Showing posts with label Konspirasi. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Kajian hadis - Siapakah Imam Mahdi?


Kajian hadis - Siapakah Imam Mahdi?

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali.
|sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382|

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith mengenai Al-Mahdi:

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) .
|Hadtih riwayat Muslim.|

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam.
|Hadith riwayat Imam Ahmad.|

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
|Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.|

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.
|Hadith riwayat At-Tabarani.|

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu".
|Hadith riwayat Na'im bin Hammad|

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah".
|Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim|

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.”
|Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah|

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).
|Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi|

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak |sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79|

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. |sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382|

Kenali Wali Agung- Tok Ku Pulau Manis


Kenali Wali Agung- Tok Ku Pulau Manis



Di akhir zaman ini kita lebih cenderung untuk memuja dan mengkagumi artis-artis, pelakon-pelakon malahan menyanjung mereka yang menentang hukum Allah s.w.t (tamra). Jika ditanya kepada anak muda remaja, lagu apakah yang sedang 'HOT' sekarang pasti mereka dapat bagitahu lagu apa dan dapat menyanyikannya dengan lancar. Tetapi jika ditanya ayat-ayat suci Al-Quran berapa keratkah yang lancar dan megghafalnya? Dan pernahkah kita mengambil masa sejenak untuk menghayati firman Allah? Renungkan kembali saudaraku.

Lupakah kita tentang para Waliallah yang telah berjuang di jalan Allah untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini? Untuk meneruskan kesinambungan Rasullulah s.a.w menegakkan kalimah agung di bumi Allah ini. Sesungguhnya merekalah pewaris nabi selepas kewafatan Rasullulah s.a.w. Saya mengajak anda semua untuk mengenali dan kembali menyelusuri perjuangan waliallah ini. Semoga semangat perjuangan mereka terdahulu kita dapat teruskan di akhir zaman ini, Insya Allah.

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat.


Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Shaikh Abdul Malik bin Abdullah. Shaikh Abdul Malik adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Empayar Suci Temir.

Empayar Suci Islam Temir, khilafah Islam di Nusantara yang telah di'gelap'kan.

Pada tahun 1650, Shaikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

Kehidupan Shaikh Abdul Malik di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari Sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan.


Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.

Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Shaikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.

Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaicah oleh Shaikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Mekasar, Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Shaikh Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya.

Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Shaikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Shaikh cAbdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.

Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syarif Abdul Malik kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Shaikh Abdul Malik telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir.

Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Shaikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.


Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu.

Setelah ayahandanya mangkat, Shaikh Abdul Malik telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.

Setelah itu, Shaikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Shaikh Abdul Malik. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Shaikh Abdul Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.


Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaicah dan membimbing suluk para muridnya.

Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.

Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal cAbidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu ’bereluk’ di sekelilingnya.

Sumber:
Manaqib Syeikh Abdul Malik Abdullah (Tokku Pulau Manis) oleh Syeikh Ibrahim Mohamad



.....Al-Fatihah.....

Panji Hitam Milik Siapa?


Panji Hitam Milik Siapa? Bhg.2

Wahai kaum Muslimin!Wahai pemuda dan pemudi Islam!!!

Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera Sebagai Syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam (Al Khilafah Islamiyah). Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Kerana itulah simbolnya Kesatuan ummat, itulah simbolnya kedaulatan, itulah simbolnya ketaatan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, “Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, “Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan nilai syurgaNya yang di impikan oleh setiap jiwa-jiwa yang tenang dan beriman.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur.

Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin! Wahai para mujahid, para satria, para singa, para pedang, para pemuda dan pemudi Islam!!!

Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan! Inilah benderanya 1.8 billion ummat islam di seluruh dunia! DAN INILAH BENDERANYA YANG AKAN KEMBALI MENTADBIR DUNIA!!!

InsyaAllah hanya faktor masa!!! Allahuakbar!!!

Kenali Wali Agung - Syarif Muhammad Al-Baghdadi


Kenali Wali Agung - Syarif Muhammad Al-Baghdadi


Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan
 Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.

Batu belah, dipercayai dibelah oleh Waliallah Syarif Muhammad al-Baghdadi dengan tangannya.
Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit. Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu dan ada juga yang menyatakan kerajaan Buddha), beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam Dinasti al-Kamil. Pemerintah kerajaan Pasai iaitu Sultan al-Malikul Salleh bersama dengan seorang wali Allah bernama Syeikh Ismail (makamnya di Pulau Besar, Melaka) dikatakan pernah menghadap seorang khalifah dari dinasti al-kamil pada tahun 1290. Kemungkinan besar Khalifah yang dimaksudkan olah Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram dan Pagar Ruyung. Seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan Kota Temir yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.


Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad, kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Makam Waliallah Tok Pauh (Syarif Abdullah Bin Syarif Qahar)

Di antara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut:
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.


Baginda dengan jelas telah meramalkan Islam akan bangkit di akhir zaman di bumi penentuan itu, negeri panji Hitam, Terengganu Darul Iman. Dari susur galur keturunannyalah yang akan menjadi pencetus kebangkitan akhir zaman nanti.

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

NWO Dan Sebuah Konspirasi Bahagian Ke-2


NWO Dan Sebuah Konspirasi Bahagian Ke-2

"New World Order". Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?

Dunia Milik Golongan Elit


Berdasarkan rujukan, ‘new world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

The Jason Society, Iluminati & Nuklear

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh (total). Mereka juga bermatlamat untuk mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal. Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat mereka ini dapat membuahkan hasil. Melalui symposium ini, satu kumpulan intelektual telah dibentuk, yang bertujuan untuk menganalisa perbincangan yang telah dibuat. Kumpulan ini dikenali sebagai The JASON Society, dimana pada dasarnya kumpulan ini terdiri daripada kelompok rahsia Illuminati ini. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Isreal`s Nuclear

Maka, apa yang dapat disimpulkan? Jika golongan ini adalah golongan yang mahu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dunia, kenapa perlunya ada penggunaan senjata nuklear? Kenapa perlunya mengurangkan populasi dunia semata-mata untuk mengawal seorang individu? Kita perlu juga mengetahui, bahawa matlamat mereka untuk mengawal pergerakan individu tidak mustahil, dengan izin Allah SWT dan penggunaan satelit.

Satelit komunikasi adalah proses dimana isyarat radio dipindahkan kepada satelit yang berada di luar bumi. Kemudian, isyarat tersebut akan di hantar ke stesen yang berada di atas muka bumi, ataupun ke satelit yang lain untuk pemindahan isyarat yang seterusnya. Komunikasi ini tidak melibatkan wayar, menara mahupun alatan yang lain, kerana yang perlu adalah alat untuk menghantar (transmitter) dan menerima(receiver).

Bandar Bawah Tanah dan Star Wars


Sekarang beralih pula kepada 2 usul lain yang telah diluluskan oleh The JASON Society. Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, usul mereka yang lain ialah membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber, sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika.

Tahukah anda mengapa mereka memilih untuk mendiami bahagian bawah tanah? Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan diri mereka, tatkala mereka berusaha untuk ‘mengurangkan' populasi dunia, dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin penyakit dan wabak kepada manusia. Wabak-wabak ini di kenali sebagai ‘penyakit biokejuruteraan' (bioengineered diseases) yang akan di bawa oleh ‘bioengineered pathogens'. Apakah maksudnya? Maksudnya, penyakit-penyakit ini memang telah dicipta dan direka pathogen. (Pathogen ialah organisma mikrokospik yang boleh menyebabkan penyakit. ‘Mikrokospik' membawa maksud sangat kecil, yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.)

Terdapat juga sebahagian pathogen yang memang dikhususkan untuk menghapuskan beberapa etnik yang wujud di muka bumi ini. Antara etnik sasaran mereka ialah orang kulit gelap (blacks), Hispanics (mereka yang berbangsa Spain atau negara yang menjadikan Spanish sebagai bahasa perantara), orang kulit gelap Africa (black Africans), penduduk asal Amerika (native Americans) dan golongan homoseksual.

Usul mereka yang lain ialah operasi ini perlu dilaksanakan di Bulan dan planet yang terdekat dengan bumi, iaitu Marikh. Hal ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu apabila mereka berusaha untuk mengurangkan pendudukan penduduk di Bumi, mereka akan mendapatkan perlindungan di dua tempat tersebut. Terasa seperti cerita sains fiksyen pula, kan? Adakah anda rasa cerita-cerita sains fiksyen seperti Star Wars dan lain-lain disajikan secara sahaja kepada anda? Kita mungkin merasa ianya tidak logik, kerana kita kurang membuat kajian seperti apa yang mereka sudah lakukan. Kita menerima cerita-cerita tersebut sebagai sebuah khayalan dan imaginasi serta hiburan. Sedarkah kita bahawa sebenarnya dalam usaha mereka menyajikan kita dengan kisah-kisah sains fiksyen ini, mereka juga berusaha untuk menjadikan imaginasi mereka ini sebagai satu kenyataan. Hal ini memang tidak mustahil apabila kita melihat kemajuan teknologi mereka yang lebih kehadapan.

NWO Dan Sebuah Konspirasi


 NWO Dan Sebuah Konspirasi

NWO membawa maksud New World Order atau dalam bahasa melayunya orde dunia baru. Istilah New World Order telah digunakan oleh banyak ahli politik sepanjang zaman, dan merupakan istilah umum yang digunakan untuk mengacu pada konspirasi global yang dilakukan oleh sebuah golongan yang sangat kuat dan berpengaruh, dimana didalamnya termasuk orang-orang terkaya didunia, pemimpin politik, perusahaan elit, serta anggota dari kelompok bernama Black Nobility of Europe (dominated by the British Crown) yang bertujuan untuk menjadikan dunia dengan satu pemerintahan yang bebas dari adanya kebangsaan dan daerah perbatasan. Jadi, ini bermakna New World Order bukanlah sesuatu perkara yang baru, tetapi satumisi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka sudah tercapai. Ianya merupakan antara perancangan The False Messiah untuk membuatkan manusia melupakan akhirat dan mengutamakan dunia "cintakan dunia dan lupakan akhirat". Perancangan ini telah dirancang semenjak beratus tahun dahulu di awal penubuhan Illuminati. NWO telah diistiharkan secara rasmi oleh ayah kepada Presiden G.W Bush iaitu H.W Bush pada tahun 9/11/1991.

Genap 10 tahun selepas pengistiharan itu, tanggal 9/11/2001 telah berlaku suatu peristiwa yang menggegarkan dunia, WTC diserang oleh pengganas Islam. Umat islam didakwa menjadi dalang utama dalam serangan tersebut.

Hakikatnya, serangan ke atas WTC telah dirancang oleh mereka. Mereka mengatur perancangan ini dengan licik terhadap serangan 9/11 dengan harapan pemikiran penduduk dunia dapat dikaburi dan menyokong kenyataan mereka, bahawa agama islam adalah agama pengganas. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai serangan 9/11, sila rujuk kembali pada kiriman saya yang lalu konspirasi 9/11. Dalam kita tidak sedari mereka juga telah memberi banyak petanda-petanda awal sebelum berlakunya tragedi 9/11, ensyaAllah topik yang menarik ini akan saya kupaskan ia di masa akan datang.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
|Qs 47. Muhammad: 7|

Penjajahan Minda Yang Terancang dan Perpaduan Palsu


 Penjajahan Minda Yang Terancang dan Perpaduan Palsu

A Fake unity! Inilah yang menjadi agenda utama golongan elite dan illuminiti, iaitu menanam dan menyuburkan doktrin penipuan pada minda separa sedar kita semenjak dari usia 3 tahun lagi untuk mempercayai perkara - perkara seperti ini agar rancangan penaklukan minda mereka berjaya sekali gus menjayakan New World Order. Beberapa perkara yang kita boleh lihat secara jelas dalam usaha penjajahan minda yang dilakukan oleh mereka adalah:


1.Kewujudan makhluk asing.

2.UFO mendarat di bumi.

3.Terdapat planet lain seperti Bumi di dalam sistem solar yang lain.

4.Ketamadunan makhluk asing yang menetap di planet lain.

5.Makhluk asing akan menyerang bumi bila-bila masa.

6.Penculikan makhluk asing dan melakukan eksperimen ke atas manusia.

7.Wujudnya kepelbagaian bangsa dan kaum makhluk asing.

8.Mewujudkan kepelbagaian teknologi makhluk asing dari primirif seperti dalam filem Alien hinggalah kepada yang maju (filem Predator).

9.Penyakit-penyakit berjangkit "outbreak" yang melibatkan virus pintar.

Semua ini melibatkan ’subliminal program/message’ yang ditanam di dalam minda separa sedar (sub-concious mind) Seperti yang kita ketahui perkara-perkara yang tersenarai di atas tidak wujud. Ini di perkukuhkan dengan petikan-petikan surah dari Al – Quran:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
|Qs 3. Ali Imran: 110|

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
|Qs 51. Az-Zariyat: 56|

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|Qs 35 Fatir: 1|

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai perkara subliminal massege ini dengan lebih lanjut anda dicadangkan untuk melakukan pencarian di laman youtube. Terdapat banyak subliminal message di dalam kehidupan seharian kita. Antara kita sedar atau tidak, ia didatangkan Melalui filem, iklan dan lagu. Paling menarik bagi saya ialah melalui lagu dan liriknya. Saya ambil Contoh sebuah lagu, stairways to heaven. Jika dimainkan lagu itu secara terbalik maka akan diperdengarkan sebuah lagu lain iaitu Lagu penyembahan syaitan. Dora the explorer, spongebob dan banyak lagi.

Concious & Sub-Concious Mind

Mengikut fakta Dalam kehidupan seharian, manusia menggunakan tidak sampai 5% sahaja dari keupayaan sebenar minda subconcious (separa sedar) ini. Segala perkerjaan seperti membaca, mengira, melakukan kerja yang mengeluarkan peluh dan sebagainya merupakan kawalan minda sedar (concious mind). Minda subconcious merupakan satu "tempat penyimpanan" dan juga alat "perakam" kehidupan. Seperti contoh, apabila anda melihat rancangan di peti televisyen, tanpa anda sedari akan keluar satu imej statik yang muncul dalam 1/10 saat dalam skrin dan hilang. Anda tidak akan sedar kewujudan imej tersebut dan seolah-olah, rancangan televisyen yang anda saksikan pada mulanya nampak seperti biasa. Sebenarnya, minda subconcious anda saja yang sedar akan perkara ini dan ianya sedang "diprogramkan".

Adalah diketahui bahawa pakar pemasaran produk jualan dan ahli perniagaan menggunakan pendekatan ini bagi "memasukkan" input kewujudan produk mereka di dalam minda pelanggan. Tekniknya ialah memberi saranan lebih dari enam kali. Apabila lebih dari enam kali, minda subconcious akan ‘merakam’ walaupun minda concious menolak produk tersebut. Tidak kira untuk apa jenis jenama produk sekali pun. Teknik yang sama boleh juga digunakan (bagi tujuan baik) untuk menjadikan anak sendiri seorang yang rajin iaitu bercakap padanya sewaktu dia sedang tidur dgn perkataan "Rajin" berkali-kali, maka rajinlah anak tersebut kerana subconcious manusia berfungsi 100% sewaktu sedang tidur (kata-kata ialah satu Doa).

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
|Qs 18. Al Kahf: 7|

Apakah tujuan semua ini?
Manusia bersatu di bawah payung Amerika Syarikat. Sebaik saja mereka melancarkan projek Blue Beam iaitu melibatkan penggunaan hologram yang nampak begitu ‘real’.

mewujudkan sebuah ‘kuasa luar’ seperti makhluk asing. Apabila mereka muncul, manusia pasti akan bergabung di bawah satu bumbung yang dikelola oleh Dajjal. Dengan cara inilah Dajjal boleh mengukuhkan kedudukannya. Semua ini digelar "False Conciousness"

Dajjal berkehendakkan One World Government, One World Religion, One World Ruler. Caranya? Dengan menggunakan pendekatan projek Blue Beam, di mana apabila manusia dalam ketakutan(illusi optik menipu deria mata), Dengan pengaruh dari filem minda kita akan menyatakan bahawa Amerika ialah penyelamat. Ini telah diterapkan di dalam minda masyarakat sejak dari kecil lagi, maka Dajjal akan datang dengan angkatan tenteranya sebagai ‘Penyelamat’ walhal ia merupakan penyelamat palsu. Bagi mereka yang tidak sedar akan perkara ini atau yang lemah jiwanya maka mereka akan menyahut pertolongan dan mengikut dajjal. Peristiwa 2012, planet Nibiru dan sebagainya merupakan "susunan initial event" kepada projek Blue Beam.

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
|Qs 16 Al-Nahl: 79|

Konspirasi Dunia - The Millennial Temple


Konspirasi Dunia - The Millennial Temple

Posting kali ini berkisar mengenai rancangan jahat yahudi untuk membina Millennial Temple di tapak masjid Al-Aqsa.

Ini adalah Milennial Temple (atau Temple Mount) yang telah dirancang pembinaannya di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Rekabentuk dan senibina Millennial Temple ini telah dirancang bertahun-tahun dan terdapat jurupelan yang mengkaji senibina kuil-kuil Yahudi terdahulu seperti Ezekiel Temple dan Solomon Temple untuk menghasilkan senibina Milennial Temple ini selama 30 tahun.

Tample Of Solomon

Ezekiel Templen

Untuk merealisasikan pembinaan Milennial Temple ni, pihak Jesuit dengan kerjasama 'The Masonic's Papacy' di bawah kawalan Freemasonry dan pemerhatian Zionis Antarabangsa menjalankan plan yang digelar'Roadmap War' di mana mereka ingin membersihkan tapak itu dari kewujudan Masjid Al-Aqsa dan di antara perancangannya yang telah atau akan dilaksanakan ialah:

1. Menjauhkan orang Islam dari Masjid Al-Aqsa supaya melupakan masjid itu atau berasa tidak ada kena mengena dgn masjid itu dengan menyebarkan di media-media atau gambar-gambar Masjid Al-Sakhrah (Dome of The Rock-berkubah emas) sebagai Masjid Al-Aqsa yang sebenar sedangkan Masjid Al-Aqsa berkubah hijau dan terletak lebih krang 91.44 meter dari Dome of The Rock.

Dome Of Rock

Al-Aqsa

2. Menjalankan propaganda Islam sebagai punca keganasan dunia dan melancarkan perang salib ke atas keganasan (sebenarnya ke atas Islam). Jadi Islam dikambinghitamkan-rujuk 911!

3. Merekrutkan sebahagian orang Islam sebagai Masonik (selalunya orang-orang yang berpengaruh, para pemimpin dan ahli perniagaan)

Kemudian apabila Milennial Temple siap, mereka akan menabalkan 'The Black Pope' untuk menjadi Raja Satu Kerajaan Dunia (One World Government) yang menjalankan Order Baru Dunia (New World Order) selain menjaga keturunan Yahudi sbagai bangsa pilihan Tuhan.

Ini adalah perancangan Jesuit,Nasrani dan Freemasonry/Zionis Yahudi untk menghancurkan musuh mereka sepanjang zaman,Islam.

Antara binaan-binaan yang mengambil The Millennial Temple sebagai rujukan:

KLCC!- The Gate!