Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

DAP pemangkin Sejarah Singapura..





Apakah Misi dan Visi DAP ? Bersatu dengan Parti Melayu untuk mencapai hasrat untuk menawan PUTRAJAYA.



Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.
Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.
Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.
Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.
Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?
Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.
Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.
Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.


Selepas itu apa yang terjadi kepada melayu singapura?

Apa jadi pada bahasa kebangsaan mereka?

Apakah melayu singapura punya hak bersuara?

Apa jadi pada Islam di Singapura?

Sejarah DAP pernah Keris rencanakan di SINI dan apa yang terjadi kepada melayu Singapura di SINI.
Mahukah kita?

Hak keistimewaan Melayu mengikut Artikel/Perkara 153 dihapuskan?

Sistem demokrasi dihapuskan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik?

Kuasa Raja-Raja Melayu diketepikan?

Agama Islam dan Bahasa Melayu dicemar?

Melayu ditindas seperti di Pulau Pinang?

Jika pada tahun 1965 Lee Kuan Yew pakai songkok, 2011 DAP pergi lebih jauh, iaitu bonekakan kesemua Lebai PAS dan membuat mereka tunduk kepada arahan DAP. 


Kemanakah hanyutnya nasib melayu jika PR memerintah?..






Lihat juga apa KedahKeKL marah pasal gambar diatas di SINI.


Sekadar renungan untuk anak bangsa. 
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 54.. Salam Perjuangan


Sunday, August 21, 2011

SPR bersetuju menemui BERSIH 2.0





Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menemui BERSIH 2.0 bagi membincangkan tiga isu baru berkaitan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara tetapi menegaskan tidak akan sekali-kali tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengugut atau mencabarnya bagi melakukan reformasi pilihan raya.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada BERSIH mengenai pertemuan itu dan ia akan diadakan apabila suruhanjaya bersedia, namun persetujuan itu tidak bermakna SPR menerima pakai segala cadangan.BERSIH mahu membincangkan tiga perkara baru berkaitan reformasi pilihan raya tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kerana tidak adil kepada mereka. Kita sudah terima surat daripada BERSIH dan akan tetapkan tarikh sesuai.Malah SPR sedia berjumpa sesiapa saja yang mahu memberi cadangan atau pandangan untuk menambah baik amalan demokrasi dan sistem pilihan raya tetapi mesti bersikap telus lagi terbuka selain memahami kuasa serta kekangan suruhanjaya.

Bukan senang menguruskan 12.4 juta pengundi dan saya akui kesilapan memang boleh berlaku tetapi janganlah terus menghentam SPR saja, sebaliknya kerjasama dengan kita untuk bersihkan daftar pemilih, katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), di sini semalam.

Hadir sama pada mesyuarat lebih dua jam itu Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan delegasi empat anggota daripada PROGAM, diketuai Tan Sri Ramon Navaratnam. Tiga lagi anggotanya, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof Datuk Hamdan Adnan; Datuk N Siva Subramaniam dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Abdul Aziz berkata, hasil perbincangan dengan PROHAM akan dibawa kepada panel SPR bagi mempertimbangkan sama ada apa yang disyorkan itu boleh dijadikan sebahagian daripada undang-undang atau diterima pakai sebagai dasar baru.
Antara isu dibincangkan, katanya, adalah kebebasan SPR, pemantauan pilihan raya menggunakan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal, kemungkinan memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik, pembabitan badan bebas memantau operasi SPR, tempoh kempen lebih munasabah dan kekangan terhadap SPR dari segi kewangan serta kakitangan.

PROHAM adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama menemui SPR selepas perhimpunan haram anjuran BERSIH pada 9 Julai lalu, turut menyerahkan memorandum bertajuk Hak Asasi Manusia dan Reformasi Pilihan Raya meliputi hasil perbincangan sebuah forum umum dianjurkannya bulan lalu.

Mengenai teguran dan kritikan pelbagai pihak terhadap SPR untuk membersihkan daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan media, Abdul Aziz, berkata orang ramai perlu mengetahui hakikat sebenar sebelum terburu-buru mengemukakan pendapat.

Pembersihan daftar pemilih dilakukan setiap hari berdasarkan maklumat harian rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (ALIS) antara kedua badan ini. Memang ada kesilapan dalam daftar pemilih tapi jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus daripada 12.4 juta pengundi berdaftar, katanya.

Sumber : Sini

P/S - Muafakat membawa berkat…