Ruginya Melayu Selepas Berpecah !
Rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam kulat. Lebih
menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi
laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak
lagi rumah ibadat diperlukan sedangkan sedia ada sudah cecah 200,000
berbanding surau, masjid dalam lingkungan 30,000.
Semua ini begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum
12, 2008. Perpecahan umat Islam mengakibatkan orang lain ambil
kesempatan, menangguk di air keruh. Apa yang belum ada, diada-adakan;
sudah ada, ditambah dan diperbaharui.
Justeru, saya amat mengharapkan dengan keluarnya orang Melayu daripada
parti ultra kiasu Cina itu, dapat membuka mata kita semua agar umat
Islam bertaut kembali. Dalam artikel kali ini, izinkan saya mengupas
sebahagian sahaja, ruginya Islam dan Melayu, apabila mereka tidak
bersatu.
Kedudukan agama Islam semakin terancam. Orang bukan
Islam mahukan semua tuntutan Inter Faith Commission (IFC) dipenuhi
sepenuhnya. Agama Islam sebagai agama
Persekutuan tidak lagi dihormati, sehinggakan majlis doa pun
dipertikaikan, apatah yang lain.
Kes-kes berkaitan agama Islam, mudah sahaja dibawa ke mahkamah sivil.
Misalnya, isu kalimah ALLAH yang mahu digunakan sewenang-wenangnya,
bibel bahasa Melayu, kes murtad, perebutan mayat saudara baru dan
sebagainya. Mahkamah syariah seolah-olah tidak lagi dihormati, apatah
lagi untuk dirujuk.
Selain itu, peruntukan untuk rumah ibadat antara Islam
dan bukan Islam sudah menjadi sama rata. Terbaru di Selangor, ahli
majlis tidak akan meluluskan pembangunan taman perumahan baru selagi
tidak memenuhi syarat, iaitu setiap taman perumahan mesti ada rumah
ibadat semua agama. Apakah makna ini semua? Adakah keadilan bermakna
seorang sebiji?
Berkaitan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, saya sudah
tidak nampak masih ada kewujudannya dalam bentuk realiti semasa.
Boleh dikatakan apa jua keistimewaan mereka yang bergelar Melayu dan
Bumiputera telah pun ada pada mereka yang selainnya. Lihatlah nanti isu
kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa.
Kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis. Tuntutan
demi tuntutan semua parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat
sentiasa mahukan keadilan berasaskan formula sama rata dan sama rasa.
Dahulu kuasa politik Melayu Islam mendominasi, bukan Melayu tidak minat
kepada kuasa, tetapi lebih kepada bisnes. Hari ini, mereka mahukan
kedua-duanya, kuasa dan bisnes.
Dalam isu pendidikan, sekolah kebangsaan dan sekolah
agama semakin terhakis. Peruntukan sudah menjadi sama rata, walaupun ada
sedikit kelebihan pada sekolah kebangsaan. Sekolah vernakular semakin
mendapat tempat, terutama isu penempatan guru-guru. Kita lebih mendengar
kata-kata NGO daripada pakar pendidikan.
Kedudukan Bahasa Melayu semakin terancam, manakala
bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin mendapat tempat. Melihat
kepada banner memprotes tindakan pihak berkuasa di Taman Desaria, Sg Ara
atau di mana-mana sahaja protes yang majoritinya bukan Melayu. Bahasa
Melayu langsung tidak mendapat tempat di hati mereka. Tinjaulah
iklan-iklan yang berada di sekeliling.
Dalam bidang ekonomi usahlah diceritakan. Bilangan orang
Islam yang kaya masih statik. Yang kaya sibuk kahwin artis. Orang
Melayu semakin ramai diperalatkan. Pegawai kerajaan yang telah pencen
bergelar Tan Sri dan Datuk, dipergunakan bagi mendapat tender sana sini.
Begitu juga dalam bidang sosial. Tidak perlulah dibincangkan isu gejala
sosial. Lihat sahaja sektor makanan terus dikuasai bukan Melayu. Saya
difahamkan kedai-kedai makan berbunyi Melayu dan Islam sudah tidak lagi
dipunyai oleh mamak atau orang Islam, tetapi kepunyaan bukan Islam.
Nama-nama Islam dan pekerja Islam dari India digunakan
sewenang-wenangnya untuk melariskan produk.
Umat Islam tidak perlu bersaing untuk ‘menunjukkan
kehebatan dan kekuatan’ dalam perkara politik yang membawa perpecahan.
Tetapi biarlah kita bersaing dalam perkara membawa kebaikan seperti
kekuatan ekonomi, pendidikan dan Kembalikan semangat jihad.
perjuangmelaka-Bersatulah bangsaku !
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment