Sunday, September 30, 2012

Kenapa mereka Takut dengan ISLAM ?



"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"

"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)


(At-Thaariq, 86:15-17)



....Pejuangmelaka merasakan ada sesuatu rahsia penting di dalam ayat-ayat itu.Siapakah mereka yang merancang itu?Mengapa Tuhan begitu baik membiarkan mereka dengan memberi tangguh?Apakah perancangan Tuhan?Kemudian soalan-soalan itu berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari apabila berpeluang menghadiri satu perjumpaan sebuah kelab.Kelab tersebut didanai oleh satu pertubuhan sulit LuciferianCraft,dan hadir di sana bukanlah sebagai tetamu tetapi salah seorang konsultan utiliti yang menjaga fasiliti-fasiliti tertentu,dan  perlu berada di dalam premis mereka untuk memastikan semua kelengkapan dalam keadaan baik.Tidak tahu mengapa boleh terlepas,dan ini mungkin ada hikmahnya.Di dalam perjumpaan sulit itu begitu terkejut bahawa agenda utama mereka adalah membincangkan untuk menghadapi satu perkara yang selama ini  tidak peduli sama sekali.


"Islam"


Ahli-ahli Luciferian yang membaca AlQuran untuk mengorek rahsia masa hadapan dan dimensi-dimensi ghaib malah ada yang menghafalnya,sedangkan seorang Islam pun masih merangkak-rangkak membaca AlQuran.

Pejuangmelaka ingin tanya kepada anda semua wahai umat Islam,adakah kamu tahu apa yang dibincangkan dalam Perjumpaan Bilderberg?Apa yang dibincangkan di dalam Bohemian Groove?Di dalam Round Table?




Pejuangmelaka namakan bidang ini sebagai 'Seni Perancangan Musuh-musuh Allah'.Media memanggilnya 'Teori Konspirasi'.Orang-orang yang dungu memanggilnya 'karut' dan 'paranoid'.

'Goyyim' menganggapnya sebagai filem National Treasure dan hiburan masa lapang.

Sesungguhnya manusia adalah menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak ketahui.Musuh kepada apa yang mereka tidak fahami.Sehinggalah apabila Kebenaran itu berada di depan mata barulah mereka sedar.Namun malangnya,kesedaran mereka itu seringkali tidak berguna.APA YANG PENTING MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENAPIS SEGALA MAKLUMAT.Memang terdapat maklumat yang salah,tetapi tidak seharusnya kita menolak semua maklumat.Orang yang mampu menapis semua maklumat ialah kerana dia banyak membaca semua maklumat.Maksud saya,berpengetahuan luas.Sebagai contoh,orang yang dari kecil asyik membaca pasal matematik dan pakar matematik berpotensi untuk menolak maklumat mengenai agama yang abstrak,subjektif dan mistik,sementara matematik adalah konkrit,objektif dan realiti.Sepanjang pengalaman ,orang yang berlatarbelakangkan akademik yang hebat-hebat mahupun orang yang memiliki kelayakan dalam bidang agama sekalipun tidak terlepas menjadi 'goyyim' dan 'haiwan ternakan'.Ada dua kategori orang dalam mempelajari ilmu agama.Pertama,mereka yang mempelajari agama hanya untuk tujuan keduniaan,sebagai contoh untuk mencari pekerjaan,mencari rezeki.Mereka belajar agama hanya untuk menjawat jawatan ustaz atau ustazah.Sama juga ada orang menghafal AlQuran hanya untuk jadi hafiz dan hafizah,namun kadangkala mereka sendiri pun tak memahami maksud AlQuran itu sendiri.Komputer dan mesin pun boleh menghafal dan membacakan AlQuran untuk anda.Tetapi bezanya,komputer TIDAK FAHAM ISI ALQURAN.

Kita belajar agama UNTUK AMAL AGAMA ITU.Bukan untuk mempergunakan AGAMA !

Kita belajar agama untuk memahami apakah sebenarnya  kita berdiam ini dan mengenal siapakah pencipta  Namun ada orang yang menjadikan agama sebahagian ,maka dia masih kekal ditipu .Orang yang bijak ialah orang yang mengamalkan agama untuk bebas  menuju kepada Pencipta dan dirinya.

Sebab itu dalam isu Hudud,masih ada orang yang rela dirinya ditipu.Hukum Hudud adalah hukum Allah s.w.t yang menciptakan anda dan saya.Ada orang yang mengatakan Hudud hanya 0.01% (kalau tak silap saya) dari Islam,maka tidaklah wajib dilaksanakan.Sebenarnya kepada para pemimpin yang memegang kuasa politik,tanggungjawab menjalankan hukum Allah adalah 100% terletak dibahu mereka,bukan 0.01% lagi.Tanggungjawab saya dan anda ialah untuk menyokong dan menyenangkan hukum Allah ini tertegak.Hudud jangan dipolitikkan.Perbalahan Datuk Zulkifli Noordin dan PAS mengenai HUdud amat dungu dan memalukan.Jika kita tidak tahu jangan bercakap seolah-olah kita tahu,TERUTAMANYA DALAM SOAL AGAMA.Datuk Zulkifli Noordin sepatutnya datang menziarahi pemimpin PAS dan berbincang mengenai perlaksanaan hukum Hudud,bukannya berkokok dari luar sehingga memberi imej bahawa,sesama Islam pun berbalah mengenai hukum Hudud.Melicinkan,bukan menserabutkan.Kita semua ada ego masing-masing tetapi jangan libatkan agama.Sebab bila anda mencapai sakaratul maut,Pencipta hukum Hudud akan mengadili anda,kenapa di dunia kamu tidak ikhlas menegakkan hukum Aku?

Saya melihat hukum Hudud (sebenarnya Hudud hanyalah sebahagian dari Fiqh Jinayah) adalah sebagai 'test' kepada individu-individu tertentu,juga kepada saya dan anda.Jika saya mengaku muslim,solat dan berpuasa sebagai contoh tetapi dalam soal politik,saya tidak mampu menuruti apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan.Jika anda tidak mampu menegakkan hukum-Nya,janganlah pula menghalang orang lain yang berusaha mahu menegakkannya.Di akhirat,Hudud Allah PASTI MENANG.Bar Council tidak lagi bermakna apa-apa.

Orang yang paling tahu mengenai kebenaran Islam ialah ya...sudah tentu orang pilihan-Nya seperti nabi-nabi dan rasul-rasul.Bagi tingkatan orang awam seperti saya dan anda,orang yang paling sedar kebenaran Islam ialah orang yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.Orang yang belajar tentang Islam belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.Pernah dengar tentang 'ustaz' yang meliwat,atau bakal ustazah yang bersekedudukan?Ini manusia yang belajar agama tetapi tidak faham agama,seterusnya tidak AMAL AGAMA.Namun orang yang mempelajari seni perancangan musuh-musuh Allah akan sedar,BETAPA BERNILAINYA AGAMA ISLAM ini.

Para elit Luciferian amat menghormati Holy Scriptures.Apakah itu Holy Scriptures adik-adik,kakak-kakak,abang-abang?IA ADALAH HIMPUNAN APA YANG DINAMAKAN WAHYU DARI 'GOD'.Dan AlQuran adalah salah satu rujukan para elit Luciferian untuk menafsir pergerakan masa depan dan dimensi alam semesta.

Siapakah orang yang paling kaya di dalam dunia?Doktor?Jurutera?Presiden?Raja-raja?Korporat?

Orang yang paling kaya dalam dunia ialah PARA PENYEMBAH IBLIS.

Itulah dia para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.Dari mana ilmu ini datang?Dari kata-kata Rasulullah s.a.w:

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”

Kata-kata Nabi memang selalunya benar.Tetapi kita selalunya mula percaya bila doktor,saintis ataupun orang yang kita hormati membenarkan hadis-hadis nabi.Jika tidak,kita akan merasa ragu-ragu atau menolak hadis nabi.

Namun malangnya,ada lagi manusia yang lebih kaya dari para elit Luciferian.Siapa?

Iaitu mereka yang bersifat qanaah,yakni merasa cukup dengan nikmat yang ada.Ini orang paling kaya.Orang yang miskin ialah orang hidupnya tak pernah merasa cukup walaupun mangkuk tandasnya diperbuat dari emas.

Elit Luciferian mengadakan seminar atau perbincangan semata-mata mahu 'mengawal' Islam.Kami mahu mengajak anda keluar dari penyakit 'goyyim'.Goyyim ialah orang yang tidak peduli.Goyyim ialah orang yang dungu yang terkongkong dalam logiknya sendiri.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI GOYYIM.Saya berada di kalangan mereka dan saya tahu mengapa Islam ini adalah BENAR.Sesungguhnya Iblis penuh dengan perancangannya ke atas anak Adam.Saya tidak kagum jika anda berada di dalam Freemasonry,Rotary atau Lion Club,tetapi saya sudah bergaul dengan mereka yang berada di dalam organisasi yang menguruskan 'puppet-puppet' mereka seperti Lion Club dan Freemasonry malah Jesuit dan Zionis Antarabangsa.

 

 

pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Thursday, September 27, 2012

Jauhi Dari Dajal Laknatullah !



Dajal Laknatullah tidak berjuang sendirian di dunia ini.Di sekelilingnya terdapat 'pak turut',kuli,pencacai,penjilat,lembu yang dicucuk hidung,pet (haiwan peliharaan),'patsies' (orang yang diperguna dan diperkudakan),pengangkut najis,tukang kipas dan seterusnya...mereka ini adalah HAMBA-HAMBA SURUHAN DAJAL LAKNATULLAH.Sama ada mereka menyedarinya atau tidak,itu adalah cerita lain.


Di bawah ini adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal Laknatullah Al-Masih Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang menjalankan pelbagai fitnah di muka bumi.Di antara ciri-ciri yang ada pada diri seorang HAMBA SURUHAN DAJAL' adalah seperti berikut:


Ter'mindcontrol'

Hamba-hamba suruhan Dajal majoritinya telah dikawal mindanya.Sekurang-kurangnya mereka telah di'brainwash' kalau tidak dikenakan program mindcontrol yang lebih jauh.


Terdiri dari orang pintar dan berkedudukan

Jangan fikir hamba-hamba suruhan Dajal adalah orang-orang yang tiada kelulusan atau orang miskin yang tinggal di penempatan setinggan, tidak...tidak sama sekali. HAMBA SURUHAN DAJAL ADALAH ORANG-ORANG PINTAR DAN BERKEDUDUKAN TINGGI.Genius,cendekiawan,ahli politik,ahli perniagaan,'top student',pemimpin-pemimpin kerajaan,para jeneral tentera,profesor,peneraju industri,doktor,saintis dan seterusnya... adalah orang-orang pilihan Dajal.Siapa yang nak tertarik dengan propaganda Dajal kalau 'frontman'nya adalah mat rempit yang ketagihan ganja?Fikir.Dajal Laknatullah adalah pakar dalam mengkomersilkan imejnya.


Menjadi anggota pertubuhan

Hamba-hamba Dajal ini majoritinya akan menganggotai salah satu pertubuhan Dajal sama ada yang kecil atau yang besar.Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa pertubuhan Dajal adalah terlalu banyak.Sudahlah banyak, bermacam-macam pulak tema pertubuhannya.Kebajikan,makanan,pelarian,buruh,kesihatan,pekerjaan,hak asasi wanita dan seterusnya...ini bertujuan untuk mengaburi mata dan fikiran awam.Menjadi anggota pertubuhan ini kadangkala satu imej yang prestij pula dikalangan hamba-hamba suruhan yang dungu ini.Contohnya seperti menjadi ahli kelab-kelab kebajikan Freemason (contoh Rotary Club) yang disifatkan kelab orang-orang berkedudukan tinggi dan 'gentleman'.Padahal mereka menjadi sebahagian perancangan 'Master of Puppet' yang mengawal kelab-kelab mereka.Kelab-kelab mereka menganjurkan kebajikan dan derma,tetapi para elit mereka yang duduk di atas merancang perang dan keganasan,membiakkan pornografi dan mengedar dadah.

Berpenampilan menarik dan kemas

Hamba-hamba suruhan Dajal kebanyakannya mempunyai rupa paras yang menarik,personaliti yang menghiburkan dan imej yang mantap.Mereka pandai 'menjual' diri di mana-mana saja.Percakapan mereka memukau dan pandai mengkomersilkan diri mereka sendiri.Mereka biasanya terdiri dari para pemimpin politik,peneraju industri (termasuk usahawan,ahli perniagaan,teknokrat),artis dan industri hiburan (penyanyi,pelakon,model) dan personaliti masyarakat (aktivis dan pejuang isu).

Inilah kriteria yang dimahukan oleh Dajal Laknatullah.Masyarakat awam mudah tertarik dan terpengaruh dengan orang-orang seperti ini berbanding orang-orang yang kurang menarik penampilannya (maaf,seperti orang yang cacat atau hodoh).Tetapi perlu diingat,selagi trend menginginkan begitu maka begitulah strategi Dajal.Mungkin di lain zaman masyarakat suka kepada yang hodoh-hodoh,maka tak mustahil Dajal Laknatullah akan menukar strategi.Dajal akan mengkaji trend yang berputar di kalangan masyarakat,kemudian dialah yang menjadi 'trendsetter'.




'Multiracial'

Hamba-hamba suruhan Dajal adalah berbilang kaum,bangsa,agama dan datang dari pelbagai negara.Selagi seseorang itu dapat dipergunakan dan diperkotak-katikkan,maka dia layak menjadi hamba Dajal Laknatullah tidak kira dia dari bangsa apa atau negara mana.Dajal tidak bersikap rasis.Jangan bimbang.Jangan hairan bila seorang pegawai tentera China contohnya menganut faham Kabbalah dan mistik sesat.

Atau ahli politik dari Argentina suka membaca buku-buku okultisme Dajal dan menyembah Lucifer.Atau artis dari Brunei menganut fahaman Talmud dan 'illumination'.Dajal Laknatullah adalah SEORANG YANG BERSIFAT GLOBAL.Sebab itu dia mengasaskan faham GLOBALISASI dahulu.Jika ada bangsa yang akan menjadi superpower dan banyak kemahiran dan kebolehan,maka jaga-jaga!Bangsa itu akan menjadi sasaran Dajal untuk diperkudakan.Ini menjelaskan mengapa operasi Dajal banyak tertumpu pada sebelah Barat (pada masa kini kebijakan dan pengetahuan berputar-putar di sana).Apa yang boleh diharap dari bangsa yang lembab dan pemalas?Dajal tidak akan membuang masa dengan mengambil kuli-kulinya dari bangsa yang lembab dan kurang cerdik ditambah dengan sikap malas dan bersikap 'cukup makan'.Sampai kiamat pun tak menjadi apa yang dirancangkan.Sebagai contoh dan pengetahuan tambahan,di dalam Al-Quran yang mulia telah banyak menggambarkan sifat-sifat bangsa.Kaum Nasrani telah digambarkan di dalam Al-Quran bahawa 'kaum yang pandai membuat barang-barang'.Yahudi pulak 'licik dan banyak tipu helah'.Nah!Siapa yang mendominasi industri dan pelbagai bidang pengetahuan dalam dunia hari ini kalau tidak orang-orang Kristian?


Siapa yang mendominasi wang dan bank-bank kalau tidak Yahudi?Sekarang ini kaum-kaum dari ras mongoloid (Cina,Jepun,Korea) pula sedang bangkit dalam banyak bidang.Nah!Dajal sudah lama nampak kenyataan itu dan sebab itu seorang yang terhormat dari kaum Cina diterima sebagai salah seorang dari 13 keturunan Illuminati,pertubuhan yang menjadi 'front' kepada komersil dan imej popular Dajal.Trilateral Commission pula dibentuk bagi mengimbangi kuasa Jepun.Bangsa Korea pulak dilaga-lagakan sehingga ramai yang mati dan menderita.Saudara sebangsa bermusuhan berpuluh-puluh tahun sehingga berpecah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan walaupun mereka sebangsa!SEKARANG ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN DAJAL LAKNATULLAH INI?Jangan sangka anda dari bangsa yang bijak pandai dan cekap mencari harta dunia tapi sebenarnya andalah yang Dajal Laknatullah cari-cari!Sesuai benar untuk dijadikan hamba suruhan,kuli dan pencacai pengangkat najis!!

Terdapat bangsa lain yang akan bangkit di masa depan.Tapi Tuhan sedang tidurkan bangsa itu.'Ditidurkan' dengan bermacam-macam elemen yang membuatkan Dajal Laknatullah tidak berminat dan berselera langsung nak mengacau bangsa ini.Tapi sejak kebelakangan ni Dajal makin sedar potensi bangsa ini.Keanehan dan misteri yang menyelubungi bangsa ini membuatkan Dajal kembali menyelongkar kitab-kitab lama,manuskrip kuno,perjanjian-perjanjian dan ramalan-ramalan tidak kira dari sumber non-Islam atau Islam (perlu diingat,Dajal memang mengkaji Al-Quran sebagai salah satu sumber rujukan dia dan dia amat menghormati al-Quran bukan sesetengah orang Islam yang tidak ambil peduli malah sanggup menghina AlQuran sampai tahap membakar dan memijak AlQuran).Tetapi ini kisah dan bab lain yang amat panjang untuk diceritakan di sini.


Dungu

Ya,hamba-hamba suruhan Dajal memang bijak-bijak belaka tetapi DUNGU.Sama ada ini kesan dari kaedah mindcontrol atau dia sendiri yang membingungkan dirinya sendiri.Dungu di sini bukan bermaksud tidak bijak,tetapi bermaksud tidak dapat melihat kebenaran yang tersembunyi,tidak dapat menganalisis dan mensintesis semua persoalan yang berputar di sekelilingnya.Mungkin dia sedar tapi cuba mencari-cari alasan lain untuk menutup keraguannya.Dia tidak mampu hendak membuat perbandingan dan tidak berupaya menjalankan kajian lanjut tentang 'anomalies' dan kepelikan yang dia sendiri sukar nak menjawabnya.Mungkin ini telah bertembung dengan sistem kepercayaan yang telah lama dianutnya,hasil dari pendidikan sistem Dajal secara langsung atau tidak langsung.Mereka memanglah ada di antaranya cendekiawan dan berkelulusan tinggi tapi minda mereka seakan-akan telah tertutup untuk menerima kebenaran.Ini adalah hasil dari 'mind split' (sila rujuk kaedah mindcontrol Projek Monarch) di mana individu ini pakar dalam sesuatu bidang tapi bodoh dalam bidang yang lain.Sudahlah begitu mereka ini pulak tidak mampu nak mengaplikasikan kepandaian mereka dalam mencari kebenaran dan erti kehidupan mereka sendiri.Sebab itu ada di antara mereka yang akhirnya membunuh diri dan ramai yang menghidap trauma dan masalah psikologi.

ADA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN GERAKAN ISLAM.Ya,mereka ada yang menjadi pemimpin yang dilabelkan 'Islam'.Tetapi itu adalah imej sahaja.Padahal sebenarnya para pemimpinlah yang ramai menjadi 'pet' (haiwan peliharaan) Dajal tidak kira dia Islam atau tidak.Bagaimana seorang Islam menjadi kuli Dajal itu adalah perkara lain seterusnya.


Mudah dicucuk hidung ke sana sini

Mereka adalah bertaraf hamba.Seorang hamba suruhan tidak berhak mempersoalkan tuannya.Maka mereka tidak ada hak untuk memilih.Tuannya akan pilihkan untuk mereka.Tuan kepada hamba-hamba dungu ini,yakni Dajal Laknatullah akan memilihkan ideologi,istilah,terma dan tema,strategi,matlamat,objektif dan perancangan hatta makanan,pakaian dan agama sekalipun [jika Dajal memerintahkan berbogel mereka akan bertelanjang bulat,jika disuruh minum arak dan menikmati daging anjing dan babi pun mereka sanggup demi kebendaan materialistik (rujuk 'gunung roti dan sungai ' yang dikendong Dajal dalam hadis nabi) yang ditawarkan oleh Dajal yang semestinya kaya-raya melebihi bilionwan bertaraf Forbes].Mereka akan menyalak terpekik terlolong mengikut arahan Dajal.Mereka akan menari dan terhinggut-hinggut terlompat-lompat mengikut gendang dan irama yang dimainkan oleh Dajal Laknatullah.Ya,memang hairan sebab mereka sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai,tetapi sebenarnya mereka kosong jiwanya.Sebab itu mempunyai otak yang genius tidak cukup.Jiwa yang mantap dan rohani 'bijak' adalah amat-amat perlu untuk membaca semua muslihat Dajal Laknatullah.


'Liberal'

Mereka adalah pendukung liberalisasi dan segala trend komersil Dajal.Liberal adalah falsafah Dajal Laknatullah.Maksud liberal yang paling mudah adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan sederhanakan ideologi anda".Nah!jika anda seorang Islam,jangan terlampau mengikut prinsip agama anda,relax man...sebab itu ada istilah 'Islam Liberal'.Maksudnya Islam yang telah 'disederhanakan' mengikut trend Dajal dan budaya popular kelolaan Dajal Laknatullah.Buang yang tidak perlu dan dianggap 'ekstrem' dan 'fundamental'.Dahulu orang Islam yang tidak memenuhi kriteria Dajal dicop 'fundamentalist' dalam media-media milik Dajal.Kini orang Islam dicop 'terrorist'.'Orang Islam' yang disayangi dan ditimang-timang Dajal adalah para Islam Liberal (tidak kira apa jua istilah mereka), modenis Islam,sekularis Islam dan apa jua label Dajal tapi dihujungnya ada perkataan 'Islam' hatta Nazi Islam dan Komunis Islam pun boleh jika mampu mendukung aspirasi Dajal.INILAH JAWAPAN BAGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH.


'Trendy'

Mempunyai sikap (attitude) 'trendy' adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal.Trend adalah rahsia operasi Dajal.Pada zaman kuno,ajaran mistik dan pagan menjadi trend masyarakat dunia.Di sana sini,manusia mendirikan kultus-kultus memuja dewa-dewi mereka.Sihir adalah ilmu yang dihormati sebab itu para tukang sihir menjawat jawatan eksekutif dalam pentadbiran Firaun Mesir dan Babilon Kuno.Oleh itu para kuli pencacai Dajal di masa itu adalah terdiri dari tukang-tukang sihir berkemahiran tinggi dan mempunyai kelulusan dalam bidang sihir,astrologi,mistik sesat dan pengetahuan paganisme yang diiktiraf oleh Dajal Laknatullah.Mereka inilah menjadi 'runner' dalam masyarakat ketika itu.Paganisme,animisme (kepercayaan menyembah alam semulajadi),ajaran dewa-dewi telah mendominasi trend dunia ketika itu.Kini apabila tahap kesedaran manusia makin tinggi,Dajal juga mengubah modus operandinya.Tabiat manusia pada masa kini makin terpelajar,jadi Dajal telah mencipta pelbagai ideologi yang mencabar akademik manusia.Komunisme,Fasisme,Kapitalisme,Liberalisme dan isme-isme lainnya diciptakan oleh Dajal bagi memporak-perandakan sistem pemikiran manusia.Masyarakat boleh memilih salah satu ideologi ciptaan Dajal ini tapi tidak sesekali Islam.Islam di luar senarai dan selamanya tidak akan masuk carta 'top 100' billboard Dajal Laknatullah.Jadi hamba-hamba suruhan Dajal ini amatlah bersikap trendy dengan trend yang berputar di dunia masa kini hatta jika suasana makin islamik sekalipun,Dajal selaku pakar manipulasi situasi akan melantik hamba-hamba suruhannya yang berperawakan alim,pejuang Islam,sederhana dan cintakan kedamaian kononnya padahal mengikut telunjuk Barat dan tidak ada rasa sensitif pun dengan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam.Bersikap 'trendy' ini bukan semata-mata pakaian dan fesyen tetapi ideologi sekali.


Kepercayaan

Hamba-hamba suruhan Dajal pada dasarnya menganut pelbagai kepercayaan.Ada yang Kristian,Buddha,Yahudi hatta Islam sekalipun.Tetapi itu adalah asasnya sahaja.Asasnya sahaja di mana yang paling penting akhir dari tugas-tugas mereka akan mendukung agama menyembah Iblis dan syaitan.Dalam sistem kepercayaan juga Dajal telah membangunkan hierarki:

-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak Dajal Laknatullah.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.

-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend Dajal Laknatullah.

-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan 'magic'.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka si Dajal Laknatullah,maka akan dicampak jauh-jauh.

-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui 'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali dengan Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.

-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan 'illumination' yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.

INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlu diingat.Ada diantara orang Islam yang keliru sehingga para Ulama pun mereka kata kakitangan kejahatan dan 'syaitan bisu'.Ya,inilah yang dikehendaki Dajal Laknatullah.Keliru,keliru dan keliru sehingga akhirnya menjadi HAMBA SURUHAN DAJAL tanpa disedari.Jika anda merasa keliru dengan situasi yang berlaku pada hari ini,sehingga tertanya-tanya "Siapa yang benar sebenar-benarnya???!!"

Maka ambillah AlQuran dan bacalah...

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan dirimu

dari setitis air mani yang hina (tiba-tiba menjadi penentang yang nyata!pulak tu)

Bacalah AlQuran yang mulia,yang menjadi petunjuk kebenaran

Dan rujuklah hadis Rasulullah s.a.w...Inilah Kombinasi paling berkuasa.

Jangan ambil AlQuran dan buang hadis Nabi,atau ambil hadis nabi buang AlQuran

Anda kena gabungkan kedua-duanya.

Jangan asyik bertanya perkara yang remeh-temeh;

"AlQuran tak sebut pun?"

"ayat mana yang sebut macam tu?"

"ada ke nabi cakap sebiji (sejibik) macam tu"

Fikir jika AlQuran menyebutkan perkataan 'Illuminati','Dajal',Freemason...maka makin kelirulah orang Arab Jahiliah di masa itu dan makin bertambahlah mereka menolak agama Islam yang dibawa oleh nabi.Sudahlah nabi dianggap gila walaupun dengan ayat-ayat AlQuran yang sifatnya mudah dan berulang-ulang pula ayatnya,inikan pula bercerita bab globalisasi,konspirasi atau Jesuit contohnya sudah tentu Rasullullah s.a.w akan dicop syaitan atau setidaknya tukang sihir atau makhluk asing dari planet Zargus (sebagai contoh).Samalah seperti jika AlQuran menyebutkan perihal lampu jalan,komputer,kereta dan sebagainya sudah tentu orang Arab padang pasir hatta unta-unta mereka pun terbingung-bingung dengan repekan Rasullullah s.a.w ini.

FIKIR...FIKIR...

Sekarang inipun dari kalangan umum yang terpelajar pun sudah mengetahui perihal surah Al-Anbiya yang mengandungi ayat memperihalkan masalah 'Big Bang'.Tetapi kita nampak yang AlQuran tidak menyebutkan terlalu terperinci.Dengan gaya yang bersahaja dan bijak,AlQuran bercerita tentang Big Bang,relativiti,dimensi hatta nebula tanpa memeningkan manusia merentasi zaman-berzaman.Kebenaran AlQuran akan terserlah mengikut penemuan dan pengetahuan manusia melalui kebijakan manusia dari zaman ke zaman.Manusia yang terkini akan nampak kebenaran AlQuran dan dapat mendekodkan ertinya berbanding manusia sebelumnya yang kekurangan pengetahuan sains.Inilah keunggulan AlQuran.ALQURAN BERBICARA MELALUI PETUNJUK-PETUNJUK BUKAN HUJAH TERPERINCI YANG MELERET-LERET DENGAN ISTILAH YANG PELIK-PELIK. Petunjuk-petunjuk.Sebab itu AlQuran selalu diertikan sebagai "petunjuk" (atau clue...)


"...Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).

"Musa berkata: 'Tuhan kami ialah Zat yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberi­nya petunjuk'." (QS 20:50)

"Yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaan)­Nya. Yang memberikan ketentuan dan petunjuk."

"Menunjukkan kepada kebenaran dan jalan yang lurus." (QS 46:30)

"Kami telah mendatangkan sebuah kitab kepada mereka, yang Kami jelaskan dengan pengetahuan, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tiadalah mereka itu menunnggu kecuali takwilnya. Pada hari datangnya takwil itu, orang-orang yang telah melupakannya sebelumnya itu berkata: 'Rasul-rasul yang diutus Tuhan kami telah datang dengan membawa kebenaran'. " (QS 7:52-53)

Dan banyak lagi ayat yang memperihalkan AlQuran sebagai petunjuk bagi manusia.Jadi rujuklah AlQuran dan Hadis selalu untuk membaca senario dunia hari ini.

pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Monday, September 24, 2012

Kenapa Umat Islam Tidak BERSATU ?

upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/25/Map_of_fertile_cresent.png/488px-Map_of_fertile_cresent.png

Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya?

Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah kalian sumpah keramat Iblis laknatullah seusai dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Perlu bukti bagaimana umat Islam disihir secara nyata, lihat link ini : Link 003

Masih kuat sihir yang membaluti tubuh kalian? Hamba berikan 2 lagi antidotnya:
video 003
video 004



upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d5/Crown.gif

Logo diatas adalah lambang pertubuhan cabang Freemasons "DeMolay International" mengambil sempena nama Jacques DeMolay, Grand Master terakhir Kesatria Templar a.k.a Tentera Salibi.

Nak cerita panjang nanti sihir yang melekat di tubuh kalian payah nak 'tawar', baik amalkan kaedah yang di ajar Jibril kepada Rasulullah, "BACALAH": Link 004

upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e4/Herb_Leliwa.jpg/175px-Herb_Leliwa.jpg upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c9/Coat_of_arms_of_Croatia.svg/200px-Coat_of_arms_of_Croatia.svg.png

Dua foto diatas adalah Jata Kerabat Poland & Jata Negara Croatia, persoalannya, "ISLAMKAH MEREKA?"

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ’Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’ dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu Al-Baqarah:120

..mereka (orang-orang kafir) tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu Al-Baqarah:217

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu berimanAli Imran:100

Sebahagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam)Al-Baqarah:109

Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong An-Nisa’:89

Kenapa "lambang kebesaran Islam" juga dipunyai oleh lukisan purba Freemasons seperti dibawah?:

www.masonic-lodge-of-education.com/images/Symbols_Masonic_collage_240x359.jpg

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." Surah Yusuf:108

www.masonic-lodge-of-education.com/images/Lodge2_250x374.jpg

Alhamdulillah selesai sudah solat kalian 5 kali sehari semalam.

Solat? Dimana anda bersolat hari ini?

-Rumah?

-Surau?

-Masjid?

DALAM KETAATAN, TERSELIT KEINGKARAN!

Bayangkan, setiap hari, berjuta umat Islam termasuk hamba sebenarnya sedang 'menganjing' (maaf bahasa kasar) atau lebih mesra 'mempermainkan' Allah s.w.t?

Lihat masjid kalian, sejadah sujud kalian, hiasan bercorak Islam kalian, SIMBOL APA YANG DIGUNAPAKAI???

"Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain." Yusuf:106

Astaghfirrullah hal 'azim, wahai saudaraku, apa yang telah kita 'sembah' sebenarnya 5 kali sehari semalam? ALLAH atau BULAN SABIT dan BINTANG??!!

Penat Rasulullah membersihkan Kaabah dari Latta Uzza & Geng tapi kita kini dengan megahnya meletakkan 'berhala Islamik' di masjid, sejadah & dinding rumah kita!

Nauzubillahi minzalik!!!

Maka, kini TANGGUNGJAWAB SEMUA YANG TELAH MEMBACA RENCANA INI UNTUK MENGAJUKANNYA KEPADA PARA ULAMA' & UMARA'.

Bertindak sebelum terlambat. Umat Islam & Negara-negara Islam WAJIB diselamatkan daripada permainan fasad Dajjal Al-Masih yang terus menerus menyihir umat ini!

Saksikanlah Ya Allah, sesungguhnya kami telah menyampaikan...


pejuangmelaka-Bersatulah bangsaku !

Saturday, September 22, 2012

Jangan Bermain Dengan Api BACILE !



Sehingga kini identiti SAM BACILE masih lagi menjadi tanda tanya, ada juga yang menyatakan bahawa sam bacile adalah Nakoula Basseley Nakoula, berdasarkan penglibatan lakonan anaknya iaitu Abanoub Basseley, yang berusia 21 tahun dalam filem pendek Innocence of Muslims.

ISLAM tidak mengajar akan kekecohan dan huru hara kerana ISLAM bukan agama sedemikian. Benar kita perlu merasa Terguris dan Marah dengan sikap biadap "mereka" tetapi bukan bermakna kita perlu bertindak sehingga memudaratkan orang lain yang tidak punya kaitan.


Rasulullah s.a.w dalam hadisnya beliau bersabda ‘Kami ini diperintah untuk bijak dalam menyelesaikan masalah dan untuk bijak dalam menuntut hak dalam masalah yang kita hadapi.'

"It is not strange for a civilization which holds nothing sacred (besides the Holocaust) to make fun of the Prophet of Islam – may God’s peace and blessings be upon him. The buttons are once again being pushed and Muslims’ feelings are hurt. Consequently, some are angrily lashing out and harming innocent people in their ignorance. However, this is only further distorts the image of Islam which was the intention of those who made that evil film. Let us, instead, follow the prophetic way, and convey the message of Islam positively and with greater vigor, while patiently bearing the harm of our enemies."- Dr. Bilal Philips
Apakah terdapat agenda tersembunyi disebalik isu ini? Adakah ia akan dijadikan "TIKET" oleh Amerika (Israel) bagi memerangi Ummat ISLAM dan sekaligus menakluk negara ISLAM dengan hanya beralasan Ummat ISLAM bersikap GANAS a.k.a Terrorisme (kononnya) dan merbahaya.
Apapun sehingga ke saat ini, Amerika masih mengiktiraf "Kebebasan Bersuara" dan ia bukannya menjadi satu kesalahan.




PENGARAH filem berketurunan Israel Amerika, yang menetap di California, mula menyembunyikan diri selepas filem terbarunya, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia.Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Berikutan penerbitan filem itu, Duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara itu, semalam.

“Filem ini ialah sebuah filem politik,” kata Bacile.

“Amerika mempunyai banyak duit dan banyak orang berperang di Iraq dan Afghanistan tetapi saya berperang dengan idea,” tambah Bacile.

Bacile yang merupakan seorang ejen hartanah percaya filemnya itu akan dapat menerangkan kepada rakan-rakan seagamanya tentang kekurangan agama Islam kepada mereka.

Menurut Bacile, 56, filem yang memakan masa selama dua jam itu, yang berjudul Innocence of Muslims, melibatkan kos pembikinan sebanyak A$5 juta (RM15.3 juta) serta memperolehi dana daripada 100 bangsa Yahudi.

Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam.

Walaupun Bacile berasa kesal dengan insiden pembunuhan itu, dia menyalahkan pihak kedutaan di Libya yang tidak mengetatkan kawalan keselamatan sehingga perkara seperti itu boleh berlaku.

“Saya merasakan sistem keselamatan di sana tidak cukup ketat dan kita patut berbuat sesuatu untuk mengubahnya,” kata Bacile.

Menurut konsultan kepada filem itu, Steve Klein, Bacile berasa risau dengan keselamatan ahli keluarganya yang menetap di Mesir walaupun Bacile enggan mengakuinya.

Menurutnya lagi, Klein berjanji untuk membantu Bacile menerbitkan filem itu tetapi sudah memberi amaran kepadanya dengan berkata, “awak bakal menjadi Theo van Gogh yang seterusnya.”

Van Gogh merupakan seorang pengarah Belanda yang dibunuh ekstremis Islam pada 2004 selepas menerbitkan sebuah filem yang mencemarkan kesucian agama Islam.

“Saya memang sudah jangkakan perkara seperti ini akan berlaku,” kata Klein.

Filem itu dihasilkan dalam tiga bulan pada musim panas tahun lepas, melibatkan seramai 59 pelakon dan 45 krew produksi. 

Thursday, September 20, 2012

RAHSIA NOMBOR ?



Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.

Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.

TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.


Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).

Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?


Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.


TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.

Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.

Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.

Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.



Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:

1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?



TUJUH PULUH TUJUH (77) MENARIK PENYOKONG


Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:

7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.


7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.


Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:

1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?

Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.

Sunday, September 16, 2012

Buang Ideologi Politik Demi ISLAM !

Kenapa orang Islam makin tak peduli bila Nabi dihina?


Artikel bertajuk Ex-con, Christian charity linked to film on Islam” (klik di sini) telah menarik perhatian pejuangmelaka. Ini kerana terdapat petikan dalam artikel tersebut yang berbunyi :
In a 2010 speech in New York, Nassralla criticized violence against Christians in Egypt and deplored plans to build a mosque near the former World Trade Center site in New York. “Wake up, America…. Stop Islamicization of America,” he said.
Kadang-kadang pejuangmelaka hairan melihat muslim di Malaysia semakin hari semakin kurang sensitif terhadap hal-hal sebegini. Lihat sahaja di laman-laman sosial Twitter dan Facebook di mana isu penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w tidak di ambil endah oleh umat Islam. Kalau berkaitan politik, mengutuk dan menghina parti atau individu tertentu, mereka sangat galak tagging dan share. Tapi bila Nabi Muhammad di hina, mereka berdiam diri sahaja, seolah ia perkara normal.
Hal ini menunjukkan hilangnya kecintaan umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. Ternyata, cinta kuasa, pangkat, dan nama lebih menjadi keutamaan. Tapi bukan cinta Rasulullah. Kalau ada orang yang menghina, mengutuk, melukis gambar, membuat filem menghina Nabi Muhammad, ramai yang merasakan “orang kafir memang macam tu. Tak payah kita nak sibuk-sibuk. Biarkan je. Esok mati tau lah nasib dia”.
Begitu juga dalam isu kalimah ALLAH. Umat Islam semakin tidak ambil peduli seakan biarlah apa nak jadi, jadilah. Biarpun sujud bersolat dan melaksanakan ibadah-ibadah yang lain, tetapi rasa tanggungjawab mempertahankan agama kian lesu. Yang tersemat di sanubari umat Islam Malaysia hanya sekadar retorik dan laungan taksub politik kepartian. Ternyata juga, politik hari ini telah melalai dan memecahbelahkan umat Islam. 
Bukan bermaksud tidak peka terhadap usaha murni NGO dan pihak-pihak lain yang menghantar memorandum dan membuat demonstrasi ke atas apa yang berlaku. Syukur kerana adanya usaha-usaha kalian. Bagaimanapun apa yang saya tegaskan ialah jumlah kehadiran dan penglibatan umat islam dalam perkara ini secara langsung mahupun secara tidak langsung amat menyedihkan. Nak share informasi mengutuk penghinaan ke atas Rasulullah di Twitter, blog dan Facebook pun majoriti orang Islam tak mahu.

Saya amat berharap melalui penulisan umat Islam khususnya di Malaysia akan lebih rajin membuat kajian berkaitan hal-hal sedemikian. Namun seperti biasa, tulisan-tulisan penting saya sering tidak diendahkan oleh muslimin muslimat. Orang Islam-Melayu lebih suka membaca blog-blog politik yang dipenuhi bahasa kasar, kesat dan lucah dan menganggap blog sedemikian sebagai ilmiah. Blog-blog yang tidak beradab dan tak bertamadun.
Kita sama-sama tahu gerakan anti-Islam telah sekian lama wujud. Berdasarkan pemerhatian penulis, gerakan anti-Islam sebenarnya berlaku secara perang saraf dan psikologi. Jika di Barat, gerakan Stop Islamization of Nations (SION), Stop Islamization of America (SIOA) dan Stop Islamization of Europe (SIOE) telah memberi pelbagai tekanan ke atas umat Islam di sana.
Di negara-negara Islam pula, modus operandinya adalah melalui cara memprotes dan mempersoal autoriti. Pendekatan anti-Islam di negara-negara Islam ialah dengan cara merosakkan fahaman umat. Lantas disuntik fahaman liberalisme, prakmatisme, pluralisme, anti-establisment, relativisme dan seumpamanya. Bila perkara ini berlaku, maka umat Islam akan kehilangan rasa sensitiviti terhadap agamanya.
Barat memang mahu melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri, supaya dengan itu mereka mudah menyusup masuk ke dalam hal ehwal kenegaraan dan menetapkan polisi itu dan ini yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Polisi-polisi tersebut juga sudah pasti memihak kepada mereka untuk dilihat hebat dan berkuasa.
Mereka sebenarnya melakukan adu domba ke atas umat Islam supaya kita sesama muslim sentiasa berasa tidak percaya sesama sendiri dan saling bermusuhan.
Adalah amat penting untuk para muslimin memberi fokus dan bersikap skeptikal terhadap pertubuhan seperti Human Rights Movement, Amnesty, Bastiat Institute dan beberapa pertubuhan lain termasuk SION, SIOE dan SIOA agar kita lebih berwaspada dan bersedia dalam mempertahankan agama Islam.
Sungguh, saya tidak mampu menjadi umat Islam yang kuat bercakap, asyik melaung takbir di jalanan serta menjerit slogan itu ini tetapi tidak melakukan apa-apa. 
pejuangmelaka-Namun apa yang mampu hanyalah menjadi benteng dan dinding yang rela di tetak musuh-musuh Islam.Bersatulah Melayu !!!

Wednesday, September 12, 2012

Merdekakan Diri Dari Pencatur !



Tulisan berikut dinukil dengan rasa pilu mendalam terhadap perilaku umat Islam di Malaysia yang semakin hari semakin kehilangan adab. Pejuangmelaka bukan seorang yang suka bercakap tentang isu politik tanahair namun melihat runtuhnya akhlak masyarakat masani, membuat diri rasa perlu berbicara atas dasar akidah dan akhlak islamiyah.
Baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat (PR) telah menganjurkan Perhimpunan Janji Demokrasi di beberapa lokasi seluruh negara. Perhimpunan tersebut berpengisian politik, suara rakyat yang berasaskan demokrasi mutlak. Mungkin masih ramai yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan demokrasi mutlak.
‘Demokrasi mutlak’  yang juga dikenali sebagai absolute democracy atau pure/ direct democracy adalah satu bentuk cara pentadbiran kenegaraan yang berasaskan kepada falsafah humanisme, di mana setiap perkara ditentukan oleh kehendak manusia. Wikipedia mencatatkan definisi ‘absolute democracy’ sebagai :
- an extreme form of a collective perception of order, based by the need of the human mind to control its surroundings and conduct a predictive view of perceiving the collective world. (http://en.wikipedia.org/wiki/Absolute_democracy).

Jika diterjemah kepada Bahasa Melayu, ia bermaksud :
“satu bentuk persepsi melampau terhadap seluruh pemerintahan, berdasarkan pada keperluan minda manusia, untuk mengawal persekitaran dan menjalankan ramalan pandangan dunia secara menyeluruh.”
Dalam kata lain, demokrasi mutlak memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan semua perkara. Kerajaan hilang autoriti dalam melaksanakan tugas, tetapi harus memenuhi segala kehendak rakyat. Hal demikian melahirkan sikap anti-authoritative atau anti-establishment yang membawa kepada kehilangan adab.
Konsep politik begini sebenarnya bertentangan dengan kaedah siyasah dalam Islam, di mana pihak Kerajaan mempunyai hak-haknya dalam mentadbir urus Negara dan perkara tersebut hendaklah dipatuhi oleh rakyatnya, manakala rakyat juga mempunyai hak-haknya yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan.
Menurut faham Islam, hak tidak semestinya perkara yang dimahu, dikehendaki, diminta dan dituntut. Lebih dari itu, Islam menetapkan hak sebagai kewajipan yang mesti ditunaikan berasas pada kebenaran yang hakiki. Ini bermakna, Kerajaan mempunyai hak ke atas rakyat dan rakyat juga mempunyai hak ke atas kerajaan.
Justeru, laungan Janji Demokrasi oleh pendukung PR telah dilaung dalam nada politik ala-Barat dan bukannya dalam kerangka Islam.
LAHIRNYA KETURUNAN BIADAP
 
Tindakan pengikut PR memijak serta menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri dan isteri jelas suatu kebiadaban melampau. Saya bukanlah ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN). Apa yang ingin sekali saya nyatakan ini adalah persoalan adab dan akhlak. Bagi saya perlakuan sedemikian tidak boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja sama ada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Haji Abdul Hadi Awang.
Kita tidak pelik jika perkara tersebut dilakukan oleh orang bukan Islam/ non-muslim, tetapi apabila perlakuan sedemikian disukai dan diredhai serta dilakukan oleh orang Islam, ia jelas menunjukkan kerosakkan jiwa yang mendasar. Lihatlah sewaktu seorang gadis Cina (non-muslim) memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang wanita BERTUDUNG LABUH tersenyum ketawa melihat perbuatan itu. Ini jelas menunjukkan rasa redhanya atas perlakuan tidak sopan berkenaan.
Jika telah wujud generasi yang agak berusia sepertinya (saya jangka mungkin sekitar umur 45-55 tahun) yang gembira dan meredhai perbuatan memijak gambar orang Islam, maka tidak hairanlah bila ada anak muda yang sanggup menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri dan isteri. Kita sangat tahu bahawa anak muda itu seorang yang beragama Islam. Mungkinkah beliau seorang penyokong tegar Parti Islam Se-Malaysia (PAS)..?????
 
Memandangkan dia salah seorang penyokong PAS dan PR, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap TAHNIAH kepada PAS kerana BERJAYA MENDIDIK GENERASI BIADAP. TAHNIAH kerana BERJAYA MENDIDIK LELAKI HINGGA TIDAK KENAL AURAT.
Ketika Nabi Ibrahim a.s memecahkan berhala, Baginda pecahkannya menggunakan kapak dan tangan. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w membersihkan Kaabah dari 360 buah berhala, Baginda dan para sahabat r.a menggunakan tangan untuk mengalih berhala-berhala tersebut. Jika pada berhala pun mereka tidak memijaknya juga tidak menunjukkan punggung, inikan pula gambar manusia?
Bagaimana perasaan kalian jika ada yang memijak gambar Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng?
Berhentilah beraksi seperti lakonan filem Labu Labi “Ini kepala bapak kau, tu kepala bapak aku. Kalau berani pijaklah!”. Jangan ditiru watak kartun kurang ajar Shin Chan yang gemar menayang punggungnya.
Untuk anak muda itu, ingatlah bahawa anda telah mengaibkan kedua ibu bapa anda. Anda telah menconteng arang ke muka mereka. Tahukah anda ia satu kederhakaan?
Usah asyik melaung ALLAHU AKBAR di jalanan, andai hidup tiada beradab. Di mana akhlak Rasulullah? Tanyakan pada diri, di mana nilai syahadah?
Renunglah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. katanya : “Orang Islam manakah yang lebih baik?” Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara (terselamat) daripada gangguan lidah dan tangannya”.
 

Yang dimaksudkan dengan ‘lidah dan tangannya’ itu merujuk kepada percakapan dan perbuatan. Buat para pimpinan PAS, atas apa yang berlaku dan dilakukan oleh pengikut kalian, masihkah perjuangan kalian boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Atau mungkinkah ianya sebenarnya perjuangan sekularisasi bertopengkan Islam?
Terima kasih kepada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan  bahawa perbuatan memijak gambar itu adalah satu yang amat memalukan. Pun begitu, ingin saya pesan di sini, perbuatan biadab/ kurang ajar pengikut parti adalah akibat dari kepimpinan dalam PR yang biadab dan kurang ajar.

ADAPTASI RITUAL/ AMALAN IBADAH BUKAN ISLAM

 

Pada perhimpunan tersebut juga, mereka telah membaca puisi/ sajak Janji Demokrasi sambil menyalakan lilin beramai-ramai. Perkara ini telah sama-sama dilakukan oleh orang Islam. Sila lihat gambar di atas, di hadapan itu mungkin seorang Tionghua, dan dibelakangnya seorang lelaki muslim, berbaju hijau dan memakai KOPIAH memegang sebatang lilin.
Dari manakah asalnya penyalaan lilin begini?

 

Upacara penyalaan lilin merupakan sebahagian dari bentuk ibadah serta kaedah berdoa masyarakat bukan Islam. Kaedah ritual ini terdapat dalam ajaran agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Ritual ini dilakukan semasa hari kebesaran mereka, pembabtisan, mengingati kematian, sambutan perkahwinan dan seumpamanya.  Contohnya, Yahudi menyalakan lilin sewaktu Hanukkah (Candle Lighting Ceremony) manakala penganut agama Kristian sering menyalakan lilin sebagai worship symbolic. Mereka juga menyalakan lilin sambil berdoa dan menyanyi beramai-ramai di jalan-jalan raya ketika kematian Pope.
 

Dalam fahaman Humanism, diadakan hari HumanLight iaitu suatu hari kebesaran bagi pengikut humanisme dan disambut pada 23 Disember setiap tahun. Pada hari tersebut, mereka akan menyalakan lilin dan lampu sebagai simbolik pengharapan kepada nasib baik di masa hadapan, yang juga disebut “a Humanist’s vision of a good future”. Penyalaan cahaya dalam suasana gelap suatu simbolik – symbol of reason and rationality.
Secara tidak langsung, telah berlaku suatu amalan pluralisme agama pada majlis Janji Demokrasi pimpinan PAKATAN RAKYAT (PR). Ritual pluralisme pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Wahai saudara-saudaraku, fikirkan dan timbanglah dengan iman, apakah ini masa depan?
Ya ALLAH, jauhkan kami dari kesesatan dan beban yang tak mampu kami tanggung.

Monday, September 10, 2012

Tolong Hentikan Provokasi !

Pejuangmelaka lihat setelah "diversion tactic" Pakatan GAGAL mengalih isu kepincangan pentadbiran dan skandal Bayan Mutiara serta Air di Penang dan Selangor, Pakatan terdesak mengubah persepsi rakyat melalui provokasi.  Hebat tahap hebat provokasi yang dilakukan sekarang
1- Bas Anwar disimbah cat heboh dicanang satu dunia
2- Bas Barisan disimbah cat di Georgetown tak heboh berita hanya diterima dalam akhbar The Star
3 -Kita lihat ada pihak sengaja main PROVOKASI utk menghuru harakan negara
4-Sebagai ilmuan Islam jika bertindak melulu dgn provokasi maka akan kucar kacirlah negara . Terkini ialah provokasi pengawal keselamatan Anwar  mengacu pistol ke atas orang awam seolah olah nyawa Anwar dalam bahaya. Ingatlah rakyat Malaysia dan PDRM tak bodoh. Jika Anwar  luka tercalar sedikit pon maka segala "blame game" akan dihempap ke atas Pentadbiran Najib dan Barisan Nasional. Kerajaan tidak bodoh untuk mengapa apakan Anwar Ibrahim. Jadi tujuan apakah pistol tersebut diacukan selain dari mengubah persepsi rakyat kononnya nyawa Anwar yang terancam?

Saya tak faham tujuan apa provokasi  acu pistol ke atas orang awam ini dilakukan-jika nyawa Anwar terancam maka akan bertambahlah simpati antarabangsa terhadap Anwar dan Pakatan-bukankah itu satu bonus kepada Pakatan? Rujuk kejadian yang menimpa Benazir Bhuto dan Rafik Hariri PM Lebanon yang mengundang camportangan Barat di negara tersebut

5- Pejuangmelaka tak tolak kemungkinan kes simbah cat pada bas Anwar dan kes baling selipar dalam masjid di Kedah mungkin ditimbulkan oleh agen yang bekerjasama dengan pihak musuh negara utk membikin huru hara- ingat kejadian Benazir Bhuto mati ditembak dan selepas itu Asif (suaminya) menang pilihanraya Pakistan maka berkuasalah negara Amerika ke atas Pakistan.- Modus operandi Negara Musuh Islam   itulah "nyawa agennya  boleh dilupusgunakan utk menaikkan momentum kebencian rakyat kepada pemimpin sedia ada ". Rujuk CIA-linked-to-benazir-bhutto-s-assassination




"The assassination of Bhutto is similar to that of the Lebanese Prime Minister Rafik Hariri. In the case of Hariri, it was done to try and destabilize the Lebanese government and to also put pressure on Syria to withdraw its military forces from Lebanon, leaving Lebanon defenseless for a planned military strike, supported by the United States, against Hezbollah and Lebanon's infrastructure. Inside the intelligence community the blame was directed at the Israeli Mossad and the CIA, and that Henry Kissinger was also involved "- rumormillnews.
.

Pejuangmelaka meminta ILMUAN ISLAM utk fikir dgn rasional-seeloknya banyakkan doa dan jangan masuk dalam kancah fitnah.... dan secara tak langsung menjadi alat kepada musuh....ini pesanan saya

Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown-tak pulak bising satu dunia nak jumpa IGP -


Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown boleh dibaca lanjut di  antarapos

Bandingkan dengan tindakan yang sama ke atas Pakatan dah nak jumpa IGP?

Saya kemukakan pemerhatian saya kepada seorang ilmuan Islam tentang perkembangan terkini di mana para ulama partisan (yang berparti) pula cepat cepat mempertahankan tindakan partinya . Ini ulasan beliau-


"Saya tidak menolak segala kebarangkalian tersebut.Sudah lama saya perhatikan ; antara yang jelas dapat kita perhatikan ialah kebanyakan institusi-institusi fundamental negara seakan-akan ada cubaan untukk merosakkannya. Wibawa institusi agama seperti majlis-majlis fatwa & jabatan-jabatan agama dipertikai wewenangnya & direndah-rendahkan. Begitu juga dengan institusi perundangan, polis, & macam-macam lagi. Sebab itulah dari dulu lagi saya konsisten dengan usaha ke arah penyatuan umat kerana inilah yang diajar & dididik oleh para guru saya samada dari bumi Yaman mahupun bumi Mesir. Mufti Bosnia pernah berpesan bahawa agamawan perlu tahu politik tapi tidak perlu masuk dalam mainan politik. Itulah yang saya pegang. Berbalik kepada senario politik negara kita yang tercinta, saya juga merasakan sedemikian iaitu seakan-akan ada tangan luar yang cemburu dengan kemakmuran negara kita cuba untuk mencetuskan suasana yang tegang. Kalu kita lihat, ulama-ulama kita yang neuteral menyeru kepada perpaduan. Ini ubat yang mujarab untuk membendung virus-virus jahat. Malangnya tidak mendapat sambutan dari agamawan yang berada dalam parti politik ataupun yang pro-partisan tertentu. Ini satu kerugian yang amat besar buat umat Islam Malaysia pada pandangan peribadi saya. Masyarakat akan kompius. Yang ini ustaz..yang itu pun ustaz juga..macam mana ini? Fenomena ini boleh menjauhkan masyarakat dari agama. Mereka mungkin akan fed up dengan sikap agamawan yang berpolitik partisan ini. Sekarang pun sebenarnya sudah kelihatankesannya. Sementara berpeluang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Saya akui yang saya juga seorang yang berjiwa patriotik. Saya tak rela negara saya dihuru-harakan. Sudah banyak saya tanyakan kepada orang-orang politik ini tentang dakwaan-dakwaan mereka terhadap kerajaan. Kesimpulan yang dapat ialah semuanya lebih kepada mencipta persepsi bukan realiti. Agama ajar bahawa dakwaan perlu dengan bukti. Saya berpegang dengan hukum. Kalau dakwaan tanpa bukti tak boleh dipakai bahkan yang mendakwa itu juga kelihatan bermasalah. Politikus tanah air kita suka berpolitiking sepanjang tahun. Lebih suka berpolitiking dari membangunkan negeri & negara.
pejuangmelaka - Bersatulah Bangsaku !

Sunday, September 9, 2012

Spekulasi Maksud Gangnam ?






pejuangmelaka-Gangnam tu nama tempat kat Korea. Tempat remaja berlepak, berfesyen dan berhibur. Kalau kat Malaysia ni macam Bukit Bintang, kalau kat Jepun, Harajuku. Walaupun kita berbeza fahaman Bersatulah Bangsaku !

Friday, September 7, 2012

Mana Roh Kemerdekaan MALAYSIA ?

Bendera Negara Adalah Roh Kemerdekaan



SIAPA kata Jalur Gemilang bukan ciptaan anak negeri atau warganegara Malaysia?

Kalau dilihat aksi provokasi dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang, yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?

Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.

Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.

Apabila diajukan cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah rakan seangkatannya di Universiti Malaya (UM) suatu ketika dulu, Fuad mengingatkan:

"Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.

Tetapi yang penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing-masing.

"Paling penting, makna kemerdekaan."

Fuad menarik perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua negara ada hubungan penjajahan.

"Cuba kita lihat bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

"Yang dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata beliau.

Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.

"Malah, bendera Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777 tapi tidak menghilangkan jalurnya.

"Bendera Amerika ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.


Menyangkal lagi dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.

Bagaimanapun, sebelum diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk mewakili Raja-Raja Melayu.

Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.

"Dan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk menggantikan Union Jack.

"Jadi, tidak betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya.

Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.

"Bapa yang ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.

"Ia untuk memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat," katanya.

Dan benarlah bendera itu bukan sekadar bendera.

pejuangmelaka-Jalur Gemilang itu roh kemerdekaan.