Showing posts with label gereja. Show all posts
Showing posts with label gereja. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

DAP pemangkin Sejarah Singapura..





Apakah Misi dan Visi DAP ? Bersatu dengan Parti Melayu untuk mencapai hasrat untuk menawan PUTRAJAYA.



Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.
Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.
Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.
Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.
Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?
Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.
Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.
Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.


Selepas itu apa yang terjadi kepada melayu singapura?

Apa jadi pada bahasa kebangsaan mereka?

Apakah melayu singapura punya hak bersuara?

Apa jadi pada Islam di Singapura?

Sejarah DAP pernah Keris rencanakan di SINI dan apa yang terjadi kepada melayu Singapura di SINI.
Mahukah kita?

Hak keistimewaan Melayu mengikut Artikel/Perkara 153 dihapuskan?

Sistem demokrasi dihapuskan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik?

Kuasa Raja-Raja Melayu diketepikan?

Agama Islam dan Bahasa Melayu dicemar?

Melayu ditindas seperti di Pulau Pinang?

Jika pada tahun 1965 Lee Kuan Yew pakai songkok, 2011 DAP pergi lebih jauh, iaitu bonekakan kesemua Lebai PAS dan membuat mereka tunduk kepada arahan DAP. 


Kemanakah hanyutnya nasib melayu jika PR memerintah?..






Lihat juga apa KedahKeKL marah pasal gambar diatas di SINI.


Sekadar renungan untuk anak bangsa. 
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 54.. Salam Perjuangan


Wednesday, August 17, 2011

Tangan-tangan Ghaib JAIS-GDMU

Tangan-tangan konpirator dalam isu JAIS-GMDU


Sepanjang isu tindakan JAIS terhadap satu majlis makan malam di sebuah gereja di Damansara yang turut disertai 12 penganut Islam, Skrewkuat telah membuat beberapa pendedahkan yang sensasi tetapi ramai agak terlepas pandang liputannya mengenai tangan-tangan dalang yang menyokong mereka.

Antara nama-nama awal didedahkan ialah bersama tentang usaha Dato' Seri Wong Chun Hai, Ketua Editor The Star yang telah menghubungi Dr. Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bagi menghulurkan 'bantuan' untuk 'spin' isu tersebut dalam akhbar The Star.

Menurut Skrewkuat, mereka merancang supaya pihak gereja 'menafikan' terlibat sepenuhnya isu 'mengkristiankan' umat Islam tetapi hanya besarkan kerja amal membantu semua rakyat tanpa mengira agama. Dengan ini, tindakan JAIS menyerbu gereja adalah melampaui batas.

Dr. Herman mengikut dan mnyuarakan penjelaskan bahawa pihak gereja telah mengadakan mesyuarat dan sekiranya semua setuju mereka akan mengeluarkan kenyataan yang pihak polis terutamanya JAIS tidak boleh memasuki rumah ibadat tanpa kebenaran dan tindakan mereka menyerbu tanpa waran adalah salah sama sekali.

Kenyataan ini perlu dibuat bagi "menyembunyikan aktiviti" yang telah lama mereka lakukan di Selangor dan di seluruh negara.

Wong Chun Hai dalam pada itu ada berbincang dengan Pastor Daniel Ho dan mencadangkan supaya menampilkan kesemua orang Islam yang hadir dalam majlis yang diserbu JAIS untuk menyatakan kepada umum bahawa mereka sebenarnya hadir sebagai tetamu dalam majlis makan malam yang dianjurkan Gereja Damansara Utama. Mereka perlu menafikan ada upacara 'mengkristiankan' orang Islam diadakan.

Wong Chun Hai mahu mengelakkan 'aktiviti' sebenar mereka terbongkar dan masyarakat Islam yang selama ini 'tidur' lena dan bergaduh sesama sendiri bangkit dan bersatu.

Dr. Herman ada mengatakan bahawa semua gereja di Malaysia menjalankan aktiviti dakwah yang sama dan ianya merupakan aktiviti yang 'besar'. Turut dijadikan sasaran ialah orang Melayu beragama Islam yang terabai, miskin, jauh dari Islam. Dakwah mereka cukup teratur dan tertutup tanpa pengetahuan umum terutamanya majlis-majlis makan malam dan kebajikan.

Nampaknya semua pihak sekarang sedang bertungkus lumus menutup dan membongkar apa yang selama ini dilakukan oleh pihak gereja dan elemen-elemen NGO yang selama ini mengugut dan menjerat leher pemimpin Melayu Islam yang gila kuasa untuk 'mengkristiankan' seberapa ramai umat Melayu Islam.

Dari penggunaan kalimah Allah di dalam Injil hingga isu IFC nampaknya mereka bersatu dengan mengugut 'undi' semasa pilihan raya akan datang. Murahnya akidah dan maruah Melayu Islam yang gila kuasa yang begitu obses mendapatkan undi puak-puak yang mahukan peha pula dari orang Melayu.

Kita tidak juga boleh menyalahkan golongan yang cuba mengkristiankan Melayu Islam ini semata-mata kerana kita sendiri lemah, bergaduh kerana merebut kuasa politik, kafir mengkafir, membuka pekung sesama sendiri dan macam-macam lagi.

Selain itu, Skrewkuat turut mendedahkan campurtangan banyak 'tangan' yang selama ini berselindung di sebalik macam-macam kebebasan di Malaysia. Semuanya nak bebas, bersuara, berhimpun, media sampaikan bebas tukar agama. Cubaan campurtangan beberapa individu dalam isu ini yang menunjukkan mereka mula bersatu untuk tangani isu ini.


Brendan Pereira, bekas Ketua Penyunting NST ini tidak senang dengan kenyataan Hassan Ali berhubung perkara ini dengan alasan ianya tidak baik buat PAS yang merupakan minoriti dalam Kerajaan Negeri Selangor. Dia menganggap Hassan Ali banyak 'menimbulkan masalah' di Selangor terutama dalam hal-hal melibatkan perlaksanaan undang-undang Islam. Terdapat Melayu-Melayu PKR dan PAS yang setuju dengan pandangan Brendan Pereira ini.

Dia yang mencadang dan mengarahkan Khalid 'Gereja' Samad yang berjawatan lebih tinggi dalam PAS Selangor dari Hassan Ali supaya mengeluarkan kenyataan bagi meneutralkan Hassan Ali.

Satu lagi pihak yang turut tidak senang dengan tindakan JAIS ialah Majlis Peguam. Mereka mengecam tindakan serbuan tersebut yang didakwa tidak berlandaskan undang-undang. Majlis ini juga telah menyediakan peguam bagi mewakili 12 orang Islam yang terlibat dari dari sebarang tindakan undang-undang.

Tan Sri Ramon Navaratnam yang merupakan bekas Pengerusi Panel Penasihat SPRM "mencurah" minyak petrol dengan mengaturkan perjumpaan dengan kumpulan pemikir bukan Islam di mana resolusinya ialah AMAT KECEWA DENGAN TINDAKAN JAIS. Selain itu, turut dirancang adalah 'spin' isu Hassan Ali akan masuk UMNO.

Ramon ada mendesak Pastor Daniel Ho mengeluarkan kenyataan balas menafikan kenyataan Hassan Ali dengan menjelaskan bahawa program makan malam yang diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dengan orang Melayu/Islam.

Teresa Kok, aktivis Kristian dan exco kerajaan negeri Selangor amat tidak berpuas hati dalam isu ini dan perancang dengan beberapa pemimpin dan Exco Kristian untuk menggugurkan Hassan Ali dari jawatan Exco. Theresa terlibat menjahanamkan karektor Hassan Ali dengan memberi gambaran negatif kepada media.

Dia merupakan penasihat utama Raymond Navaratnam dalam menangani isu ini (melindungi aktiviti kristianisasi). Turut mendesak Khalid Ibrahim untuk memaksa Pengarah JAIS memberikan penjelasan dalam mesyuarat Exco Selangor dan memohon maaf kepada PENGANUT KRISTIAN!

Pemimpin kristian sedang bersatu melawan JAIS dan Hassan Ali atau lebih tepatnya melawan ISLAM. Tapi apa yang pemimpin Islam di Malaysia buat? Salah menyalahkan antara satu sama lain dan menjahanamkan sesama sendiri.

Pendedahan terkini Skrewkuat melibatkan perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) (kiri) untuk menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Rancangannya adalah untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka.

Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor.

Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini.

Mereka juga mengatur supaya Kumpulan 12 tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS.

Tuesday, August 16, 2011

Jom Join buat report polis kes murtad / gereja

Jom Join buat report polis kes murtad / gereja



Jom join buat rpot polis kes murtad/greja pd 16.8 @ 10am d IPD brikut-Srdang,Sbk Brnam,Klang Sltn,Klang Utra,Sh Alm,Kajang,HS KKB,PJ oleh Zulkifli Nordin..

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Video Pemeriksaan JAIS Ke Atas DUMC

Video Pemeriksaan JAIS Ke Atas DUMC





Video ini membuktikan,pihak JAIS tidak melakukan serbuan.Mereka tidak secara membuta tuli terus masuk menghalang majlis yang diadakan pada ketika itu.

Ternyata pihak disebelah sana terutamanya Malaysiakini berbohong dan telah memfitnah pihak JAIS kerana mahu menutup kerja mereka.

12 individu Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada Isnin hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pukul 10 pagi di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Ketika ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: 'Ya.'

Difahamkan kenyataan mereka kini sedang direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan JAIS.

Menurut sumber itu lagi, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakil 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada JAIS.

“Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.

"Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan.

“Peguam mereka sudah memahami keadaan ini. Peguam benarkan anak guam mereka untuk hadir. Namun jika masih gagal berbuat demikian maka waran tangkap akan dikeluarkan kepada 12 individu tersebut,” katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS menyerbu gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al- Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.-Bernama


Read more: http://www.pisau.net/2011/08/eksklusif-video-pemeriksaan-jais-ke.html#ixzz1V7r4KTID