Thursday, August 30, 2012

Mesej Tersirat YAHUDI Dalam TRANFORMERS !!!

Konspirasi Dunia - Transformers Dark of the Moon



TRANSFORMERS DITERBITKAN PRODUKSI YAHUDI

Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures {2} dan DreamWorks Pictures{3}. Paramount Pictures adalah sebuah studio filem gergasi Hollywood yang banyak menghasilkan filem-filem box-office seperti Indiana Jones, Iron Man dan Kung Fu Panda. Syarikat ini dimiliki oleh Viacom Company iaitu sebuah syarikat hiburan terbesar milik seorang Yahudi, Summer Murray Redstone {4}. Manakala, Dreamworks Pictures pula telah diasaskan oleh Steven Spielberg, Jeffrey Katzenberg dan David Geffen ; juga Yahudi.

SHIA LABEOUF SEORANG YAHUDI

Pemilik kepada nama Shia Saide LaBeouf ini dilahirkan di Los Angeles, California pada 11 June 1986. Sebelum namanya melonjak dengan filem Transformers, dia telah muncul dalam siri terbitan Disney Pictures, bertajuk Even Stevens selain pernah tampil dengan filem debut seperti Holes dan Distributia. Dia juga pernah membuat penampilan dalam beberapa buah filem dengan watak kecil seperti filem I Robot.{5}
Shia LaBeouf adalah seorang berketurunan Yahudi.{6} Pandangannya berkaitan agama sedikit mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataannya bahawa religion never made sense to him, dia juga mendakwa bahawa dia mempunyai personal relationship with God that happens to work within the confines of Judaism. Apakah yang dimaksudkan sebagai Tuhan (God) oleh Shia? Adakah dia merujuk kepada Lucifer (Tuhan Cahaya)? Jika ya, ini menguatkan lagi teori kemungkinan Shia LaBeouf adalah pengamal Kabbalah sepertimana selebriti kelas A Hollywood yang lain, Ashton Kusher, Keira Knightley, Madonna dan Gwyneth Paltrow.{7} 
Selain Shia LaBeaouf, Michael Bay dan Rosie Huntington-Whiteley juga berdarah kacukan Yahudi. Maka tidak hairanlah sebelum ini dilaporkan bahawa Michael Bay pernah mendermakan sejumlah wang pada sebuah pertubuhan Yahudi bernama Bar Mitzvah. {8} Sementara, darah Yahudi dalam keturunan Rosie Huntington-Whiteley pula mengalir melalui moyangnya yang berketurunan Polish Jews. {9}

MESEJ TERSIRAT DALAM MV LINKINPARK IRIDESCENT

Bermula dengan single pertama bertajuk What Ive Done, New Divide, kini Linkin Park selaku official band untuk filem Transformers tampil dengan lagu berjudul Iridescent. Jika dibandingkan music video (mv) pertama, kedua dan ketiga, kita boleh lihat filem ini seolah-olah semakin ke arah kegelapan. Dalam mv Iridescent, kegelapan ini semakin tertonjol, mungkin juga kerana ini adalah filem terakhir siri Transformers, maka pengakhiran siri filem ini agak termasonic, sesuai dengan penantian 'mereka' dengan Perang Armageddon yang dinantikan.{8}
|Video dimulakan dengan paparan unsur all seeing eyes|
|...and another immediately after...|
|blinded peoples dan The Hidden Hand ; merujuk kepada majoriti pengduduk bumi
sekarang yang secara tidak sedar dikawal oleh The Hidden Hand dan golongan elit|
|salah satu daripada beberapa simbol all seeing eyes dan piramid|
|...lagi piramid dan sebelah kiri kelihatan blinded people's yang merujuk
kepada majoriti populasi penduduk bumi|
|seseorang yang sedang menantikan sesuatu - diatas kelihatan
seperti mahkota ; adakah ia merujuk kepada penantian Messiah (Dajjal) mereka yang menanti untuk ditabalkan sebagai Raja setelah Haikal Sulaiman berjaya dibina?|
|tiang Masonic (Jachin dan Boaz)?|
|The Last Supper - Notice how Mike Shinoda is in the centre, where
Jesus is supposed to be...|
|Alas, Mike with one eyes meaning he is representing Lucifer instead of Jesus|
|The snake which Mike holds throughout the video. We all know what the symbolizes|
|Winged dics - juga terdapat dalam filem pertama Harry Potter|
|...lagi konsep all seeing eyes digunakan oleh pengarah MV|
|Mike (or Lucifer) on his throne with horns, snake and illuminati pyramid|
|Di bawah piramid (dibaca ; simbol Illuminati) kelihatan seorang lelaki
(kemungkinan merujuk-Lucifer) mengawal manusia|
|...dan tentunya, lagi simbol all seeing eyes ditampilkan sebagai penutup MV|

Berikut adalah petikan lirik Iridescent :
"And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms"

PROPAGANDA ONE WORLD GOVERNMENT

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati. Illuminati jugalah yang memperkenalkan konsep New World Order (NWO). Perbezaannya diantara OWG dan NWO dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.

Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit. Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States. The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order. Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government. Justeru, tidak hairanlah jika filem Transformers Dark of the Moon ini bercampur baur dengan pelbagai konsep Illuminati.

Dalam filem ini, Amerika Syarikat digambarkan mempunyai kuasa terhadap dunia. Bebas kemana sahaja lokasi di dunia untuk melindungi penduduk bumi. Buktinya, apabila unit khas yang diketuai oleh Lennox (Josh Duhamel) menjalankan misi di loji nuklear Iran serta Ukraine selain China dan Mesir dalam siri kedua sebelum ini. Michael Bay dan penulis skrip, Ehren Kruger juga menggambarkan Amerika Syarikat seolah-olah mempunyai kuasa dalam pembuatan keputusan ketika cuba mengusir Autobot dari planet Bumi. Gambaran kepimpinan Amerika Syarikat terhadap semua negara di dunia amat jelas dipaparkan ketika filem Transformers siri kedua. Dunia umpama dibawah pentadbiran 'satu entiti'.
|Amerika Syarikat - pembuat keputusan terhadap soal keselamatan dunia|
|Cubaan mengukuhkan kepercayaan terhadap program Apollo yang
sebelum ini dikatakan satu penipuan terancang oleh Amerika|

MISTERI NAMA 'PHI BETA KAPPA'

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1776. Phi Beta Kappa kurang dikenali kerana peranannya lebih kepada mempromosi agenda, mencari ahli dan mencari anugerah kehormat untuk ahli-ahlinya. Kelab yang ditubuhkan atas alasan akademik oleh pelajar-pelajar Kolej William and Mary ini tidak bergerak sebagai kelab konspirasi. Ia bukan suatu kelab yang bermesyuarat untuk merancang konspirasi seperti Bilderberg Group, Trilateral Group atau CFR. Ia lebih kepada tugas menaikkan martabat ahli-ahli Illuminati melalui gelaran-gelaran akademik tertinggi. Benazir Butto adalah salah seorang ahlinya.
Apa yang mencurigakan ialah, satu adegan dalam filem ini yang membabitkan watak Sam Witwicky dan Bruce Brazos. Ketika ditemubual oleh Bruce Brazos, Sam Witwicky mula merasai tekanan. Ketika itulah terlontar satu dialog yang menyebut perkataan "Phi Beta Kappa". Adakah penulis sengaja memasukan nama pertubuhan ini - tanpa sebab? Besar kemungkinan juga penulis telah memasukan nama pertubuhan ini sebagai penghormatan kepada salah seorang daripada barisan penerbit yang terlibat dalam filem ini. Apa tidaknya, pelabur-pelabur dalam filem ini sememangnya ramai berketurunan Yahudi. 

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, siri filem Transformers ini sememangnya mempunyai banyak mesej separa sedar. Nampaknya seperti, individu belakang tabir filem Transformers kini semakin menampakkan taringnya.

Wednesday, August 29, 2012

Sindiran untuk Zebra !





Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah yang meloyakan. Tidak hairan dengan sikap anti Islamnya. 
Pihak Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam. Pejuangmelaka tidak menafikan hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya. Tetapi dalam konteks Malaysia, pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu di Pulau Pinang. Benar, ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Pejuangmelaka ucapkan terima kasih usaha golongan Kristian membantu. Bantuan tersebut janganlah ada udang di sebalik batu.
Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga negara Islam yang lain. Agama Islam dilindungi perlembagaan. Walaupun umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekehkan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.
Di Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi lakukan dengan ikhlas.
Mengikut kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan, wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian ini, hati mereka mudah terpaut. “Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka” (Zahir Zainudin,1.7.2007).
Maka tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam, kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian barat. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan. Bagaimana dengan kita?
Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada yang menghemburkan kata-kata, “tak kerja lainkah selain meminta sedekah”? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.
Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan missionari Kristian
Kita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.  
Sepanjang kajian , dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’ dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu masih mencari jawapan?
Pejuangmelaka bersetuju dengan saranan  Shaharul Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi “tuan” di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang sama.
Pejuangmelaka ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini.  Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Jangan sampai ada orang mencemuh “nama saja Islam, tetapi cara menguruskannya langsung tidak Islamik”. Kadangkala saya merasa malu apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.
Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.
Pejuangmelaka- Yang Baik jadikan tauladan , yang buruk jadikan SEMPADAN !

Tuesday, August 28, 2012

Siapa lebih "RACIST" ?

Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahasa rasmi yang lain

Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.


Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.


Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :


1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.
Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya


2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.


3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.


Seorang ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young ter**rist trainees"



4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).


Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.


Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994



Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini. Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita. 

pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!

Sunday, August 26, 2012

Rahsia Serangan Tangan Dajjal (hidden hand)

Bencana Serangan Liberalis, Mampukah Malaysia Bertahan?



Tangan Dajjal (hidden hand)

Apa tanggung jawab anda dalam menghalang "FITNAH" ini dari menghancurkan ummah? Ia tak ubah sebagai salah satu FITNAH DAJJAL yang sedang menular dengan rakusnya sehingga para ulama pun kehilangan cara untuk menahannya.
Kita perhatikan, apabila ia dikatakan sebagai "Fitnah Dajjal" maka ada diantara kita akan segera menafikannya. Sebab apa mereka nafikannya? Sebab ia tidak menguntungkan mereka barangkali. Atau mereka sudah pun terhasut dan sedang berada dibawah naungannya. 
Malapetaka ini tidak mempamirkan bahangnya sebagaimana gunung berapi. Ia tersembunyi secara rahsia di sebalik agenda lain. Wayang dipertontonkan bagi menghalang agar kewujudannya tidak terzahir secara nyata kepada masyarakat. Malangnya ada ulama yang berpengaruh telah tahu mengenainya tetapi sengaja mendiamkan diri demi cita-cita tersembunyi. Sesuatu yang amat mengecewakan. Di sinilah terselindungnya ujian maha dahsyat ini. Memaut dan mengheret banyak jiwa yang tidak berdosa untuk ikut bersubahat.
"Dajjal memiliki gunung roti ketika manusia sedang kelaparan". Mungkin ada yang dapat memahami makna tersirat ini. Akibat gagal dalam ujian ini, akan tenggelamlah mereka dalam kekufuran. Mungkin kita masih dapat bertahan, bagaimana dengan anak dan cucu kita nanti?
Suatu hari nanti mungkin dalam masa terdekat, agenda mereka akan dihalalkan. Ia bakal diangkat sebagai "kebebasan sejagat" apabila pendokongnya mempunyai kuasa. Pada waktu itu, penularannya sudah pasti tidak dapat dibendung lagi. Nasi sudah bercampur najis, jika ia setakat menjadi bubur masih lagi dapat kita jamah walaupun tak sesedap nasi.

 

LIBERAL, LIBERALIS, ISLAM LIBERAL dan LIBERALISMA DI MALAYSIA

Golongan ini semakin menonjolkan diri semenjak peristiwa 11 September 2001, ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan “moderate muslim”, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Siapakah mereka?

Mereka ialah pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme sebagai pegangan mereka.

Umat ini memang ditimpa pelbagai masalah dan musibah, tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan mengimport ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah ataupun menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam. Bahkan mereka menjadikan Islam semata-mata sebagai “cosmetic make-up” bagi mengaburi mata umat, sedangkan di sebaliknya mereka membawa satu agenda Kristianisasi yang sangat halus. Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.

Saya tidak ingin merungkai panjang sejarah asal liberalisme, tetapi kita perlu mengetahui bahawa liberalisme adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan. Liberalisme ialah ideologi yang lebih “advance” iaitu manusia mempunyai kebebasan mutlak dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan meletakkan neraca akal dan logik melebihi segala-galanya termasuk neraca wahyu. Kebanyakan penganut Islam Liberal menggelarkan diri mereka sebagai reformis dan golongan ‘renaissance’ yang kononnya membawa perubahan pada masyarakat, padahal mereka hanya meruntuhkan sesuatu yang sudah kukuh tanpa membina sesuatu yang baru. Secara ringkasnya mereka hanya ada kemahiran meruntuhkan tanpa kemahiran membina.

Jika kita menyingkap kembali isu-isu yang berlaku di sekitar tahun 2012 di Malaysia, daripada isu murtad dan kristianisasi hinggalah isu kemasukan tokoh liberal ke negara ini, dapat kita lihat corak dan strategi mereka yang akan menangguk di air yang keruh, berusaha mempamerkan diri mereka sebagai penyelamat dan penyelesai masalah bahkan menggambarkan pihak berautoriti agama sebagai pihak yang bersalah. Antaranya dalam isu LGBT, Erykah Badu, Hamzah Kashgari, Irshad Manji dan isu terbaru berkenaan gerakan Syiah di Malaysia.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”, dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. 
Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. Kebebasan bersuara melebihi sempadan syara’ bukanlah suatu yang bersifat moderat bahkan ekstrim dalam bersuara, sehingga ke tahap menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati mengikut nafsu mereka. 
Neraca mereka bukanlah Al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas lagi, tetapi ‘sunnah’ Human Right Watch dan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948). Bahkan sewenang-wenangnya berijtihad menggunakan dalil-dalil syaral dengan menggunakan logik akal tanpa berpandukan kaedah-kaedah syarak yang betul dan syarat-syarat yang telah ditentukan.


Siapa di sebalik mereka?

Jika dilakukan sedikit kajian, di sebalik golongan Islam Liberal ini terdapat pemikir-pemikir barat seperti Cheryl Benard, Benard Lewis, Richard Nixon dan beberapa orang lagi yang sebahagian besarnya terlibat dalam penafsiran Islam Liberal. 
Usaha pembiayaan golongan liberal ini juga berjalan secara terancang bagi mengangkat golongan ini di mata dunia. Setelah Barat memecahkan umat Islam kepada kelompok ‘fundamentalist’ dan ‘moderate’ mengikut tafsiran mereka sebelum ini, mereka cuba mencipta pecahan kelompok Islam yang baru iaitu Islam Liberal dengan menggunakan nama Moderate Islam, yang mana diangkat sebagai Islam yang dikatakan sederhana dan melabelkan golongan fundamentalist sebagai golongan yang ekstrim dan radikal.
Mengikut laporan tahunan 2010 oleh National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED (Amerika Syarikat), antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM. 
Pembentukan golongan moderat ini bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang di negara Islam seperti yang dicita-citakan oleh Barat, mengikut acuan mereka.

Umat Islam perlu melihat permasalahan ini dari sudut pandangan yang lebih luas dan dalam, tanpa terperangkap dalam kotak pemikiran yang sempit termasuk melalui perspektif politik kepartian. Kita perlu sedari bahawa peperangan sekarang ialah peperangan arus globalisasi, antara Arus Globalisasi Barat dan Arus Globalisasi (‘Alamiyah) Islam. Arus mereka berpadu dan bersepakat dalam mengikis jati diri umat Islam termasuklah umat Islam Melayu di Malaysia. 
Penting bagi pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat untuk menilai apakah aulawiyat (keutamaan) semasa, dalam menjaga kepentingan orang Melayu selaku majoriti umat Islam di negara ini. Kesepakatan tanpa kompromi amatlah perlu dalam membendung ideologi-ideologi ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia atas usaha beliau meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang.

Rujukan :
Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 2), http://www.ismaweb.net/v4/2012/06/demokrasi-liberal-strategi-penjajahan-baru-barat-di-dunia-islam-siri-2/
Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, Edisi Kedua.(2009). Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.


Oleh: Muslim Bin Abdullah Zaik

Perkara ini juga pernah dibincangkan oleh akhbar PAS, Harakah. Semoga semua umat Islam sekata menghalang perkembangan tidak sihat ini dari menghancurkan dunia Islam. PAS tahu PKR menjadi penaja pergerakan berkaitan Islam Liberal dan Liberalisma, namun terpaksa memendam rasa demi kepentingan politik dan mengelak kontroversi.

Masih belum jelas apa pandangan rasmi pemimpin PAS mengenai isu ini. Belum ada sanggahan hebat dari mereka terhadap penglibatan PKR secara langsung dalam menjayakan program LGBT, Pluralisma dan Islam Liberal ini. Semoga pemimpin akan lebih terbuka dalam usaha menghalang berleluasanya pengaruh Islam Liberal di Malaysia.

Kita harus sedar semuanya akibat kealpaan kita melihat perkara ini dengan serius. Sebahagian besar dari umat Islam Malaysia berada dalam bahaya. Bermula dari terpengaruh dengan Wahhabi dan kini mula menyeberangi sempadan menyokong Islam Liberal pula.

Kerajaan perlu lebih bersungguh-sungguh menjaga agama Islam dari dicemari oleh anak buah Zionis ini. Apa yang kita harapkan mereka yang terlibat menjahanamkan agama mulia ini disiasat dan dihukum. Oleh itu sangat penting bagi kita semua menyeru agar UMNO, PAS dan JATI bersatu dalam menangani ancaman mereka. Keikhlasan mereka akan dinilai oleh Allah swt.

:



Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

pejuangmelaka-Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.Bersatulah Bangsaku !!!

Saturday, August 25, 2012

Tolong Hormati SENSITIVITI RAKYAT MALAYSIA !!!

Isham Rais Kurang Ajar - Persenda Bendera Malaysia Dengan Lambang Lucah?




Inilah mentaliti  Tukar Tiub yang tidak menghormati semangat Merdeka dan menghina warna bendera Malaysia! Orang macam ini tak perlu dibiarkan. Manusia macam ini elok dibuang negara! Dulu dah duduk UK buat apa balik Malaysia?

Isham Rais ini memang dah macam tak ada agama. Tak kisahlah nak hentam pasal logo dan sebagainya namun dengan membuat logo berbentuk lucah dan dikaitkan dengan merdeka membuatkan  dia ini sudah tidak layak lagi memegang kad pengenalan Malaysia. Layaknya dia hidup di Somalia baru dia tahu erti penyesalan.

pejuangmelaka- Takkan nak diamkan diri selepas lambang dan warna Malaysia dihina sebegini rupa? Tanya diri,adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka? Orang Melayu kena bijak, kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 3.0. Bagaimana? Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.
Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 3.0 ? Adakah anda terbaca, DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 3.0 ? TIDAK.
Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah panas adalah kita, yang tolong tengok adalah mereka. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.Mereka akan berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saudara-saudaraku, ini tempat lepak orang Melayu. Lihat, masjid Kampung Baru ada dalam senarai. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa gunakan masjid? INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN. Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang? Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.
Sekali lagi... ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN. Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bukan di depan Berjaya Times Square? Why? Why my brothers?Jadi,
adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan? Cukup. Cukup kita dipergunakan. Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu. Bersih 3.0 didokong oleh orang kafir yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.
Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya. Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Thursday, August 16, 2012

Islam Melayu atau Melayu Islam ?




"Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam?"
Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.
Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit.
Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.
Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.
Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi.
Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.
Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.
Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.
Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.
Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.
Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.
Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.
Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).
Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?
Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?.
Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.
“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.
Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.
Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?
Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.
Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.
Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.
Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!.
Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.
Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.
Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.
Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.
Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.
Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.
Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.
Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.
Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?.
 Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

pejuangmelaka- Bukankah Islam mengatakan sesama Islam itu bersaudara ? Bersatulah Melayu !

Monday, August 13, 2012

Logo Hari Merdeka Dakyah Kristian ?

Rahsia simbol Kristian di logo merdeka Pakatan didedahkan !!









Tak sangka rupa-rupanya rahsia  simbol logo kemerdekaan Pakatan yang ke 55 iaitu burung merpati adalah simbol agama Kristian !

Adakah ia kebetulan atau memang  dirancang oleh pihak tertentu mahu simbol ini digunapakai ?

Renung-renungkan lah ...



Burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian.
Simbolisme burung merpati merah adalah berdasarkan tindakan “Christ redeemed Man with his blood”.

Lihat logo ciptaan Pakatan (atas) untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan — dilaporkan oleh Harakah
Banyak ayat al-Kitab (terutamanya buku-buku Gospel) yang merujuk kepada burung merpati.
Surah John 1:32
Ayat 32 John testified saying, “I have seen the Spirit descending as a dove out of heaven, and He remained upon Him. 33 “I did not recognize Him, but He who sent me to baptize in water said to me, ‘He upon whom you see the Spirit descending and remaining upon Him, this is the One who baptizes in the Holy Spirit.’ 34 “I myself have seen, and have testified that this is the Son of God.”

Sumber gambar: Christian Spirituality: The Place of the Holy Spirit in Christian Discipleship
16 As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. 17 And a voice from heaven said, “This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.”
10 Immediately coming up out of the water, He saw the heavens opening, andthe Spirit like a dove descending upon Him11 and a voice came out of the heavens: “You are My beloved Son, in You I am well-pleased.”
22 and the Holy Spirit descended upon Him in bodily form like a dove, and a voice came out of heaven, “You are My beloved Son, in You I am well-pleased.”
Lihat juga bentuk kelopak bunga raya yang terkandung dalam logo Pakatan. Bandingkan dengan nyalaan api dengan imajan burung merpati dan juga logoIgnite.
(Kemeja-T untuk sambutan Subang Rally – “Take Subang for Jesus” – juga menggunakan cogankata ‘Ignite for Christ’. Baca sini).
Hati merah suci merupakan satu lagi simbol penting dalam ikonografi Kristian.
Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.

Simbol Gereja

Burung merpati adalah lambang gereja.
Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak.

The Church:
 Dove as a symbol of the Church, the agent through which the Holy Spirit works on Earth.
Pentecost: Whitsunday, a feast of the universal Church which commemorates the Descent of the Holy Ghost upon the Apostles, 50 days after the Resurrection of Christ.
  • Saint Gregory is generally shown with a dove on his shoulder, symbolizing inspiration or rather Divine guidance.
Baptism: The dove symbol occurs frequently in connection with early representations of baptism.
In ancient times a dove-like vessel was frequently suspended over the baptismal fount.
Martyrdom: As a symbol of martyrdom it indicated the action of the Holy Spirit in bestowal of the fortitude necessary for the endurance of suffering.
Sumber: New Advent
Dove as a Christian symbol, rujuk http://www.jesuswalk.com/christian-symbols/dove.htm
Sudah berpuluh tahun negara kita menyambut Hari Merdeka. Cuba tengok logo tahun-tahun lepas (bawah).
Belum pernah ada logo hari kebangsaan yang serupa logo rekaan Pakatan berjiwa Kristian ini.
Simbolisme burung merpati terang-terang ikonografi Kristian dan asing daripada budaya tempatan kita.
pejuangmelaka-Tolong jaga sensiviti agama Islam !