Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah yang meloyakan. Tidak hairan dengan sikap anti Islamnya.
Pihak
Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam. Pejuangmelaka tidak menafikan hak
Kristian untuk mendakyahkan agamanya. Tetapi dalam konteks Malaysia,
pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu
di Pulau Pinang. Benar, ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh
umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Pejuangmelaka ucapkan terima kasih
usaha golongan Kristian membantu. Bantuan tersebut janganlah ada udang
di sebalik batu.
Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga
negara Islam yang lain. Agama Islam dilindungi perlembagaan. Walaupun
umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil
membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekehkan agama Islam
atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO
Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada
sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum
memberikan bantuan.
Di
Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat
Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku
tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan
memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi
lakukan dengan ikhlas.
Mengikut
kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak
arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat
Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika
seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan,
wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian ini,
hati mereka mudah terpaut. “Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika
kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka”
(Zahir Zainudin,1.7.2007).
Maka
tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam,
kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari
Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif
berdakyah, mengalah misionari Kristian barat. Mereka mempunyai kekuatan
ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka
mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat
komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan.
Bagaimana dengan kita?
Kadangkala,
kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang
bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi
taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila
sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada
yang menghemburkan kata-kata, “tak kerja lainkah selain meminta
sedekah”? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.
Kita
sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh
Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang
kepada kita. Di sini kelebihan missionari Kristian
Kita
seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok
wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk
menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa
dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.
Sepanjang
kajian , dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun
mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu
atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’
dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji
mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu masih
mencari jawapan?
Pejuangmelaka bersetuju dengan saranan Shaharul
Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang
amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi “tuan” di pejabat
dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat.
Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai
puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke
manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam
satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam
tempoh yang sama.
Pejuangmelaka ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun
zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat
mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta
ini. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang
lain. Jangan sampai ada orang mencemuh “nama saja Islam, tetapi cara
menguruskannya langsung tidak Islamik”. Kadangkala saya merasa malu
apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.
Saranan
saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima
zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari
mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah
mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku.
Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.
Pejuangmelaka- Yang Baik jadikan tauladan , yang buruk jadikan SEMPADAN !
No comments:
Post a Comment