Monday, December 24, 2012

Helah Topeng Demokrasi untuk Demontrasi !




Mulanya mereka bawakan Demokrasi kemudian mereka galakkan pula Demonstrasi. Malaysia juga turut galak bermain dalam drama ini atas arahan pengarah luar negara. Siapa pula dalang dalam negara? Untuk tujuan apa mereka bangunkan suasana ini?

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Seorang negarawan yang kembali dari lawatan ke Mesir ketika masih panas "riot spring". Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak hanya terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. 

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi (baca: Sekular), ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada menjelang/sesudah pilihanraya. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat, ia lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukanlah tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburuk-burukkan pemerintah supaya dapat meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan masih boleh menang. Sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap pun tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kukuh kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir ketika ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Mahu tidak mahu, terpaksalah diakui bahawa orang Islam mudah diperalatkan.

20. Sehingga kini apakah kebaikan yang dapat diraih melalui demonstrasi selain ianya menjadi "demon" baru yang dahagakan darah? Adakah mampu para pendemo dan ketua mereka membaiki keadaan setelah hancurnya keamanan? Rakyat hidup dalam huruhara dan kelumpuhan ekonomi. 

Demonstrasi yang dianjurkan selepas ini akan memberi petiunjuk jelas bahawa ia sememangnya dilakar oleh parti politik kaum pendatang (rakan Yahudi).  Keuntungan dari siri demonstrasi ini lebih menguntungkan mereka berbanding parti watan (Melayu). 

Pernah seorang rakan mengutarakan pandangan. Ada baiknya juga rakyat negara ini merasai bagaimana indahnya bertuankan Bintang Tiga. Tidak cukup dengan pengalaman nenek moyang mereka yang hidup dalam suasana ketakutan sepanjang amukan Bintang Tiga dahulu. Mungkin setelah hilang apa yang ada baharulah orang Melayu segera menjadi lebih matang. Wajarkah saranan ini?

Dari sudud lain ia kelihatan seperti "Menang Sorak, Kampung Tergadai". 

Apabila tergadai, mudahlah Yahudi yang kini berpengkalan di Singapura meratah ekonomi Malaysia pula. DEB tidak mungkin diteruskan dan dasar Malayan Union akan kembali semula untuk memihak kepada "Kaum Pendatang" yang juga bersikap persis Yahudi Laknatullah.

Setelah tergadai, bagaimana pula ia dapat ditebus kembali?. Tanyalah kepada orang Melayu Singapura.

"Yang Dikejar Tak Dapat, Yang dikendong Berciciran". Adakah ini bakal terjadi kepada bangsa hebat bernama Melayu?

Bersatulah Melayu ! Salam Perjuangan !!!

No comments:

Post a Comment