oleh PKR, saya langsung tidak boleh menerima PKR sebagai parti politik kerana cara ia diwujudkan. PKR hanya wujud kerana beberapa perkara:
  1. PKR wujud kerana Anwar ditangkap dan bukan wujud kerana keikhlasan memperjuangankan hak atau isu.
  2. Rata-rata ahli PKR adalah mereka yang asalnya dari UMNO tetapi merupakan pengikut setia Anwar. Mereka setia pada insan dan bukan pada parti. Bila ini berlaku, dimanakah kesetiaan mereka sekiranya Anwar tiada lagi di PKR?
  3. PKR wujud hanya untuk memperjuangkan kepentingan Anwar sahaja dan bukan parti PKR.
  4. PKR wujud sebagai memecah belahkan pengundi Melayu.
  5. PKR wujud hanya untuk digunakan oleh pihak pembangkan bagi mencapai objektif mereka.
Sekiranya Anwar itu jujur dan ikhlas, kenapa perlu dia menjadi penasihat de facto PKR dan bukan Presiden PKR? Semua pengundi sekarang ini sedang dimainkan oleh Anwar kerana Anwar sendiri bukan ahli PKR. Persoalannya, dimanakah kesetiaan Anwar? Tidakkah Anwar sepatutnya berterima kasih dengan PKR yang banyak membelanya?

Atau Anwar masih mahu kembali kepada UMNO kerana ia tahu UMNO ialah parti betul-betul memperjuangankan hak rakyat dan mempunyai sokongan yang diperlukan untuk Anwar merebut kuasa di Malaysia?
Fikir-Fikirkanlah !

Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment