Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan. Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia terutama anda yang duduk dalam badan fisabilillah.Ingatlah bahawa, kita adalah benteng terakhir sekiranya polis dan tentera sudah tidak mampu menyelamatkan negara. Kita harus redha jika diberi kerja tanpa gaji semata-mata untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air kita!
Ingatlah dunia ini kita duduk sekejap saja! Semuanya akan musnah dengan kehendak ALLAH. Hanya ALLAH saja yang akan kekal!
Apa pun yang kita buat hanya kerana ALLAH!
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment