Saturday, December 3, 2011

Menghormati Kedaulatan Raja





Melayu Islam Beraja




Pejuangmelaka suka mengikuti tulisan artikel dan buku serta ceramah yang disampaikan oleh saudara-saudara kita yang bukan Melayu, khususnya oleh ahli MACMA seperti Tuan Haji Ann Wan Seng dan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng.

Kaum Cina adalah sebuah kaum yang bersifat 'ethnocentric'. Mereka amat-amat mementingkan budaya kaum mereka yang mereka anggap bertaraf lebih tinggi daripada kebudayaan kaum lain. Di bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka pula, mereka bersikap monopoli. Mereka lebih terbuka dalam hal agama, tetapi sayangnya sesetengah daripada mereka agak prejudis dengan Islam kerana kesilapan kita yang sering memomokkan memeluk Islam sama seperti masuk (menjadi) Melayu, dan seterusnya dikhuatiri akan menghakis ke’Cina’an generasi anak cucu mereka. Di Malaysia, terdapat tiga tiang tonggak kekuatan kaum Cina yang mesti dipertahankan oleh setiap orang Cina, iaitu Sekolah Cina ((1,291 SRJK(C) and 60 sekolah persendirian), Persatuan-persatuan Cina atau Hua Zong (7,000 persatuan puak/keluarga dan Badan-badan Perniagaan) serta akhbar media Cina (enam di semenanjung Malaysia dan lapan di Sabah dan Sarawak).

Dari segi politik pula, tidak seperti masyarakat Melayu yang menyandarkan harapan dan kekuatan mereka kepada parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS, yang berkuasa untuk mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina adalah Persatuan-persatuan Cina sebagai contoh Dong Jiao Zong. Disebabkan itulah, walaupun Bapak chauvinist seperti Lim Kit Siang dengan lantang menyatakan di Parlimen bahawa dia adalah “Malaysian First, Chinese Second”, dia tidak akan sekali-kali membuat kerja gila dengan meminta supaya masyarakat Cina menyokong Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Wawasan dan memansuhkan pembukaan Sekolah Cina baru, walaupun kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) jelas mendapati Sekolah Cina menjadi penyebab kepada ketidakfasihan penuntut Cina untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan menjadi penyebab kepada masalah berlakunya polarisasi kaum di negara ini. Parti-parti politik Cina hanya berani membangkitkan isu-isu kecil dan remeh seperti usaha untuk menghapuskan ruang pengenalan kaum dalam Borang-borang Jabatan Kerajaan daripada membangkitkan isu yang lebih penting seperti pendidikan Cina dalam konteks integrasi nasional, satu tindakan yang jika dibuat sama seperti membunuh hayat politik mereka sendiri.

Cerita di atas berkaitan dengan kaum Cina, bagaimana pula dengan kaum Melayu? Tonggak kekuatan kaum Melayu khususnya dalam konteks Malaysia pada hari ini berdiri di atas tiga aspek iaitu agama Islam (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), hak istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan) dan Raja-raja Melayu (di 9 buah Negeri). Malangnya, tidak seperti parti politik Cina yang konsisten mempertahankan kepentingan kaum mereka tidak kira sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang, politik Bumiputera seolah-olah telah dipisahkan dengan sempadan bahawa UMNO itu rasis kerana memperjuangkan perkauman, sementara PAS pula jumud kerana memperjuangkan Islam yang tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di negara kita.


Pejuangmelaka berasa hairan dengan tindakan sesetengah pemimpin Melayu-Muslim dalam PR yang tergamak menyerang habis-habisan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Hak Istimewa Melayu hanya kerana bencikan UMNO dan ingin mengejar undi bukan Melayu. Penulis juga geram dengan tindakan pemimpin Melayu-Muslim dalam BN yang hanya diam membisu apabila terdapat pemimpin bukan Islam di kalangan komponen BN yang memperlekehkan negara Islam dan mempermainkan prinsip calon muslimat yang hanya akan bersalaman dengan bukan mahram secara berlapik tangan. Hak istimewa Melayu sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak milik mutlak UMNO, begitu juga agama Islam bukanlah urusan mutlak PAS semata-mata.





Mempertahankan hak istimewa Melayu bukanlah bermaksud Melayu adalah 'Master Race' seperti fahaman Hitler sebagaimana yang dimomokkan oleh seorang pemimpin Ultra-Kiasu dari DAP. Polisi-polisi berkaitan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga tidak bermaksud memperlekehkan kaum bukan Bumiputera seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan sebagaimana yang didakwa seorang pemimpin Ultra-Kiasu di Johor. Hak istimewa Melayu merupakan perkara pokok yang telah dipersetujui semasa pembentukan dan kemerdekaan negara kita sebelum ini yang perlu sentiasa dihormati oleh semua rakyat, sebagaimana hak istimewa yang dinikmati oleh Negeri Sabah dan Sarawak serta rakyat pribuminya yang perlu sentiasa dihormati khususnya bagi rakyat yang datang dari semenanjung Malaysia termasuklah orang Melayu sendiri!

Ada sesetengah pengunjung blog ini yang mencadangkan agar diutamakan Islam daripada bangsa. Pejuangmelaka bersetuju penuh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.B. Dato’ Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen bebas “Islam come first, the rest are second”. Cuma suka penulis ingatkan, bagi golongan Ultra-Kiasu, mereka memandang Islam dan Hak Istimewa Melayu dalam satu pakej, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka menyerang habis-habisan hak istimewa Melayu, tidak pula bermakna mereka secara senang-lenang pula akan menerima Islam. Berfikir diluar kotak dan bertindaklah dengan bijak, jangan mudah terbelenggu dengan sentimen konflik UMNO-PAS.





DYMM Sultan Brunei amat-amat memahami realiti sosio-politik di Nusantara ini. Disebabkan itulah, Melayu-Islam-Beraja (MIB) yang menjadi tonggak kekuatan masyarakat Melayu-Muslim sejak zaman berzaman dipilih dan dijadikan sebagai ideologi rasmi Negara Brunei Darussalam. Jangan pandang rendah kepada Brunei, biarpun negara tersebut merdeka lewat daripada kita dan mengamalkan sistem Monarki Berpelembagaan, tetapi Brunei adalah negara yang paling aman dan stabil dari segi politik di kawasan Asia Tenggara, jika dibandingkan dengan masyarakat Muslim di negara kita yang telah berpecah belah dan menjadi korban demokrasi akibat fanatik dengan fahaman sempit politik masing-masing.



Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment