ISLAM itu
lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut Islam
itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka
sebagaimana yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari
segi pengertiannya melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di
tempat tinggi, di tempat selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan
segala usaha untuk memastikan ia terpelihara.
Sejarah
bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi
dari kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad
(ucaplah selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan
suasana yang berbeza dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka
seperti Isaac (Ishaq), Yakob (Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa),
Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman (Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes
(Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut beberapa nama nabi-nabi suci
orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi sendiri.
Bangsa
buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas
kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom
tidak berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak
ada minat untuk menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat
terhadap mereka, begitu juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan
mereka. Bangsa Arab hidup dengan kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan
dari tamadun-tamadun luar.
Berlainan
pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik kepada
bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula
amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada
dengan mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan
mereka pasti akan menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu
peringkat, bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar seperti yang
berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir dan dalam peristiwa The Great Diaspora di
Jerusalem selepas ketiadaan Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah
sepi, dan mereka yang tidak buta huruf itu mencatatkan sendiri
‘kemeriahan’ sejarah mereka.
Orang
Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak
mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil
dan mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak
ada ilmu, maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun
lain di sekitar mereka.
Ia
kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak
(tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang
dimiliki orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar
menjajah mereka.
Langkah
menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung
tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah
orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula
amat susah untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka
berperang sesama sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu
tamadun pun yang sanggup untuk mentadbir mereka.
Dari
sisi lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu
sebenarnya dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di
kalangan mereka, manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka
melalui satu ajaran paling sempurna.
Manusia
agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa
degil itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian
dan tidak pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan
fahaman kabilah mereka yang melampau.
Orang
Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka
walaupun pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka
selama beratus tahun mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup
jahil selama tempoh abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.
Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung, Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi) pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik
(Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk
mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke
timur dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap
ketinggian ilmu orang Yahudi.
Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga di kalangan tamadun-tamadun besar.
Disebabkan
pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah, dan
pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan
pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan
mereka memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat
keimanan mereka. Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar
sebagai balasan terhadap keingkaran mereka terhadap perintah mentaati
Allah dan perintah nabi-nabi mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal
memartabatkan agama Tauhid di dalam jiwa mereka. Malah, mereka sengaja
memilih untuk tidak taat kepada perintah Allah.
Akhirnya,
bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah melalui
kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah
dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.
Sebelum
kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua (Jesus atau
Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan kepada
orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal
huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang
diletakkan di dalam mulutnya.
Lama
sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga
mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama
sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara
mereka (saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan
seorang ayah, dan manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para
nabi. Musa mengkhabarkan dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).
Nabi
Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada
Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac
sudah tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac
melahirkan bangsa Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali
kepada permulaan Ibrahim. Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap
kelahiran seorang penyelamat yang penghabisan dari kalangan saudara
kepada orang Yahudi.
Maksud
yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani apabila
terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak seperti
Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia,
malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan
bahawa manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan
bukan dari kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu
adalah seperti dirinya iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di
kalangan manusia, tetapi Musa memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan dari kalangan orang Yahudi.
Semasa
manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu dan
diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka.
Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah
perubahan di kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad
seterusnya, di Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah
menjadi satu bangsa yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke
atas baginda dengan penuh kasih sayang dari hati yang jujur),
mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah yang diletakkan di dalam
mulutnya.
Ajaran
Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam yang
satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga
mereka berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun
di sekitar mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu
merobohkan kemegahan Rom yang kufur.
Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa bermaruah. Bangsa
Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi
Islam. Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum
itu dihina kepada menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam
agama Tauhid di muka bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------
KONTEKS ORANG MELAYU
Sejarah
bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum
bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya
Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut
pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah.
Banyak
tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di
rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk
mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang
Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat
untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India
(Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan
Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang
dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.
Berita
mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata
dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh
dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di
Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan
sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya
sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala
mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka.
Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai
Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya
orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan
Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.
Tumpah
darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa,
tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau
luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka. Melayu megah
mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama
agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan
agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya.
Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.
Sejarah
orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang
Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini,
kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia
sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut
Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih
gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka.
Orang
Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di
rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti
oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu),
cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai
orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk
Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang
Melayu.
Jika
orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di
negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.
Tetapi
Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha
Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.
Allah
Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk
dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah
mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.
Daripada
menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih
meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah
lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di
tempat paling tinggi.
Melayu,
Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris
dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di
negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu
sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam.
Orang
Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka
berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu
maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka
menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah
mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka
diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik.
Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian?
Mengapa
Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah
mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih
berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis
senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab
terhadap agama.
Mengapa
Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah
mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil
tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi
pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai.
Martabat
apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang
membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat
apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat
petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat
iman.
Apabila
orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan
al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak
ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang
diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana
mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah
mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu
adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah.
Martabat
orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat
kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.
Malangnya,
orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu
moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka
memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam
itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa
yang sejak dahulu mempertahankan Islam.
Memang
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa
yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan
agama-Nya.
Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”
Memang
benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang
menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia
menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang
menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga
kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah
nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan.
Orang
Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat
maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah
hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu
moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama
Islam.
Islam
mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan
zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan
banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau
larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan
akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar
apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat
dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga
jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan
seperti itu?
Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya,
muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka
hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa
sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi
melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang
memalukan?
Perlu
ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang
sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui
batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri
itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan
merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada
orang baik dan orang yang tidak (belum) baik.
Bukankah
Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh
orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama
yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan?
Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini
dijamin hak mereka di dalam negara ini?
Dipusing
lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu
dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan
perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam
dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah
keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan
memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam
perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu
lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi
diletakkan sebaris dengan Islam.
Maka
bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang
Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang
Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana
perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu
beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya
kerana mendukung liberalism dan hak sama rata.
Mereka
kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang
Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan
bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau
orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang
bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan
umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat
yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang
bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada
bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu
diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam
itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut
itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih
tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu
diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan
Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan
orang bukan Islam?
Memang
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa
yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan
agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama
umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka.
Kita
tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat
air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu
(termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana
orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah
sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di
Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung
harap terhadap British di kalangan orang Melayu.
Semasa
zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu
bergantung harap kepada British. Malah ada orang Melayu sendiri ketika
itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu
berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat
memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh
menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu.
Mereka
berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu
sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita
tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang
bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan
bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba
pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun
tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun
bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi
daripada orang bukan Islam.
Jadi,
mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak
orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana
orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah
mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam.
Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat
Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu
meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah
ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat
Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil
dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku
adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan
liberalism hak sama rata.
Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain.
Lihatlah
bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita
semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta
terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab
Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai
kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup
di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara
terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama
yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus
memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh
Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia
juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula
memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang
Yahudi.
Islam
mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu
betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan
baik baginda terhadap Abdullah bin Salam.
Allah
menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga
Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap
taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil
tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap
mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak
mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam
seperti Abdullah bin Salam?
Seruan
dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah
Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan
mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi
fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu
mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam
akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun.
Daripada
keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat
Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam
al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga
kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti
bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah
menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang
mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah.
Jika
bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang
dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka
bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di
negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan
cara memartabatkan ketinggian agama Allah.
Untuk
memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan
maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang
sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya,
baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.
Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.
Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum.
Seperti
yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa.
Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan
satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang
lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir
di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk
identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya.
Jika
tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir,
bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang
memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu
mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur
tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi
dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan
juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa
yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya
kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa.
Seseorang
manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu
pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang
berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup
jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu
berbilang bangsa.
Islam
itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula
kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka
apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat
Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama.
Masalah
dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami
pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah
sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami
pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil
sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun
diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat
Islam di Malaysia?
Dan,
wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan
Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama
umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai
umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada
kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan?
Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu
meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu,
maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan
Islam?
Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya
Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa
manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka
menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa
pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah
meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu
dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa
kamu yang menganut agama Allah.
Islam
itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa
manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai
umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.
Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.
Kalau
masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk
sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang
bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka
beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah
semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul. Hak sama
rata tidak betul, liberalism juga tidak betul.
Berdakwahlah.
------
“Bagi
tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun
yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak
ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment