Kini terserlah lah kini, sudah terang lagi bersuluh, sebagaimana yang dilaporkan oleh Steve Clemons didalam The Washington note ,
dan disusuli dgn maklumat ini, maka tidak diragui lagi bahawa Anwar
Ibrahim adalah pengkhianat dan agen kepada barat sebagaimana dilakukan
oleh seorang “anak muda” dengan meletakkan agen Singapura didalam NST ( Kalimullah Hassan)- Jika difikirkan adakah mereka berdua berkaitan?
Tulisan ini suntingan semula dari komen Angela
yang menyentuh berkenaan jaringan Anwar di peringkat antarabangsa,
berhubung kait dengan CIA/NED, jaringan intelektual, Jesuit, Yahudi,
Freemason, Illuminati dan New World Order (NWO). Terima kasih Angela,
satu komentar yang menarik dan maklumat yang berfakta.
Jaringan intelektual Al Faruqi tajaan CIA
Semasa saya belajar di salah satu
universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi
dengan kegiatannya untuk “menegakkan” Islam, terutamanya melalui idea
“clash of civilizations”(Pertembungan peradaban). Al Faruqi berkata,
kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat
melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah
memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.
Selepas itu, saya tidak lagi terpengaruh
dengan idea Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia,
termasuk Anwar Ibrahim. Al Faruqi telah dididik oleh mubaligh-mubaligh
Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika Syarikat sebagai
profesor [Al Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple,
Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat]. Anak-anak didik seperti
inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya
sudah terbongkar.
Dan, pada masa itu, Anwar sangat aktif,
rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui
saluran intelektual. Dan, rancangan Barat itu hampir berjaya setelah
mereka mampu meletakkan Anwar di samping Dr Mahathir, sehingga Anwar
menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.
Allah MAHA KAYA, rancangan untuk
meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya
telah maklum, siapa Anwar yang sebenarnya, walaupun pada satu ketika
dahulu Mahathir pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar.
Allah telah selamatkan Malaysia.
Kenapa guru Anwar mati dibunuh ?
AMY S. ROSENBERG,
wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young
(seorang kulit hitam yang memeluk Islam dengan Yusuf Ali) membuat
pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia
terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan
homoseksual di kalangan pelajar-pelajarnya. Berikut laporan Amy S
Rosenberg dalam Philadelphia Inquirer yang diterbitkan pada 21, Februari
1987:
Joseph Louis Young telah menikam pemikir
Islam, Ismail Al Faruqi dan Lois al-Faruqi (pasangan suami isteri)
dengan pisau 15 inci, hingga mati, di rumah kediaman pasangan suami
isteri itu, di bandar Cheltenham (sebuah bandar di Daerah Montgomery,
Philadelphia, Pennsylvania) kerana pembunuh mensyaki mereka mempunyai
hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia, menurut pengakuan
Young yang dibacakan di mahkamah dalam perbicaraan semalam.
Ismail
Faruqi mentor Anwar Ibrahim, pensyarah Universiti Temple, Amerika
Syarikat,. Anwar pula diambil oleh anak buah Ismail Faruqi, John
Esposito menjadi pensyarah pelawat di Georgetown, Amerika Syarikat.
Anwar menyertai Al Faruqi menubuhkan IIIT (International Istitute of
Islamic Thought) di Virginia, Amerika Syarikat.
Itu merupakan keterangan saksi, pada hari
pertama perbicaraan kes kematian Ismail dan Lois Al Faruqi di Mahkamah
Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Detektif Polis Philadelphia, Carol Keenan, telah membacakan pengakuan
bertaip, lapan muka surat itu di mahkamah yang ditandatangani oleh Young
apabila dia ditangkap pada 16 Januari 1987.
Berdasar pengakuan tersebut, Young, yang
juga dikenali sebagai Yusuf Ali, telah membunuh pasangan suami isteri
itu kerana dia “mengetahui bahawa Dr. Faruqi dan isterinya mempunyai
hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia.”
Peguam pembela Yong bernama Stephen G.
Heckman berkata, semasa zaman kanak-kanak, Young, 40 tahun, dari Utara
Philadelphia, telah diserang secara homoseksual oleh seorang lelaki.
Homoseksual adalah “satu perbuatan yang memalukan untuk umat Islam,”
kata Young dalam pengakuannya
Kenyataan Young itu menyatakan dia telah
diberi galakan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai,
Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam (Muslim Student Association)
atau lebih dikenali sebagai MSA, sebuah organisasi pelajar nasional.
[Ghulam Nabi Fai adalah
seorang rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam
MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. MSA ini adalah asas
kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Ismail Faruqi. Menurut
kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq (Dr Ahmad
Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib) yang
menetap di Amerika Syarikat memainkan peranan penting menubuhkan MSA
(1963). Dari MSA dikembangkan keseluruh dunia menjadi pelajar Islam
sedunia yang dikenali sebagai IIFSO(1969). Apabila pelajar tersebut
melepas zaman pelajarnya, ditubuh pula persatuan belia, WAMY (1972) dan
badan pemikir IIIT (1981)]
Berdasar kepada kenyataannya itu, Young
menyatakan dia dan Nabi Fai adalah “kawan karib…dia (Nabi Fai) tidak
pernah menyatakan secara langsung, tetapi saya tahu dia sentiasa
mengharapkan agar Dr. Faruqi dan isterinya akan mati apabila dia berkata
secara berlawak tentang mereka (Ismail Al Faruqi) dan mengelarkan
mereka sebagai ‘Big Bubba’.”
[Big Bubba' satu istilah yang digunakan
dalam masyarakat kulit hitam yang bermaksud 'seorang lelaki gemuk yang
jahat yang akan menjadikan lelaki lain sebagai anjing pemuas nafsu
menemaninya di penjara]
Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21
Anwar dikaderkan di Universiti Georgetown
Universiti Georgetown adalah universiti
swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John
Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya
bermula dari tahun 1634.
[Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus'
atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan
Gereja Roman Katolik. Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di
sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi.
Juga dikenali sebagai 'orientalis'. Mereka mengelarkan diri mereka
sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John
Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding,
Universiti Georgetown]
Perhatikan Anwar Ibrahim berada dalam
rangkaian apa ? Perhatikan logo yang dibulatkan di ataskan dan
bandingkan dengan dengan logo jesuits di atas. Dari kiri Tony
Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric
(Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway)
dan Anwar Ibrahim (IIIT) dalam Program Common Word, Universiti Georgetown :
Universiti ini adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit sangat jelas,[klik di sini] dan dari sana Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan dengan Zionist dan Mossad.
Sangat sedikit rakyat Malaysia pernah
belajar Jesuitism , dan sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak
mempunyai pengetahuan tentang Jesuits. Terdapat lebih kurang 25,000
Jesuits yang mempunyai paling tinggi (sumpah) di dunia , di mana
kira-kira 10% berada di negara India. Rangkaian mereka sungguh
cemerlang, mencampuradukkan keagamaan, pendidikan, mubaligh, politik ,
dan unsur-unsur diplomatik, kesemuanya menjadi satu rangkaian perisikan
yang padu.
The Catholic Herald diterbitkan oleh
Jesuits, ini merupakan punca isu Kalimah Allah.[bacaan lanjut klik di
sini] Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengetahui berkaitan dengan
Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons,
New World Order, Nazis dan lain-lain, tetapi amat jarang mereka
mengetahui tentang Jesuits.
Diulangkan :
Tokoh-tokoh di belakang Anwar Ibrahim adalah Jesuits – organisasi mereka
paling berkuasa di dunia. Anwar ‘hebat di kaca mata dunia’ disebabkan
oleh hubungan networkingnya dengan Jesuit – Pengalan mereka di Asia
Tenggara adalah di Manila (Ateneo de Manila University),[bacaan lanjut, klik di sini] tetapi mereka mempunyai pusat-pusat di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Pautan Maklumat : http://www.sjweb.info/jesuits/allprovs.cfm
Putera Al Waleed Talal mempunyai hubungan
sangat rapa dengan Jesuits , seperti juga hubungannya dengan Zionists
dan Mossad. [bacaan lanjut klik di sini] Begitu juga dengan Anwar. Al
Waleed Talal: Anak saudara Raja Arab Saudi ini adalah salah seorang
pelabur terkaya di dunia, yang mendapat kepentingan besar dalam
Citigroup(organisasi rangkain bank Yahudi). Menerima banyak publisiti,
sebahagiannya negatif, pada Disember 2005 menderma sebanyak $20 million
kepada Harvard dan Georgetown untuk mengembangkan jabatan-jabatan kajian
Islam di sana.
Pada Januari 2006, dengan seorang rakan
kongsi, Al Waleed Talal mengumumkan perjanjian $3.9 billion untuk
membeli Fairmont Hotel & Resorts. Pada Februari beliau menyenaraikan
pemegangan hotelnya dalam bursa saham di Dubai. Bercadang untuk
menjadikan kumpulan pelaburan utamanya, Kingdom Holdings, (di London)
kepada pertukaran Arab Saudi pada akhir tahun ini. Putera Alwaleed Bin
Talal Al Saud mendapat tempat kelapan di antara The World’s Richest
People In 2006.
Anwar terperangkap dalam jaringan Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati- New World Order
Kita mesti buka mata. Ini bukan hanya
berkenaan Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Tetapi, ini
berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Buka
minda, buka mata.
Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut mereka :
Dalam Jesuit Oath (Sumpah Jesuit),
pemimpin baru Jesuit diarahkan “anda telah diajar berlakon ‘dissembler’
(menyamar atau bersembunyi di belakang sesuatu yang palsu): antara
Katolik Rom menjadi Roman Katolik , dan menjadi seorang pengintip
walaupun di antara saudara anda sendiri; tidak mempercayai dan menyakini
kepada sesiapa. Antara Reformers, menjadi seorang reformis ; antara
Huguenots (reformer protestan gereja di Peranchis), menjadi seorang
Huguenot; antara seorang Calvinists (Reformasi Protestan), menjadi
seorang Calvinist ; antara Protestants lain, menjadi seorang Protestan ,
dan mendapatkan keyakinan mereka, untuk berdakwah dari mimbar mereka ,
dan untuk mengutuk dengan semua kesungguhan dalam sifat Agama Suci kita
dan the Pope; malah untuk turun begitu rendah sebagai seorang Yahudi
antara orang-orang Yahudi, bahawa anda dibolehkan menghimpunkan bersama
semua maklumat untuk manfaat Order anda sebagai seorang askar setia the
Pope…
Untuk berpihak dalam pertempuran dan
berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh
‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara
terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking,
(tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam
memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan
dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna.(The Jesuit Oath as
told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).
Sambungan dari Jesuit Oath : “Anda telah
diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara
komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan
menghasut mereka untuk pertumpahan-pertumpahan darah, melibatkan mereka
dalam peperangan antara satu sama lain , dan mencipta revolusi-revolusi
dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam
benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan.
Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan
saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang
lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin
akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan
menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam
perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah
menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier,
Subterranean Rome, pp349-351).
Jesuit Oath juga menyatakan “Anda telah
diajar tugas anda adalah sebagai seorang pengintip, menghimpunkan hampir
semua perangkaan-perangkaan, fakta-fakta dan maklumat dalam ‘tangan
anda’ dari pelbagai sumber; untuk meningkatkan diri anda ke dalam
keyakinan keluarga Protestant dan orang berfahaman menyeleweng dalam
setiap kelas dan perwatakan, daripada saudagar, banker, peguam, di
sekolah-sekolah dan universiti-universiti, dalam parlimen dan badan
perundangan , dan mahkamah-mahkamah dan majlis-majlis tempatan negeri ,
dan untuk ‘menjadi semua benda untuk semua manusia,’ matlamat akhirnya
kepada the Pope, yang menjadi hamba kami sampai mati.” (The Jesuit Oath
as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).
BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN
JESUITS kerana kita telah diINFILTRATE sekian lama melalui orang-orang
seperti Anwar Ibrahim.
Isu Kalimah Allah juga merupakan satu
daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan
memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu oleh
rakan-rakan di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul-betul, semua
ini telah berlaku di negara kita.
Anwar proksi CIA di Malaysia
Agensi-agensi perisikan yang utama di
dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang
Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.
Saya tidak boleh memasukkan grafik di
sini, jadi saya tidak boleh menunjukkan versi grafik sambungan antara 4
agensi-agensi. MI5 / MI6 ialah satu lagi agensi utama, tetapi tidak
dimasukkan. Modus operandi Anwar adalah bersama dengan mereka. Anwar
merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah
akan dilakukan “regime change”(perubahan kerajaan) di Malaysia.
PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik
untuk ‘regime change’ (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup
kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia
selepas PRU 12.
Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan
bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa,
jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13. Anwar Ibrahim boleh dapat
sponsor dari luar negara (pinjam dulu), tetapi apabila sudah menang
PRU, pinjaman harus dibayar balik oleh Malaysia. IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.
Kita orang Melayu akan kehilangan
segalanya ketika itu! Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk
PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13. Ini semua berkaitan
tentang UNDI , dan ini dapat dimanipulasi dengan WANG. Demokrasi
sendiri boleh dijadikan satu amalan tertinggi rasuah!
Mana-mana sistem adalah baik, tetapi
manusia boleh merosakkannya. Thailand ialah satu contoh yang baik di
mana Thaksin telah membeli penyokong-penyokongnya. PRU 13 adalah masa
bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. Inilah yang dikehendaki oleh
penaja-penaja tersebut.
Masyarakat Cina telah melakukan perkara
yang sebenarnya buruk di Xinjiang. CIA telah mengambil kesempatan untuk
menyokong kumpulan pemisah. Bukan sahaja media China mahupun media
Barat, semuanya memberitahu kebenaran.
Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan
perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’
untuk mengambilalih mana-mana negara. Kumpulan “Pro-Demokrasi” adalah
projek CIA. CIA menyokong pemimpin-pemimpin pemimpin-pemimpin
“Pro-Demokrasi” – Su Kyii (Myanmar), Anwar Ibrahim (Malaysia), Rabeya
Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) dan lain-lain
lagi. Jangan terperangkap dalam permainan ini. Di Thailand terdapat
Thaksin. Di Nepal, sekutu-sekutu Jesuit-Communist menjatuhkan Raja
Agama Hindu , dan hari ini, diperintah oleh Maoists. Tidak mengapalah,
Maoists atau Komunis atau Sosialis atau prodemokrasi… – mereka adalah
sama, DIKAWAL OLEH ORANG YANG SAMA!
Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini
merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja
bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh
institusi asing . Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu
mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG.
Apa perancangan Anwar seterusnya ?
Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan.
Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan
kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin
kerajaan yang baru. Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi
tersendiri.
(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.
(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.
(3) Ekoran daripada itu, dapat
menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon2
bukan BN, dan mendapatkan undi majority daripada Sabah dan Sarawak
menggunakan saluran underground.
(4) Membariskan pemimpin2 baru, termasuk bekas2 ahli2 politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.
(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa etc.
(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.
(7) Menumbangkan BN pada PRU13.
(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.
(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.
(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan
fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age
(plurisme agama) dan kehendak New World Order (sistem Dajjal).
Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku
semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya)
akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares,
polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2
fitnah Dajjal.
Anwar akan menggunakan kekeliruan ini
untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui
“demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus.
Pada ketika ini, Anwar telah lulus dari
“Akademi” CIA – cara-cara untuk melakukan operasi tersembunyi (false
flag). Selamat berjaya Anwar, tetapi dunia tidak berakhir di sini,
terdapat dunia AKHIRAT yang anda akan diperhitungkan nanti.
Salam Perjuangan !!!
No comments:
Post a Comment